nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Sunday, July 9, 2017

Pengalaman di Alam Maut dan Alam Barzakh....untuk renungan



Masih Ingatkah KISAH NYATA Azlina...
Kejadian silam yg menggetarkan hati banyak Orang...
Gadis Yatim berhijab dari keluarga sederhana asal Bengkalis.
Yang Mati selama 2 jam...& selama itu pula ia diperlihatkn banyak kejadian di Alam Barzah yg tak pernah ia lupa hingga detik ini.
Detik menjelang Sakaratul Maut,dia melihat 2 orang malaikat datang dan mencabut nyawanya dari sebelah kanan kakinya..."Rasanya seperti Kulit hewan yg disayat..dri dagingnya sakit sungguh sakit" tuturnya.
Setelah rohnya dicabut dari jasad ia pun melihat Paman & Dokternya yg kala itu sedang menangani perawatan untuknya dirumah sakit, setelah itu Dia pun mengaku ditanya soalan oleh malaikat...dan kala itu Diapun mampu menjawab soalan tanpa tersendat.
Setelah itu dia pun dibawa oleh Malaikat bertemu dengan Ayahnya...yg sudah lama meninggal yg kala itu ayahnya nampak lebih muda. Ayahnyapun menangis & menyuruhnya kembali" kembalilah kasian adik-adikmu "tutur si Ayah. Namun Azlina berkata "tidak Ayah janji Allah sudah tiba.
Setelah itu..Diapun kembali dibawa Malaikat bertemu dengan seorang wanita cantik bercahaya...dan didudukan dikursi yg begitu Empuk lalu roh Azlinapun bertanya "siapa Anda?? "wanita itupun menjawab" sayalah Amalmu".
Lalu Azlinapun dibawa lagi diperlihatkan didepan hadapannya
👉Seorang yang memikul besi Amat berat dan rantai ditangannya, bajunya robek-robek dan bau busuk menjijikan...lalu Roh Azlinapun bertanya "Siapa orang itu pada amalnya, amalnyapun menjawab "Orang tersebut orng yang membunuh tapi tidak pernah dipertanggung jawabkan...didunia.
Lalu Azlina pun melihat
👉Seorang yang kulit dan dagingnya terburai,Ia pun bertanya kenapa dengan orang itu??
Amalnyapun menjawab "Dia tidak pernah SHALAT".
Lalu Diapun melihat..
👉Seorang yang dihantamkan besi ketubuhnya dia didunia orang yg gemar berzina.
Lalu
👉Diapun melihat orang yg saling bunuh...
Manusia golongan itu ialah manusia yg gemar bertengkar dan membenci orang lain hingga menerornya.
👉Diapun melihat 80 mata tusukan tiap-tiap tusukan terdapat 80 mata pisau yang tembus kedada orng yg senang membunuh.
👉Dan orang yang dihempaskan ketanah lalu dibunuh bangun lagi dan begitu seterusnya adalah anak Durhaka yang tidak memelihara orng tuanya waktu didunia.
Demikianlah Azlina ditampakkan berbagai macam siksa...di Alam Barzah.
Lalu Azlina dibawa Malaikat kesuatu tempat yang gelap tiba-tiba ia pun mendengar suara mengucap "Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu Akbar...dan saat itu pula ada seorang yg mengalungkan sebuah Tasbih yg mempunyai 99 biji dan disana ia pun shalat layaknya orng yg shalat didunia.
Setelah itu Ia pun mendengar azan yang mirip sekali dengan azan di Masjid Nabawi.
Dan setelah itupun ia diperlihatkan dihadapannya makam Nabi Muhammad. SAW dan dimakam tersebut banyak sekali Batang-batang Emas yg didalamnya ada tepak Khusnul Khotimah lalu mengeluarkn cahaya...dan terdengar Suara "TOLONG SAMPAIKANLAH KEPADA UMMATKU UNTUK SUJUD PADA ALLAH"
Setelah itupun roh Azlina melihat miliaran Manusia dari beraneka ragam abad berkumpul disuatu tempat seperti tanah lapang yang sangat Luas. Roh Azlinapun cuma berjarak 5 meter saja dari kumpulan manusia itu.
Dan ia mendengar kumpulan manusia itu berbicara "Cepatlah kiamat saya sudah tidak tahan lagi disini Ya Allah..."
Manusia-manusia itupun memohon "Tolong kembalikan saya kedunia saya ingin beramal "Begitulah tutur Azlina dengan apa yg dilihatnya..."
Setelah itu tiba-tiba Azlina merasa jantungnya berdetak begitu kuat dan saat Ia membuka mata ia sudah ada di dunia kembali.
Itulah kejadian NYATA Azlina saat Dia telah Meninggal Dunia. Kisah ini cukup menjelaskan bahwa Alam Barzah, Neraka & Syurga itu memang betul ada...dan perbuatan dosa sekecil apapun kelak harus dipertanggung jawabkan.
Allah Hu Alam bisawab...


FB Nia A Nurningsih Aswin

Kisah Sedih Dari Hospital......


Malam ni rasa nak kongsi kisah dari Hospital...
bila dok ulang alik hospital sementara isteri masih di wad, macam-macam cerita dan kisah kehidupan hasil luahan insan-insan yang masuk ke hospital.

Banyak duka dari suka. Antaranya satu kisah isteri kedua atau isteri muda yang sedang mengandung kena masuk wad akibat masalah kesihatan. Malangnya hanya sekali dijengok suami dan langsung tidak tinggal duit satu sen pun. Ibu ini terpaksa pinjam duit anak RM10 dan duit di poket RM10.
Bayangkan kesusahan dengan tiada sedikit makanan pun untuk dimakan selain makan minum yang disediakan oleh pihak hospital. Ibu mengandung sememangnya sentiasa lapar dan perlukan makanan untuk dikunyah.

Itu belum difikir lagi kos untuk bayar keluar hospital nanti. Apalah malangnya dapat suami yang semata-mata untuk kepuasan nafsu sahaja dan mengabaikan tanggungjawab wajib yang lain.
Sikap buruk suami sebegini yang memburukkan lagi situasi berpoligami. Pandai nikah tapi tidak bertanggungjawab dan ini akan memeritkan lagi hidup wanita lain yang memerlukan perlindungan yang wajib dan asas. Itu belum kira kasih sayang dan belaian.

Malah ibu itu juga sampai runsing untuk persiapan bersalin nanti kerana tidak mampu menoreh getah dan menyampaikan hasrat untuk menyerahkan anaknya nanti untuk dipeliharakan kerana tidak mampu.

Tak sanggup melihat dan mendengar rintihannya
Kisah kehidupan perit yang BENAR...
#setiupost

Thursday, March 30, 2017

Jom Kita Bantu Siti Aishah...kadang-kadang ada sesuatu yang perlu kita renung tentang negara kita

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

*MOHON BANTUAN SUMBANGAN UNTUK KELUARGA SITI NOOR AISHAH*
Siti Noor Aishah, pelajar Sarjana Usuluddin (Akidah) Universiti Malaya, yang ditahan SOSMA pada 22 Mac 2016, kerana dituduh memiliki 12 buku yang diharamkan, telah diperintahkan untuk dibebaskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, pada 29 September tahun yang sama.

Hal ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Tiada bukti buku yang dimiliki diharamkan pihak kerajaan.
Siti Noor Aishah kemudiannya ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada hari yang sama beliau dibebaskan.
Selepas hampir 2 bulan ditahan tanpa bicara dibawah POCA (tidak termasuk 7 bulan penahanan bawah SOSMA), Siti Noor Aishah dibebaskan dari tahanan pada pagi 26 November 2016.
Namun beliau dipakaikan dengan alat peranti pemantauan eletronik (EMD) dan diarahkan untuk melapor diri ke Bukit Aman setiap hari Jumaat selama 8 minggu.
Beliau kemudiannya diarahkan untuk ditahan di mukimnya di Terengganu dan dipakaikan EMD selama 2 tahun, dan perlu melaporkan diri di IPD Dungun setiap minggu.
27 Mac 2017, Siti Noor Aishah ditahan semula dibawah SOSMA, selepas pendakwaraya membuat permohonan keatas keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Siti Noor Aishah.

*BANTUAN BUAT KELUARGA*
Keluarga Siti Noor Aishah, merupakan sebuah keluarga miskin dari Dungun, Terengganu. Beliau terpaksa mengeluarkan wang untuk urusan pergi balik ke Mahkamah di Kuala Lumpur. Bayaran peguam pula, dibantu oleh orang kampung yang prihatin.
Siti Noor Aishah, hampir sahaja memilih untuk mengaku bersalah kerana tidak sanggup melihat keluarga bersusah payah.
Mewakili SUARAM, dan masyarakat sivil keseluruhannya, kami memohon sedikit sumbangan yang boleh disalurkan terus kepada keluarga. Maklumat akaun peribadi keluarga seperti berikut:

*Bank*: Bank Simpanan Nasional
*No Akaun*: 1100441000154606
*Nama Pemegang Akaun*: Atam bin Jusof (Ayah Siti Noor Aishah)


Sebarang pertanyaan, mohon berhubung dengan Penyelaras SUARAM, Amir Abd Hadi ditalian 012-3744647.

@FB Muhamad Nur Ismail

Monday, March 13, 2017

Hukum Makan ESCARGOT @ Siput Babi... boleh ke???

Image may contain: plant, outdoor and nature

HUKUM MAKAN ESCARGOT
Soalan : Apa hukumnya memakan siput babi?
Jawapan :
Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan memakan siput babi : Adakah Siput Escargot Halal Atau Haram Dimakan Oleh Orang Islam?

ISU:
Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam? Siput ini berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di banyak negara Eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Ia memiliki rupa yang sama seakan-akan siput babi tetapi daripada jenis yang berbeza.
Siput babi adalah helix aspersia manakala siput escargot adalah helix pomatia. Siput ini kini boleh didapati dalam menu di sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini.

PENJELASAN:
Escargot adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun (حلزون).
Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:
ÙˆَÙŠُØ­َرِّÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ الْØ®َبَائِØ«َ
Maksudnya: “Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
(Surah Al-A’raf: 157).

Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan.
Pandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 02 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi.

Antara lain, Muzakarah menyatakan:
“Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.
Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang”.
Memandangkan isu halal atau haram memakan halazun/escargot adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat’ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya.
Manakala majoriti ulama’ yang mengharamkannya berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.
Wallahu A’lam.

@ Bahagian Halal JAKIM

Kenapa Ujian Minum Air Gula dibuat bagi ibu mengandung? Dengar apa doktor kata...



Terdapat sorang netizen facebook pertikai ujian air minum air gula yang dilakukan ke atas ibu hamil. Sehinggakan beliau menyarankan saman KKM kerana mengarahkan ujian tersebut dibuat.
Berikut adalah jawapan saya dalam soalan yang sama pernah diajukan oleh pesakit.

*Soalan*
Apakah rasionalnya setiap ibu yg mengandung akn disuruh minum air gula? Kenapa mesti minum & apakah kesan jikalau tidak minum air gula tersebut?

*Jawapan*
Ujian minum air gula (Oral Glucose Tolerance Test) 
 
Rationalnya adalah mengesan kencing manis samada semasa mengandung atau tidak.
*Kaedah:* Ibu diminta berpuasa sedari jam 10 malam. Dengan ini paras gula dalam darah di pagi hari (jam 8 pagi) adalah paling minima. Jika melebihi hadnya maka dikira diabetes. Namun sistem badan kita yg Allah jadikan amat hebat kerana insulin akan mengawal keseimbangan gula dalam darah. Kemudian ujian minum air gula dilakukan bagi _challenge_ tindakan insulin dalam badan. Bagi ibu yang berisiko, insulin badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Justeru bacaan nya akan melebihi paras. Ia akan di kira sebagai kencing manis semasa mengandung. 

*Berikut adalah faktor risiko yang mewajibkan seseorang itu menjalani ujian MOGTT:*
1. Hamil itu sendiri adalah risiko kerana komposisi badan sudah berubah. Dan berat badan bertambah
2. Umur melebihi 25 tahun.
3. Sejarah keluarga kencing manis
4. Mempunyai sejarah berat bayi sebelum ini lebih 4 kg
5. Berat badan melebihi 80 kg
Dan beberapa risiko lagi
*Kesan kencing manis semasa hamil*
*Kepada ibu*: akan selalu pengsan dan boleh bawa maut
*Kesan pada janin:* Tumbesaran terbantut, air ketuban banyak, kerosakan tulang belakang janin, kelahiran pra matang, dan boleh membawa kematian bayi dalam kandungan.

@dr suhazeli com

Saturday, January 28, 2017

Generasi Peneroka Tuntut Janji ‘Town Ship’ Felda Chalok

SETIU – Janji untuk membangunkan perbandaran Felda (Town Ship) Chalok Kampung Rahmat sudah empat tahun berlalu, sejak diheboh-hebohkan sebelum pilihan raya umum kali ke-13 lalu.
Diantara perkara yang menjadi bahan kempen Barisan Nasional (BN) melalui Felda adalah, membina rumah bagi generasi baharu, yang termasuk dalam pembangunan Town Ship tersebut.
Generasi kedua Felda tersebut, Azmi Maarof, 56, kesal kerana tanah seluas 43 hektar itu kini, menjadi semak samun semula.
“Jadi maknanya sampai sekarang empat tahun lebih dah……. jadi dengar khabarnya rancangan untuk buat ‘Town Ship’ ni ditangguh atau dibatal tu……. tak taulah?
“Dan antara projek yang dibuat ni perumahan generasi (Felda), perkedaian dan pejabat an kawasan ini melibatkan 43 hektar,”ujarnya.
Beliau yang dtemui di kampung tersebut berkata, kawasan tersebut pada mulanya adalah tanah rezab milik Felda ang dutanam oleh syarikat Felda Technoplant Sdn Bhd dengan anak-anak kelapa sawit.
“Dia (projek ini) di sepanjang jalan (Kelantan) daripada tempat kita berada ni sehinggalah ke Kampung Chalok Kedai dekat stesyen minyak dan untuk rancangan ini juga Felda dalam perancangan awal nak ambil balik tanah peneroka lebih dalam empat lot rasanya,
“Enam ekar satu lot jadi enam kali empat sama dengan 24 ekar……….ada antara lot-lot tu yang telah ditanam terpaksa dibuang anak semula kerana projek ni semasa (hampir) pilihan raya (lalu),”jelas beliau.
Sepatutnya, kata Azmi, pembangunan dan pembinaan rumah generasi anak-anak peneroka lebih di situ diutamakan, kerana ia adalah tanah rancangan Felda yang paling awal di negeri Terengganu.
Namun, sebaliknya sudah ada empat generasi di kawasan Felda itu, tidak ada walaupun sebuah rumah yang dibina.
“Jadi apa yang kita harap sangat-sangat kita generasi kedua, ke tiga dan ke empat di Felda Chalok ini mengharap sungguhlah supaya tanah ini dibangun untuk perumahan generasi,
“sebab Felda Chalok ni antara Felda yang paling tua sekali dalam Negeri Terengganu…..yang mana peneroka asalnya mari sini pada (sejak) tahun1957 lagi,”kata beliau.
Mewakili golongan terbabit, beliau berharap projek tersebut tidak hanya menjadi ‘gula-gula’ politik, apabila hampir pilihan raya akan datag pula.
“Jadi kita pun tak maulah maknanya……. atas isu tanah generasi kedua ini di jadikan isu politik dekat pilihanraya baru mari………baru nak buat,
“kita harap supaya Felda mengambil tanggungjawab sosial untuk generasi- generasi Felda di kampung kita ni di Felda Chalok ini,”tegas beliau

@buletin online

Visa payWave dijamin selamat

Visa payWave 
 
PEMBAYARAN elektronik menggunakan Visa payWave dijamin selamat kerana mengandungi banyak lapisan keselamatan, bagi melindungi setiap transaksi yang dijalankan menggunakan kemudahan itu.
Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Koon Boon berkata, antara sistem keselamatannya termasuk penggunaan cip kriptografi maju dalam Visa payWave yang memerlukan kod unik, dijana setiap kali transaksi, bagi mengesahkan transaksi tersebut.

"Kami sedar terdapat beberapa laporan mendakwa Visa payWave tidak selamat. Walaupun ada pihak cuba lakukan demonstrasi bagaimana butiran kad kredit boleh dicuri tanpa sentuhan kad, senario ini kompleks dilaksanakan dalam dunia realiti.
"Setakat ini, tiada laporan diterima daripada pengeluar kad atau penguatkuasaan undang-undang global berpunca akibat serangan penipuan elektronik," katanya.

Koon Boon berkata, setiap transaksi menggunakan Visa akan diproses oleh rangkaian pemprosesan global, VisaNet, yang menganalisis masa nyata bagi mengawal potensi penipuan.
"Visa boleh menggunakan gambaran menyeluruh untuk mengenal pasti corak penipuan dan mengesan urus niaga yang mencurigakan ketika daftar keluar," katanya.

Beliau berkata, sejak diperkenalkan pada 2007, lebih satu juta transaksi Visa payWave dicatatkan di negara ini dan ia berkembang pada kadar melebihi 60 peratus bulan ke bulan.
"Melindungi pemegang kad dan mengekalkan kepercayaan mereka dalam pembayaran elektronik adalah amat penting di Visa," katanya.

@sinar harian

Tuesday, December 8, 2015

11 more prominent Malays join G25

Former diplomat Datuk Noor Farida Ariffin, spokesperson of G25, says the group now includes 11 new additions, bringing the total to 53. The original group consisted of 25 retired civil servants and leaders who published an open letter asking for rational discourse on Islam. – The Malaysian Insider file pic, May 27, 2015.
Former diplomat Datuk Noor Farida Ariffin, spokesperson of G25, says the group now includes 11 new additions, bringing the total to 53. The original group consisted of 25 retired civil servants and leaders who published an open letter asking for rational discourse on Islam. – The Malaysian Insider file pic, May 27, 2015. 

Eleven more prominent Malays, including educationists and former civil servants, have joined the G25, the group of influential people who are appealing for rational discourse on Islam.
Its spokesperson, former diplomat Datuk Noor Farida Ariffin, said the 11 new additions bring the total number of G25 members to 53, more than double its initial number.
They include Tan Sri Dr Asiah Abu Samah, a former education director-general; Tan Sri Mazlan Ahmad, former mayor of Kuala Lumpur; Datuk Syed Ahmad Idid, a former High Court judge, Datin Noor Azimah Abdul Rahim, chair of Parent Action Group for Education; Professor Khalid Yusoff, former dean of the Faculty of Medicine, Universiti Teknologi Mara; and Dr Normala Obid, associate professor at International Islamic University.
In their open letter, they asked Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to address religious and racial tension and exercise leadership in guiding Malaysia back to moderation.
The letter decried the "lack of clarity and understanding" on the place of Islam within Malaysia's constitutional democracy, as well as a "serious breakdown of federal-state division of powers, both in the areas of civil and criminal jurisdictions".
It also expressed concern at how religious authorities were "asserting authority beyond their jurisdiction" and that fatwa issued had violated the Federal Constitution as well as the consultative process.
Among the proposals it recommended was the need to promote awareness about the diversity of views and interpretations in Islam.
Some members, in individual comments to the media, had singled out groups like Perkasa and Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) for politicising Islam, prompting Perkasa to consider taking legal action against them.
Public support for the letter's contents and for the 25 signatories has been strong, with many writing to media organisations expressing their thanks and solidarity with the signatories, while an online petition called #iam26 drew thousands of signatures.
Recently the group recommended that a constitutional court be formed in Malaysia to allow the people a chance to challenge government's decisions that were unconstitutional.
Tan Sri Sheriff Mohd Kassim, who is part of the group, said through the formation of the court, fundamentals in the constitution such as clean and fair elections, freedom of speech and the people's right to dissent would be guaranteed and  not abused by the government. – May 27, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/11-more-prominent-malays-join-g25#sthash.m6Pt79eU.dpuf

PS: G25 merasakan dengan penyertaan lebih 53 bekas pegawai tinggi kerajaan akan mengukuhkan suara mereka untuk menzahirkan pandangan profesional mereka kepada pihak kerajaan.
Perlu diingat anda semua dah pencen, lagi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin yang Bekas Timbalan Perdana Menteri pun kerajaan dah tak dengar, setakat G25 di jauh panggang dari api lah.
Cadangan G25 untuk mansuhkan JAKIM dan hukum khalwat tu nampak macam bagus je, tetapi lagi bagus kalau G25 tu yang dimansuhkan kerana menimbulkan kekacauan dalam masyarakat dan boleh mencetuskan huru hara dalam negara. Yang ini patut kena undang-undang KOSMA dan KDN

G25 pertubuhan apa ini?




G25 adalah sekumpulan individu yang berpegalaman dalam pelbagai bidang danmempunyai pandangan yang berbeda tetapi mendokong matlamat dan wawasanyang sama.
Kesemua ahli G25 menjunjung nilai yang sama, dengan kesedaran bahawa Malaysiasebagai sebuah negara yang mempunyai ramai bilangan penduduk Muslim danmendokong Islam sebagai agama rasmi, kami percaya pentadbirannya sepatutnyalah dikendalikan selaras dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan yang menjamin hak asasi rakyatnya terhadap kebebasan beragama dan menyuarakan pendapat masing-masing.
G25 merupai sekumpulan orang Melayu yang berpengaruh dan dengan itu, kami percaya kami mempunyai kedudukan yang lebih baik dari lain-lain pertubuhan masyarakat bagi memainkan peranan yang membina dalam menyuarakan perspektif wasatiyyah dalam hal keagamaan. Selanjutnya, kami yakin kami boleh menjana nafas baru dalam usaha kami bagi memperkukuh institusi perundangan serta mempertingkatkan mutu pentadbiran dan pemerintahan negara. Kami berpendirian yang prinsip asas pemerintahan bergantung kepada ketelusan, integriti dan tanggungjawab. G25 menyokong prinsip-prinsip tersebut yang menjadi asas kepada setiap pemerintahan yang bersih.
ruj: http://g25malaysia.org/

G25 Apa yang Datuk Noor Farida Arifin perjuangkan?



Ucapan Noor Farida Arifin, seorang pengasas SIS dan mantan duta di Belanda yang mengetuai G25, di London School of Economics menarik perhatian saya. 

Dalam ucapan tersebut Noor Farida mengecam tindakan pemimpin-pemimpin Malaysia yang senantiasa memberi ruang bagi perkembangan Islam dalam kehidupan masyarakat. Fenomena Islamisasi yang berkembang ini jelas telah menyesakkan dada kelompok liberal dan sekular, dan kerana tidak tahan dengan perkembangan ini maka mereka telah menubuhkan G25 yang dianggotai oleh sekitar 50 mantan penjawat awam dan profesional. Bagi mereka jumlah ini sudah begitu banyak dan melambangkan majoriti sedangkan pada hakikatnya mereka hanyalah minoriti.

Strategi yang dilakukan oleh Noor Farida adalah memburuk-burukkan golongan yang menentang idea-idea liberal dan sekular yang dibawa olehnya dan rakan-rakannya. Strategi demonizing yang dilakukannya di hadapan masyarakat antarabangsa ini melampau. Beliau menggelar mereka sebagai “religious extremists” dan menggelar usaha yang mereka lakukan sebagai “creeping talibanization of Malaysia” dan meracuni pemikiran bangsa. Beliau tidak sedar dalam menentang kelompok yang ekstrimis itu ia telah terperangkap dalam satu lagi ekstrimisme iaitu ekstrimisme liberal. Kelompok ekstrimis liberal adalah kelompok yang memperjuangkan antara lain agar kerajaan membenarkan perkahwinan sesama jenis (gay dan lesbian) sebagaimana yang banyak berlaku di negara-negara Barat. Inilah yang dituntut oleh Irshad Manji dalam bukunya Allah, Liberty and Love yang menimbulkan kontroversi di Malaysia. Kelompok ekstrimis liberal juga memperjuangkan kebebasan bersuara (freedom of expression) yang mutlak termasuk kebebasan untuk memburuk-burukkan agama, memburuk-burukkan nabi Muhammad saw sebagaimana yang berlaku di Perancis, memburuk-burukkan institusi-institusi Islam seperti yang dilakukan oleh Eric Paulsen baru-baru ini. Semua ini boleh menimbulkan ketegangan dan kekacauan dalam masyarakat. Oleh yang demikian, kelompok inilah yang selayaknya disebut sebagai pelampau, kerana mahu memaksakan idea-idea liberal dan sekular mereka ke atas masyarakat, mereka lah yang sebenarnya telah melakukan “creeping liberalization of Malaysia” dan meracuni pemikiran bangsa.

Apa yang Kerajaan lakukan sebenarnya hanyalah melaksanakan tuntutan majoriti rakyat Malaysia yang mahukan Malaysia melaksanakan Islam dengan sempurna. Atas tuntutan inilah Tun Mahathir pada tahun 2001 mengishtiharkan bahawa Malaysia adalah Negara Islam mengikut definisinya sendiri. Untuk menguatkan perkara ini Tun Abdullah Badawi menggagaskan idea Islam Hadhari, meskipun ianya adalah idea yang keliru tetapi niatnya adalah mengemukakan citra Islam yang progresif dan berdaya maju. Di zaman kepimpinan DS Najib Razak pula kerajaan tetap bertegas mahu mempertahankan kesucian Islam dan melawan arus liberalisme dan pluralisme agama. Semua perkembangan ini bagi saya adalah amat baik dan kita menantikan perkara-perkara yang baik akan menyusul agar lebih bersesuaian dengan kehendak Islam dan sebagaimana disuarakan oleh ramai ulama’ di Malaysia.

Namun demikian Noor Farida beranggapan bahawa kefahaman para ulama’ di Malaysia ini tentang Islam adalah keliru, justeru kefahaman dialah yang betul. Hal ini sangat tidak masuk akal. Tidak dapat dibayangkan jika perkara seumpama ini berlaku dalam masyarakat Hindu, Budha atau Kristian, tidak mungkin ada orang awam dalam agama mereka mengkritik kefahaman agamawan mereka sendiri. Sekurang-kurangnya hormatilah disiplin ilmu, tuntutlah ilmu dengan tekun sebelum berani mengkritik sesuatu ilmu itu. Noor Farida bertindak lebih berani daripada itu apabila beliau menyerlahkan kejahilannya tentang agama Islam, khususnya tentang hukum hudud. Beliau mengatakan bahawa “sangatlah tidak adil apabila seorang pengusaha yang mencuri harta awam dibebaskan sedangkan seorang penganggur yang mencuri untuk memberi makan keluarganya dipotong tangan”. Beliau jelas tidak mengerti bahawa hudud dilaksanakan untuk semua kalangan tanpa mengira miskin atau kaya, bangsawan atau rakyat biasa. Justeru di antara syarat pelaksanaan hudud adalah tiadanya shubhat, kerana itu Sayyidina Umar pernah menangguhkan pelaksanaan hudud pada musim kemarau ketika seseorang itu mencuri kerana survival. Kerana itu persoalannya bukanlah sama ada hudud itu adil ataupun tidak tetapi sejauh manakah Negara kita bersedia melaksanakan hudud agar pelaksanaannya benar-benar menjamin keadilan bagi semua pihak.

Tindakan Noor Farida yang mengkritik institusi-institusi Islam di Malaysia semestinya disukai oleh institusi-institusi Barat yang mahukan nilai-nilai liberal diterima oleh masyarakat dunia. Oleh kerana itu orang-orang seperti ini sentiasa mendapat tempat di sana dan mendapat pujian yang tinggi, di sebalik pujian dan sokongan itu tanpa disedari sebenarnya mereka telah menjadi bidak-bidak di papan catur tangan-tangan asing yang ingin menguasai negara umat Islam secara halus.


ruj: FB Dr Khalid Muammar

Wednesday, August 13, 2014

GST: Malaysia negara Jibayah- Dr Mohd Khairuddin, ahli Parlimen Kuala Nerus




DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


GST adalah cerminan pertembungan dua dasar bernegara antara Negara Jibayah Cukai & Negara Hidayah Berkebajikan.

1.Sudah terang lagi bersuluh bahawa sememangnya menjadi dasar yang dianuti oleh kerajaan BN iaitu mengenakan cukai semaksima terhadap rakyat. Atau dengan kata lain sememangnya Malaysia di bawah pentadbiran BN mengamalkan konsep yang dalam bahasa ilmu Ketatanegaraan Islam diistilahkan sebagai Negara Jibayah atau Negara Cukai. Inilah yang dapat difahami secara jelas daripada kenyataan Perdana Menteri pada 5hb Mei 2014 sebagaimana dilaporkan oleh Astro Awani.

2. Kesimpulan kenyataan beliau yang menggambarkan dasar percukaian negara adalah:

A.GST tidak membebankan rakyat.
B.GST satu langkah perlu yang akan meluaskan pendapatan negara.
C.GST akan menambah pendapatan negara.
D.GST satu bentuk cukai yang progresif yang hanya dikenakan atas perbelanjaan bagi barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh seseorang.
E.GST akan menjadikan lebih ramai rakyat membayar cukai kerana hari ini tidak ramai membayar cukai.
F.GST memperluaskan cakupan rakyat yang membayar cukai kerana sekarang hanya lebih kurang satu juta sahaja penduduk negara ini yang membayar cukai.
G.GST mempertingkatkan kadar dan nilai cukai kerana sesetengah daripada rakyat membayar kadar yang lebih rendah daripada yang sepatutnya.
H.GST seperti antibiotik yang perlu untuk 'mengubati' masalah ekonomi negara.
I.GST diterima pakai dengan mengambil kira pengalaman yang digunapakai oleh hampir 90 peratus negara lain di dunia.

3.Semua dasar yang disebut oleh Perdana Menteri ini menegaskan Malaysia sebagai Negara Jibayah atau Negara Cukai. Keadaan ini sangat berbeza dengan dasar kewangan Negara Islam yang berasaskan konsep Negara Hidayah dan Berkebajikan. Asas-asas kepada dasar percukaian Negara Islam adalah seperti berikut:

A.Cukai daripada rakyat tidak menjadi dasar utama hasilan negara.
B.Cukai daripada rakyat hanya dikenakan sebagai penyelesaian sementara dan bukan dasar yang tetap apabila negara berhadapan krisis kewangan disebabkan faktor kelembapan ekonomi semasa. Setelah kewangan negara stabil percukaian dihapuskan.
C.Apabila cukai dikenakan cakupannya perlu diminimakan merangkumi golongan berkemampuan sahaja berasaskan pendapatan mereka.
D.Cukai Wajib pula dikenakan dengan kadar yang rendah sebaliknya semangat dermawan menyumbang secara sukarela diperluaskan sehingga mereka menyumbang secara sukarela lebih banyak daripada yang wajib. Hal ini kerana manusia bersifat liar terhadap sesuatu yang wajib yang membebankan tetapi lebih redha dan bersemangat jika diberikan galakkan dan motivasi.
E.Cukai terhadap semua golongan rakyat bukannya ubat penyelesaian masalah ekonomi tetapi ia menjadi racun yang membarah dalam masyarakat. Golongan tidak berkemampuan semakin tertekan dengan cukai sehingga mendorong mereka menjadi penjenayah dan pemberontak terhadap ekonomi negara.
F.Negara Islam adalah negara berkebajikan yang meletakkan ihsan pada golongan tidak berkemampuan. Justeru, cukai tidak dikenakan kepada mereka sama sekali walaupun dengan nilai yang minima. Sebaliknya masalah kewangan negara diselesaikan dengan bantuan golongan berpendapatan tinggi. Itupun dengan nilai yang minima bagi mengelakkan perasaan terbeban.
G.Dasar kewangan negara perlu dirujuk kepada al-Quran dan Sunnah di samping sejarah kejayaan negara khalifah Islam bukan kepada negara moden yang tidak bertunjangkan Islam dan juga menyaksikan kebobrokan penguasaan ekonomi oleh kapitalis.

4.Sekarang terpulang kepada rakyat sama ada mengekalkan kerajaan yang mengamalkan dasar Negara Cukai atau mengubahnya kepada kerajaan Islam yang mengamalkan konsep Negara Hidayah dan Berkebajikan dalam PRU ke 14 nanti.

@ harakahdaily

Monday, June 23, 2014

Penjelasan Tentang Kisah Sebenar Adik Firdaus, Remaja OKU dan Puan Lola serta pengasuh


Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah
~~~~~~~
Bismillah.
Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..
Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..
Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,
saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....
Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.
Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..
Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.
Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.
Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.
Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.
~~~~~
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.
Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik
Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.
~~~~~
Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.
Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...
###########
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :
1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.
2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.
3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.
4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama  Tak rugi pun kita, lagi untung ada 
5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.
Walahualam.
Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas
admin:
Admin juga tumpang bersimpati dengan apa yang terjadi setelah mengetahui kisah sebenar. Walaubagaimana pun ianya menyerlahkan bahawa persekitaran dan sosial keluarga ini tidak terjaga dan mungkin tiada siapa peduli dan mendapat bantuan sewajarnya. Dengan keadaan fizikal semasa dijumpai jelas, remaja ini dalam keadaan 'sakit' dan perlukan rawatan.
Mungkin operasi imigresen terhadap PATI adalah 'pertolongan Allah swt ' terhadap remaja malang ini untuk hari esok yang lebih cerah.
Pengajaran untuk kita, sama-sama pasang mata dan telinga jika ada jiran-jiran kita, anak-anak sekeliling kita yang perlu dibantu dan mendapat bantuan  sewajarnya. Janganlah menunggu sehingga disiar di media atau keluar ' Bersamamu TV3' baru sibuk pihak berkenaan menghulurkan bantuan dan sebagainya.
APapun admin doakan agar isu adik Firdaus ini dapat memberi satu kesedaran baru bahawa mungkin ramai lagi anak-anak diluar sana yang perlu mendapat bantuan dan pertolongan sebegini. Jadilah masyarakat prihatin dan cakna. 

@https://www.facebook.com/asamkipas

Friday, May 23, 2014

Isu GST: Siapa Untung Siapa Rugi

Dari kiri - Moderator Prof Madya Dr Shaharuddin, Rafizi, Nur Jazlan, Muhammad Sha’ani dan Prof Dr Faridah membahaskan topik yang diketengahkan dalam sidang Wacana Sinar Harian bertajuk
GST: Siapa Untung Siapa Rugi.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet tahun lalu telah mengumumkan yang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April 2014. Susulan pengumuman tersebut, banyak pihak menyifatkan perlaksanaan cukai itu akan membebankan rakyat.

Bagaimanapun, GST telah diakui oleh 160 negara yang mengamalkan bahawa sistem tersebut adalah lebih baik berbanding cukai yang lain. Bagi mengupas sejauh mana keberkesanan GST dan sama ada akan membebankan rakyat, ikuti laporan Wacana Sinar Harian bertajuk, GST: Siapa Untung Siapa Rugi.

Wacana ini membariskan empat orang panel iaitu Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof  Dr Faridah Hassan, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha’ni Abdullah dan moderatornya, pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Terknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.
 
Moderator:  Sebagai permulaan apakah yang boleh dihuraikan mengenai GST?

Prof  Dr Faridah Hassan

Pertama sekali kita perlu fahami maksud GST, iaitu cukai barangan dan perkhidmatan di mana jika diambil dari sudut lain ini cukai kepenggunaan. Cukai untuk rakyat kepada rakyat oleh rakyat. Bila bercakap mengenai cukai banyak tapisan daripada pengusaha kepada pengeluar, pemborong sehingga peruncit.

Dari sudut kebaikan cukai GST ini satu untuk semua, dan akan dilaksanakan 1 April 2015. Maka waktu itu cukai sebelum SST akan dimansuhkan buat masa ini, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 16 peratus dan GST dalam percaturan akan dikenakan enam peratus.

Hanya Brunei, Malaysia dan Myanmar belum laksanakan GST. Brunei mungkin tidak akan laksanakan Myanmar dalam kajian perlaksanaan. Tetapi negara jiran yang lain seperti Indonesia dan Singapura sudah lama memperkenalkan GST. Singapura telah mulakan GST secara berperingkat daripada tahun 1997 dengan tiga peratus kini telah menjadi tujuh peratus.

Pengetahuan secara berperingkat ini dibuat supaya rakyat dapat memahami dan tidak menyebabkan kekeliruan serta kebimbangan rakyat. GST bukan cukai baru, sudah 160 negara dari lima benua telah melaksanakannya.

Jumlah enam peratus adalah antara terendah berbanding negara Asean yang lain seperti Jepun, Taiwan. Negara lebih maju seperti Norway mengenakan cukai sebanyak 25 peratus, Afrika 40 peratus Turkmenistan kini hampir 40 peratus dan negara Eropah juga telah hampir 20 peratus.

Apa yang perlu difahami ketika ini adalah bagaimana proses itu bermula pengeluar sehingga ke peruncit. Mereka perlu mengisytiharkan cukai tersebut mengikut kehendak yang akan dilaksanakan. Dari segi pendidikan perlu ditingkatkan dan diulangi kerana tidak mencukupi untuk rakyat fahami dengan hanya sekali penerangan, perlu difahamkan mengenai kebaikan jangka panjang oleh rakyat.

Apabila GST dilaksanakan tahun depan, 10 peratus barangan dan perkhidmatan sahaja akan berlaku kenaikan harga, manakala 40 peratus pula harga turun dan 50 peratus lain pula kekal.

Sebagai seorang pendidik saya rasa banyak kajian perlu dilakukan ke atas rakyat kerana rakyat lebih tahu apa yang perlu di cukai dan dikecualikan.


Moderator: GST bukan cukai baru dan sudah pasti kajian perlu dilakukan dan sepatutnya sudah dilakukan 10 tahun yang lalu. Kenapa tuan mengatakan GST itu hanya memberikan satu peratus keuntungan tetapi 99 peratus merugikan rakyat, adakah itu benar atau hanya diperbesarkan PR?



Rafizi Ramli

Gambaran bahawa cukai jualan dan perkhidmatan (SST)   adalah 16 peratus adalah salah, kerana cukai jualan adalah 10 peratus dan enam peratus adalah perkhidmatan. Cukai barangan itu hanya dikenakan barangan yang dikeluarkan daripada kilang

SST dan GST tidak sama, SST dikenakan kepada pengeluar produk antara 10 peratus atau enam peratus, bukan 16 peratus. Ia diulang-ulang seolah-olah berlaku penurunan cukai yang tinggi, itu tidak betul.

Saturday, March 1, 2014

MAS gantung aktivis kesatuan pekerja, pecat 3 pramugari

MAS gantung aktivis kesatuan pekerja, pecat 3 pramugari

Malaysia Airlines (MAS) menggantung khidmat Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Mohd Akram Osman dan memecat tiga pramugari kerana terlibat dalam perhimpunan di Putrajaya pada 27 November tahun lalu.
Mohd Akram yang berkhidmat sebagai Ketua Pramugara MAS selama 25 tahun dengan MAS didakwa melanggar tugasnya kerana menghadiri perhimpunan tersebut dan menggunakan khidmat email syarikat untuk kegunaan kesatuan.
Tiga pramugari yang dipecat pula didakwa atas alasan menghadiri perhimpunan tahun lalu.
"Kesatuan mengutuk sepenuhnya tuduhan palsu dan niat jahat yang dibuat oleh MAS ke atas pekerjanya dan penggantungan tugas Setiausaha Agung Nufam.
"Wujud niat jahat berhubung kes ini," kata Nufam dalam satu kenyataan petang ini.
Selain Mohd Akram dan tiga pramugari yang dipecat, sebanyak 30 Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan kepada ahli anak kapal yang berdaftar dengan kesatuan.
Pada 27 November 2013 lalu, Nufam bersama ahlinya mengadakan satu himpunan di hadapan Kementerian Sumber Manusia untuk menghantar satu memorandum.
Nufam mengecam keras tindakan MAS yang disifatkan sebagai cubaan menafikan hak pekerjanya.
"MAS salah guna kuasa sebagai majikan kerana mempersoalkan ahli kesatuan bagi menghadiri perhimpunan aman di Putrajaya.
"Ini tidak masuk akal kerana MAS menafikan hak ahli kesatuan untuk berhimpun dalam perhimpunan anjuran pemimpin kesatuan ataupun ahli kesatuan sendiri," katanya.
Nufam menegaskan ahlinya berhak untuk berhimpun dan ianya selari dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menjamin hak ahli kesatuan untuk berhimpun.
Tindakan tersebut, menurut Nufam, adalah cubaan untuk menutup mulut pengkritik MAS serta menakutkan ahli kesatuan daripada terus menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Sebelum ini, Nufam mengemukakan 40 tuntutan untuk penambahbaikkan pengurusan MAS, terutamanya hak anak kapal.
Antaranya adalah hak mengenai cuti tahunan, perubatan, masalah berat badan, pengangkutan, semakan semula gaji dan elaun serta pemecatan pekerja. – 27 Februari, 2014.

-Malaysia Insider & Yahoo News

Tuesday, February 25, 2014

Jangan sekadar kritik, debat dengan saya, kata Kassim Ahmad

Jangan sekadar kritik, debat dengan saya, kata Kassim Ahmad


Dr Kassim Ahmad tidak asing lagi dengan kontroversi, dan baru-baru ini beliau dituduh dengan pelbagai perkara, termasuk mempromosikan murtad.
Satu-satunya individu yang mempertahankan beliau hanyalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kedua-dua mereka merupakan mahasiswa di Universiti Malaya Singapura satu ketika dahulu.
Kassim, yang pernah memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) sudah beberapa kali dikecam kerana kenyataannya terhadap hadis, termasuk di Putrajaya minggu lalu.
Dr Mahathir bagaimanapun berkata, Kassim dilabel sebagai "anti hadis" disebabkan pihak berkepentingan tidak berdebat dengannya dalam isu agama.
"Tun (Dr Mahathir) adalah seorang pemikir," kata Kassim.
"Beliau memberikan pendapatnya terhadap pelbagai perkara dan ramai orang menghormatinya," katanya kepada The Malaysian Insider, ketika ditemui di kediamannya di Kulim, Kedah, baru-baru ini.
Kassim yang pernah menyertai Umno pada 1986 turut memuji Dr Mahathir dan berkata, beliau mempunyai matlamat untuk memperbaiki apa yang dilihatnya sebagai satu kesilapan.
Mengimbau detik peletakan jawatan Dr Mahathir 10 tahun lalu, Kassim pernah memberitahu bekas presiden Umno itu, mereka berdua adalah generasi tua dan sekiranya generasi muda enggan mendengar nasihat, mereka tidak mampu untuk melakukan apa-apa.
Kassim berkata, Dr Mahathir hanya menjawab beliau akan terus memberikan pandangannya.
Kassim berasal dari Bukit Pinang, Jitra, empat batu dari Titi Gajah, di mana Dr Mahathir pernah menetap di sana.
"Selepas dibuang daripada Umno pada September 1969, saya pergi ke rumahnya. Beliau kata bila nampak saya di pintu rumahnya saya tidak kelihatan seperti komunis.
"Saya mengetuai PSRM ketika itu," katanya, dan menambah, Dr Mahathir yang membebaskannya daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak berapa lama selepas menjadi perdana menteri pada 1981.
Kassim menjadi presiden PSRM pada 1968 hingga 1984, dan ditahan hampir lima tahun. Pada usia 80 tahun kini, beliau sekali lagi menjadi perhatian berhubung kenyataannya tentang Islam terutamanya hadis.
Beliau kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terhadap kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya di seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", anjuran  Yayasan Kepimpinan Perdana yang dinaungi Dr Mahathir.
Selain itu, Kassim mendakwa sesetengah ulama di Malaysia meniru sistem "kasta paderi".
Beliau berkata, umat Islam terbahagi dua apabila mempersoalkan hadis untuk menginterpretasikan Al-Quran dan berkata Nabi "hanyalah sebagai penyampai maklumat Allah."
Dalam ucapannya bertajuk "Ucapan kepada konferensi politik nasional untuk menentukan hala tuju negara Malaya untuk 30 tahun akan datang", Kassim turut mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam dan bekata "rambut bukanlah sebahagian daripada aurat."
Susulan daripada kenyataan kontroversinya itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya akan memanggil Kassim untuk disiasat.
Sementara itu, dalam khutbah Jumaat lalu, Jakim mengingatkan umat Islam di negara ini untuk terus beriman dengan Allah, menerima dan patuh kepada hadis, dan juga menjelaskan perkataan "Nabi" adalah sedia ada termaktub di dalam undang-undang Islam.
Dr Kassim Ahmad ketika ditemubual di rumahnya di Kulim, baru-baru ini, berkata beliau berani berdebat mempertahankan pendiriannya. Kassim berkata, beliau sudah menjangkakan reaksi sebegitu daripada Jakim sambil mengalu-alukan pihak berkuasa untuk "memeriksa jiwanya" dan mencabar untuk membuktikan tuduhan beliau menghina Nabi.
"Mereka mengabaikan yang lain dan terus membuat kesimpulan. Dalam erti kata lain, mereka tidak jujur. Allah maha mengetahui. Saya tidak takut kepada mereka (Jakim), mereka itu hanya kumpulan kecil sahaja dalam Malaysia," katanya sebelum menawarkan nasihat dan pandangan beliau kepada Jakim.
"Mereka perlu buat kerja betul-betul, ini nasihat saya kepada Jakim."
Kassim berkata, beliau menerima reaksi yang berbeza-beza, ada daripada mereka yang mencabarnya untuk berdebat dan ada juga mengucapkan tahniah.
Katanya, pendapat beliau berkenaan hadis bukan perkara baru, merujuk kepada bukunya; "Hadis: Satu Penilaian Semula" yang diharamkan pada 1986.
Beliau pernah menulis kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung perkara itu, tetapi kes itu diserahkan ke Jakim.
Mengenai pandangannya ulama Islam mengamalkan "kasta paderi", Kassim berkata, ini adalah kerana ulama sudah menjadi diktator kepada umat Islam dalam pemahaman terhadap agama.
"Kelas paderi mengawal interpretasi agama kepada umum. Mereka diktator. Tiada kebebasan," katanya.
Beliau berkata, ketika Eropah sudah lama meninggalkan "kasta paderi" amalan itu masih berlaku di Malaysia dan menggunakan isu Allah sebagai contoh.
Kassim berkata, pemakaian tudung bukan tuntutan dalam Al-Quran, dan menambah ibu dan wanita Melayu di zamannya tidak memakai tudung.
Kassim sebaliknya berkata, fenomena tudung hanyalah berlaku selepas revolusi Iran apabila ulama membuat hukuman menggunakan nama Tuhan.
"Al-Quran mengatakan apabila sembahyang, lelaki dan wanita perlu menyapu kepala mereka. Itu automatik mengatakan kepala tidak perlu ditutup," katanya menawarkan intepretasi dalam isu tersebut.
"Itu penilaian Tuhan. Logiknya, jika kepala ditutup ia akan menghalang udara melaluinya dan membuatkan kepala berbau. Itu tidak sihat," katanya.
Tentang kritikan daripada pemimpin PAS, Kassim berkata, parti tersebut sudah melalui pelbagai fasa di bawah kepimpinan berbeza.
Beliau berkata, Dr Burhanuddin Helmy yang mengetuai PAS dari 1956 hingga 1969 mempunyai pandangan mengenai Islam yang lebih terbuka, insklusif dan progresif.
Kassim sebelum ini diserang oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana tidak pernah diambil tindakan oleh Jakim walaupun mempunyai pandangan "anti hadis".
Buku tulisan Dr Kassim Ahmad berjudul Hadis Satu Penilaian Semula dan terjemahannya Hadith: A Re-evaluation, yang diharamka n di Malaysia. Beliau turut diselar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menganggapnya tidak relevan lagi kepada masyarakat Malaysia dan meminta Jakim agar mengambil tindakan.
Kassim berkata, beliau juga bersedia untuk bertemu bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan akan berdebat berkenaan dialog hadis anjuran Sinar Harian pada 3 Mac di Ibu Pejabat Karangkraf di Shah Alam.
"Bila-bila masa dan di mana juga. Ada jawatankuasa diketuai rakan saya, Nik Aziz Hassan dengan kerjasama ahli akademik seperti Dr Chandra Muzaffar dan Sasterawan Negara, Datuk Baha Zain (Baharuddin Zainal) untuk melakukannya.
"Tuhan memberikan kamu akal. Gunakannya. Kerana Dia akan mempersoalkannya ketika hari pembalasan," katanya.
Kassim berkata, jika beliau 20 tahun lebih muda, beliau akan bertanding jawatan presiden Umno dan menyelesaikan masalah negara dalam tempoh 10 tahun.
Beliau kini sedang menyiapkan penerbitannya ke-21, terjemahan Al-Quran berbahasa Melayu yang lebih mudah untuk dibaca dan difahami. - 25 Februari, 2014.
sumber: Yahoo news

Tuesday, June 11, 2013

Tunggakan RM56.00, kena bayar bil pemotongan RM30... macam dah tak ada duit sangat Syarikat AIr Terengganu (SATU)



Itulah yang terjadi kepada golongan rakyat marhain yang bil airnya RM4.00 hingga RM10.00 sebulan, kerana tunggakan sebanyak RM56.00 dah nak kena potong dan kena denda lagi RM30.00.

Bukan soal tidak mampu bayar dan tak boleh bayar, tetapi soal bertimbang rasa dan prihatin kepada golongan bawahan. Inilah polisi Syarikat Air Terengganu (SATU).

Kalau kat Selangor, keadaan begini telah diberi PERCUMA. Tak kisahlah, nanti dikata menyokong pembangkang pula, cuma kadang-kadang rasa agak terkilan apabila kemudahan asas kepada rakyat dengan belanjawan pembangunan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Terengganu, tentunya dan sewajarnya golongan berpendapatan diberi perhatian dan keutamaan.

Takkanlah dengan tunggakan RM50.00 pun dah nak kena potong bekalan air, tetapi yang bertunggak beribu-ribu tidak mengapa pula. Jadilah syarikat yang mesra pengguna. Apabila terjadi kejadian terputus bekalan air yang menyusahkan orang ramai, tiada pula diskaun bil air sebagai tanda memohon maaf.

Bila hati sudah terasa, terpaksa diluahkan. Baik terluah daripada terbuku.


Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...