nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Monday, November 26, 2018

Kisah Othman Wok.. dikatakan petualang Melayu di Singapura.. jom kita baca

Foto Adam Hamid Jarnail.

Duhai bangsaku, #AmbilPengajaran
Jangan jadi seperti OTHMAN WOK si PENGKHIANAT BANGSA dan AGAMA
Moga tidak mati hina.
Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.
UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Peranannya Othman Wok mirip Anwar terus memperdayakan Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina.
Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita.
Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.
Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan Harapan yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad.
ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?
Manusia Yang Bernama OTHMAN WOK
Othman Wok bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.
Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP. (Sama seperti akhbar Keadilan Daily)
Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.
Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.
Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.
Walaupun dia telah MATI
Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku.
Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul dihadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.
Othman Wok sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew.
Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyai apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew.
Si pengkhianat ini telah pun mati pada 17/4/2017 diusia 92 tahun!
Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura? ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita.

sumber FB Adam Hamid Jarnail

Saturday, August 15, 2015

Kisah Umar Abdul Aziz dan lilin negara... mencari pemimpin impian



Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Lilin Negara
Umar bin Abdul Aziz merupakan salah seorang khalifah Bani Umayyah. Umar bin Abdul Aziz merupakan keturunan Umar bin Khattab. Ketika menjabat sebagai khalifah, Umar bin Abdul Aziz menjaga dengan baik amanah dari rakyat berupa kekuasaan. Beliau seorang pemirnpin yang sangat amanah.

Suatu ketika datanglah seorang utusan dari salah satu daerah kepada Umar bin Abdul Aziz. Utusan tersebut tiba di kediaman Umar bin Abdul Aziz ketika malam menjelang. Meskipun sudah malam, Umar tetap menemui utusan tersebut. Utusan itu pun masuk dan Umar bin Abdul Aziz memerintahkan pelayan untuk menyalakan lilin sebagai penerangan. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang segala hal yang berkaitan dengan keadaan rakyat dan penguasa di daerahnya. Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang keadaan rakyat kepada Umar bin Abdul Aziz. Tidak ada sesuatu pun yang dia sembunyikan.

Selanjutnya, utusan itu bertanya kepada Umar bin Abdul Aziz tentang keadaan diri dan keluarganya. Tiba-tiba Umar bin Abdul Aziz meniup lilin dan menyuruh pelayan untuk menyalakan lilin kecil. Cahaya dari lilin tersebut tidak bisa menerangi ruangan karena cahayanya yang lemah. Umar bin Abdul Aziz pun mempersilakan utusan tersebut untuk bertanya tentang diri dan keluarga beliau. Rupanya utusan itu tertarik dengan perbuatan Umar bin Abdul Aziz yang mematikan Iilin. Utusan tersebut bertanya tentang sikap Umar yang mematikan lilin. Umar pun menjelaskan bahwa lilin yang beliau matikan adalah harta Allah dan kaum muslimin atau milik negara. Ketika utusan tersebut bertanya tentang urusan negara dan urusan rakyat, lilin itu dinyalakan. Begitu pembicaraan berbelok tentang keluarga dan keadaan pribadi, Umar pun mematikan lilin milik kaum muslimin tersebut. Umar tidak ingin menjadi pemimpin yang menyalahgunakan amanah dan kepercayaan rakyat.

Demikianlah kisah Umar bin Abdul Aziz yang patut kamu teladani. Umar bin Abdul Aziz merupakan pemimpin yang memegang dan melaksanakan dengan baik amanah rakyat. Teladani perilaku amanah Umar bin Abdul Aziz dan terapkan dalam kehidupanmu.

Sumber : 31 Cerita Ba'da Isya

@http://kisahimuslim.blogspot.com/

Begitulah kisah seorang pemimpin negara, bukan negara kecil malah sebuah empayar yang antara terbesar di dunia pada masa itu yang begitu amanah, cermat serta begitu menjaga hak samada hak individu, hak negara mahupun hak rakyat.

Kalaupun tidak dapat mengikut teladan sebahagian besar sikap khalifah itu, malah malu pada sikap khalifah itu pun sudah cukup bagus.

Pengajaran ini amat bagus untuk kita sebagai pemimpin sebuah keluarga, organisasi kecil, atau yang bertugas di mana-mana agensi, apatah lagi pemimpin yang telah dipilih untuk rakyat dan berkhidmat untuk rakyat, tentunya perlu lebih menitik beratkan supaya tak tergelincir dari landasan amanah.

Bercakap dan melaksana adalah satu perkara yang berbeza. Kita boleh melaungkan slogan yang baik, beramanah dan berintegriti, akan tetapi untuk menjelmakannya dalam satu TINDAKAN ianya amatlah sukar dan mencabar.

Sama-sama kita renung kisah ini, moga pemimpin yang kita PILIH dan AKAN DI PILIH perlu memiliki ciri-ciri Khalifah Umar Abdul Aziz yang kuat dan tebal..

Friday, May 23, 2014

Isu GST: Siapa Untung Siapa Rugi

Dari kiri - Moderator Prof Madya Dr Shaharuddin, Rafizi, Nur Jazlan, Muhammad Sha’ani dan Prof Dr Faridah membahaskan topik yang diketengahkan dalam sidang Wacana Sinar Harian bertajuk
GST: Siapa Untung Siapa Rugi.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet tahun lalu telah mengumumkan yang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April 2014. Susulan pengumuman tersebut, banyak pihak menyifatkan perlaksanaan cukai itu akan membebankan rakyat.

Bagaimanapun, GST telah diakui oleh 160 negara yang mengamalkan bahawa sistem tersebut adalah lebih baik berbanding cukai yang lain. Bagi mengupas sejauh mana keberkesanan GST dan sama ada akan membebankan rakyat, ikuti laporan Wacana Sinar Harian bertajuk, GST: Siapa Untung Siapa Rugi.

Wacana ini membariskan empat orang panel iaitu Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof  Dr Faridah Hassan, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha’ni Abdullah dan moderatornya, pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Terknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.
 
Moderator:  Sebagai permulaan apakah yang boleh dihuraikan mengenai GST?

Prof  Dr Faridah Hassan

Pertama sekali kita perlu fahami maksud GST, iaitu cukai barangan dan perkhidmatan di mana jika diambil dari sudut lain ini cukai kepenggunaan. Cukai untuk rakyat kepada rakyat oleh rakyat. Bila bercakap mengenai cukai banyak tapisan daripada pengusaha kepada pengeluar, pemborong sehingga peruncit.

Dari sudut kebaikan cukai GST ini satu untuk semua, dan akan dilaksanakan 1 April 2015. Maka waktu itu cukai sebelum SST akan dimansuhkan buat masa ini, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 16 peratus dan GST dalam percaturan akan dikenakan enam peratus.

Hanya Brunei, Malaysia dan Myanmar belum laksanakan GST. Brunei mungkin tidak akan laksanakan Myanmar dalam kajian perlaksanaan. Tetapi negara jiran yang lain seperti Indonesia dan Singapura sudah lama memperkenalkan GST. Singapura telah mulakan GST secara berperingkat daripada tahun 1997 dengan tiga peratus kini telah menjadi tujuh peratus.

Pengetahuan secara berperingkat ini dibuat supaya rakyat dapat memahami dan tidak menyebabkan kekeliruan serta kebimbangan rakyat. GST bukan cukai baru, sudah 160 negara dari lima benua telah melaksanakannya.

Jumlah enam peratus adalah antara terendah berbanding negara Asean yang lain seperti Jepun, Taiwan. Negara lebih maju seperti Norway mengenakan cukai sebanyak 25 peratus, Afrika 40 peratus Turkmenistan kini hampir 40 peratus dan negara Eropah juga telah hampir 20 peratus.

Apa yang perlu difahami ketika ini adalah bagaimana proses itu bermula pengeluar sehingga ke peruncit. Mereka perlu mengisytiharkan cukai tersebut mengikut kehendak yang akan dilaksanakan. Dari segi pendidikan perlu ditingkatkan dan diulangi kerana tidak mencukupi untuk rakyat fahami dengan hanya sekali penerangan, perlu difahamkan mengenai kebaikan jangka panjang oleh rakyat.

Apabila GST dilaksanakan tahun depan, 10 peratus barangan dan perkhidmatan sahaja akan berlaku kenaikan harga, manakala 40 peratus pula harga turun dan 50 peratus lain pula kekal.

Sebagai seorang pendidik saya rasa banyak kajian perlu dilakukan ke atas rakyat kerana rakyat lebih tahu apa yang perlu di cukai dan dikecualikan.


Moderator: GST bukan cukai baru dan sudah pasti kajian perlu dilakukan dan sepatutnya sudah dilakukan 10 tahun yang lalu. Kenapa tuan mengatakan GST itu hanya memberikan satu peratus keuntungan tetapi 99 peratus merugikan rakyat, adakah itu benar atau hanya diperbesarkan PR?



Rafizi Ramli

Gambaran bahawa cukai jualan dan perkhidmatan (SST)   adalah 16 peratus adalah salah, kerana cukai jualan adalah 10 peratus dan enam peratus adalah perkhidmatan. Cukai barangan itu hanya dikenakan barangan yang dikeluarkan daripada kilang

SST dan GST tidak sama, SST dikenakan kepada pengeluar produk antara 10 peratus atau enam peratus, bukan 16 peratus. Ia diulang-ulang seolah-olah berlaku penurunan cukai yang tinggi, itu tidak betul.

Tuesday, May 13, 2014

Kemelut Politik Terengganu dan Panglima Khalid AL Walid



Apabila membaca dan meneliti berita dan peristiwa pergolakan politik dan kepimpinan UMNO di negeri Terengganu, teringat akan kisah sahabat Rasulullah saw yang merupakan antara Panglima Perang Khalid Al Walid atau di digelar Singa Allah yang menerima watikah pelucutan kuasa daripada Amirul Mukminin Umar Al Khattab semasa di medan peperangan dan menyerahkan segera kuasa kepada Panglima yang baru dan lebih muda kepada Saad Bin Abi Waqas (kalau tak silap).

Sebagai seorang yang bertaqwa dan hormat dan patuh pada khalifah, dengan tenang Khalid Al Walid menyerahkan tampuk kuasa kepada pimpinan yang baru walaupun ia mengejutkan semua pihak, apatah lagi Panglima Khalid adalah seorang yang amat disegani dan merupakan pakar dalam strategi peperangan.

Jika Khalid Al Walid ingin membantah dan membuat pusingan U, tentunya boleh apatah lagi jarak  medan peperangan adalah jauh dari pusat pemerintahan, ataupun peluang untuk memohon penangguhan sehingga habis peperangan pun boleh dibuat kepada Amirul Mukminin, kerana dalam keadaan dan situasi perang, tentunya ia sesuatu keputusan yang sukar, namun begitulah sifat seorang panglima yang berjiwa besar, sanggup menurunkan kuasa dan darjat dan sama-sama berjuang bersama panglima yang baru dalam berjihad dan seterusnya merakamkan kemenangan.


Tentunya suasana dimedan perang itu lebih sukar berbanding dengan keadaan sekarang dalam menerima sesuatu keputusan yang besar. Apabila taqwa dan keimanan diletakkan dihadapan mahupun kepentingan umum dan rakyat didahulukan, tentunya ia proses peralihan ini akan berjalan dengan baik dan harmoni.

Begitu juga, jika mendahulukan akal berbanding emosi, ia akan memberi keputusan yang berbeza apatah lagi keputusan yang boleh memberi kesan kepada rakyat dan negeri.

Apakan kita sama doakan agar Datuk Seri Ahmad Bin Said diberi fikiran yang tenang dan dapat membuat keputusan yang terbaik dan dapat mengharmonikan semula suasana.


Juga tahniah kepada Dato Razif Abd Rahman di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru agar dapat membawa Terengganu Darul Iman ke legasi pemerintahan yang baru dan lebih baik serta dapat berlaku adil dan saksama kepada kawan mahupun lawan. Insyallah.

Saturday, June 8, 2013

MB Pahang: Jawatan presiden, timbalan patut dipertanding


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini memandangkan ia sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersifat keterbukaan kepada ahlinya.
    
Katanya sebagai parti demokratik dan bersifat inklusif, apa saja jawatan dalam parti perlu melalui proses pertandingan.
    
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan untuk mengongkong (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan)... pada saya biarlah terbuka, apa nak tutup (pertandingan jawatan tertentu), tiada sebab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Heboh TV3 di Kuantan hari ini.
    
Beliau bagaimanapun tetap memberikan sokongan padu kepada kedua-dua pemimpin tertinggi parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita akan sentiasa memberi sokongan kepada mereka dan perdana menteri sendiri menyatakan bahawa mana boleh jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua Pemuda dan Wanita tidak dipertandingkan.
    
"Kalau begitu semua (ahli) Majlis Tertinggi jangan bertanding dan bawa kepada bahagian sahaja, maka kenyataan-kenyataan seperti itu hanya menunjukkan kita bersifat autokratik," katanya.
    
Adnan berkata sebelum ini Najib dan Muhyiddin juga tidak pernah berkata bahawa jawatan yang dipegang mereka itu tidak boleh ditandingi.
    
"Presiden dan timbalan presiden sendiri tidak menyatakan mereka tidak mahu ditandingi dan jelas kenyataan sedemikian hanya menunjukkan Umno sebuah parti yang eksklusif.
    
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan tiada alasan ia tidak dipertandingkan, saya berpendapat sesiapa sahaja yang mahu menjadi calon dipersilakan, menang atau tidak itu cerita lain," katanya.
    
Sebelum ini, badan perhubungan Umno Negeri Sembilan mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan Umno tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh.
    
- Bernama

Monday, April 29, 2013

Dihalau dari Pesta Buku kerana pakai topi PAS


Harakahdaily,29 Apr 2013

(Kerana pakai baju dan topi ni di halau dari Pesta Buku yang dibuat di bangunan Umno)

KUALA LUMPUR: Seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dipaksa keluar dari kawasan pesta semata-mata kerana ia memakai topi berlambang PAS dan baju T NGO yang melawan BN.

Alasannya hanya satu, dia memakai topi dan baju T itu di dalam bangunan Umno, PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku itu.

Peristiwa yang memalukan negara ini berlaku pada hari Sabtu, 27 April 2013 pada jam lebih kurang 1.30 petang.

Berikut adalah cerita penuh mangsa ini.

Salam PERUBAHAN buat warganegara MALAYSIA.

Ketika ini di PWTC sedang berlangsung PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013.

Alhamdulillah, saya berkesempatan ke sana untuk mendapatkan buku-buku yang terkini. Apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca harakah di sini bukanlah perihal pesta buku sebaliknya pengalaman yang saya alami di pesta buku.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama pihak Harakah dan pembaca yang lain mengenai KEGOYANGAN UMNO BE END....


Pada hari Sabtu, 27 April 2013..pada jam lebih kurang 1.30 petang, saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 di PWTC.

(Inilah pakaian Firdaus sehingga di halau dari Pesta Buku)

Selepas memasuki bangunan PWTC saya terus ke dewan Tun Hussein Onn di mana terletaknya ‘booth’ PTS publisher.

Saya telah berjumpa dengan seorang staf PTS dan memberi beliau satu senarai buku yang saya kehendaki lalu beliau menolong saya dengan mencari buku-buku tersebut.

Dalam masa 15-20 minit saya menunggu, terpacak berdiri di dalam ratusan/ribuan pengunjung, saya didatangi oleh 2 org ‘security’ PWTC.

Seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai pihak security PWTC dan beliau meminta saya mengikut mereka. Berikut adalah perbualan saya dengan security tersebut :


security 1 : kami pihak security PWTC..kami nak mintak encik ikut kami sekejap.

saya : Eh..kenapa pulak?

security 1 : kita cakap kat luar dewan. Encik bawak sekali barang-barang encik tu. Encik ni peserta ke pengunjung?

saya : saya pengunjung...dan tengah tunggu seorang staf PTS carikan buku saya..tapi kenapa pulak saya kena ikut encik?

Pada masa itu kedengaran dalam ‘waklie-talkie’ beliau “ bawa dia keluar..bawa dia keluar” dan saya mendengar security 1 tadi menjawab “kami dah jumpa dia & kami dah nak bawa keluar”.
Saya mula berasa sangsi dengan security tersebut tetapi cuba berfikiran positif.

security 1 : takpe, encik ikut kami sekejap je, kita borak kat luar.

Saya pun mengikuti security 1 keluar dari dewan tersebut dan security 2 mengikut saya dari belakang. Tiba di luar dewan :


security 1 : abang tahu ini bangunan umno kan?

saya : tau..tapi ape kaitan dengan saya?

security 1 : abang tak boleh pakai ‘snow cap’ Pas & baju ni kat dalam bangunan ni (beliau merujuk pada baju yang saya pakai yang tercetak “kebangkitan rakyat” beserta 4 lambang NGO iaitu R (royalti), BERSIH, STOP LYNAS, dan FELDA)

saya : kenapa tak boleh? pakai baju macam ni pun salah ke? lagipun saya datang ni untuk ke pesta buku, bukan ke perhimpunan umno. Lagipun, tak ada peraturan cara atau jenis berpakaian untuk datang ke pesta buku kan?

security 1 : saya tau..tapi ini arahan dari atas bang. kalau ikutkan, kami pun tak ada masalah.

security 2 : macam ni lah...abang bukak snow cap tu & tukar baju dulu kat luar, pastu abang boleh masuk balik.

saya : saya boleh bukak snow cap ni sebab saya hormatkan tuan rumah, tapi saya tak ada baju spare.

security 1 : kalau macam tu abang kena keluar la...kami diarahkan untuk iring abang keluar.

saya : ok..saya boleh keluar, tapi saya nak beli buku-buku yang saya nak dulu.

security 1 : ok..kami akan temankan abang.

Saya masuk semula ke dalam dewan dan berjumpa dengan staf PTS tadi yang tengah memegang beberapa buah buku yang saya nak beli.
Kemudian saya beratur di kaunter bayaran sambil diperhatikan oleh 2 orang security tersebut.

Saya menganggarkan dalam 10-12 org yang sedang beratur untuk membuat pembayaran.

Kemudian security 2 pergi ke salah satu kaunter dan memanggil saya untuk membuat bayaran.

Jadi saya telah memotong giliran mereka yang tengah beratur! kesian mereka..namun apakan daya...bukan kemahuan saya...saya dipaksa untuk SEGERA KELUAR DARI BANGUNAN PWTC!

Setelah selesai membuat bayaran, security tadi tanya saya hendak keluar ikut pintu mana? saya beritahu saya nak keluar ikut pintu yang saya masuk tadi, iaitu pintu utama.

Mereka mengiringi saya berjalan menuju ke pintu tersebut. Sepanjang berjalan, saya tergelak kecil sambil mengeleng kepala dan berkata kepada mereka “saya rasa kelakar bila orang atasan encik berdua ni takutkan baju & snowcap”...

Lalu jawab mereka...”kami tak boleh nak kata apa-apa bang...kami pun kerja dengan diorang....harapkan undi je la yang jadi rahsia kami...kami mintak maaf banyak-banyak kat abang...kami ikut orang atas aje bang.”

“Takpe...saya faham...saya tak marah atau berdendam pun dengan encik...saya tahu encik menjalankan tugas...”

Sampai je luar bangunan PWTC, mereka bersalam-salaman dengan saya dan meminta maaf sekali lagi..saya terus keluar sambil tersenyum panjang..tidak pernah terlintas dalam benak saya akan kejadian seumpama itu boleh berlaku...hanya kerana baju dan snowcap....

Pertama kali diiringi keluar oleh pihak security ketika mengunjungi pesta buku gara-gara baju kebangkitan rakyat & snowcap PAS...sungguh memalukan buat BE END kerana takutkan 2 benda tersebut yang hanya diperbuat daripada benang kapas...yang DIPAKAI OLEH SEORANG RAKYAT MERDEKA yang HIDUP DI DALAM NEGARA DEMOKRASI & MAHUKAN PERUBAHAN DALAM PEMERINTAHAN SEKARANG YANG KORUP!!...

Ironinya...jika seseorang itu berpakaian tidak sopan, mendedahkan aurat, ataupun berpakaian menyebelahi pemerintah yang korup...itu dibenarkan......

Beginikah contoh parti POLITIK yang kononnya mempertahankan ISLAM dan Melayu yang sering dilaung-laungkan menerusi media massa mereka selama ini??

iNi KALiLAH!

saya, yang benar...

Ahmad Firdaus bin Ab Malek

-Harakah Daily

admin: takkanlah dengan baju dan topi pun kena halau, yang pakai baju singkak nampak peha dan dada boleh pula, macamana tu?

Tuesday, April 23, 2013

PRU 13: Mukhriz Dalam Bahaya Dipancung Puak Umno Sendiri?



Maklumat terbaru sampai ke tangan saya tepat jam 7.47 malam tadi.

Pengirim emel yang enggan namanya disiarkan memberitahu gerakan untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) DUN Ayer Hitam, Mukhriz Mahathir sedang giat dirancang rapi beberapa pemimpin Umno Kedah sendiri.

Enggan memberitahu siapakah mereka yang menjadi dalang di sebalik gerakan tersebut, dia juga memberitahu satu mesyuarat rahsia peringkat negeri dihadiri beberapa pemimpin Umno yang tidak suka kepada Mukhriz akan dibuat dalam masa terdekat.

Apabila team Jalan Pulang membalas emel berkenaan bertanyakan butiran lanjut serta di mana pertemuan itu diadakan, balasan dari si pengirim ini setakat ini belum dapat diterima.

Antara tulisan pengirim emel tersebut yang boleh disiarkan adalah seperti berikut:


"Salam tuan punya blog Jalan Pulang. Saya ingin memberitahu sesuatu maklumat penting berkenaan calon Dun Ayer Hitam yang juga anak Mahathir.

Dalam pengetahuan saya, beberapa pemimpin UMNO negeri Kedah termasuk ketua bahagian yang tidak sebulu dengan Muhkriz dipercayai akan membuat satu mesyuarat tergempar bagaimana mahu menewaskannya di duntersebut.

Sebagaimana yang kita tahu, dun Ayer Hitam ini merupakan kubu kuat Pas tetapi nama Mukhriz yang sepatutnya berada di dun Kuah telah dipindahkan di saat akhir semasa bapanya, bekas perdana menteri yang kita kasihi,Mahathir sedang berada di London menziarahi mendiang bekas pm Tatcher.

Saya merayu supaya tuan dapat melakukan sesuatu keranamaklumat yang sampai ke tangan saya akan memastikan Mukhriz dimalukan bagi memberi pengajaran kepada Mahathir supayanjangan mencampuri urusan Umno.

Kalau tuan hendak tahu, UMNO Kedah kini bermasalah kerana ada dua kem iaitu Mukhriz dan Mat Bashah yang memang menjadi pengikut setia PM kita Najib Tun Razak.

Saya panjangkan maklumat ini kepada tuan agar dapat melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Saya akui semua maklumat yang saya berikan adalah benar setakat pengetahuan saya sebagai ahli UMNO yang sayangkan Mahathir kerana dia adalah idola saya.

Saya harap nama saya tidak disiarkan sebagai keselamatan kerana maklumat ini rahsia dan hanya diketahui beberapa orang saja.

Sekian, wassalam.

Yang benar, ahlI UMNO Anak Bukit."


- Received : cheannst@gmail.com 23 April 2013 19:47


Dari emel di atas, ada beberapa maklumat yang mengesahkan spekulasi sebelum ini:

1) Mukhriz memang akan diletakkan sama ada di DUN Kota Siputeh atau DUN Kuah dan bukannya DUN Ayer Hitam. Ini bermaksud pemimpin Umno sendiri yang mengkehendaki Mukhriz dimatikan kariernya secara senyap.

2) Senarai nama yang diumumkan Najib memang bukan dari cadangan Mahathir. Nama mereka diumum ketika Mahathir ke London selama tiga hari mewakili Malaysia ke upacara pengkebumian bekas perdana menteri Britain, Margaret Tahtcher.

3) Mat Bashah atau nama sebenarnya Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan bos Umno negeri tetapi Muhkriz merupakan timbalannya di Kedah. Calon DUN Bakar Bata ini diketahui tidak mahu Muhkriz menang di DUN Ayer Hitam dan sebab itulah namanya diletakkan di kubu kuat PAS bagi memudahkan Mukhriz dipancung, bukan setakat pengundi tidak mengundinya tetapi Umno sendiri akan memastikan dia kalah.

4) Sekiranya kalah, ini bermakna peluang Ahmad Bashah untuk menjadi menteri besar cerah kerana Muhkriz sudah tiada tempat dalam barisan kepimpinan Umno negeri, itu pun jika Umno dapat merampas semula negeri ini.

Bekas pengerusi MARA, Tamrin Ghaffar juga seakan mengetahui situasi sulit yang dialami Muhkriz dan Mahathir sendiri.

Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.

Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak BEKAS Perdana Menteri itu.

“Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan Langkawi.

“Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang.

“Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga,” katanya.

Dalam sidang media bersama bekas menteri besar Selangor, Muhammad Muhd Taib di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Tamrin juga menyeru supaya ahli Umno keluar dan menyertai Pakatan Rakyat kerana Umno sudah tidak boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu dan agama Islam.

Secara peribadi, saya masih lagi menanti balasan pengirim emel yang hanya menyatakan namanya sebagai "ahli UMNO Anak Bukit" itu.

Jika ada perkembangan lanjut, in sha Allah saya akan kongsikan kepada semua pembaca.

sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com

Tuesday, April 16, 2013

Calon PRU 13 Pulau Pinang


Calon BN Pru 13 bagi Negeri Pulau Pinang:

PULAU PINANG
P 041 Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
P 042 Tasek Gelugor Shabudin Yahya
P 043 Bagan Chua Teik Siang
P 044 Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail
P 045 Bukit Mertajam Gui Guat Lye
P 046 Batu Kawan N Gobalakrishnan
P 047 Nibong Tebal Datuk Zainal Abidin Osman
P 048 Bukit Bendera Teh Leong Meng
P 049 Tanjong Ng Song Kheng
P 050 Jelutong Ng Fook On
P 051 Bukit Gelugor Teh Beng Yeam
P 052 Bayan Baru Tang Heap Seng
P 053 Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

N1 Penaga Mohd Zain Ahmad
N2 Bertam Shaiful Azhar Othman
N3 Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin
N4 Permatang Berangan Omar Abdul Hamid
N5 Sungai Dua Muhamad Yusoff Mohd Noor
N6 Telok Ayer Tawar Datuk Jahara Hamid
N7 Sungai Puyu Sum Yoo Keong
N8 Bagan Jermal Tan Chuan Hong
N9 Bagan Dalam M Karuppanan
N10 Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah
N11 Permatang Pasir Anuar Faisal Yahya
N12 Penanti Ibrahim Ahmad
N13 Berapit Lau Cheik Tuan
N14 Machang Bubuk Tan Lok Heah
N15 Padang Lalang Tan Teik Cheng
N16 Perai L Krishnan
N17 Bukit Tengah Teng Chang Yeow
N18 Bukit Tambun Lai Chew Hock
N19 Jawi Tan Cheng Liang
N20 Sungai Bakap Mohd Foad Mat Isa
N21 Sungai Acheh Datuk Mahmud Zakaria
N22 Tanjung Bunga Datuk Seri Chia Kwang Chye
N23 Air Putih Tan Ken Keong
N24 Kebun Bunga Hng Chee Wey
N25 Pulau Tikus Rowena Yam
N26 Padang Kota Oh Tong Keong
N27 Pengkalan Kota Loke Poh Chye
N28 Komtar Loh Chye Teik
N29 Datuk Keramat Ong Thean Lye
N30 Sungai Pinang Dr Thor Tebing Gee
N31 Batu Lanchang Lee Boon Ten
N32 Seri Delima Low Joo Hiap
N33 Air Itam Lok Jieh Sheng
N34 Paya Terubong Koh Wan Leong
N35 Batu Uban Goh Kheng Sneah
N36 Pantai Jerejak Wong Mun Hoe
N37 Batu Maung Mansor Musa
N38 Bayan Lepas Nordin Ahmad
N39 Pulau Betong Muhammad Farid Saad
N40 Teluk Bahang Shah Headan Ayoob Hussain Shah

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...