Oleh : Imran Haaz
Bismillahir Rahmanir Raheem..
3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini.
Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.
Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.
Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan Berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.
Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan dari isu perubahan
rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring og Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.
Apa hubungkaitnya dengan krisis Russia-Ukraine-US?
Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.
Antara perkara berani yang dibentangkan ialah :
1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.
2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.
3. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.
Sergei Glaziev, pemikir ekonomi dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan. Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas. Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.
Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu beliau mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka. Tiada siapa pernah berani mencadangkan perkara demikian rupa kecuali Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun lebih awal daripada Glaziev. Yang membezakan Tun Dr. Mahathir dengan Glaziev ialah, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin berfikiran jauh dari sebuah negara kecil tanpa kekuatan tentera untuk memastikan setiap apa yang diutarakan dapat dijalankan tanpa perlu takut dengan ugutan negara kuasa besar. Tetapi beliau tidak pernah takut untuk mengutarakan idea tersebut berulang kali.
Berbeza dengan Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuclear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.
Apabila Sergei Glaziev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan bahawa ini merupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.
Russia tidak akan bertindak sedemikian jika Washington tahu berpegang kepada janjinya 30 tahun dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington telah berjanji untuk tidak mengganggu blok negara Eropah Timur supaya menjadi sebahagian daripada negara NATO.
Tetapi, sepertimana Uncle Sam yang biasa, satu persatu negara Eropah Timur ditarik masuk ke dalam NATO. Malah tentera-tentera NATO sudah pun mula ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika krisis ekonomi Ukraine mula memuncak.
Washington menyedari Russia sedang cuba mengumpulkan kekuatan lamanya kembali. Jika dahulu, melalui Warsaw Pact, Russia diperkukuhkan sehingga menjadi satu blok ekonomi yang memberi saingan kepada Amerika dan Eropah. Lalu, satu persatu tiang sokongan Russia di dalam Warsaw Pact ini diruntuhkan sehingga kejatutah Kesatuan Soviet berlaku pada 1991. Melalui dasar Perestroika dan Glasnost, Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet dengan anai-anai yang kemudiannya menamatkan era Perang Dingin antara Amerika dan Russia.
Lewat beberapa tahun ini, Washington melihat Russia sedang mengumpulkan kekuatannya kembali. Eric Margiolis, melalui kolumnya yang disindiketkan kepada akhbar the Sun menyatakan bahawa Russia sedang menjalankan Ancshluss (penggabungan) secara senyap. Pungutan suara yang memasukan Crimea ke dalam Russia menunjukkan bahawa Ancshluss itu benar-benar kini sedang berlaku tanpa diselindungkan.
Bermula 2013, Russia cuba memperkukuhkan ekonomi negaranya dan membersihkan pemimpin politik serta golongan oligarki daripada golongan yang senang diugut oleh negara barat. Vladimir Putin telah memperkenalkan dasar anti-dana pesisir (Anti-offshore) bagi membersihkan negaranya daripada kelompangan yang boleh menyebabkan golongan politikus dan oligarki menjadi mangsa ugutan barat. Dalam masa yang sama dasar anti-offshore tersebut akan mengembalikan sebahagian besar dana milik orang Russia di luar pesisir kembali untuk mengukuhkan ekonomi Russia. Pada mula dasar ini diperkenalkan, golongan mewah, politikus dan oligarki Russia dipujuk untuk membawa masuk dana kembali secara sukarela. Tetapi, ramai yang tidak mengendahkannya sehinggalah berlaku krisis ekonomi di Greek dan Cyprus. Keruntuhan Ekonomi Cyprus menjadi titik tolak kepada kejayaan Putin untuk menggalakkan dasar Anti-pesisir untuk ditegakkan di dalam negara.
Vladimir Putin mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di Russia biarpun Washington cuba memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak penentang untuk menggugatkan pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan Wahinton tidak senang duduk. Apabila mereka mengganggu kecenderungan sokongan politik di Ukraine, Russia sudah mentafsirkan tindakan Uncle Sam tersebut sudah melampaui batas yang sepatutnya dihormati sejak 30 tahun dahulu. Tiada guna untuk berdialog dengan Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia untuk segera masuk ke dalam Crimea untuk menunjukkan tahap seriusnya Russia dalam mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada jatuh ke dalam perangkap Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang maruah Amerika dengan penuh bergaya.
Tetapi Washington, salah sebuah negara Yakjuj dan Makjuj, masih bijak memanipulasi keadaan. Perhatikan kini mereka sedang berusaha memencilkan sokongan ke atas Russia dengan cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’. Mereka kini sedang cuba memencilkan China daripada menyokong Russia di dalam isu di Crimea. Orang Islam dengan matahati yang terang akan segera sedar permainan mereka di sini. Walaupun Amerika cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’, kita melihat cara mereka mendekati China ialah dengan menggunakan prinsip dalam pepatah Klingon sepertimana yang pernah digunakan di dalam filem Star Trek, ‘Enemy of my enemy is the enemy I killed last’.
Bagaimana mereka melakukannya? Masih ingat dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di stesen keretapi di China dua minggu lepas? Puak pemisah Uighur telah dituduh sebagai bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Seluruh negara China sekarang ini berada di dalam satu bentuk sentimen membenci orang Islam kerana ‘perbuatan etnik Uighur di stesen keretapi tersebut’. Tahukah sahabat-sahabat pengunjung blog satuhala ini, bahawa apa yang berlaku di stesen keretapi tersebut adalah satu skrip berulang dengan tempoh masa yang hampir sama sepertimana yang Amerika pernah gunakan satu ketika dahulu sebelum menjajah Afghanistan? Mari kita lihat persamaannya.
Dua minggu sebelum Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan, mereka telah mengirimkan dua orang wartawan yang dikatakan mewakili National Geographic untuk membunuh Ahmad Shah Masood. Ahmad Shah Masood ialah pemimpin golongan mujahidin Pakatan Utara yang digelarkan sebagai Singa Panjsher. Allahyarham tidak pernah mengizinkan mana-mana wartawan menemubual dirinya kecuali oleh dua wartawan tersebut. Apabila sesi temuduga tersebut dijalankan, sebutir bom yang diletakkan di dalam kamera salah seorang wartawan tersebut telah diletupkan.
Pakatan Utara sebelum daripada itu telah mencapai satu perjanjian damai dengan puak Taliban supaya pihak mereka tidak bertembung dan berperang sesama sendiri. Tetapi peristiwa letupan bom ini mengejutkan pihak Pakatan Utara. Amerika segera mencadangkan kepada dunia melalui salakan anjing-anjing di dalam media mereka bahawa Puak Taliban yang membunuh Ahmad Shah Masood. Oleh kerana majority daripada penduduk Afghanistan tidak berminat untuk membaca dan meneliti berita, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia, maka fitnah itu kemudiannya dikipaskan dengan deras. Hasilnya, Pakatan Utara mengangkat senjata kembali dan memulakan perang mereka dengan golongan Taliban. Selang beberapa minggu selepas itu, Amerika melancarka perang ke atas Afghanistan dengan membantu Pakatan Utara untuk berperang bagi pihak Amerika dengan menundukkan Taliban di beberapa kawasan.
Itulah juga modus operandi yang sedang dijalankan sekarang ini. Setelah mengejutkan negara China dengan berita pembunuhan warga mereka dan menuduh puak pemisah Uighur yang beragama Islam melakukannya, maka mereka telah menyediakan rakyat China dengan satu bentuk sentiment membenci kepada orang Islam. Apa yang mereka perlukan sesudah itu ialah satu lagi bentuk percikan api yang menyebabkan China mengambil sikap anti Islam yang Amerika harap-harapkan. Disinilah sebahagian cerita MH370 bermula.
Buku Bertajuk The Writing On The Wall : Why We Must Embrace China As
A Pertner or Face It As An Enemy. Bukankah ia senada dengan apa yang
dicadangkan Rupert Murdoch baru-baru ini selepas MH370?
Bunuh Seribu Ekor Burung Dengan Sekali Lastik:
Ingat timeline yang telah saya berikan pada 2013? Sebaik masa depan politik boneka yang ditaja mereka selama 4 dekad dimatikan, maka satu operasi False Flag akan dijalankan segera bagi merejuvenasikan harapan penguasaan mereka ke atas Selat Melaka, Malaysia dan seterusnya melumpuhkan China.
Ingat prinsip pepatah watak Klingon? The enemy of my enemy is the enemy I'll last. Malaysia telah lama mengambil pendekatan tidak terlalu mesra Amerika. Malah Tun Dr. Mahathir telah berkali-kali mencadangkan bahawa untuk melumpuhkan Amerika, maka Dollar itu perlu dilumpuhkan. Untuk melumpuhkan Dollar, maka jalan termudah ialah dengan menghentikan penggunaannya dalam urusniaga jualan minyak dunia. Bersama Dr. Mahathir, cadangan tersebut kekal sebagai cadangan yang menyedarkan ramai pihak mengenai cara untuk melemahkan hegemoni Amerika.
Selat Melaka dan negara String of Pearls kepada China terutamanya Malaysia perlu dikuasai untuk menghalang kuasa China daripada terus memberi ancaman kepada Amerika dan dalam masa yang sama China akan disibukkan dengan isu sentiment rakyatnya yang semakin membenci orang Islam kerana dua peristiwa besar yang berlaku. Satu, pembunuhan di stesen keretapi. Kedua, isu MH370.
Isu di Crimea juga sedang dipotretkan sebagai pertembungan antara orang Islam Crimea dengan pihak berkuasa Russia.
Malaysia pula sedang ditekan dengan bersungguh-sungguh oleh media antarabangsa dan dipotretkan sebagai tidak cekap dalam menangani isu kehilangan MH370. Mereka mahu memaksa campurtangan pihak Amerika di dalam perkara ini. Mereka tidak akan berdiam diri sehingga mereka dapat menembus masuk untuk memainkan peranan ‘pencuri mencari barang yang dicurinya’.
Apabila China disibukkan dengan masalah MH370, dan Selat Melaka kini dipenuhi dengan kapal-kapal perang pro Amerika, sebarang bantuan ketenteraan kepada Russia dari China sekiranya krisis di Crimea meletuskan perang besar akan berjaya dihalang.
Saya telah nyatakan di dalam penulisan pada 2013, bahawa prinsip serta modus operandi yang digunakan oleh Amerika untuk melumpuhkan Russia ala Warsaw Pact diruntuhkan, akan digunakan sekali lagi. Ini termasuklah manipulasi harga minyak dunia supaya ia jatuh sepertimana ia dijatuhkan pada 1985 dahulu.
Amerika sedang mengugut Russia dengan sekatan ekonomi. Russia membalas ugutan tersebut dengan menjual Dana Treasury Amerika sebanyak US 104.6 Billion sehingga menyebabkan Treasury Amerika merudum jatuh.
Amerika membalas dengan mengeluarkan simpanan minyak sebanyak 5 juta tong daripada Strategic Petroleum Reserve (SPR) mereka untuk melumpuhkan ekonomi Russia. Sama sepertimana yang telah saya jelaskan pada 2013 bahawa inilah perkara yang akan terjadi.
Berikutan itu, Russia sudah bertekad mahu melancarkan serangan ke atas petrol dollar dengan mengajak negara BRICS + Iran + Venezuela untuk mengenepikan Dollar dalam urusniaga minyak mereka. Ini adalah ancaman terbesar selepas ancaman Nuklear ke atas Amerika. Sebuah senjata untuk melumpuhkan Uncle Sam sebagaimana diilhamkan Tun Dr. Mahathir.
Apakah kita fikir Uncle Sam akan berdiam diri sekiranya salur nafas mereka dicekik Russia? Dengan Kolum kelima di dalam negara, apakah kita rasa kita sudah sedia selamat dengan isu demi isu yang terjadi? Masih ingat dengan peristiwa sebuah kapal Amerika tersangkut pada terumbu karang di Filipina sebelum serangan Lahad Datu berlaku? Beberapa bulan sebelum serangan itu berlaku, saya sudah memberikan amaran bahawa saat genting itu akan sampai ke negara ini jika kita berterusan berpecah belah.
Begitu juga apabila saya memberi amaran bahawa tahun-tahun tanpa hujan akan datang pada tahun lepas sebelum kita dihidangkan dengan kemarau yang panjang baru-baru ini.
Bukankah saya sudah nyatakan bahawa false flag seperti ini akan berlaku sejak setahun lalu? Bukankah saya juga telah menyeru supaya kita semua bersatu sebagai satu umat Islam yang teguh, kerana hanya dengan cara itu sahajalah imuniti yang telah Allah berikan kepada kita supaya kita tidak akan dimusnahkan oleh mana-mana musuh dari luar? Tetapi kenapa seruan bersatu itu sentiasa disambut dengan cemuhan, makian dan penghinaan?
Kenapa masih mahu bergaduh sesama Islam? Masih tidak mahu bersatu kerana merasakan diri lebih maksum daripada orang lain.. Brader.. sudah-sudahlah.. jam kemusnahan sudah berdetik. Mereka sudah berpijak di bumi Iraq, Afghanistan, Libya, Palestin, Syria, Afrika Tengah, Myanmar dan mereka sedang mengetuk pintu kita? Tidak terdengarkah ada pihak dengan pedang penyembelih sedang mengetuk pintu dengan kuat?
Bersatu.. nescaya kita selamat atas izin Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari ‘Amir bin Sa’ad seperti berikut :
Dari ‘Amir bin Sa’ad, dari bapanya r.a. katanya, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di Masjid Bani Mu’awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan beliau. Beliau mendoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda, “Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan. Aku memohon supaya jangan dimusnahkan umatku dengan bencana tenggelam, permohonanku itu juga diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Begitu juga dengan hadis di bawah ini.
Dari Tsauban r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala memperlihatkan kepadaku bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai keseluruh tempat yang Allah Ta’ala tunjukkan kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, yaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu umatku agar mereka tidak dibinasakan oleh kekuatan asing selain oleh diri mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman, “Ya, Muhammad! Apabila aku sudah memutuskan suatu putusan, maka putusan-Ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain selain diri mereka sendiri sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan sebahagian (yang lain) dan mereka saling tawan menawan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Wallahua'lam..
Bacaan Tambahan :
1. http://www.testosteronepit.com/home/2014/3/15/kremlin-if-the-us-tries-to-hurt-russias-economy-russia-will.html
2. http://voiceofrussia.com/2013_01_18/The-world-is-in-a-state-of-financial-war-Russian-presidential-advisor/
3. http://www.testosteronepit.com/home/2014/3/10/from-now-on-no-compromises-are-possible-for-russia.html
sumber http://satuhala.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment