nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label sensasi. Show all posts
Showing posts with label sensasi. Show all posts

Tuesday, May 29, 2018

Projek HSR Dan Kewangan Negara- Untuk bacaan dan asah minda

Image may contain: outdoor

HSR DAN KEWANGAN NEGARA
Dari 2007 lagi syarikat YTL dengan teknologi Siemens sudah mencadangkan kepada kerajaan untuk dibina projek kereta api berkelajuan tinggi di antara KL- Singapura.
Trek sepanjang 350km dengan tren kelajuan 300km/j.
Berapa kosnya? RM 8 billion.
Tetapi EPU menolak projek ini atas sebab komitmen kewangan yang tinggi.
10 tahun kemudian, projek yang sama diperkenalkan kembali dan kita dimaklumkan kosnya adalah RM70-80 billion.
Sama ada kos telah naik berpuluh kali ganda atau kerajaan dahulu suka 'inflate' kos projek kereta api untuk tujuan tertentu hanyalah membawa satu persoalan iaitu: bagaimanakah mereka menguruskan kewangan dan ekonomi negara?
Projek HSR KL-Singapura sememangnya ada kebaikan. Malahan, setiap projek boleh diberikan justifikasi untuk kelulusan.....atas kertas.
Misalnya projek ECRL. Guna sahaja 'basis' bahawa muatan kargo dari Pantai Timur sebanyak 60 juta tan metrik setahun menjelang 2025, boom, projek lulus. (Walaupun kadar muatan kargo sekarang hanyalah 6 juta tan metrik di seluruh Malaysia.)
Begitu jugalah projek HSR.
HSR akan memajukan kawasan luar bandar seperti Ayer Keroh, Muar dan Batu Pahat. Pelancong makin ramai, industri tempatan (perabot dsbg) mempunyai pasaran lebih luas, projek 'spill over' di kawasan ini akan dibina dan nilai hartanah meningkat.
HSR akan memendekkan masa perjalanan. Kalau dengan pengangkutan udara, masa diambil dari 'door to door' adalah 4 jam. Kini ia bakal mengambil masa 2 jam.
HSR akan merancakkan aktiviti ekonomi dan perkongsian sumber serta bakat di antara dua kota raya. Pekerja dan bisnesman KL mudah bekerja di Singapura dan sebaliknya. Lebih banyak syarikat Singapura akan beroperasi di KL atas faktor kos.
Ini semua benar dan ada meritnya.
Namun, setiap yang baik pasti ada yang buruknya. Kesan negatif kepada projek HSR juga perlu diambil kira.
Pertama, HSR akan memberi kesan langsung kepada industri penerbangan.
Laluan KL-Singapura adalah laluan paling sibuk si dunia dengan 30,500 penerbangan setahun.
Apabila dikatakan paling sibuk, ia bermaksud 'lucrative'. Secara kasarnya nilai ekonomi yang dijana bagi laluan ini adalah sekitar RM2 billion ke RM3 billion. (Tambang, caj parking, penyelenggaraan, cukai lapangan terbang dll)
Ianya melibatkan hampir 10 syarikat penerbangan yang mempunyai slot KL-Singapura. Antaranya adalah MAS (milik kerajaan) dan AirAsia (milik Malaysia).
Sebarang kehilangan 'revenue' di laluan paling sibuk ini kepada HSR sudah pastilah memberi kesan kepada syarikat, pekerja, vendor dan kerajaan.
Adakah kita bersedia 'mengacau' (disrupt) aktiviti ekonomi di laluan tersebut?
Kedua, kos HSR adalah terlalu mahal.
Bagaimana sesebuah projek yang 10 tahun dahulu bernilai RM8 billion tetapi kini menjadi RM100 billion (termasuk kadar faedah)?
Purata kos membina HSR adalah sekitar RM60 juta- RM100 juta per kilometer.
Dengan 'price tag' RM100 billion dan sepanjang 350 km, projek HSR KL-Singapura menjadikan kos per km sebanyak RM285 juta.
Ianya kos yang amat tinggi. Sedangkan keadaan topografi tanah di sepanjang laluan KL-Singapura tidak memerlukan pembinaan merentasi gunung ganang mahupun banjaran sebagaimana di Eropah mahupun China.
Kos buruh dan bahan mentah juga tidaklah semahal seperti di Amerika dan negara maju yang lain.
Ini membawa kita kepada perkara ketiga iaitu- adakah kita mampu membiayai projek HSR?
Dengan berbelanja (baca: berhutang) RM100 billion, secara kasarnya kita bakal membayar RM250 juta sebulan selama 30 tahun.
Sebuah jumlah yang amat tinggi lebih-lebih lai mengambil kira kedudukan hutang negara sekarang.
Sesetengah penganalisis, pakar, pengkritik mahupun bekas Menteri Kewangan boleh mengendahkan kadar hutang kerajaan sebanyak RM 1 trillion.
Mereka boleh berselindung di sebalik definisi dan terma hutang yang diguna pakai.
Namun definisi ataupun tidak, hakikatnya kerajaan telah membayar hampir RM7 billion hutang 1MDB sejak 2017. (Nilai yang sama dengan pembayaran BR1M setahun kepada 7 juta isi rumah.)
Dan... jumlah pembayaran hutang ini akan terus meningkat dan dibayar oleh kerajaan kerana ini adalah contoh di mana entiti yang dijamin hutangnya tidak mampu membayar sendiri hutang mereka sehingga kerajaan terpaksa campur tangan.
Selain daripada hutang sedia ada, terdapat projek mega yang lain seperti MRT 2 (RM32 bn), LRT 3 (RM9 bn), Pan Borneo (RM29 bn) dan West Coast Highway (RM4.6 bn) yang sedang berjalan.
Ini tidak dicampur lagi dengan projek super mega akan datang seperti ECRL (RM66 bn), MRT 3 (RM50 bn), Melaka Gateway (RM15 bn) dan Kuantan Industrial Park (RM8 bn).
Kesemua komitmen ini sahaja berjumlah RM213 billion iaitu sama nilai dengan bajet setahun kerajaan.
Adakah kita punyai wang sebanyak itu untuk membiayai kesemuanya?
Atau kita terus berhutang dalam mendapatkan dana?
Atau kita mengenakan cukai baru kepada rakyat untuk membayar hutang tersebut?
Sedangkan kita tahu lebih separuh pekerja Malaysia berpendapatan bawah RM2,000 sebulan. Mereka yang ada kerja, gaji tak banyak.
Itu yang ada kerja. Walhal, nak cari kerja juga payah. Kadar pengangguran di kalangan graduan adalah 11%- paling buruk berbanding Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Dan banyak lagi angka / statisik yang memerlukan kerajaan berbelanja ke arah peningkatan kesejahteraan rakyat.
Jadi, adakah wajar kita membelanjakan RM100 billion untuk projek HSR?
Tepuk dada tanyalah selera.
Ia bukanlah kerana memiliki laluan kereta api laju tidak membawa apa-apa manfaat.
Jepun mempunyainya.
UK-Perancis mempunyainya.
China juga mempunyainya.
Namun ingatlah pesanan orang-orang tua kita: Ukurlah baju di badan sendiri.
Radzi Tajuddin
sumber: Fb Radzi Tajuddin

Tuesday, December 8, 2015

G25 pertubuhan apa ini?




G25 adalah sekumpulan individu yang berpegalaman dalam pelbagai bidang danmempunyai pandangan yang berbeda tetapi mendokong matlamat dan wawasanyang sama.
Kesemua ahli G25 menjunjung nilai yang sama, dengan kesedaran bahawa Malaysiasebagai sebuah negara yang mempunyai ramai bilangan penduduk Muslim danmendokong Islam sebagai agama rasmi, kami percaya pentadbirannya sepatutnyalah dikendalikan selaras dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan yang menjamin hak asasi rakyatnya terhadap kebebasan beragama dan menyuarakan pendapat masing-masing.
G25 merupai sekumpulan orang Melayu yang berpengaruh dan dengan itu, kami percaya kami mempunyai kedudukan yang lebih baik dari lain-lain pertubuhan masyarakat bagi memainkan peranan yang membina dalam menyuarakan perspektif wasatiyyah dalam hal keagamaan. Selanjutnya, kami yakin kami boleh menjana nafas baru dalam usaha kami bagi memperkukuh institusi perundangan serta mempertingkatkan mutu pentadbiran dan pemerintahan negara. Kami berpendirian yang prinsip asas pemerintahan bergantung kepada ketelusan, integriti dan tanggungjawab. G25 menyokong prinsip-prinsip tersebut yang menjadi asas kepada setiap pemerintahan yang bersih.
ruj: http://g25malaysia.org/

Saturday, March 15, 2014

MH370: 'Kemungkinan ke 'Grey Area'


MH370: Probe's focus now on ‘those in the cockpit’


Kuala Lumpur: Pesawat MH370 yang masih hilang berkemungkinan menuju ke Koridor Utara dengan melalui kawasan liputan radar rendah Grey Area untuk sampai ke destinasi misteri. Ini adalah berikutan di laluan terbabit terdapat kawasan pergunungan dan negara mundur seperti Nepal dan Myanmar tidak mempunyai teknologi radar canggih.
Penganalisis penerbangan Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, radar tentera akan mengesan sebarang pergerakan dalam liputan mereka tetapi kebiasaannya mengabaikan perkara itu kerana ia bukan pesawat ketenteraan.
Saya percaya pesawat terbabit sudah menuju ke Koridor Utara dan melalui kawasan liputan radar minimum di antara sempadan negara tertentu.
Dalam bahasa mudah ialah pesawat terbabit terbang di hujung radar,” katanya.
Dr Ahmad Samsuri berkata, pesawat terbabit mempunyai kapasiti minyak mencukupi untuk terbang sekurang-kurang tujuh jam.
Bagaimanapun, untuk sampai ke destinasi misteri, pesawat terbabit perlu terbang dalam ketinggian tertentu untuk menjimatkan minyak serta kadangkala akan turun ke altitud rendah bagi mengelak dikesan radar,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, terdapat kes yang mana pesawat Charlie milik tentera Israel pada 1976 terbang dari Israel ke Uganda sejauh 4,000 kilometer tanpa dikesan radar dalam Operasi Entebbe bagi menyelesaikan krisis rampasan pesawat.
@Harianmetro

Cerita di Sebalik Konsert Future Music Festival Bukit Jalil




Disini penulis kongsikan GAMBAR gambar kejadian YANG RATA RATANYA REMAJA ISLAM  kita semoga jadi PENGAJARAN,dan SEDEKAHKANLAH AL FATIHAH dan tak perlu dicaci mereka yang terlibat tapi ambillah IKTIBAR dari trajedi ini.

Kalau nak dikata menghina dan tidak sensitif isu semasa, berita dibawah ini barulah bukti yang patut diberi, disaat kita hiba dan sedih dengan KISAH MH370 , triba triba ada pula pihak menganjurkan konsert DAN ALLAH TURUNKAN BALA.......

Benar kuasa Allah, kabarnya konsert ini TERTUTUP, tetapi KISAHNYA MENJADI BUALAN DAN TATAPAN UMUM dengan kehendak YANG ESA apabila polis sahkan ADA KEMATIAN disebabkan konsert ini.......maka terbongkarlah segala yang cuba ditutup!

Lebih panas lagi mendidih yang membawa kepada malu besar kepada penganjur konsert ini ialah, penonton yang mati dalam konsert yang melibatkan 3 buah negara ini (Malaysia,Singapura,Indonesia)  kerana dadah dan arak..........ADUHAIII!!

Kerana dadah dan arak? Iye ker? Paper cakap sebab SESAK NAFAS camne? Tak pelah, mungkin kita patut tutup aib atau sekiranya mati disebabkan sesak nafas pun KITA PERLU AMBIL IKTIBAR dan cuba  jawab soalan ini

.........Kenapa KEMATIAN berlaku dalam konsert ini sedangkan diwaktu yang sama kita bersedih dengan KEHILANGAN PESAWAT MH370? Kenapa dalam konsert konsert besar yang dianjurkan sebelum ini perkara ini TIDAK BERLAKU? KENAPA BERLAKU SEKARANG?? Ambillah yang baik darinya tak perlu menuding jari salahkan sesiapa......yang mana SALAH kita TEGUR dan perbetulkan......
Beritanya dibawah.

Festival Future Music Bukit Jalil - Kematian Akibat Penyalahgunaan Dadah
-----------------------------------------
Pada 13-15 MAC 2014 jam 1800 hingga 0030, Syarikat Live Scape Sdn Bhd menganjurkan Konsert Festival Future Music. Namun begitu, 


Music festival at Bukit Jalil axed after 5 deaths

sdawwer
Five people reportedly died during the second day of Future Music Festival Asia, due to methamphetamine overdose. Another 4 have been hospitalised.


The organisers of Future Music Festival Asia, Live Scape Sdn Bhd, have heeded calls made by the police to call off the last day of their 3-day event after it was reported that 5 people died last night.
The cancellation, according to Live Scape, was to help in the investigations into the matter.
The Star had quoted city police chief Senior Deputy Comm Datuk Mohmad Salleh as saying that 9 people collapsed during FMFA’s second day last night after consuming drugs at 1.30am.
The cause of the collapse, and subsequent deaths, was believed to be from methamphetamine overdose.
It was reported that 1 person died on the spot at the Bukit Jalil Sports Complex where the concert was being held while another died on the way to the hospital.
Another 3 people died at  University Malaya Medical Centre and Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital.
All were Malaysians aged between 21 and 28.
The other 4 people are still in critical condition, with 2 in a coma.
However, an official statement from the organisers said an investigation had been lodged into the media reports of the 5 deaths.
“As at 5.00PM on March 15, we can confirm that one death, and not five, took place on festival grounds on March 14,” the statement read.
It added that a police report has been filed and “they are working very closely with all relevant authorities in examining and determining the cause of this very unfortunate incident”.
Meanwhile, Mohmad said all of the 9 “tested positive for high levels of drugs and the deaths have been classified as overdose”.
Apart from that, Mohmad told The Star that throughout the 2 days of the concert so far, 22 were arrested for possession of narcotics.
With regards to ticket refunds, Live Scape said details would be announced within a week.
On the event’s website page, it was stated that “a high-visibility police operation will be in place at FMFA 2014, targeting anti-social behaviour, alcohol-related crime, and illegal drug use and supply”.
“CCTV coverage will also be used to enhance the safety of people attending the festival,” read the entry conditions.
FMFA is an annual music festival that tours Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide and Perth in Australia.
In 2012, Kuala Lumpur was added to its touring list.
@therakyatpos

Tuesday, May 28, 2013

Kes khalwat satu perangkap - Shahz Jaszle



KUALA LUMPUR 28 Mei - Pelakon, Shahz Jaszle, 25, yang baru-baru ini ditangkap khalwat enggan mengulas panjang berhubung kes itu kerana tidak mahu mengganggu proses mahkamah.
Namun katanya, dia merasakan kes khalwat itu seperti sesuatu yang dirancang.
“Diam bukan kerana saya mengaku bersalah, sebaliknya perkara ini seperti satu perangkap yang dilakukan untuk menganiaya saya.
“Kedua-dua belah keluarga menerima penjelasan yang diberikan dan mereka sebenarnya lebih mengenali siapa saya," katanya ketika ditemui di set penggambaran drama Iman Nabila di sini hari ini.
Terdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan bahawa Shahz Jaszle ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di Apartment Taman Sri Subang dekat sini pada 3.30 pagi 16 Mei lalu
Mengulas tentang hubungan dengan tunangnya, Redzwani Puteri, 25, jelasnya, mereka masih baik.
“Tiada sebarang masalah, malah penjelasan sebenar tentang keadaan yang berlaku telah diberikan kepadanya.
“Saya bersyukur kerana memiliki Redzwani sebagai tunang yang sangat matang dalam berfikir dan tidak membuat keputusan terburu-buru," ujarnya yang sudah merancang untuk bernikah sekitar hujung tahun ini.


-utusan Online

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...