nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

Friday, May 30, 2014

MH370: Grand Finale - daripada Blog dramaraja blogspot




*Artikel ini ditulis berdasarkan penelitian dan juga pemerhatian oleh Brado Kapak sendiri danteam members nya selama lebih 40 hari. Sila baca dengan tenang untuk mengelakkan anda menjadi keliru. Ini artikel terakhir berkenaan MH370 oleh Brado Kapak. Sekiranya ia tepat, maka ia hanya kebetulan sahaja. Sekiranya ia tidak benar, maka ia berpunca dari kelemahan kami menganalisa dan meneliti. Bacalah dengan hati yang terbuka....

1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat kepunyaan MAS Airlines, Boeing 777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar. Pesawat ini disahkan hilang oleh menara kawalan pada sekitar jam 8 pagi hari yang sama sedangkan ping radar terakhir yang dikesan adalah pada jam 2.37 pagi waktu Malaysia.

2. MH370 menghantar isyarat komunikasi kepada Air Traffic Control (ATC) menara kawalan di KLIA ialah pada jam 1.19 pagi waktu Malaysia. Sila rujuk gambar ini. Manakala MH370 telahpun melakukan 'handshake' dengan Vietnam melalui Immarsat dan menghubungi menara kawalan udara bandar Ho Chi Minh City adalah pada sekitar jam 1.16 pagi waktu Malaysia. Ketika itu MH370 sedang memasuki perairan Vietnam.

3. Itu adalah laporan terakhir MH370 yang berjaya dicatatkan dalam mana-mana media antarabangsa. Selepas itu tiada lagi laporan isyarat komunikasi antara MH370 dengan mana-mana menara kawalan udara atau dengan mana-mana radar. Hanya ping radar terakhir yang berjaya dikesan adalah sekitar jam 2.37 pagi sahaja. Rujuk gambar ini untuk melihat data radar terakhir pesawat. Abaikan kesilapan PM dan AM yang tertera pada gambar tersebut. Artikel initelah mengesahkan bahawa komunikasi radar terakhir dengan MH370 adalah sekitar jam 2.30 ke atas, iaitu lebih kurang jam 2.40 atau 2.50 pagi waktu Malaysia.

4. Sekitar jam 2.50 pagi waktu Malaysia, MH370 sudah tidak lagi menghantar ping kepada radar dan data radar mengesahkan bahawa pesawat telah turun menjunah kepada satu ketinggian yang tidak dapat dikesan radar.

5. Saya sifatkan sebenarnya, pada ketika itulah MH370 sudahpun jatuh tenggelam ke dasar lautan. Iaitu kira-kira beberapa minit sebelum jam 3 pagi.

6. Satu letupan kecil telahpun berlaku diudara yang mengakibatkan kokpit pesawat terputus hubungan dengan mana-mana menara radar terdekat dan kesemua sambungan elektronik dalam badan pesawat terputus. Rujuk artikel ini dan ini.

7. Saya tidak tahu bagaimana letupan itu terjadi dan mengapa pesawat masih terus terbang dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas. Perlu diingatkan, kesemua pesawat Boeing sebenarnya mempunyai satu sistem kawalan jarak jauh yang boleh dikawal oleh pusat kawalan pesawat Boeing

Sunday, April 27, 2014

Apa kata admin blog dramaraja blogspot tentang kedatangan Obama ke Malaysia dan apa urusannya?




Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu

*Baca artikel ini dan ini sebelum anda menyambung pembacaan disini...
*Sila hentikan pembacaan anda jika anda tidak dapat menerima info yang diluar jangkaan.
*Jangan baca artikel ini jika anda belum bersedia.
*Teruskan pembacaan disini sekiranya anda sudi berlapang dada.

----
1. Obomba akan dijangka tiba pada esok pagi sekitar jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Mungkin penerbangannya lebih awal jika tiada sebarang masalah.

2. Ketibaannya akan disambut oleh Dato Seri Najib dan ramai dif-dif kehormat disamping pengawal keselamatan, pegawai peribadi dan sebagainya.

3. Air Force One iaitu sebuah pesawat rasmi dan khas membawa Presiden US, Barrack Hussein Obama a.k.a Obomba dijangka mendarat di Subang pada 26 April 2014 sekitar jam 8.30 pagi.

4. Kehadirannya bagi merasmikan beberapa acara di Malaysia disamping merasmikan tabung dana serta berjumpa dengan tetamu kehormat dalam Malaysia serta menghadap YDP Agong.

5. Obomba akan disambut dengan meriahnya serta dibawa bersiar-siar ke Putrajaya dan banyak tempat menarik di Malaysia menaiki kenderaan rasminya The Beast.

6. The Beast telahpun tiba di Malaysia semalam (24 April 2014). Dua hari lebih awal bersama-sama banyak kenderaan rasmi mereka yang lain.

7. The Beast adalah sebuah kenderaan rasmi tunggangan Presiden US yang kalis peluru dan anti-terbakar.

8. Obomba dijangka akan hadir ke Putrajaya pada hari yang sama bagi bertemu dengan Dato Seri Najib dan dif-dif kehormat untuk membincangkan tujuan-tujuan dan hala tuju Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA a.k.a TPP).

9. Obomba akan ke Istana Negara pada malamnya untuk menghadiri jamuan makan malam di Istana bersama beberapa dif-dif kehormat lain dan Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan dana akhir zaman.

10. Kesemua dana ini sangat berkait rapat dengan jatuh bangunnya US, Federal Reserve, Bank Dunia, Empayar Rothschild dan juga kebangkitan Islam akhir zaman.

11. Kebangkitan Islam akhir zaman amat kompleks untuk dibicarakan dalam ruang yang amat terhad ini. Sekiranya saya dipanggil bersyarah sekalipun, ia akan memakan masa berjam-jam untuk menyelesaikannya.

12. Selain Majlis Raja-Raja, dif kehormat yang akan turut dijangka hadir adalah pemilik hak-hak intelek Khazanah Alam Nusantara yang terdiri dari beberapa individu.

13. Mereka ini adalah pemilik nama-nama khas yang telah diteliti sebagai pemegang amanah harta Khazanah Nusantara.

14. Pembahasan mengenai hal ini insyaALLAH akan saya tuliskan dalam artikel pada minggu hadapan setelah Obomba tiba nanti.

15. Saya akan ke satu lokasi untuk mengorek beberapa rahsia yang tersimpan, apa dan mengapa perkara mengenai Khazanah ini dibangkitkan sekarang?

16. Obomba juga dijangka menghadiri sebuah upacara di Masjid Negara (mungkin bukan dalam Masjid, tetapi di lokasi berdekatan) bagi acara untuk bertemu para Imam-imam Masjid dan juga beberapa individu pemegang hak intelek harta dan khazanah Islam Nusantara.

17. Selain itu, Obomba juga kelihatan mencari-cari sebuah buku yang terkandung mengenai nama-nama pemegang khazanah akhir zaman yang berada di Malaysia. Buku itu akan menemukan Obomba dengan nama-nama penting bagi pemegang harta-harta yang timbul dari perut muka bumi.

18. Untuk makluman semua, naga yang mengawal harta ini telah mula bangkit dari tidur. Harta-harta tersebut sedang mula digerakkan. Data-data sulit sudahpun sampai ke tangan saya. InsyaALLAH ada beberapa perkara yang akan didedahkan pada minggu hadapan.

19. Pada 27 April 2014 pula Obomba dijangka hadir ke Universiti Malaya atas beberapa tujuan antaranya merasmikan satu pertubuhan dana bagi anak muda atau Youth. Perkara ini dilihat dari segi luarannya adalah baik, namun ia akan menjadi buruk sekiranya kita tidak bijak memanipulasi.

20. Seluruh kampus UM di Pantai Dalam itu sudahpun diseal dan kesemua akses masuk sudah dikawal ketat oleh para petugas keselamatan daripada pihak Federal Inteligence.

21. Kesemua laluan masuk, akses ke UM, nama-nama pekerja, emel pekerja, nombor telefon dan semua kelengkapan elektronik di UM telahpun dikawal ketat dan sentiasa dibawah pantauan mereka.

22. Seterusnya, Obomba dijangka akan ke beberapa lagi lokasi rahsia.

23. Obomba juga akan melawat segi tiga emas di Bukit Bintang. Dijangka MUNGKIN dia akan menginap di JW Marriot di Jalan Bukit Bintang, berhadapan The Pavillion.

24. Kesemua jalan di seluruh segitiga emas termasuk Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan beberapa lagi jalan telah pun diseal dan dikawal ketat. Para penembak tepat telahpun berjaga disekitar lokasi ini.

25. Kepada rakyat Malaysia, saya sarankan anda agar tidak keluar ke mana-mana pada hujung minggu ini terutama yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.

26. Ini kerana ia akan membantutkan perjalanan anda kerana hampir semua lokasi telah ditutup dan dikawal ketat.

27. Lihatlah, betapa penakutnya Presiden US ini.

28. Dia takut kalau-kalau ada ancaman parang terbang menyerang datang dari jauh agaknya......

29. Baru dia tahu keramat juga bumi Malaysia ini.

30. Selain itu, Obomba juga akan dijangka hadir ke Cyberjaya pada hari yang sama bagi merasmikan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MAGIC). Rujuk sini.

31. Ada beberapa lagi lokasi lawatan rasmi Obomba yang saya tak dapat dedahkan atas beberapa sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Saya juga tak dapat mendedahkan ke mana Obomba pergi pada hari terakhir, 28 April 2014.

32. Apa yang saya pasti, kehadiran Obomba sudahpun dirancang awal sejak tahun 2013 lagi. Namun kedatangannya pada tahun lalu dikira sebagai gagal kerana pada ketika itu negara kita tidak mahu menandatangani TPP dan mahu menjalankan bisnes terbuka dengan pihak China.

33. Maka ketika hilangnya MH370 yang dihijack oleh 3 orang perisik CIA dan ditentang oleh beberapa orang perisik KGB dan China, Obomba telah melihat ini sebagai satu plan terbaik untuk menjayakan rancangannya di Malaysia.

34. Sebelum MH370 hilang, banyak kerangka pemindahan dana telahpun dilakukan dari British untuk dibawa masuk ke Malaysia.

35. Ramai individu-individu yang ada rasa cintakan kepada Islam dan mahu melihat agama yang dibawa Rasulullah SAWAW kembali bangkit di akhir zaman ini mula menonjolkan diri satu demi satu walaupun nama mereka hanya dipandang enteng oleh masyarakat semasa.

36. Kerana, hakikatnya masyarakat masih terpukau dengan cerita-cerita angan-angan yang disebarkan dalam kelompok majoriti. Kita masih fokus kepada perkara-perkara kecil yang tiada asas seperti mahu melaksanakan Hudud di negara ini, mahu menolak GST, mahu menegur kerajaan dan sebagainya. Sedangkan semua itu LANGSUNG TAK MEMBERI KESAN kepada perjanjian yang termetrai antara US dan Malaysia. Seandainya Hudud dilaksanakan di negara kita, ia haruslah selaras dengan perjanjian dengan pihak British dan juga keturunan Lord Reid sebagai pemegang pajakan Tanah Melayu dan ia harus dipersetujui oleh para Bankster daripada US, empayar Rothschild, Federal Reserve dan juga pihak Majlis Ulamak Saudi dan negara bersekutu. Sekiranya tidak, maka negara ini langsung TIDAK akan dibenarkan melaksanakan Hudud. Itu bererti, sekiranya Hudud mahu dilaksanakan pada ketika sekarang ini, kita telahpun selangkah masuk ke dalam jurang fitnah Dajjal. Sedangkan datangnya Imam Mahdi itu TIDAK akan membawa perjuangan mengenai Hudud semata-mata bahkan dia membawa perjuangan untuk menghapuskan sistem yang sedia ada yakni sistem yang dikawal mengikut telunjuk NWO, bukan semata-mata menghapuskan demokrasi waima kapitalisme. Kini fahamlah saya mengapa satu ketika dahulu Tun Dr Mahatir mengatakan, Malaysia tidak sesuai untuk melaksanakan Hudud kerana kita akan tertutup dalam kelompok jumudnya fahaman terhadap Islam yang telah diserapi Wahabiah ejen As-Sufyaniah yakni penentang Imam Mahdi dan TDM sendiri pasti takut melanggar hukum Hudud yang hendak dilaksanakan kerana banyaknya salah laku yang akan dibongkar. TIDAK akan ada Hudud seperti disyariatkan di dalam Al-Quran akan tertegak di tanah ini selagi tidak ada kepimpinan yang boleh melaksanakannya. Saya amat yakin sekiranya Hudud dilaksanakan, maka yang paling utama harus dikenakan hukuman adalah para pemimpin kita semua termasuk pemimpin UMNO, PKR, PR dan PAS kerana banyaknya salah laku yang telah mereka semua lakukan. Ketirisan demi ketirisan yang langsung rakyat jelata tidak ketahui. Pengkhianatan demi pengkhianatan yang langsung tak didedahkan. Amat beratlah kebenaran di akhir zaman ini kerana ia teramat pahit untuk ditelan. Maka, berjuanglah untuk membina tapak kepada kebangkitan Islam, bukannya berjuang mahu menegakkan hudud semata-mata sedangkan kita masih tiada tapak untuk bersedia dengan kebangkitan yang Rasulullah SAWAW janjikan.

37. Pada awal kehilangan MH370 dahulu saya telah menjangkakan yang MH370 akan dinaikkan sekiranya perjanjian antara Malaysia dan US berjaya. Namun setelah saya meneliti, saya lihat MH370 TIDAK akan dinaikkan sekiranya perjanjian itu berjaya.

38. Mengapa saya berubah fikiran dalam menulis artikel saya?

39. Mudah sahaja, kerana MH370 sekiranya ditimbulkan dan dinaikkan di media maka ia akan menimbulkan lebih banyak masalah dari segi kerugian, tanggungan risiko insurans, tanggungan kepada kerajaan Malaysia dan US, kerugian Rolls-Royce, Saham MAS yang ditutup, kerugian Boeing, kerugian di pihak Obomba, kerugian di pihak Dato Seri Najib dan banyak lagi.

40. Kerugian ini satu demi satu akan dipersoalkan oleh badan-badan NGO yang mempunyai kuasa bersuara dalam masyarakat.

41. Apapun, sekiranya perjanjian antara US dan Malaysia berjaya dan mereka mahu MH370 dinaikkan juga, ia tidak akan ditimbulkan kepada masyarakat. Yang dinaikkan, hanyalah harta yang ada di dalamnya dan biasanya, kerja-kerja mengangkut khazanah ini hanya akan dibuat oleh syarikat swasta yang diupah. Inilah maksud saya yang telah saya ceritakan dalam artikel sebelum ini disini (rujuk point 8).

42. Kesannya, ramai yang akan terbunuh sekiranya khazanah itu diangkut naik dari Laut China Selatan dan ditimbulkan kepada umum.

43. Seperti yang pernah saya ingatkan dahulu.... "Bila tenggelam tak ramai yang mati. Bila timbul, ramai yang mati...."

44. Maksud kata-kata itu amat mendalam dan ia adalah prinsip dalam apa jua misi khas.


45. Sebagai kesimpulan ringkas, dana-dana daripada bank dunia yang dikawal oleh keluarga besar Queen Elizabeth dan juga British telahpun kembali dibawa masuk ke negara kita.

46. Kesemua dana ini harus dipulangkan kerana tempoh pajakan 100 tahun sudah hampir tamat.

47. Sedikit demi sedikit, perubahan demi perubahan sedang berlaku dalam sosio ekonomi negara kita.

48. Cerita tentang pengurusan khazanah alam Nusantara ini amat sukar hendak didedahkan kerana banyaknya tangan-tangan yang memerhatikannya.

49. Kerana adanya banyak agensi yang akan cuba mengambil kesempatan dari segi mencuri khazanah yang ada, memanipulasi informasi, menipu rakyat yang hendak mengetahui kebenaran dan pelbagai lagi.

50. Ada satu gerakan yang mendapat dana daripada seorang yahudi yang berpusat di Jalan Ampang, mereka sering mencari orang-orang yang berminat dengan khazanah akhir zaman ini untuk dimanipulasi. Merekalah yang memberi dana kepada ramai individu seperti Raja Nusantara, Raja Noor Jan, Almarhum Sultan Kiram III dan ramai lagi.

51. Kesemua mereka ini diberi dana khas datang daripada Hong Kong dan juga beberapa bank luar yang mana duit-duit tersebut datang dari hasil kotor dan dibersihkan di beberapa offshore bank seperti di Hong Kong, Labuan, Swiss dan lain-lain.

52. Dana ini bertujuan memberi kekuatan kepada individu-individu tersebut bagi mengumpulkan seramai yang boleh ahli-ahli mereka bertujuan mencari pemegang kunci khazanah sebenar pintu alam Nusantara.

53. Banyak siri penipuan terancang sedang dijalankan dan ia akan dilaksanakan satu demi satu.

54. Seperti yang pernah saya ingatkan sebelum ini, tidak lama selepas MH370 hilang akan terjadinya satu perkara besar dan ia benar-benar sedang terjadi di negara kita tanpa kita semua sedari.

55. Rasulullah SAWAW pernah bersabda yang mafhumnya dapat kita fahami sebagai; "Kelak akan kering sungai Furat dan akan timbul segunung emas. Akan datang 99 pasukan merebutkannya dan hanya satu pasukan sahaja yang berjaya. Wahai orang-orang mukmin, janganlah kamu berebut hendak mengambilnya..."

56. Daripada hadis itu, maka jelas sekali ia sedang berlaku di rantau kita. Sungai Furat telah lama kering dan benar-benar bergunung-gunung emas sedang mula timbul di alam Nusantara.

57. InsyaALLAH, jika tidak ada aral melintang, perubahan kuasa dalam tampuk pemerintahan di negara kita tetap akan berlaku namun bagaimana ia berubah, saya tidak tahu.

58. Dato Seri Najib sudah benar-benar berada di kemuncak pemerintahannya. Dia boleh step down bila-bila masa sahaja walaupun dia sudah mempersetujui banyak perjanjian dengan pihak US dan Obomba.

59. Ini bertujuan bagi survival negara Malaysia dan juga kelansungan hidup DSN dan juga sekeluarga.

60. Sekarang, terlalu banyak orang di dalam kerajaan kita yang melakukan manipulasi wang dan mereka sedang cuba mengkayakan perut mereka dan kroni mereka sendiri bagi kelansungan hidup mereka di akhir zaman ini.

61. Tujuan mereka berebutkan khazanah itu pun tak lain tak bukan untuk survival mereka sendiri bukannya mahu membangkitkan Islam.

62. Hanya sekelompok kecil sahaja yang benar-benar mahu melihat Islam kembali tertegak dengan tidak melakukan apa-apa ketirisan.

63. Dato Seri Anwar Ibrahim tahu cerita tentang khazanah alam Nusantara.

64. Kerana itu dia pernah berjanji dengan janji gila kepada rakyat Malaysia dalam kempen PRU-13 yang lalu.

65. Kerana hubung kaitnya amat rapat dengan George Soros, Federal Reserve, Bank Dunia dan juga US selain dia tahu tentang kewujudan dana-dana akhir zaman ini dan bagaimana cara hendak memanipulasinya.

66. Semua ini berlaku tanpa kita sedari.

67. Bermula dengan kes di Lahad Datu, berakhir dengan hilangnya MH370. Ada satu lagi episod lebih besar akan dipentaskan tidak lama lagi.

68. Mereka harus cari isu untuk bangkitkan kesedaran rakyat menyokong segala usaha mereka.

69. Telah menjadi kemusykilan besar dalam diri saya apabila Obomba menuntut 8 perkara rahsia yang tersimpan di KLIA, 8 perkara rahsia dalam militeri dan juga sekuriti negara disamping dia juga ingin bertemu dengan 3 individu pemegang nama-nama waris khazanah alam Nusantara serta ingin berjumpa Imam masjid.

70. Nak kata Obomba masuk Islam, saya rasa jauh sekali...... dia orang kuat dalam NWO. Islamnya pun tetap menentang ugama yang ditegakkan Muhammad.

71. Nak kata Obomba nak cari Imam Mahdi?? Dia kenal ke????

72. Nak kata Obomba nak beli khazanah-khazanah tu? Dia nak buat apa kan???? Dia pun dah kaya....

73. Jadi, korang fikirlah sendiri sementara menunggu artikel akan datang yang lebih kompleks dan memeningkan kepala. Bersiap sedialah dengan sesuatu yang diluar jangkaan. InsyaALLAH jika ada kelapangan waktu dan direhatkan usia, saya akan terus berkarya memberi ruang input alternatif kepada para pembaca di negara ini. Ketahuilah, dalam 73 golongan yang mengejar akhirat, hanya 1 golongan yang selamat... iaitu golongan yang ada sifat Ikhwan dalam diri mereka serta tidak cintakan dunia dan tidak takutkan mati.

Apapun, saya dengan sukacitanya mengucapkan, "SELAMAT DATANG KE TANAH MELAYU kepada Obomba dan semua yang hadir. Terima kasih sudi menjejakkan kaki ke Tanah Melayu. Mahu ambil tanah kami, silakan angkut dengan kapal korek. Tetapi jika mahu rampas hak kami, JANGAN harap kalian berjaya!"

Sunday, April 6, 2014

MH370: Artikel terkini blog Dramaraja yang MENGEJUTKAN: Penutup Episod Pertama



"Dan katakanlah telah datang kebenaran mengatasi kebathilan. Sesungguhnya yang bathil itu akan sentiasa akan lenyap..."


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puja dan puji kepada ALLAH SWT. Syukur ke atas segala limpah kurniaNYA yang telah dicurahkan kepada kita semua dengan nikmat iman dan Islam serta nikmat menjadi ummat Muhammad, ummat pembela agama Islam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW) serta seluruh Itrah Ahli Bait dari awal hingga akhir. Semoga kita beroleh manfaat daripada mereka...

Syukur ku panjatkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya telah berjaya membongkar serba sedikit mengenai misteri MH370 yang telah menjadi tanda tanya bagi ramai orang. Saya telah bermula mencari dan menelusuri pelbagai misteri ini seawal 9 Mac 2014 lagi iaitu sehari selepas tarikh MH370 dilaporkan hilang oleh media. Pada awalnya saya tidak memfokuskan mengenai pencarian ini dan saya hanya mencarinya sebagai tambahan ilmu buat diri saya sendiri.

Namun, setelah ramai rakan-rakan yang menghantar email dan mesej ke akaun facebook saya, maka saya mengambil keputusan untuk membuka blog baru ini yang dinamakan sebagaiDramaRaja bagi menempatkan kesemua artikel saya berkisarkan MH370. Saya kembali menelusuri pelbagai kisah-kisah lama antaranya kisah tragedi Sulu yang terjadi pada tahun lalu di Lahad Datu, kisah komando kita yang berjaya memacakkan bendera Malaysia di Singapura ketika era konfrontasi, kisah komando kita yang dihantar ke Bosnia Herzegovina dan juga kisah-kisah dimana negara kita telah melalui banyak fasa perubahan terutama dari segi taktikal perang dan juga rentetan sejarah politik.

Bagi saya, MH370 ini adalah sesuatu yang amat global dan bersifat luas. Ia bukanlah suatu yang glokal dan statik. Ia sentiasa berubah-ubah dari segi penyampaian informasi, dari segidiversion (pengalih perhatian) dan juga dari segi ketelusan seseorang menyampaikan berita. Saya juga tidak terlepas daripada perkara tersebut. Sudah terjadi beberapa kali informasi yang saya sampaikan kepada umum berubah-ubah. Ini berikutan informasi dan data-data sulit yang saya terima juga turut berubah-ubah kerana terlampau banyaknya jumlah yang ada. Lantas, amat sukar bagi saya untuk meneliti dan menganalisa satu persatu dokumen, data-data sulit dan juga informasi yang disampaikan kerana ia memakan masa untuk menghadamnya satu persatu.

Thursday, April 3, 2014

Iluminati dan Kumpulan 300- siapa mereka ini?




Alang-alang sudah menyentuh tentang kumpulan rahsia Iluminati, mari kita kenali lebih dekat dan sedikit dalam kumpulan ini dan apakah sebenanrnya cita-cita mereka terhadap dunia.

Menurut catatan Jerry D Gray, seorang bekas Tentera Udara US yang kini telah memeluk Islam,  cita-cita Iluminati dan kumpulan 300 adalah:



  • membentuk pemerintahan dunia baru atau New World Order dengan gereja dan sistem kawalan dibawah pemerhatian mereka. Pemerintahan NWO telah mendirikan gereja sejak 1920 an lagi, ini kerana Iluminati menyedari agama adalah sebahagian daripada keperluan yang perlu wujud dalam diri manusia. Namun 'gereja' yang mereka maksudkan adalah bagi mewujudkan keyakinan  masyarakat kepada kumpulan ini demui mencapai cita-cita mereka

  • menghilangkan nilai kebangsaan dan kenegaraan dalam diri manusia supaya fahaman NWO mudah untuk difahami dan disebarkan.

  • memberi sokongan dan membenarkan penggunaan ubat-ubatran dan memfilemkan pornografi sebagai seni. perkara ini membuatkan ia diterima secara terbuka dan normal bagi masyarakat.

  • menyusup masuk dan menumbangkan semua kerajaan dan bekerja dari dalam bagi menghancurkan integriti kedaulatan sebuah kerajaan

Ini adalah antara sebahagian tujuan kumpulan Iluminati ini. Bermacam-macam lagi rancangan dan matlamat mereka bagi menguasai dunia dan mewujudkan NWO. Kalau kita tengok misi mereka bagaikan kerja gila dan mustahil. Tetapi matlamat sebegitulah yang mereka mahukan dan membuatkan ramai manusia sukar untuk percaya. Sebagai contoh matlamat yang keempat dalam meruntuhkan sesebuah kerajaan, di mana telah banyak negara yang musnah dan telah dikuasai oleh kumpulan ini dengan mewakilkan kepada USA dan PBB seperti Iraq, Afganistan, Mesir, Libya dan kini Syiria malah Arab Saudi sendiri.

Di antara ahli Kumpulan 300 adalah:
  • Keluarga Di Raja Britain
  • Keluarga di Raja Belanda
  • House of Hapsburg
  • House Of Orange
  • Duke of Alba
  • Putera Phillip Duke Of Edinburgh
  • Lord Carrington
  • Lord Halifax, 
  • Winston Churchill
  • Cecil Rhodes
  • Ratu Elizabeth II
  • Ratu Beatrix
  • Raja Norway Hakoon
  • John Forbes
  • Bush
  • Goerge W Bush
  • Prescott Bush
  • Henry Kissinger
  • JP Morgan
  • David Rockefeller
  • David and Evelyn Rothchild
  • Ted Turner
  • dan ramai lagi
Dan di antara mereka yang bekerja bagi menjayakan New World Orde adalah

  • Lord Jacob De Rothschild
  • Nathaniel
  • Baron John De Rothschild
  • David Rockefeller
  • nathan Warburgm
  • Henry Kissinger- perisik pemusnah global
  • Goerge Soros- penasihat Yahudi dan spekulator kewangan
  • Paul Vocker- seorang Yahudi Kripto dan penasihat ekonomi Obama
  • dan beberapa orang lagi
Mereka ini selalu membuat pertemuan sulit di merata dunia bagi membincang isu-isu penting dalam menjayakan matlamat ini. Dan di antara pertemuan penting yang dapat di kesan adalah pertemuan sulit Kapitalis dan ahli politik Yahudi berpengaruh di Hotel Bilderber, Amherm, Belanda pada 1954 yang digelar ahli Bilderberg. Mereka bertemu setiap tahun samada di Eropah mahupun Amerika Syarikat.

Walaupun pengenalpastian ahli ahli Iluminati adalah semasa tahun 50 an 60 an mahupun 70 an, akan tetapi ianya sentiasa mewujudkan pelapis yang baru dari mereka yang berpengaruh samada dalam ekonomi, media, perbankan, pedagang emas dunia dan ramai lagi.

Manakala Negara yang menyumbang kepada New World Orde ini samada secara pengaruh mahupun kewangan adalah:
  • Amerika Syarikat
  • England
  • Israel
  • Australia
  • China
Manakala Negara lain yang telah teguh dikuasai samada secara politik dan kewangan adalah: Jerman dan Peranchis yang dulunya telah digulingkan secara revolusi rakyat melalui rancangan sulit dan terancang serta penghapusan etnik yang masyur oleh Hitler terhadap Yahudi Marhain.

Ini adalah sebagai sedikit pengenalan tentang kumpulan Iluminati serta matlamat mereka dalam menguasai dunia. Kita akan jelajahi lagi penipuan mereka serta rancangan jahat mereka terhadap dunia.

Nantikan artikel selepas ini yang menunjukkan Kemungkinan Tsunami di Acheh adalah perbuatan tangan manusia, bukan bencana alam semulajadi, betulkah begitu? Admin akan mengulas dalam artikel selepas ini.

Rahsia Peti Tabut- apa yang dicari oleh Iluminati



Peta yang menunjukkan Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) di utara dan Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) di selatan. Dua negara hasil dari pecahan Kerajaan Bersatu (United Monarchy) bangsa Israel di bawah Raja Talut, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S dahulu.
Sebelum ini penulis telah mengulas mengenai SIHIR yang dapat menjadi senjata superbagi pihak Yahudi-Zionist untuk menguasai dunia pada akhir zaman. Kini penulis akan meneruskan penerangan yang berkaitan impian Yahudi-Zionist dalam mencapai KEKUASAAN yang selama ini telah dicabut oleh Allah S.W.T daripada mereka akibat kesesatan akidah golongan itu. Untuk artikel kali ini, penulis akan menerangkan susur galur niat Yahudi-Zionist ini secara RINGKAS, semoga sebarang maklumat-maklumat tambahan akan dapat dikaji dan diteliti sendiri oleh mereka yang mempunyai rasa ingin tahu. Apa yang penulis terbitkan ini adalah berdasarkan usaha peribadi penulis dalam menganalisis pelbagai jenis buku, artikel dan video-video berkenaan Akhir Zaman. Ini berkaitan secara tidak langsung dengan situasi sosio-politik dan ekonomi di negara kita yang semakin serabut dengan kebangkitan slogan-slogan NEW WORLD ORDER seperti KEBEBASAN MEDIA, HAK ASASI MANUSIA, LIBERALISME, DEMOKRASI BEBAS, KUASA RAKYAT dan sebagainya.

Peta yang menunjukkan Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) di utara dan Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) di selatan. Dua negara hasil dari pecahan Kerajaan Bersatu (United Monarchy) bangsa Israel di bawah Raja Talut, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S dahulu.

1) Penulis mulakan dengan memperingati kembali bagaimana terbentuknya Kerajaan Bersatu (United Monarchy) setelah Nabi Musa A.S membawa bangsa Israel ini melintasi Laut Merah untuk ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" (The Promised Land). Nabi Musa A.S telah menyerahkan tugas mengepalai bangsa Israel ini kepada Joshua, seorang panglima perang yang mengetuai bangsa Israel dalam peperangan menentang penduduk asal kawasan Tebing Barat kini, iaitu bangsa Kanaan (Canaanite) yang tidak beriman kepada Allah S.W.T. Bangsa Kanaan adalah nenek moyang orang Filistin (Philistine) iaitu asal usul orang Arab Palestin kini. Setelah berjaya menduduki kawasan Kanaan itu (kawasan yang menjadi negara haram Israel kini), maka timbullah satu dilema di mana bangsa Israel yang mempunyai 12 suku (Tribes) ini tiada raja untuk memerintah. Maka ketika itu seorang pengembala keldai yang bernama Talut (dalam Injil dipanggil Saul), telah diangkat menjadi Raja Pertama Israel oleh seorang Nabi (bukan Rasul) yang juga Kadi (hakim) Israel bernama Samuel. Bagi menjadikan rakyat Israel taat kepada Talut yang asalnya seorang pengembala keldai ini, maka Allah telah kurniakannya PETI TABUT sebagai simbol PENYATUAN dan KEKUASAAN bagi Talut memerintah bangsa Israel. Maka terbentuklah Kerajaan Bersatu (United Monarchy), iaitu sebuah negara dan kerajaan bangsa Israel yang sah sekitar tahun 1050 sebelum Masihi di kawasan Kanaan itu.



2) Apa yang uniknya PETI TABUT itu? Mengikut komentar Allahyarham Abdullah Yusuf Ali (penterjemah Al-Quran ke Bahasa Inggeris yang terkenal), PETI TABUT atau juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai "The Ark of Covenant" ini diperbuat daripada kayu pokok akasia dan mempunyai jalur-jalur emas tulen. Tudungnya yang keemasan itu dikatakan "Takhta Kasih" dari Allah S.W.T. Ia mengandungi "PERNYATAAN TUHAN", iaitu Sepuluh Perintah (The Ten Commandments) yang terukir pada tablet-tablet batu di samping beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S. Ia dipercayai pernah dibawa oleh malaikat. Ia juga merupakan simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari Allah S.W.T kepada mereka yang beriman. Namun golongan Yahudi-Zionist percaya bahawa PETI TABUT ini mengandungi pelbagai lagi rahsia yang merupakan kunci kepada ilmu-ilmu (mungkin ilmu metafizikal) para Nabi untuk mereka eksploitasi demi berkuasa di dunia ini sebagai "UMAT YANG TERPILIH". Oleh sebab itu sehingga kini, adalah satu impian bagi golongan Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali PETI TABUT yang telah hilang sejak Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh Empayar Babilonia Baru (Neo Babylonian Empire) pada tahun 586 sebelum Masihi.



3) Setelah kematian Talut, Kerajaan Bersatu ini diperintah pula oleh Nabi Daud A.S (King David) dan anaknya Nabi Sulaiman A.S (King Solomon). Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk melembutkan besi, kerana itu mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah Israel), Nabi Daud A.S merupakan manusia pertama yang membuat baju rantai besi (chainmail). Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara yang merdu sehinggakan pada zaman itu, syariat agama Allah melalui Kitab Zabur (Psalms) adalah beribadat secara nyanyian. Ketika inilah Nabi Daud A.S menggunakan simbol Bintang Daud (Star of David) sebagai cop mohor kerajaannya. Kini simbol bintang itu telah diambil oleh Zionist sebagai lambang negara haram Israel mereka. Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan pelbagai mukjizat termasuk boleh mengawal angin, burung-burung serta jin. Kerana kebolehannya untuk berkomunikasi dengan jin, maka Haikal Sulaiman, juga dipanggil sebagai Istana Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman (King Solomon's Temple) telah dibina oleh jin berdasarkan corak binaan dan teknologi dari alam jin. Itulah yang menjadi kekaguman golongan Yahudi-Zionist untuk mendapat kekuasaan mengawal alam jin ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S, walaupun secara hakikatnya kebolehan Nabi Sulaiman A.S itu merupakan mukjizat kurniaan Allah S.W.T, bukannya ilmu sihir yang boleh dipelajari.

Lakaran abad ke-19 yang menunjukkan bentuk PETI TABUT (The Ark of Covenant). Mungkinkah ia dapat dijumpai dan berbentuk seperti ini?
Lakaran abad ke-19 yang menunjukkan bentuk PETI TABUT (The Ark of Covenant). Mungkinkah ia dapat dijumpai dan berbentuk seperti ini?

4) Golongan Yahudi-Zionist ini percaya bahawa segala kemahiran dan mukjizat para Nabi mereka dahulu dapat dipelajari dan digunakan oleh mereka yang mengkaji. Ini kerana segala ilmu-ilmu serta kebolehan-kebolehan luar biasa para Nabi ini dapat menjadikan alam ini dibawah kawalan mereka. Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk ilmu metafizikal yang dapat melawan hukum alam yang lazim. Kecenderungan Yahudi-Zionist ini juga mungkin berasal dari pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah perhambaan oleh bangsa Mesir dan Babilonia yang terkenal dengan ilmu-ilmu SIHIR yang telah berjaya menundukkan musuh-musuh tamadun mereka. Agenda Zionisme Yahudi ini secara tidak langsung merupakan manifestasi BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang kononnya selama ini menindas mereka sejak munculnya bangsa mereka ini dalam sejarah tamadun manusia. Bangsa Israel (kini golongan Yahudi-Zionist) seolah-olah tidak dapat membezakan antara mukjizat Nabi, karamah dan ilmu sihir. Mereka anggap semua itu adalah satu sumber kuasa metafizikal untuk mengawal alam ini dan manusia lainnya. Mereka menjadi golongan manusia yang angkuh untuk mencapai kekuasaan kerana percaya bahawa mereka adalah "UMAT YANG TERPILIH" untuk menjadi tuan di muka bumi ini. Maklumlah, majoriti Nabi pun berasal dari bangsa mereka dan bangsa mereka adalah satu-satunya golongan manusia di atas muka bumi ini yang pernah memakan hidangan dari syurga iaitu "Manna Was Salwa" dan diberikan beberapa kelebihan berbanding manusia lain secara fitrahnya.



5) Apa yang terjadi sesudah Nabi Sulaiman A.S meninggal dunia? Kerajaan Bersatu bangsa Israel ini berpecah menjadi dua negara yang berasingan akibat perang saudara untuk merebut takhta Nabi Sulaiman A.S itu. Di bahagian utara terbentuk Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Samaria (Shomron). Manakala di bahagian selatannya terbentuk Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) yang mengandungi 2 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman itu berada di atas Bukit Zion. Haikal Sulaiman merupakan tempat terakhir PETI TABUT ini disimpan sebelum ia dikatakan hilang setelah Kerajaan Yehuda diserang oleh Raja Nebuchadnezzar II dari Empayar Babilonia Baru. Binaan asal Haikal Sulaiman oleh jin itu telah diruntuhkan dalam serangan tersebut. Dari Kerajaan Yehuda inilah penduduknya digelar sebagai orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan Yunani) dan akhirnya memunculkan perkataan "Jew" dalam Bahasa Inggeris. Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada hari ini, iaitu subset daripada bangsa Israel yang asal. Tetapi istilah itu telah menjadi universal sehinggakan sesiapa sahaja yang mempunyai darah dari bangsa Israel ini akan digelar "Jew" (Yahudi) oleh masyarakat dunia kini. Sedangkan secara realitinya tidak semua suku dalam bangsa Israel itu Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah pendukung Zionisme.



6) Ke mana pula perginya 10 suku bangsa Israel dari Kerajaan Israel? Mereka telah hilang, hilang secara identitinya apabila Kerajaan Israel itu diserang oleh Empayar Assyria dari arah utara, dan 10 suku tersebut telah dipindahkan ke arah timur sebagai tawanan perang hingga ke kawasan Khorasan (kini meliputi Iran, Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga Kashmir). Serangan yang meruntuhkan Kerajaan Israel itu berlaku 134 ratus tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh Empayar Babilonia Baru. Oleh itu, dikatakan sisa daripada bangsa Israel yang masih wujud (secara identitinya) hingga ke hari ini adalah golongan Yahudi ini tadi yang telah pun menyebar ke serata dunia setelah berlaku DIASPORA sebaik sahaja Kerajaan Yehuda mereka diserang. Golongan pendita Yahudi di Haikal Sulaiman inilah yang membentuk satu golongan agama elit yang akhirnya telah mencipta kitab Talmud, iaitu kitab tafsiran para pendita terhadap ajaran Taurat (Torah). Ajaran Talmud ini meresapi akidah agama Yahudi sehingga berkembang dengan pesat ketika golongan Yahudi ini berada di dalam tawanan bangsa Babilonia. Sebelum itu, telah ada fahaman-fahaman sesat dari golongan Yahudi elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai pendita. Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat mistik dan bercampur dengan ilmu-ilmu sihir dari zaman mereka menjadi hamba di Mesir dahulu.

Ini merupakan impresi pelukis terhadap reka bentuk Haikal Sulaiman (King Solomon's Temple) yang kini runtuhannya berada di bawah Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) di sekitar Bukit Zion. Di sinilah punca kepada segala KEKUASAAN yang dicari oleh Yahudi-Zionist selama ini untuk mendominasi dunia pada Akhir Zaman.
Ini merupakan impresi pelukis terhadap reka bentuk Haikal Sulaiman (King Solomon's Temple) yang kini runtuhannya berada di bawah Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) di sekitar Bukit Zion. Di sinilah punca kepada segala KEKUASAAN yang dicari oleh Yahudi-Zionist selama ini untuk mendominasi dunia pada Akhir Zaman.

7) Oleh kerana kesesatan yang berlaku inilah maka kita faham mengapa Allah S.W.T telah menurunkan bala kepada bangsa Israel sehingga hancurnya dua negara serumpun mereka iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan Israel. Dan Allah S.W.T telah mentakdirkan mereka kehilangan PETI TABUT tersebut yang selama ini merupakan simbol sahnya "KETUANAN" mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan ini. Hilangnya PETI TABUT tersebut merupakan petanda bahawa bangsa Israel (kini majoriti Yahudi) tidak mempunyai "HAK" ke atas tanah keturunan bangsa Arab Palestin itu. Tidak seperti bangsa Kanaan, iaitu nenek moyang mereka dahulu, bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan manusia yang beriman kepada keesaan Allah S.W.T (majoriti Muslim dan Ahli Kitab) dan berhak ke atas tanah mereka tersebut. Bagi orang Yahudi yang masih beriman kepada Taurat dan Injil (Gospel) pula, mereka mengakui bahawa hanya kemunculan Nabi Isa A.S pada Akhir Zaman yang dapat mengembalikan mereka ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" itu bersama manusia-manusia lain yang beriman. Pembentukan negara haram Yahudi-Zionist yang menggunakan istilah ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar keturunan 10 suku-suku bangsa Israel yang telah hilang bertebaran serata dunia tersebut akan berasa sentimental dengan nama negara itu yang sama dengan nama bangsa nenek moyang mereka dan berusaha untuk kembali bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara Israel tersebut, lantas ia akan memberi tekanan kepada ruang hidup bangsa Arab Palestin di sekitar sempadan negara haram tersebut.



8) Ini sebagai persediaan untuk membentuk pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER) yang berpusat dari Haikal Sulaiman yang terletak di atas Bukit Zion di Jerusalem dengan segala KEKUASAAN sains dan teknologi serta ilmu-limu metafizikal (ilmu sihir). Ia adalah sebuah negara yang sedang bersedia menerima kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti-Christ) yang bakal mengetuai Yahudi-Zionist dalam mencengkam dunia Akhir Zaman ini supaya tunduk kepada kesesatan Iblis (Lucifer). Oleh kerana itu kerja-kerja pengalian dan pengorekan sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel di sekitar Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) terutama di bahagian bawah bukit Zion tersebut yang dikatakan tempat asal Haikal Sulaiman. Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi pelbagai khazanah ilmu (kononnya ilmu mukjizat) para Nabi dari bangsa Israel. Mereka juga berharap dapat menemui kembali PETI TABUT, sebagai mengesahkan kependudukan mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan (nenek moyang Arab Palestin) ini. Dengan adanya PETI TABUT tersebut, maka Yahudi-Zionist akan dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk Arab Palestin atas nama Tuhan, kononya seperti ketika Tuhan memberi "KETUANAN" dan "HAK" melalui PETI TABUT itu kepada Talut untuk memerintah Kerajaan Bersatu bangsa Israel di tanah yang sama suatu masa dahulu. Inilah agenda sebenar Zionisme Antarabangsa dalam mencorak sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi, mentaliti dan juga nilai-nilai kemanusiaan agar menjadi terpesong dan tunduk kepada mereka di Akhir Zaman. Sehingga ke hari ini, PETI TABUT yang disahkan asli masih gagal ditemui.

Ertinya: "Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut (yang menunjukkan benarnya dari Allah) itu ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun; Peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang beriman." (Surah Al-Baqarah, ayat 248)
Ertinya: "Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut (yang menunjukkan benarnya dari Allah) itu ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun; Peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang beriman." (Surah Al-Baqarah, ayat 248)

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...