nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label calon PRU 13. Show all posts
Showing posts with label calon PRU 13. Show all posts

Monday, April 22, 2013

PRU 13- Setiu: 'Kelab' Bekas Ahli Umno Semakin Membesar


SETIU - Keadaan yang 'suram' di kem Umno Bahagian Setiu disifatkan sebagai satu petanda perpecahan parti tersebut ekoran satu demi satu, termasuk para pemimpinnya meninggalkan 'parti purba' itu. 
"Kesuraman di pihak kem Umno Setiu semasa proses penamaan calon kelmarin barangkali petanda dari suatu sengketa dalaman ekoran krisis semasa pemilihan calon-calon yang tak dapat disembunyikan lagi, 

"Hadirnya bekas MP Setiu sebagai calon bebas dengan misi khusus untuk menjatuhkan ketua bahagiannya sendiri menambahkan lagi garam kepada luka yang berkudis,"ujar Naib Yang DiPertua PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen pertama beliau di Kampung Kerandang, Jabi, di sini [Gambar kiri Atas], selepas disahkan mewakili PAS untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd Iskandar Jaafar, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/yusof%20majid.jpgMenurut Dr. Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Teregganu, ucapan Yusof Majid sendiri membawa makna bahawa 'kelab' bekas-bekas ahli Umno semakin bertambah dan membesar.

".......Permainan baru saja bermula....... itulah ungkapan penuh makna calon bebas Dun Permaisuri saat disapa ketika proses penamaan calon kelmarin,"katanya yang mengulas, bukan sahaja PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak suka kepada Umno, bahkan ahli-ahli Umno sendiri.

Bekas Ahli Parlimen Setiu (2004-2008), Mohd Yusop Majid bersedia berdepan tindakan yang bakal diterima dengan perlucutan keahlian Umno secara automatik kerana bertanding atas tiket Bebas bagi Dun Permaisuri.

Menurutnya, beliau sedia maklum berhubung perkara itu (dilucutkan keahlian) sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Umno.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Mat%20Bidi%20paling%20kiri.jpg“Saya faham siapa yang bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) secara automatiknya akan terkeluar daripada Umno. Saya juga faham dan saya telah baca perkara itu (perlembagaan).

“Bagaimanapun saya ambil pendirian ini berdasarkan suara rakyat yang mahukan perubahan, sekaligus menyuburkan semangat demokrasi di negara ini. Apa pun saya harap masyarakat faham tujuan saya supaya  hasrat mereka tercapai,” katanya dilaporkan sebuah akhbar tempatan


Di Besut, malam sebelum hari penamaan calon, bekas ahli Umno dan JKKK Hulu Besut Abang Mat Bidi, merupakan 'audien' paling depan dalam ceramah di Kampung Pasir Akar oleh calon PAS Dun Hulu Besut, Salahhuddin Jaafar.

Abang Mat Bidi, 62 tahun, atau nama sebenarnya Ramli bin Bidi bersama 31 orang rakannya keluar Umno danmenyertai PAS pada 23 Mac lalu. [Gambar kanan paling kiri, sudah berbaju hijau]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/nuhairi.jpgKetika ditemui, beliau berkata, ramai lagi yang mengikuti jejak langkahnya sejak BN mengumumkan Nawi Mohamad sebagai calon bagi Dun terbabit.

Menurutnya, seluruh ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan Umno Hulu Besut telah pun meletakkan jawatan sebaik menerima khabar bahawa Nawi dipilih semula menjadi calon BN bagi Dun Hulu Besut.


Di Hulu Terengganu, Mohd Nuhairi bin Muhammad, 42,  [Gambar kanan bawah] yang muncul secara mengejut di pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi semalam, disahkan bertanding sebagai calon bebas bagi Dun Ajil. 

Beliau seorang 'kapten kapal' merupakan ahli Umno seumur hidup, mengambil keputusan untuk bertanding bagi menyelamatkan 'ahli-ahli Umno' dan rakyat keseluruhannya.

Menurutnya, zaman sudah berubah dan dan berbeza dengan masa lampau, politik masakini adalah politik 'dinamik' kerana pemikiran rakyat kini juga telah berubah.

sumber: Buletin Online

Sunday, April 21, 2013

PRU 13: Dayangku Intan Tidak Gentar 'Lawan' Azalina Othman



Dayangku Intan tidak gentar untuk menentang Azalina kerana yakin terhadap pengaruh yang dimilikinya sebagai seorang artis.
Oleh NIEZAM ABDULLAH (niezam@thestar.com.my)

PETALING JAYA: Penyanyi Dayangku Intan tidak gentar untuk menentang penyandang Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini kerana yakin terhadap pengaruh yang dimilikinya sebagai seorang artis.
Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 47, berkata, jika Azalina berasa kuat atas kapasitinya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan, dia pula akan meraih sokongan kerana dikenali sebagai penghibur.
“Bukan saya mahu cakap besar tetapi saya tidak bimbang menentang Azalina. Kalau nak ikut, nama saya juga besar tetapi saya lebih kepada dunia hiburan manakala Azalina sebagai ahli politik. Itu bezanya kami,” jelasnya yang berada di Pengerang ketika di hubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Pada PRU-13 ini, Parlimen Pengerang menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila Azalina dari Barisan Nasional (BN) akan ditentang oleh Dayangku Intan yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Mohd Azaman Johari (Bebas).
Azalina menang tanpa bertanding di kerusi berkenaan pada PRU 2008.
Dayang berkata, dia berhasrat memperjuangkan nasib penduduk di kawasan berkenaan yang dianggapnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain ingin mengubah kehidupan artis supaya menjadi lebih baik sekiranya memenangi kerusi berkenaan.
Katanya, artis-artis masih hidup dalam kemiskininan, tiada insuran selain mahu menuntut agar pembayaran royalti kepada pelakon dapat disegerakan.
Ditanya tidakkah dia berasa sukar daripada seorang artis dan kemudiannya terjun dalam bidang politik Dayang berkata, pada mulanya dia agak stres tetapi selepas mempunyai pengalaman sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Bahru sejak setahun lalu, masalah itu dapat diatasi.
“Mula-mula tu agak susah tetapi selepas saya faham apa yang rakyat mahukan daripada pemimpin politik mereka, barulah saya dapat menyesuaikan diri dalam dunia politik. Apa yang penting rakyat percaya terhadap matlamat saya untuk memperjuangkan mereka,” katanya.
Dayang yang popular dengan lagu “Berpaut Di Dahan Cinta” memberitahu, keputusannya menyertai parti pembangkang juga didorong rasa kecewa terhadap dunia seni apabila kehidupan mereka tidak dipedulikan.
Katanya, hidup sebagai seorang artis sentiasa terbiar dan bantuan hanya datang apabila diperlukan.
“Jika saya sebagai artis berasa kecewa dengan situasi kehidupan saya itu, saya percaya rakyat juga kecewa dengan apa yang mereka lalui hari ini,” jelasnya.
Dalam pada itu Dayang berkata, dia akan tetap aktif untuk menyanyi walaupun bergelar ahli politik selain semua aktivitinya mendapat sokongan padu daripada suami, Rosman Yahil, 50, serta empat orang anak yang berusia diantara 15 hingga 30 tahun.
sumber: Mstar Online

PRU 13: Tarik Diri: Nama Calon Tetap Dicetak Pada Kertas Undi, Setiap Undi Diterima Akan Dikira



PETALING JAYA: Calon yang ingin tarik diri daripada bertanding pada pilihan raya umum 5 Mei ini boleh berhenti berkempen.
Namun, nama mereka akan tetap dicetak dalam kertas undi pada hari pengundian dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata calon tidak lagi diberikan masa untuk tarik diri selepas tiga hari penamaan calon secara rasmi agar nama mereka tidak dicetak pada kertas undi.
Ini berikutan dengan pemansuhan ‘tempoh bertenang’ beberapa tahun lalu, selepas Parlimen meluluskannya bagi memastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius untuk bertanding ketika mereka memfailkan kertas pencalonan.
“Oleh itu, kami mengambil berat kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa beberapa ahli partinya menarik diri daripada bertanding ekoran masalah dalaman parti.
“Mengikut undang-undang, senarai nama calon yang telah diterima pada hari penaamaan calon akan kekal dicetak pada kertas undi dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi pada Isnin.
sumber: MSTAR Online

Hadi Awang: 3 DUN T'ganu kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR

Harakahdaily,22 Apr 2013

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM  di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.


Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

sumber: Harakah Daily

Calon Bebas berlambangkan Bunga Raya kian popular di DUN Permaisuri, Setiu, Terengganu

Calon BUNGA RAYA- Mohd Yusuf Majid- Bekas Ahli Parlimen SETIU- sumber gambar Facebook/

Calon Bebas berlambangkan Bunga Raya kian popular di DUN Permaisuri, Setiu, Terengganu. Bekas Ahli Parlimen Setiu Mohd Yusof Majid sebagai calon Bebas masih begitu kuat pengaruhnya bagi menyaingi calon BN Dato Mohd Jidin Shafee dan juga calon PKR , Wan Mokhtar.

Apakah isu memprotes calon BN masih belum reda? Apapun kita tunggu perkembangan mutakhir kempen kali ini yang masing-masing memasang strategi mendekati pengundi bagi menawan hati dan seterusnya mearih undi.

Dalam sejarah DUN Permaisuri menjadi tiga penjuru dengan penyertaan calon Bebas berlambangkan Bunga Raya.

Sebagai bekas Ahli Parlimen dan juga Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, tentunya beliau mempunyai hubungan yang baik dengan generasi muda terutama pengundi saluran dua dan tiga.

Apapun kita tunggu perkembangan dari semasa ke semasa tentang kempen mengundi dan arus sokongan akar umbi.

Tuesday, April 16, 2013

Calon PRU 13 bagi Negeri Perak Darul Redzuan


Calon PRU 13 bagi Negeri Perak Darul Redzuan adalah sebagai mana berikut:

PERAK
P 054 Gerik Datuk Hasbullah Osman
P 055 Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah
P 056 Larut Datuk Hamzah Zainudin
P 057 Parit Buntar Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin
P 058 Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali
P 059 Bukit Gantang Datuk Ismail Safian
P 060 Taiping Datuk Tan Lian Hoe
P 061 Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
P 062 Sungai Siput Datuk S.K Devamany
P 063 Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
P 064 Ipoh Timur Kathleen Wong Mei Yin
P 065 Ipoh Barat Dr Cheng Wei Yee
P 066 Batu Gajah Loo Thin Tuck
P 067 Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad
P 068 Beruas Datuk Chang Ko Youn
P 069 Parit Datuk Mohd Zaim Abu Hassan
P 070 Kampar Datuk Lee Chee Leong
P 071 Gopeng Datuk Tan Chin Meng
P 072 Tapah Datuk M. Saravanan
P 073 Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman
P 074 Lumut Datuk Seri Kong Cho Ha
P 075 Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
P 076 Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong
P 077 Tanjong Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan




N1 Pengkalan Hulu Aznel Ibrahim
N2 Temenggor Salbiah Mohamed
N3 Kenering Datuk Mohd Tarmizi Idris
N4 Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad
N5 Selama Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff
N6 Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias
N7 Batu Kurau Dr Muhammad Amin Zakaria
N8 Titi Serong Abu Bakar Mat Ali
N9 Kuala Kurau Mohd Salleh Mat Disa
N10 Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat
N11 Gunong Semanggol Zulkarnain Ismail
N12 Selinsing Sharudin Ahmad
N13 Kuala Sapetang Loh Swee Eng
N14 Changkat Jering Datuk Rosli Husin
N15 Trong Dr Zabri Abdul Wahid
N16 Kamunting Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid
N17 Pokok Asam Datuk Ho Cheng Wang
N18 Aulong Soo Kay Peng
N19 Chenderoh Zainun Mat Nor
N20 Lubok Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak
N21 Lintang Datuk Zolkafly Harun
N22 Jalong Liew Yew Aw
N23 Manjoi Mohamad Ziad Mohamed
N24 Hulu Kinta Datuk Aminuddin Md Hanafiah
N25 Canning Ceylyn Tay Wei Lung
N26 Tebing Tinggi Tony Khoo Boon Chu
N27 Pasir Pinji Tong Fah Chong
N28 Bercham Liew Huey Shan
N29 Kepayang Chang Kok Aun
N30 Buntong C Sivaraj
N31 Jelapang S Mokan
N32 Menglembu Loo Gar Yen
N33 Tronoh Yip Sze Choy
N34 Bukit Chandan Maslin Sham Razman
N35 Manong Mohamad Kamil Shafie
N36 Pengkalan Baharu Datuk Abd Manap Hashim
N37 Pantai Remis Koh Ser Yun
N38 Belanja Drs. Mohd Nizar Zakaria
N39 Bota Datuk Nasaruddin Hashim
N40 Malim Nawar Chang Gwo Chyang
N41 Keranji Danial Wa Wai How
N42 Tualang Sekah Nolee Ashilin Mohammed Radzi
N43 Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman
N44 Simpang Pulai Datuk Chang Kon You @ Chen Kwan Wu
N45 Teja Yew Sau Kham
N46 Chenderiang Datuk Dr Mah Hang Soon
N47 Ayer Kuning Datuk Samsudin Abu Hassan
N48 Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharudin
N49 Kampong Gajah Abdullah Fauzi Ahmad Razali
N50 Sitiawan Ting Tai Fook
N51 Pasir Panjang Rashidi Ibrahim
N52 Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
N53 Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya
N54 Hutan Melintang R Supramaniam
N55 Pasir Bedamar DatuK M Kayveas
N56 Changkat Jong Mohd Azhar Jamaluddin
N57 Sungkai Goh Kim Swee
N58 Slim Datuk Khusairi Abdul Talib

N59 Behrang Datuk Rusnah Kassim

Calon PRU 13 Pulau Pinang


Calon BN Pru 13 bagi Negeri Pulau Pinang:

PULAU PINANG
P 041 Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
P 042 Tasek Gelugor Shabudin Yahya
P 043 Bagan Chua Teik Siang
P 044 Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail
P 045 Bukit Mertajam Gui Guat Lye
P 046 Batu Kawan N Gobalakrishnan
P 047 Nibong Tebal Datuk Zainal Abidin Osman
P 048 Bukit Bendera Teh Leong Meng
P 049 Tanjong Ng Song Kheng
P 050 Jelutong Ng Fook On
P 051 Bukit Gelugor Teh Beng Yeam
P 052 Bayan Baru Tang Heap Seng
P 053 Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

N1 Penaga Mohd Zain Ahmad
N2 Bertam Shaiful Azhar Othman
N3 Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin
N4 Permatang Berangan Omar Abdul Hamid
N5 Sungai Dua Muhamad Yusoff Mohd Noor
N6 Telok Ayer Tawar Datuk Jahara Hamid
N7 Sungai Puyu Sum Yoo Keong
N8 Bagan Jermal Tan Chuan Hong
N9 Bagan Dalam M Karuppanan
N10 Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah
N11 Permatang Pasir Anuar Faisal Yahya
N12 Penanti Ibrahim Ahmad
N13 Berapit Lau Cheik Tuan
N14 Machang Bubuk Tan Lok Heah
N15 Padang Lalang Tan Teik Cheng
N16 Perai L Krishnan
N17 Bukit Tengah Teng Chang Yeow
N18 Bukit Tambun Lai Chew Hock
N19 Jawi Tan Cheng Liang
N20 Sungai Bakap Mohd Foad Mat Isa
N21 Sungai Acheh Datuk Mahmud Zakaria
N22 Tanjung Bunga Datuk Seri Chia Kwang Chye
N23 Air Putih Tan Ken Keong
N24 Kebun Bunga Hng Chee Wey
N25 Pulau Tikus Rowena Yam
N26 Padang Kota Oh Tong Keong
N27 Pengkalan Kota Loke Poh Chye
N28 Komtar Loh Chye Teik
N29 Datuk Keramat Ong Thean Lye
N30 Sungai Pinang Dr Thor Tebing Gee
N31 Batu Lanchang Lee Boon Ten
N32 Seri Delima Low Joo Hiap
N33 Air Itam Lok Jieh Sheng
N34 Paya Terubong Koh Wan Leong
N35 Batu Uban Goh Kheng Sneah
N36 Pantai Jerejak Wong Mun Hoe
N37 Batu Maung Mansor Musa
N38 Bayan Lepas Nordin Ahmad
N39 Pulau Betong Muhammad Farid Saad
N40 Teluk Bahang Shah Headan Ayoob Hussain Shah

Calon BN Pru 13 bagi Negeri Kelantan Darul Naim


Calon BN PRU 13 bagi negeri Kelantan:

KELANTAN
P 019 Tumpat Mansor Salleh
P 020 Pengkalan Chepa Datuk Dali Husin
P 021 Kota Bharu Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh
P 022 Pasir Mas Che Johan Che Pa
P 023 Rantau Panjang Ghazali Ismail
P 024 Kubang Kerian Anuar Safian
P 025 Bachok Datuk Awang Adek Husin
P 026 Ketereh Tan Sri Annuar Musa
P 027 Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz
P 028 Pasir Puteh Tuan Mustaffa Tuan Mat
P 029 Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
P 030 Jeli Datuk Seri Mustapha Mohamed
P 031 Kuala Krai Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat
P 032 Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah

N1 Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar
N2 Kelaboran Wan Hanapi Wan Yaacob
N3 Pasir Pekan Nik Noriza Nik Salleh
N4 Wakaf Bharu Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz
N5 Kijang Zaluzi Sulaiman
N6 Chempaka Wan Razman Wan Abd Razak
N7 Panchor Che Rosli Hassan
N8 Tanjong Mas Kanidy Omar
N9 Kota Lama Tan Ken Ten
N10 Bunut Payong Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim
N11 Tendong Datuk Hanafi Mamat
N12 Pengkalan Pasir Tuan Anuwa Tuan Mat
N13 Chetok Aimi Jusoh
N14 Meranti Mohd Afandi Yusoff
N15 Gual Periok Shaari Mat Husain
N16 Bukit Tuku Mohd Zain Ismail
N17 Salor Datuk Mohamad Nordin Awang
N18 Pasir Tumboh Mohd Shamsul Mohd Yusoff
N19 Demit Wan Mohd Nazi Wan Hamat
N20 Tawang Mohd Zain Yasim
N21 Perupok Datuk Mohd Zaidi Sidek
N22 Jelawat Datuk Ilias Husain
N23 Melor Mohd Othman Omar
N24 Kadok Mohamad Basri Awang
N25 Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad
N26 Bukit Panau Baharudin Yusof
N27 Gual Ipoh Bakri @ Mohd Bakri Mustapha
N28 Kemahang Dayang Saniah Awang Hamid
N29 Selising Zulkifli Ali
N30 Limbongan Mohd Rujhan Salleh
N31 Semerak Zawawi Othman
N32 Gaal Redzuan Stapha
N33 Pulai Chondong Halim @ Ab Halim Ismail
N34 Temangan Azemi Mat Zin
N35 Kemuning Eriandi Ismail
N36 Bukit Bunga Mohd Adhan Kechik
N37 Air Lanas Datuk Seri Mustapha Mohamed
N38 Kuala Balah Datuk Abdul Aziz Derashid
N39 Mengkebang Azizzuddin Hussein
N40 Guchil Datuk Nik Sapeia Nik Yusof
N41 Manek Urai Che Jalal Muda
N42 Dabong Datuk Ramzi Ab Rahman
N43 Nenggiri Mat Yusoff Abdul Ghani
N44 Paloh Datuk Nozula Mat Diah
N45 Galas Ab Aziz Yusoff

Sebarai calon BN Pru 13 bagi Negeri Kedah Darul Aman


Senarai calon bagi BN negeri Kedah untuk PRU 13 adalah sebagaimana berikut:

KEDAH
P 004 Langkawi Datuk Nawawi Ahmad
P 005 Jerlun Datuk Othman Aziz
P 006 Kubang Pasu Datuk Johari Baharom
P 007 Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid
P 008 Pokok Sena Datuk Sahlan Ismail
P 009 Alor Setar Datuk Seri Chor Chee Heung
P 010 Kuala Kedah Dr Zaki Zamani Abdul Rashid
P 011 Pendang Datuk Othman Abdul
P 012 Jerai Datuk Seri Jamil Khir
P 013 Sik Dr Mansor Abdul Rahman
P 014 Merbok Prof Dr Ismail Daud
P 015 Sungai Petani Shamsul Anuar Ismail
P 016 Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
P 017 Padang Serai Datuk Heng Seai Kie
P 018 Kulim-Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir


N1 Ayer Hangat Mohd Rawi Abdul Hamid
N2 Kuah Nor Saidi Nayan
N3 Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif
N4 Ayer Hitam Datuk Mukhriz Mahathir
N5 Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Jaafar
N6 Jitra Aminuddin Omar
N7 Kuala Nerang Badrol Hisham Hashim
N8 Pedu Kama Noriah Ibrahim
N9 Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin
N10 Bukit Pinang Mokhtar Mohd Nor
N11 Derga Dr Cheah Soon Hai
N12 Bakar Bata Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
N13 Kota Darul Aman Loh Gim Hui
N14 Alor Mengkudu Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah
N15 Anak Bukit Datuk Hashim Yahya
N16 Kubang Rotan Datuk Latt Shariman Abdullah
N17 Pengkalan Kundor Noor Hasita Mat Isa
N18 Tokai Najmudin Darus
N19 Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob
N20 Sungai Limau Mohd Fazilah Mohd Ali
N21 Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ismail
N22 Gurun Dr Leong Yong Kong
N23 Belantek Datuk Mohd Tajudin Abdullah
N24 Jeneri Mahadzir Abdul Hamid
N25 Bukit Selambau M L Maran
N26 Tanjung Dawai Datuk Tajul Urus Mat Zain
N27 Pantai Merdeka Ali Yahya
N28 Bakar Arang Lee Yean Wang
N29 Sidam Bee Sieong Heng
N30 Bayu Datuk Azmi Che Husain
N31 Kupang Harun Abdul Aziz
N32 Kuala Ketil Mohd Khairul Abdullah
N33 Merbau Pulas Datuk Marlia Abdul Latif
N34 Lunas S Ananthan
N35 Kulim Chua Thiong Gee
N36 Bandar Baharu Nor Sabrina Mohd Noor

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...