nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, April 1, 2014

MALAYSIA DI MATA DAJJAL



AMARAN: artikel dibawah adalah untuk bahan bacaan tambahan sahaja. Bagi mereka yang baru mendekati kajian mistik file atau dunia konspirasi dinasihatkan membaca sebagai bacaan ringan sahaja. Mungkin ada maklumat yang perlu ditapis dan diperhalusi untuk digunakan secara fakta.

Nota Pembuka: Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seorang pembaca saya iaitu saudari 'BLACK DRAGON' kerana menterjemahkan artikel saya ini yang sebelumnya saya tulis dalam bahasa inggeris pada 22 Januari 2011 (klik sini jika ingin membaca versi asal dalam bahasa inggeris).

Saya ada juga menerima beberapa emel dari anda yang mencadangkan agar lebih banyak artikel ditulis dalam bahasa melayu. Saya cadangkan agar anda mencadangkan terus perkara ini kepada saudari 'Black Dragon'. Malangnya saya tidak boleh menyiarkan alamat emel beliau namun anda bolehlah copy+paste di ruangan komen ayat berikut "U/P: Black Dragon yang cantek rupawan. Mohon translate artikel .......... (nyatakan artikel yang anda mahukan) dengan segera. Maaf sebab you kerja takde gaji but tenkew tenkew anyway. Sekian".

Dan kepada mana-mana pembaca yang nak hentam saya lepas ni, saya ucapkan "Selamat Hari Raya dan Lantak Kaulah. Dah terlambat pun sebab artikel di dah ada dalam blog saya 2011 haha.."


TERJEMAHAN: MALAYSIA DI MATA DAJJAL
Tulisan: Afterdark
Terjemahan: Black Dragon

Artikel berikutnya ini akan membincangkan tentang beberapa ramalan. Kecuali beberapa ramalan yang telah dinyatakan dalam hadis, yang selebihnya adalah tidak diketahui asal usulnya. Oleh itu, perlulah diingatkan supaya anda berasa ragu terhadap ramalan-ramalan ini. Artikel ini ditulis bukanlah untuk meyakinkan anda tentang kebenaran ramalan-ramalan berikut. Saya hanya ingin anda melihat ramalan-ramalan ini dari sudut pandangan Illuminati. Ia mungkin berguna dalam pertempuran di masa depan jika kita tahu apa yang difikirkan oleh pihak-pihak musuh.

* * * * * * *



Antara soalan yang paling kerap ditanya mengenai kehadiran Illuminati di Malaysia adalah "Mengapa mereka berada di sini?". Soalan ini sering bermain-main di fikiran saya, malahan sejak saya menyatakan dalam artikel yang terdahulu bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Freemason; dan bahawa kita sedang bergerak ke arah Negara yang dikawal oleh Illuminati. Dalam artikel 2013 ILLUMINATI BLUEPRINT yang saya terbitkan sebelum ini, saya menyatakan bahawa kejatuhan domino telah berlaku, dan saya bimbang ia masih lagi berlaku. 

Baiklah, sebelum anda meneruskan lagi pembacaan anda, biar saya jelaskan terlebih dahulu bahawa artikel ini bukanlah sepenuhnya berkaitan politik. Malah, setiap perkataan yang terkandung selepas ini adalah sepenuhnya bersifat spekulatif. Hanya masa akan menentukan sama ada ia akan menjadi satu kenyataan atau tidak. Oleh itu dengan seikhlas hati, saya menasihati anda supaya menganggap artikel ini hanyalah sebagai bahan bacaan ringan semata-mata.


Baiklah, mengapa Illuminati begitu tertarik kepada negara kita yang jumlah penduduknya hanya setakat 27 juta orang? Berbeza dengan negara Teluk yang kaya dengan sumber minyak, negara kita tidak dikurniakan dengan minyak atau emas atau apa-apa jenis sumber alam yang melimpah ruah cukup untuk menarik minat mereka Daru sudut politik pula, Tun Mahathir adalah satu-satunya tokoh yang berjaya meletakkan Malaysia pada sasaran Illuminati dan ia hanyalah semata-mata kerana beliau banyak menimbulkan kemarahan mereka dan Tun Mahathir dianggap satu-satunya lawan yang setanding dari rantau ini.

Terdapat juga teori kedua yang datangnya dari golongan sekular di dalam kumpulan kami dan bagi saya ia bagaikan mimpi yang teramat ngeri... 



Oleh itu, untuk santapan bacaan anda, saya kemukakan teori pertama.

SERANGAN MATA WANG 1997 & GEMPA BUMI 2004

Petunjuk pertama menunjukkan bahawa kita memiliki sesuatu yang mereka mahukan (atau tidak mahu, bergantung kepada perspektif anda) adalah ketika mereka melancarkan serangan hebat ke atas Ringgit Malaysia pada tahun 1997. Hal ini telah pun saya dibincangkan dalam artikel sebelumnya PRABOWO, THAKSIN, ANWAR IBRAHIM DAN KRISIS MATA WANG PADA TAHUN 1997. Cukup jelas pada ketika itu, di samping mengaut keuntungan, mereka perlu menanam proksi-proksi mereka di dalam kerajaan untuk mengawal sistem kita. Tidak dapat dipastikan negara-negara Asia manakah yang menjadi sasaran sebenar mereka. Perlu diingatkan bahawa semua negara-negara Asia pada masa itu (sebelum serangan), Thailand, Indonesia, Brunei dan Malaysia adalah antara negara-negara yang tidak menganggap dirinya sebagai sekutu Amerika Syarikat. Thailand misalnya, walaupun bergantung kepada US Dolar melalui industri pelancongan dan seks, masih memuliakan Raja mereka sebagai orang yang suci dan menghayati sejarah negara mereka sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang masih belum dijajah. Malaysia dan Indonesia cukup dikenali sebagai anti-Uncle Sam sehingga kini, dan walaupun saya tidak mempunyai pengetahuan khusus sejauh mana hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat, saya yakin umat Islam di Brunei berkongsi sentimen yang sama terhadap Amerika Syarikat.

Jika serangan mata wang tahun 1997 adalah petunjuk bahawa mereka 'perlu' untuk menanam diri mereka jauh ke dalam sistem kita, gempa bumi 26 Disember 2004 merupakan petunjuk bahawa mereka begitu terdesak untuk menghapuskan 'sesuatu' atau 'seseorang' di Acheh, sehari selepas Krismas. Mengapa? Sebabnya adalah:-

Bertentangan dengan kepercayaan umum, Isa dari Nasaret tidak dilahirkan pada 25 Disember. Gereja Kristian awal pula tidak meraikan kelahiran Isa kerana mereka tidak tahu bilakah hari keputeraan baginda dengan tepat. Sehinggalah pada tahun 440 Masihi, barulah gereja Roman secara rasmi mengisytiharkan 25 Disember sebagai hari kelahiran Nabi Isa a.s. Ini bukanlah berasaskan kepada sebarang bukti keagamaan tetapi sebaliknya ia berlandaskan pada perayaan pagan Saturnalia. 25 Disember dijadikan sebagai sambutan hari lahir Tuhan Matahari (Iblis a.k.a Lucifer), iaitu tarikh yang diperhatikan agak dekat dengan solstis musim sejuk. Jadi, bagaimanakah golongan Pagan meraikan Tuhan Matahari? Tepat sekali, melalui pengorbanan manusia. Menjelang hari ke dua puluh lima setiap bulan, kultus pagan akan melakukan korban di altar holokus. Malah, semasa Acara Pengorbanan Besar-besaran sebelum ini, paderi pagan telah membuat 25 Jenis petanda Salib (3 tanda salib untuk persembahan, 5 untuk menyediakan transubstansiasi, 1 untuk memberkati roti, 1 untuk memberkati Wain, 15 tanda salib lagi untuk baki doa yang dibaca). Apa yang berlaku di Acheh hanyalah pengorbanan manusia pada skala moden yang telah pun dilaksanakan sekian lama sejak Lucifer diturunkan ke bumi. Setahun sebelum Acheh, upacara yang serupa berlaku di Iran apabila gempa bumi berukuran 6.6 skala Richter telah meragut 26 ribu nyawa.

Ia membawa kita kepada soalan kedua. Mengapa Acheh?


Jawapannya adalah, alang-alang mereka memutuskan untuk menggembirakan Lucifer dengan pembunuhan besar-besaran, jadi mengapa tidak cuba membunuh orang yang paling penting? Ironinya dalam situasi ini adalah, penyembah Lucifer yang sebenar-benarnya menerima ramalan mengenai tarikh kelahiran Imam Mahdi. Oleh kerana ramalan itu menyebutkan bahawa Imam Mahdi akan lahir pada tahun berlakunya gerhana Matahari dan Bulan pada bulan Ramadan yang sama, mereka yakin bahawa Imam Mahdi telah dilahirkan pada November 2003 apabila berlaku dua gerhana pada 14 dan 28 Ramadhan tahun tersebut. Berdasarkan logik yang hanya diketahui oleh mereka, mengorbankan nyawa 226 ribu warga Acheh seolah-olah berkaitan dengan membunuh seorang bayi lelaki berusia setahun yang teramat sangat penting. Yang pasti, mereka tidak tahu bagaimana untuk mencari sebatang jarum di dalam timbunan jerami. Oleh itu, berlandaskan logik bahawa seekor lebah boleh dihapuskan dengan membakar seluruh hutan, mereka memutuskan untuk membedil peluru nuklear di dasar Jurang Sumatra menggunakan dengan sebuah kapal selam nuklear. 

Sesiapa sahaja yang membaca akhbar-akhbar perdana selepas tsunami sejak 4 tahun lalu tidak akan dapat mengaitkan bahawa masyarakat dunia telah heboh memperkatakan tuduhan mengenai penglibatan kapal selam nuklear Amerika Syarikat (USS San Francisco) dalam serangan itu. Keganjilan gempa bumi itulah yang membongkar rahsia pengeboman itu. Penemuan saintifik telah mendapati bahawa plat tektonik Indo-Australia telah bergerak selama lebih 10 minit semasa gempa bumi Acheh, sedangkan anomali dari sudut geologi menganggap bahawa gempa bumi terkuat dalam sejarah pada iaitu 9 skala Richter hanya bertahan selama satu minit atau lebih sahaja. Ahli geologi turut mengesahkan pada bulan Mei bahawa gempa bumi 26 Disember menyebabkan seluruh bumi bergetar selama beberapa minggu selepas gempa bumi awal, dan setiap titik di planet ini berpindah secara menegak sekurang-kurangnya 3 sentimeter (1/4 inci). Ini merupakan tanda-tanda bahawa peristiwa tersebut telah dicetuskan oleh senjata nuklear, menyebabkan plat tektonik yang secara teorinya harus telah mengalami gempa kecil "amaran" untuk memberi laluan pada satu gegaran besar yang mendadak.

Hakikat bahawa manusia telah berjaya mencipta senjata yang mampu meniru kemusnahan gempa bumi bukan satu perkara baharu. Nicola Tesla pernah memperkenalkan idea mesin gempa bumi yang menurut beliau telah diuji oleh dirinya sendiri pada tahun 1897. Pada April 1997, daripada Setiausaha Pertahanan William S. Cohen, membuat kenyataan yang misteri iaitu "Pihak lain terlibat bahkan dalam eko keganasan, mereka boleh mengubah cuaca, mencetuskan gempa bumi atau gunung berapi dari jauh, melalui penggunaan gelombang elektro magnetik". Malah, pada Jun 2000, New Zealand Herald telah mengesahkan bahawa berdasarkan pendedahan dokumen sulit bahawa tentera AS dan NZ telah melakukan beberapa siri letupan air mencetuskan pasang surut tsunami mini di Whangaparaoa pada tahun 1944 dan 1945 sebagai sebahagian daripada 'Projek Seal' rahsia untuk melihat bagaimana buatan manusia tsunami boleh dijadikan senjata.

Saya pula, secara peribadi telah bertelagah dengan rakan-rakan dalam Watchers Group bahawa adalah sangat tidak mungkin Al-Mahdi akan lahir di Acheh. Menggunakan kaedah harafiah dalam pentafsiran ramalan itu, saya menegaskan bahawa Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa Al-Mahdi adalah cerminan imej Rasulullah. Oleh itu, jika Al-Mahdi mengikuti profil Rasulullah, maka bukankah Al-Mahdi dilahirkan di Mekah atau Madinah?

Walau bagaimanapun, saya masih lagi memikirkan cadangan alternatif yang dinyatakan oleh saudara Muslim saya dalam Watchers Group bahawa serangan itu mungkin diarahkan untuk menghalang Kebangkitan Panji-panji Hitam.

KEBANGKITAN PANJI-PANJI HITAM


Jika anda pernah meluangkan sedikit masa untuk membaca mengenai Al-Mahdi, maka anda semestinya pernah mendengar bahawa tenteranya yang berasal dari Timur yang dikenali sebagai tentera panji-panji hitam. Ramalan itu telah menyatakan bahawa tentera itu bukanlah dibentuk secara peribadi dan ditubuhkan oleh Al-Mahdi. Sehingga pada hari beliau dikejar sekeliling Kaabah dan diisytiharkan sebagai Imam, beliau sendiri tidak tahu bahawa dialah Al-Mahdi yang sekian lama dinanti-nantikan itu. Oleh itu, lebih dapat diterima akal apabila seseorang dari Timur membentuk ataupun secara tidak sengaja menubuhkan tentera ini dengan harapan untuk berkhidmat kepada Al-Mahdi apabila tiba masanya kelak. Jadi, mungkin boleh dikatakan bahawa Allah turut mengutus seorang individu penting untuk melakukan persediaan awal kepada Al-Mahdi. Di kemudian hari, Al-Mahdi juga akan menyediakan tapak persediaan awal untuk Isa Al-Masih. Begitu juga, Dajjal turut meniru strategi yang sama. Apabila akhirnya Dajjal memunculkan dirinya, sebenarnya sudah ada pihak yang menunggu kedatangannya. Golongan Illuminatilah yang melakukan persediaan awal sebagai menjangkakan kedatangan Dajjal. Oleh itu apabila Dajjal akhirnya tiba, tidak perlu baginya untuk bertatih dari awal.

Jadi siapakah 'insan terpilih' yang akan menjadi permulaan kebangkitan Panji Hitam?

Setiap umat Islam di setiap daerah mungkin mendoakan supaya insan ini datang dari kalangan mereka. Rakyat Afghani memang telah diketahui akan memberitahu kepada sesiapa sahaja yang sudi mendengar bahawa perkataan "Khurasan" yang tersebut dalam ramalan sebenarnya merujuk kepada Afghanistan itu sendiri. Dakwaan itu akhirnya menarik minat Illuminati yang seterusnya mendedikasikan abad ke-20 dan ke-21 menyembelih warga Afghanistan dan membumihanguskan tanah mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat hujah-hujah menentang pendapat ini. Salah satu hujah yang kukuh merujuk kepada hadis “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka pergilah kepada mereka dengan segera, walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji kerana sesungguhnya di kalangan mereka adalah Khalifah, Al Mahdi”. ini memerihalkan bahawa Al-Mahdi telah pun mengetuai panji-panji hitam apabila Peperangan Afghanistan bermula. 

Kesimpulannya, ramalan ini merujuk pada tempoh masa yang Al-Mahdi telah pun disertai oleh Panji-panji Hitam (iaitu selepas pengisytiharan di Kaabah). Persoalannya yang masih belum terjawab adalah mengenai identiti orang yang merintis kemunculan Panji-panji Hitam sebelum pengisytiharan di Kaabah. 


Nasib baik (atau tidak – bergantung kepada perspektif anda), beberapa ramalan juga menjurus ke arah Malaysia dan Indonesia. Adakah kita cukup beruntung untuk dirahmati dengan penghormatan tersebut? Atau adakah ia sekadar angan-angan kosong? Baiklah, oleh kerana Illuminati amat dikenali dengan sikap menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, ramalan-ramalan ini akhirnya turut sampai ke pengetahuan mereka. Sebab itulah, kini mereka berada di Malaysia dengan Anwar Ibrahim yang mengetuai persiapan di sini, cuba untuk memastikan supaya penghormatan itu bukan milik kita.

Pendapat saya, kisah Al-Mahdi yang didatangi oleh sembilan lelaki yang membawa baginda keluar walaupun baginda enggan dan dibai'ah di antara Rukun Yamani dan Maqam Ibrahim a. s. bukan lagi rahsia. Menurut legenda Indonesia yang disampaikan dari mulut ke mulut, seorang tokoh mistik bernama Sabdo Palon telah membuat ramalan bahawa sembilan lelaki itu akan diketuai oleh seseorang yang dikenali sebagai Syeikh Malaya. Ramalan ini begitu popular kerana ia menyebut bahawa Sabdo Palon adalah pelajar Wali Songo yang terkenal.


Tetapi, sama ada ramalan ini benar-benar wujud atau tidak adalah di luar pengetahuan saya. Saya tidak dapat mengesahkannya kerana saya hanya mendengar mengenai ramalan ini dari rakan Watcher Group yang berasal dari Indonesia. Setakat yang dapat saya kaji sendiri, Sabdo Palon adalah tokoh mistik yang dikatakan muncul dalam abad ke-15 semasa perang antara kerajaan Hindu Majapahit melawan Islam Demak. Ia adalah peperangan keagamaan, yang amat didorong oleh faktor agama sehingga Raden Patah sebagai pemerintah Demak turut dibantu oleh pasukan legenda Wali Songo. Legenda mengatakan bahawa Sabdo Palon merupakan nujum untuk pemerintah Majapahit Prabu Brawijaya dan Raja itu membawa Sabdo Palon bersamanya semasa pertemuan dengan Sunan Kalijaga (salah seorang Wali Songo). Semasa pertemuan inilah dikatakan bahawa Prabu Brawijaya telah memeluk agama Islam manakala Sabdo Palon pula menunjukkan keengganannya malah menyumpah seluruh rakyat Jawa kerana meninggalkan agama Hindu. Sumpahan terkenal beliau disebut dalam buku lama "Serat Jangka Jayabaya Sabdo Palon".

Setelah mengkaji banyak cerita berkaitan Sabdo Palon, saya berasa amat ragu jika dikatakan Sabdo Palon pernah menuntut ilmu dengan Wali Songo. Malah, melihat kebenciannya terhadap Islam, hinggalah cara dia hilang di dalam kabus, dan cara dia mengumumkan bahawa dia akan muncul semula 500 tahun kemudian untuk menggantikan Islam dengan agama lain cukup meyakinkan – saya bahawa Sabdo Palon itu sendiri adalah Syaitan. Kemudian, ada cerita mengatakan bahawa Sabdo Palon pernah muncul di Bali pada 1489 di bawah nama Danghyang Nirartha dan kemudian menukar namanya sebagai Haji aji Duta Semu. Di sana, beliau terus menyesatkan dengan ajaran "Islam Telu" yang pengikut hanya boleh bersembahyang tiga kali sehari.

Sekarang, mari kita lupakan sama ada Sabdo Palon Raja Syaitan atau tidak. Saya mungkin membincangkan lebih lanjut mengenai Sabdo Palon dalam artikel "Laluan Syaitan" yang masih lagi dalam perancangan. Saya akan cuba menerangkan jejak-jejak kehadiran syaitan di seluruh dunia (kini sepanjang 10 muka surat yang panjang dan bakal bertambah.. saya begitu letih untuk meneruskan..) 

Pada ketika ini apa yang penting adalah, entah bagaimana ramalan tentang "Syekh Malaya" ini telah tersebar di luar sana dan kini beredar di arus perdana internet. Dalam artikel terdahulu, saya telah menjelaskan bahawa Illuminati merupakan kumpulan manusia yang paling paranoid yang menganggap serius apa jenis ramalan pun. Mereka dikatakan membiayai jabatan khas hanya untuk mengawasi mana-mana ramalan di seluruh dunia. Teori "RAHMAN" yang banyak diperkatakan hanyalah semata-mata kata-kata dari mulut ke mulut tetapi terbukti benar di Malaysia walaupun tiada seorang pun yang pasti siapakah yang mula-mula mengutarakannya. Oleh itu, jika orang-orang seperti saya dan anda dan warga Indonesia boleh mendengar tentang Syeikh Malaya, maka sudah tentu sampah Illuminati juga sudah mengetahui tentang berita ini.


Sekarang, mari kita andaikan untuk seketika bahawa Syeikh Malaya memang wujud atau akan wujud, apakah pula maknanya perkara ini kepada Illuminati? Rakan saya pula berpendapat bahawa ramalan itu hanya menunjukkan satu perkara, iaitu Panji-panji Hitam sememangnya akan mengibarkan benderanya pertama-tama di Malaysia sebelum memulakan perarakan terpanjang dalam sejarah ke Mekah. Lain-lain ramalan penting mengenai baginda Al-Mahdi telah pun menunjukkan bahawa sembilan orang yang mula-mula menghubungi Al-Mahdi di Mekah sudah mengetahui tentang tentera Panji-panji Hitam yang semakin hampir, maka adalah masuk akal bahawa beberapa ataupun sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka adalah ahli atau pengasas Panji-panji Hitam itu sendiri. Ramalan Sabdo Palon menyebut tentang Syeikh Malaya sebagai tokoh terkemuka di kalangan orang-orang ini. Jadi apakah maknanya perkara ini mengenai Malaysia? Mari kita lihat semula pemboleh ubah yang terkandung dalam ramalan Sabdo Palon ini.

Syeikh Malaya sebagai pemimpin sembilan lelaki + Malaya bererti Malaysia + Panji-panji Hitam yang menghampiri = Adakah anda faham?

Satu lagi perkara yang memberikan sedikit kredibiliti remeh kepada ramalan "Syeikh Malaya" adalah nama "Syeikh Malaya" itu sendiri. Hakikat bahawa insan ini menamakan dirinya sempena nama negaranya memberitahu kita bahawa ramalan ini telah dibuat untuk menyesuaikan teka-teki yang disebut dalam ramalan mengenai panji-panji hitam.

"Panji-panji hitam akan datang dari Timur, diketuai oleh para lelaki yang gagah perkasa, dengan rambut panjang dan janggut, nama keluarga mereka diambil dari nama-nama bandar asal mereka dan nama-nama mereka yang pertama adalah dari "Kunya". 

Watcher Group (dan Illuminati) telah pun mengetahui profil paling asas Tentera Panji-panji Hitam. Dengan mengguna pakai peraturan pertama teknik tafsiran ramalan Illuminati, bahawa ramalan semua mesti ditafsirkan secara literal, maka Illuminati telah membuat kesimpulan bahawa : -

(a) setiap anggota tentera akan menggunakan negara mereka sebagai nama keluarga dan 

(b) sebab utamanya adalah kerana para anggota tentera ini bersifat multinasional, yang datangnya dari pelbagai negara-negara dan kampung halaman yang berbeza 

(c) para tentera ini akan mara menuju ke Mekah melalui jalan tanah, dan akan melalui banyak negara dan bandar-bandar, yang mana mereka akan disertai oleh umat Islam dari pelbagai tempat-tempat ini yang menyebabkan bilangan mereka semakin bertambah

Atas sebab ini, Illuminati sudah pun meragui idea bahawa gagasan tentera Panji-panji Hitam hanya terdiri daripada orang-orang Arab atau Afghanistan sahaja.


Bagi saya, dengan idea bahawa tentera ini boleh bermula dari Malaysia adalah mungkin tetapi masih terpencil. Selagi asal usul ramalan Sabdo Palon masih dipersoalkan pada masa ini, maka kita perlu mengambil sikap berhati-hati kerana ia mungkin juga watak palsu yang dicipta oleh orang-orang tertentu di Internet. Tetapi, terdapat 10% bahagian diri saya yang ingin melayan idea ini, terutamanya apabila menyedari makna sebenar tafsiran literal perkataan 'Timur'. Baiklah, sebenarnya tidak ramai yang tahu tentang hal ini, tetapi jika anda menggunakan Google Earth untuk mencari Mekah, selaraskan kedudukannya dengan betul kepada 'Utara Benar' dan kemudian tekan butang papan kekunci anda untuk bergerak ke kanan (Timur), anda akan mendapati bahawa anda akhirnya akan berakhir di tempat yang sangat berhampiran Brunei. Anda tidak akan dapat melihat 'kebetulan' ini pada peta 2D biasa kerana utara yang ditunjukkan bukan 'Utara Benar' tetapi 'Utara Grid'. Google Earth mengguna pakai 'Utara Benar' dalam pengaturcaraannya, jadi anda boleh lihat 'kebetulan' ini hanya dengan menekan butang yang betul di papan kekunci anda. Saya, bagaimanapun tidak akan membuat spekulasi tentang maksud kebetulan ini.

(Google Earth dan Google Maps (https://maps.google.com) adalah tidak sama. Google Earth adalah perisian yang boleh dimuat turun di earth.google.com)

Walau apa pun, Asia Tenggara adalah rantau Islam yang paling jauh di timur dari Mekah. Oleh itu mungkin juga masuk akal bahawa perarakan itu boleh bermula dari sini. Jika benar, perarakan ini akan bergerak melalui Thailand, Myanmar, Bangladesh, sempadan India dan China, kemudian masuk ke Pakistan, Afghanistan, Iran, Iraq, dan terus ke Mekah sebelum membaiah kesetiaan mereka kepada Imam Mahdi. Satu perkara yang pasti, ia sememangnya deretan banyak negara untuk dilalui oleh tentera itu. Jika saya merupakan komander tentera bagi sebuah pasukan tentera multinasional seperti itu, saya mungkin akan melakukan perkara yang sama dengan memanggil semua anggota dalam pasukan tentera saya dengan nama-nama seperti Syeikh Malaya, Hussin Jakarta, Abdul Pakistan dan nama-nama yang serupa seperti itu.

Ayuh kita berehat seketika.. Saya akan menulis bahagian kedua artikel yang tidak masuk akal untuk keseronokan membaca anda. Nasihat saya adalah supaya anda supaya menganggap ia sebagai bahan bacaan ringan. Dalam bahagian kedua, saya akan menulis tentang teori kedua dari kumpulan sekular dalam Watcher Group mengapa Illuminati berminat dengan Malaysia kita yang tercinta ini. Teori kedua yang penuh dengan perbincangan ringkas tentang bencana ramalan yang kadang-kala menyebabkan saya tidak dapat tidur. Jadi, bahagian kedua merupakan berita buruk jika kebenarannya terbukti. Tetapi, ia juga menyokong idea mengapa Panji-panji Hitam akan muncul dari rantau kita.


@afterdarkwrites.blogspot

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...