nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label dajal. Show all posts
Showing posts with label dajal. Show all posts

Sunday, April 27, 2014

Apa kata admin blog dramaraja blogspot tentang kedatangan Obama ke Malaysia dan apa urusannya?




Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu

*Baca artikel ini dan ini sebelum anda menyambung pembacaan disini...
*Sila hentikan pembacaan anda jika anda tidak dapat menerima info yang diluar jangkaan.
*Jangan baca artikel ini jika anda belum bersedia.
*Teruskan pembacaan disini sekiranya anda sudi berlapang dada.

----
1. Obomba akan dijangka tiba pada esok pagi sekitar jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Mungkin penerbangannya lebih awal jika tiada sebarang masalah.

2. Ketibaannya akan disambut oleh Dato Seri Najib dan ramai dif-dif kehormat disamping pengawal keselamatan, pegawai peribadi dan sebagainya.

3. Air Force One iaitu sebuah pesawat rasmi dan khas membawa Presiden US, Barrack Hussein Obama a.k.a Obomba dijangka mendarat di Subang pada 26 April 2014 sekitar jam 8.30 pagi.

4. Kehadirannya bagi merasmikan beberapa acara di Malaysia disamping merasmikan tabung dana serta berjumpa dengan tetamu kehormat dalam Malaysia serta menghadap YDP Agong.

5. Obomba akan disambut dengan meriahnya serta dibawa bersiar-siar ke Putrajaya dan banyak tempat menarik di Malaysia menaiki kenderaan rasminya The Beast.

6. The Beast telahpun tiba di Malaysia semalam (24 April 2014). Dua hari lebih awal bersama-sama banyak kenderaan rasmi mereka yang lain.

7. The Beast adalah sebuah kenderaan rasmi tunggangan Presiden US yang kalis peluru dan anti-terbakar.

8. Obomba dijangka akan hadir ke Putrajaya pada hari yang sama bagi bertemu dengan Dato Seri Najib dan dif-dif kehormat untuk membincangkan tujuan-tujuan dan hala tuju Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA a.k.a TPP).

9. Obomba akan ke Istana Negara pada malamnya untuk menghadiri jamuan makan malam di Istana bersama beberapa dif-dif kehormat lain dan Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan dana akhir zaman.

10. Kesemua dana ini sangat berkait rapat dengan jatuh bangunnya US, Federal Reserve, Bank Dunia, Empayar Rothschild dan juga kebangkitan Islam akhir zaman.

11. Kebangkitan Islam akhir zaman amat kompleks untuk dibicarakan dalam ruang yang amat terhad ini. Sekiranya saya dipanggil bersyarah sekalipun, ia akan memakan masa berjam-jam untuk menyelesaikannya.

12. Selain Majlis Raja-Raja, dif kehormat yang akan turut dijangka hadir adalah pemilik hak-hak intelek Khazanah Alam Nusantara yang terdiri dari beberapa individu.

13. Mereka ini adalah pemilik nama-nama khas yang telah diteliti sebagai pemegang amanah harta Khazanah Nusantara.

14. Pembahasan mengenai hal ini insyaALLAH akan saya tuliskan dalam artikel pada minggu hadapan setelah Obomba tiba nanti.

15. Saya akan ke satu lokasi untuk mengorek beberapa rahsia yang tersimpan, apa dan mengapa perkara mengenai Khazanah ini dibangkitkan sekarang?

16. Obomba juga dijangka menghadiri sebuah upacara di Masjid Negara (mungkin bukan dalam Masjid, tetapi di lokasi berdekatan) bagi acara untuk bertemu para Imam-imam Masjid dan juga beberapa individu pemegang hak intelek harta dan khazanah Islam Nusantara.

17. Selain itu, Obomba juga kelihatan mencari-cari sebuah buku yang terkandung mengenai nama-nama pemegang khazanah akhir zaman yang berada di Malaysia. Buku itu akan menemukan Obomba dengan nama-nama penting bagi pemegang harta-harta yang timbul dari perut muka bumi.

18. Untuk makluman semua, naga yang mengawal harta ini telah mula bangkit dari tidur. Harta-harta tersebut sedang mula digerakkan. Data-data sulit sudahpun sampai ke tangan saya. InsyaALLAH ada beberapa perkara yang akan didedahkan pada minggu hadapan.

19. Pada 27 April 2014 pula Obomba dijangka hadir ke Universiti Malaya atas beberapa tujuan antaranya merasmikan satu pertubuhan dana bagi anak muda atau Youth. Perkara ini dilihat dari segi luarannya adalah baik, namun ia akan menjadi buruk sekiranya kita tidak bijak memanipulasi.

20. Seluruh kampus UM di Pantai Dalam itu sudahpun diseal dan kesemua akses masuk sudah dikawal ketat oleh para petugas keselamatan daripada pihak Federal Inteligence.

21. Kesemua laluan masuk, akses ke UM, nama-nama pekerja, emel pekerja, nombor telefon dan semua kelengkapan elektronik di UM telahpun dikawal ketat dan sentiasa dibawah pantauan mereka.

22. Seterusnya, Obomba dijangka akan ke beberapa lagi lokasi rahsia.

23. Obomba juga akan melawat segi tiga emas di Bukit Bintang. Dijangka MUNGKIN dia akan menginap di JW Marriot di Jalan Bukit Bintang, berhadapan The Pavillion.

24. Kesemua jalan di seluruh segitiga emas termasuk Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan beberapa lagi jalan telah pun diseal dan dikawal ketat. Para penembak tepat telahpun berjaga disekitar lokasi ini.

25. Kepada rakyat Malaysia, saya sarankan anda agar tidak keluar ke mana-mana pada hujung minggu ini terutama yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.

26. Ini kerana ia akan membantutkan perjalanan anda kerana hampir semua lokasi telah ditutup dan dikawal ketat.

27. Lihatlah, betapa penakutnya Presiden US ini.

28. Dia takut kalau-kalau ada ancaman parang terbang menyerang datang dari jauh agaknya......

29. Baru dia tahu keramat juga bumi Malaysia ini.

30. Selain itu, Obomba juga akan dijangka hadir ke Cyberjaya pada hari yang sama bagi merasmikan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MAGIC). Rujuk sini.

31. Ada beberapa lagi lokasi lawatan rasmi Obomba yang saya tak dapat dedahkan atas beberapa sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Saya juga tak dapat mendedahkan ke mana Obomba pergi pada hari terakhir, 28 April 2014.

32. Apa yang saya pasti, kehadiran Obomba sudahpun dirancang awal sejak tahun 2013 lagi. Namun kedatangannya pada tahun lalu dikira sebagai gagal kerana pada ketika itu negara kita tidak mahu menandatangani TPP dan mahu menjalankan bisnes terbuka dengan pihak China.

33. Maka ketika hilangnya MH370 yang dihijack oleh 3 orang perisik CIA dan ditentang oleh beberapa orang perisik KGB dan China, Obomba telah melihat ini sebagai satu plan terbaik untuk menjayakan rancangannya di Malaysia.

34. Sebelum MH370 hilang, banyak kerangka pemindahan dana telahpun dilakukan dari British untuk dibawa masuk ke Malaysia.

35. Ramai individu-individu yang ada rasa cintakan kepada Islam dan mahu melihat agama yang dibawa Rasulullah SAWAW kembali bangkit di akhir zaman ini mula menonjolkan diri satu demi satu walaupun nama mereka hanya dipandang enteng oleh masyarakat semasa.

36. Kerana, hakikatnya masyarakat masih terpukau dengan cerita-cerita angan-angan yang disebarkan dalam kelompok majoriti. Kita masih fokus kepada perkara-perkara kecil yang tiada asas seperti mahu melaksanakan Hudud di negara ini, mahu menolak GST, mahu menegur kerajaan dan sebagainya. Sedangkan semua itu LANGSUNG TAK MEMBERI KESAN kepada perjanjian yang termetrai antara US dan Malaysia. Seandainya Hudud dilaksanakan di negara kita, ia haruslah selaras dengan perjanjian dengan pihak British dan juga keturunan Lord Reid sebagai pemegang pajakan Tanah Melayu dan ia harus dipersetujui oleh para Bankster daripada US, empayar Rothschild, Federal Reserve dan juga pihak Majlis Ulamak Saudi dan negara bersekutu. Sekiranya tidak, maka negara ini langsung TIDAK akan dibenarkan melaksanakan Hudud. Itu bererti, sekiranya Hudud mahu dilaksanakan pada ketika sekarang ini, kita telahpun selangkah masuk ke dalam jurang fitnah Dajjal. Sedangkan datangnya Imam Mahdi itu TIDAK akan membawa perjuangan mengenai Hudud semata-mata bahkan dia membawa perjuangan untuk menghapuskan sistem yang sedia ada yakni sistem yang dikawal mengikut telunjuk NWO, bukan semata-mata menghapuskan demokrasi waima kapitalisme. Kini fahamlah saya mengapa satu ketika dahulu Tun Dr Mahatir mengatakan, Malaysia tidak sesuai untuk melaksanakan Hudud kerana kita akan tertutup dalam kelompok jumudnya fahaman terhadap Islam yang telah diserapi Wahabiah ejen As-Sufyaniah yakni penentang Imam Mahdi dan TDM sendiri pasti takut melanggar hukum Hudud yang hendak dilaksanakan kerana banyaknya salah laku yang akan dibongkar. TIDAK akan ada Hudud seperti disyariatkan di dalam Al-Quran akan tertegak di tanah ini selagi tidak ada kepimpinan yang boleh melaksanakannya. Saya amat yakin sekiranya Hudud dilaksanakan, maka yang paling utama harus dikenakan hukuman adalah para pemimpin kita semua termasuk pemimpin UMNO, PKR, PR dan PAS kerana banyaknya salah laku yang telah mereka semua lakukan. Ketirisan demi ketirisan yang langsung rakyat jelata tidak ketahui. Pengkhianatan demi pengkhianatan yang langsung tak didedahkan. Amat beratlah kebenaran di akhir zaman ini kerana ia teramat pahit untuk ditelan. Maka, berjuanglah untuk membina tapak kepada kebangkitan Islam, bukannya berjuang mahu menegakkan hudud semata-mata sedangkan kita masih tiada tapak untuk bersedia dengan kebangkitan yang Rasulullah SAWAW janjikan.

37. Pada awal kehilangan MH370 dahulu saya telah menjangkakan yang MH370 akan dinaikkan sekiranya perjanjian antara Malaysia dan US berjaya. Namun setelah saya meneliti, saya lihat MH370 TIDAK akan dinaikkan sekiranya perjanjian itu berjaya.

38. Mengapa saya berubah fikiran dalam menulis artikel saya?

39. Mudah sahaja, kerana MH370 sekiranya ditimbulkan dan dinaikkan di media maka ia akan menimbulkan lebih banyak masalah dari segi kerugian, tanggungan risiko insurans, tanggungan kepada kerajaan Malaysia dan US, kerugian Rolls-Royce, Saham MAS yang ditutup, kerugian Boeing, kerugian di pihak Obomba, kerugian di pihak Dato Seri Najib dan banyak lagi.

40. Kerugian ini satu demi satu akan dipersoalkan oleh badan-badan NGO yang mempunyai kuasa bersuara dalam masyarakat.

41. Apapun, sekiranya perjanjian antara US dan Malaysia berjaya dan mereka mahu MH370 dinaikkan juga, ia tidak akan ditimbulkan kepada masyarakat. Yang dinaikkan, hanyalah harta yang ada di dalamnya dan biasanya, kerja-kerja mengangkut khazanah ini hanya akan dibuat oleh syarikat swasta yang diupah. Inilah maksud saya yang telah saya ceritakan dalam artikel sebelum ini disini (rujuk point 8).

42. Kesannya, ramai yang akan terbunuh sekiranya khazanah itu diangkut naik dari Laut China Selatan dan ditimbulkan kepada umum.

43. Seperti yang pernah saya ingatkan dahulu.... "Bila tenggelam tak ramai yang mati. Bila timbul, ramai yang mati...."

44. Maksud kata-kata itu amat mendalam dan ia adalah prinsip dalam apa jua misi khas.


45. Sebagai kesimpulan ringkas, dana-dana daripada bank dunia yang dikawal oleh keluarga besar Queen Elizabeth dan juga British telahpun kembali dibawa masuk ke negara kita.

46. Kesemua dana ini harus dipulangkan kerana tempoh pajakan 100 tahun sudah hampir tamat.

47. Sedikit demi sedikit, perubahan demi perubahan sedang berlaku dalam sosio ekonomi negara kita.

48. Cerita tentang pengurusan khazanah alam Nusantara ini amat sukar hendak didedahkan kerana banyaknya tangan-tangan yang memerhatikannya.

49. Kerana adanya banyak agensi yang akan cuba mengambil kesempatan dari segi mencuri khazanah yang ada, memanipulasi informasi, menipu rakyat yang hendak mengetahui kebenaran dan pelbagai lagi.

50. Ada satu gerakan yang mendapat dana daripada seorang yahudi yang berpusat di Jalan Ampang, mereka sering mencari orang-orang yang berminat dengan khazanah akhir zaman ini untuk dimanipulasi. Merekalah yang memberi dana kepada ramai individu seperti Raja Nusantara, Raja Noor Jan, Almarhum Sultan Kiram III dan ramai lagi.

51. Kesemua mereka ini diberi dana khas datang daripada Hong Kong dan juga beberapa bank luar yang mana duit-duit tersebut datang dari hasil kotor dan dibersihkan di beberapa offshore bank seperti di Hong Kong, Labuan, Swiss dan lain-lain.

52. Dana ini bertujuan memberi kekuatan kepada individu-individu tersebut bagi mengumpulkan seramai yang boleh ahli-ahli mereka bertujuan mencari pemegang kunci khazanah sebenar pintu alam Nusantara.

53. Banyak siri penipuan terancang sedang dijalankan dan ia akan dilaksanakan satu demi satu.

54. Seperti yang pernah saya ingatkan sebelum ini, tidak lama selepas MH370 hilang akan terjadinya satu perkara besar dan ia benar-benar sedang terjadi di negara kita tanpa kita semua sedari.

55. Rasulullah SAWAW pernah bersabda yang mafhumnya dapat kita fahami sebagai; "Kelak akan kering sungai Furat dan akan timbul segunung emas. Akan datang 99 pasukan merebutkannya dan hanya satu pasukan sahaja yang berjaya. Wahai orang-orang mukmin, janganlah kamu berebut hendak mengambilnya..."

56. Daripada hadis itu, maka jelas sekali ia sedang berlaku di rantau kita. Sungai Furat telah lama kering dan benar-benar bergunung-gunung emas sedang mula timbul di alam Nusantara.

57. InsyaALLAH, jika tidak ada aral melintang, perubahan kuasa dalam tampuk pemerintahan di negara kita tetap akan berlaku namun bagaimana ia berubah, saya tidak tahu.

58. Dato Seri Najib sudah benar-benar berada di kemuncak pemerintahannya. Dia boleh step down bila-bila masa sahaja walaupun dia sudah mempersetujui banyak perjanjian dengan pihak US dan Obomba.

59. Ini bertujuan bagi survival negara Malaysia dan juga kelansungan hidup DSN dan juga sekeluarga.

60. Sekarang, terlalu banyak orang di dalam kerajaan kita yang melakukan manipulasi wang dan mereka sedang cuba mengkayakan perut mereka dan kroni mereka sendiri bagi kelansungan hidup mereka di akhir zaman ini.

61. Tujuan mereka berebutkan khazanah itu pun tak lain tak bukan untuk survival mereka sendiri bukannya mahu membangkitkan Islam.

62. Hanya sekelompok kecil sahaja yang benar-benar mahu melihat Islam kembali tertegak dengan tidak melakukan apa-apa ketirisan.

63. Dato Seri Anwar Ibrahim tahu cerita tentang khazanah alam Nusantara.

64. Kerana itu dia pernah berjanji dengan janji gila kepada rakyat Malaysia dalam kempen PRU-13 yang lalu.

65. Kerana hubung kaitnya amat rapat dengan George Soros, Federal Reserve, Bank Dunia dan juga US selain dia tahu tentang kewujudan dana-dana akhir zaman ini dan bagaimana cara hendak memanipulasinya.

66. Semua ini berlaku tanpa kita sedari.

67. Bermula dengan kes di Lahad Datu, berakhir dengan hilangnya MH370. Ada satu lagi episod lebih besar akan dipentaskan tidak lama lagi.

68. Mereka harus cari isu untuk bangkitkan kesedaran rakyat menyokong segala usaha mereka.

69. Telah menjadi kemusykilan besar dalam diri saya apabila Obomba menuntut 8 perkara rahsia yang tersimpan di KLIA, 8 perkara rahsia dalam militeri dan juga sekuriti negara disamping dia juga ingin bertemu dengan 3 individu pemegang nama-nama waris khazanah alam Nusantara serta ingin berjumpa Imam masjid.

70. Nak kata Obomba masuk Islam, saya rasa jauh sekali...... dia orang kuat dalam NWO. Islamnya pun tetap menentang ugama yang ditegakkan Muhammad.

71. Nak kata Obomba nak cari Imam Mahdi?? Dia kenal ke????

72. Nak kata Obomba nak beli khazanah-khazanah tu? Dia nak buat apa kan???? Dia pun dah kaya....

73. Jadi, korang fikirlah sendiri sementara menunggu artikel akan datang yang lebih kompleks dan memeningkan kepala. Bersiap sedialah dengan sesuatu yang diluar jangkaan. InsyaALLAH jika ada kelapangan waktu dan direhatkan usia, saya akan terus berkarya memberi ruang input alternatif kepada para pembaca di negara ini. Ketahuilah, dalam 73 golongan yang mengejar akhirat, hanya 1 golongan yang selamat... iaitu golongan yang ada sifat Ikhwan dalam diri mereka serta tidak cintakan dunia dan tidak takutkan mati.

Apapun, saya dengan sukacitanya mengucapkan, "SELAMAT DATANG KE TANAH MELAYU kepada Obomba dan semua yang hadir. Terima kasih sudi menjejakkan kaki ke Tanah Melayu. Mahu ambil tanah kami, silakan angkut dengan kapal korek. Tetapi jika mahu rampas hak kami, JANGAN harap kalian berjaya!"

Tuesday, April 1, 2014

MALAYSIA DI MATA DAJJAL



AMARAN: artikel dibawah adalah untuk bahan bacaan tambahan sahaja. Bagi mereka yang baru mendekati kajian mistik file atau dunia konspirasi dinasihatkan membaca sebagai bacaan ringan sahaja. Mungkin ada maklumat yang perlu ditapis dan diperhalusi untuk digunakan secara fakta.

Nota Pembuka: Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seorang pembaca saya iaitu saudari 'BLACK DRAGON' kerana menterjemahkan artikel saya ini yang sebelumnya saya tulis dalam bahasa inggeris pada 22 Januari 2011 (klik sini jika ingin membaca versi asal dalam bahasa inggeris).

Saya ada juga menerima beberapa emel dari anda yang mencadangkan agar lebih banyak artikel ditulis dalam bahasa melayu. Saya cadangkan agar anda mencadangkan terus perkara ini kepada saudari 'Black Dragon'. Malangnya saya tidak boleh menyiarkan alamat emel beliau namun anda bolehlah copy+paste di ruangan komen ayat berikut "U/P: Black Dragon yang cantek rupawan. Mohon translate artikel .......... (nyatakan artikel yang anda mahukan) dengan segera. Maaf sebab you kerja takde gaji but tenkew tenkew anyway. Sekian".

Dan kepada mana-mana pembaca yang nak hentam saya lepas ni, saya ucapkan "Selamat Hari Raya dan Lantak Kaulah. Dah terlambat pun sebab artikel di dah ada dalam blog saya 2011 haha.."


TERJEMAHAN: MALAYSIA DI MATA DAJJAL
Tulisan: Afterdark
Terjemahan: Black Dragon

Artikel berikutnya ini akan membincangkan tentang beberapa ramalan. Kecuali beberapa ramalan yang telah dinyatakan dalam hadis, yang selebihnya adalah tidak diketahui asal usulnya. Oleh itu, perlulah diingatkan supaya anda berasa ragu terhadap ramalan-ramalan ini. Artikel ini ditulis bukanlah untuk meyakinkan anda tentang kebenaran ramalan-ramalan berikut. Saya hanya ingin anda melihat ramalan-ramalan ini dari sudut pandangan Illuminati. Ia mungkin berguna dalam pertempuran di masa depan jika kita tahu apa yang difikirkan oleh pihak-pihak musuh.

* * * * * * *



Antara soalan yang paling kerap ditanya mengenai kehadiran Illuminati di Malaysia adalah "Mengapa mereka berada di sini?". Soalan ini sering bermain-main di fikiran saya, malahan sejak saya menyatakan dalam artikel yang terdahulu bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Freemason; dan bahawa kita sedang bergerak ke arah Negara yang dikawal oleh Illuminati. Dalam artikel 2013 ILLUMINATI BLUEPRINT yang saya terbitkan sebelum ini, saya menyatakan bahawa kejatuhan domino telah berlaku, dan saya bimbang ia masih lagi berlaku. 

Baiklah, sebelum anda meneruskan lagi pembacaan anda, biar saya jelaskan terlebih dahulu bahawa artikel ini bukanlah sepenuhnya berkaitan politik. Malah, setiap perkataan yang terkandung selepas ini adalah sepenuhnya bersifat spekulatif. Hanya masa akan menentukan sama ada ia akan menjadi satu kenyataan atau tidak. Oleh itu dengan seikhlas hati, saya menasihati anda supaya menganggap artikel ini hanyalah sebagai bahan bacaan ringan semata-mata.


Baiklah, mengapa Illuminati begitu tertarik kepada negara kita yang jumlah penduduknya hanya setakat 27 juta orang? Berbeza dengan negara Teluk yang kaya dengan sumber minyak, negara kita tidak dikurniakan dengan minyak atau emas atau apa-apa jenis sumber alam yang melimpah ruah cukup untuk menarik minat mereka Daru sudut politik pula, Tun Mahathir adalah satu-satunya tokoh yang berjaya meletakkan Malaysia pada sasaran Illuminati dan ia hanyalah semata-mata kerana beliau banyak menimbulkan kemarahan mereka dan Tun Mahathir dianggap satu-satunya lawan yang setanding dari rantau ini.

Terdapat juga teori kedua yang datangnya dari golongan sekular di dalam kumpulan kami dan bagi saya ia bagaikan mimpi yang teramat ngeri... 

Monday, March 31, 2014

MH370: Kunci pembuka sejarah akhir zaman?




Dengan pelbagai peristiwa besar yang berlaku hari ini jelas terbukti dan membuktikan bahawa kedatangan AL Masih Dajjal di akhir zaman semakin hampir bagi menyempurnakan rancangannya untuk menguasai dunia. Sudah separuh dunia telah dikuasainya dan telah diporak perandakan. 

Allah swt dan Rasululah saw telah memperingatkan kita sejak 1400 tahun yang lalu lagi tentang ancaman Dajal dan rangkaiannya, Yajuj dan Makjuj serta ancamannya pada akhir zaman ini.

Banyak peristiwa dunia yang berlaku hari ini seakan dirancang dengan begitu teliti dan sempurna seperti merekrut ' Mustafa Kamal Attaturk' bagi menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah. Di mana Kamal Ataturk ini direkruk sejak awal lagi dan merupakan keturunan dan berdarah Yahudi di Anatolia, Turki. Setelah Mustafa Kamal mendapat kuasa, ia bagaikan mendapat sokongan yang hebat untuk melaksanakan kekuasaannya terutama menjauhkan Islam daripada dasarnya.

Pihak Yahudi melalui kuasa British dan Eropah begitu kuat menyokong dan menghantar penasihat bagi merencanakan dasar-dasar ketenteraan bagi melumpuhkan kerajaan Uthmaniah semasa Mustafa Kamal menjadi Jeneral Negara.

Dengan runtuhnya Kerajaan Islam Uthmaniah dengan penghinaan yang begitu teruk sekali, bermulalah era kerajaan republik diktator Ataturk yang penuh dengan hiburan dan wanita malah pusat pengajian Islam dan Masjid dilumpuhkan dan sistem sekular diperkenalkan.

Natijahnya Allah swt telah menunjukkan kuasanya dengan aib dan siksanya saat kematian Ataturk dengan diberi penyakit misteri, panas badan yang tak terhingga sehingga berendam dalam ais pun tidak reda, malah ditempatkan ditengah lautan agar sentiasa dingin, namun tidak juga reda sehinggalah ke akhir hayatnya. Di kejutkan lagi dengan bumi tidak menerima mayat Ataturk sehingga dikebumikan dalam simen konkrit dan marmar sehingga ke hari ini.

Dasar sekular dahulu di Turki masih berlangsung sehingga hari, walaupun kesedaran untuk kembali kepada landasan Islam sebenar semakin meningkat, namun ia bukan jalan yang mudah untuk menjadikan Turki gemilang sebagaimana zaman Kerajaan Muhammad AL Fateh, penakluk Konstantinopal.

Itulah perancangan Zionis dan Dajal dalam menjatuhkan dan meruntuhkan Islam. Dan yang terkini adalah pencerobohan Crimea dimana saudara Muslim di Crimea menjadi mangsa pencerobohan Russia sehingga Presiden kini hidup dalam buangan. Tentu ada rahsia yang tersembunyi di Crimea, dimana ia berdekatan dengan laluan Yajuj dan Makjuj di Laut Caspian jika berdasarkan sejarah dan juga penemuan kota purba dan piramid di Crimea yang tentunya mempunyai sesuatu yang istimewa bagi Yahudi Zionis.

Di China juga puak Islam Uygur mula diheret dalam kancah politik dan pengganas dengan peristiwa pengeboman terbaru di China dikaitkan dengan Muslim Uygur. Begitu juga dengan peristiwa besar dunia yang berlaku di negara kita Malaysia iaitu kehilangan ajaib pesawat MH370 yang mengejutkan dunia.

Boleh dikatakan semua 'mangsa' peristiwa akhir zaman adalah umat ISLAM samada di Crimea, Uygur, Malaysia, Syria, Yaman, Sudan malah Rohingya diratah dengan rakus dengan pelbagai konflik yang bukan sekadar melemahkan malah kalau boleh dihapuskan sebagaimana penghapusan etnik di Bosnia, Croatia, serta Rohingya.

Yang tinggal kini yang kuat berpegang teguh tanpa konflik yang serius adalah negara di rantau ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei, walaupun sudah beberapa kali cuba diheret dalam isu sensitif supaya berlaku konflik teruma melibatkan Malaysia dan Indonesia. Apatah lagi dengan perlaksanaan undan-undang syarian di Brunei tentunya menambahkan geram dan meningkatkan lagi usaha Dajal dan rangkaiannya melalui gerakan Iluminati dan Hidden Hand untuk memporak perandakan rantau ini supaya lemah dan mudah untuk dikuasai. Di tambah lagi dengan Singapura telah lama menjadi pemantau @ CCTV bagi gerakan ini tetapi ia belum berhasil sepenuhnya.

Usaha ini dikuatkan lagi dengan pemahaman hadis Rasulullah saw bahawa pada akhir zaman Islam akan bangkit di sebelah timur dan juga kemunculan Imam Mahadi serta pasukan Bani Tamim bagi meruntuhkan rancangan dajal dan sekutunya.

Oleh itu bersedialah kita dalam menghadapi dan mengharungi ancaman Dajal dan sekutunnya secara terang-terang mahupun secara simbolik yang sudah lama bersarang melalui hiburan, penguasaan ekonomi serta gaya hidup yang menjadi amalan secara tidak sedar.

Namun begitu dengan doa dan hidayah daripada Allah swt, walaupun begitu hebat dugaan di akhir zaman, kesedaran umat Islam untuk kembali ke landasan sebenar juga meningkat, dengan perubahan gaya hidup dan kehendak untuk sentiasa dekat dengan Allah swt.

Umat Islam dan kita sendiri akan menjadi lebih kuat dan matang terutama dengan ujian hebat MH370 yang akan mematangkan cara kita berfikir, cara kita bertindak terutama dalam menangani krisi hubungan antara negara. Dan dalam masa yang sama ia akan meningkatkan lagi sistem keselamatan negara, aktiviti perisikan serta usaha mencari dalang sebenar MH370.

MH370 boleh menyatukan hati kita untuk berdiri teguh dalam satu pasukan dan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah swt dengan doa dan munajat supaya Allah swt memberi jalan dan petunjuk terhadap isu ini dan ada sinar dipenghujungnya.

Ia juga akan menjadikan kita lebih kuat, lebih baik, lebih matang dan sistem pertahanan dan kesatuan kita akan meningkat apabila diuji sebegini.

Insyaallah jika kita terus teguh di jalan Allah swt, Allah swt akan tetap bersama kita. Kalau mengikut hukum alam, sebijak-bijak perancangan manusia, akan terbongkar juga kelemahannya samada secara sedar mahupun tanpa sedar. Hebat perancangan manusiamtidak mampu mengatasi hebantnya perancangan Allah swt.

MH370 adalah baru cerita permulaan bagi sejarah di akhir zaman. Apakah mungkin MH370 menjadi KUNCI pembuka bagi sejarah akhir zaman kehidupan manusia?

@admin

Monday, November 11, 2013

KISAH AL DAJJAL


SEJARAH AD-DAJJAL
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.
KHUTBAH RASULULLAH PERIHAL DAJJAL
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Wallahu A’lam.
sumber: izhan blog at http://johneox.wordpress.com

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...