Kuala Lumpur: Pesawat MH370 yang masih hilang berkemungkinan menuju ke Koridor Utara dengan melalui kawasan liputan radar rendah Grey Area untuk sampai ke destinasi misteri. Ini adalah berikutan di laluan terbabit terdapat kawasan pergunungan dan negara mundur seperti Nepal dan Myanmar tidak mempunyai teknologi radar canggih.
Penganalisis penerbangan Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, radar tentera akan mengesan sebarang pergerakan dalam liputan mereka tetapi kebiasaannya mengabaikan perkara itu kerana ia bukan pesawat ketenteraan.
Saya percaya pesawat terbabit sudah menuju ke Koridor Utara dan melalui kawasan liputan radar minimum di antara sempadan negara tertentu.
Dalam bahasa mudah ialah pesawat terbabit terbang di hujung radar,” katanya.
Dr Ahmad Samsuri berkata, pesawat terbabit mempunyai kapasiti minyak mencukupi untuk terbang sekurang-kurang tujuh jam.
Bagaimanapun, untuk sampai ke destinasi misteri, pesawat terbabit perlu terbang dalam ketinggian tertentu untuk menjimatkan minyak serta kadangkala akan turun ke altitud rendah bagi mengelak dikesan radar,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, terdapat kes yang mana pesawat Charlie milik tentera Israel pada 1976 terbang dari Israel ke Uganda sejauh 4,000 kilometer tanpa dikesan radar dalam Operasi Entebbe bagi menyelesaikan krisis rampasan pesawat.
@Harianmetro
No comments:
Post a Comment