nuffnang adv
lazada adv
Showing posts with label dun permaisuri. Show all posts
Showing posts with label dun permaisuri. Show all posts
Sunday, May 5, 2013
Dato Mohd Jidin Memenangi kerusi DUN PERMAISURI walaupun berdepan dengan bermacam tohmahan
Walaupun dibayangi kekalutan sejak hari penamaan calon, Calon BN Dun Permaisuri yang juga Ketua Bahagian, masih mampu memenangi kerusi DUN Permaisuri dengan majoriti yang agak baik juga dengan diekori rapat oleh calon PKR Wan Mokhtar Wan Ibrahim.
Kira terjawab sudah macam-macam isu yang dilemparkan ke atas beliau sebelum ini.
TAHNIAH DATO'
Monday, April 22, 2013
Di antara luahan pengundi DUN Permaisuri
Di antara luahan pengundi di DUN Permaisuri terhadap calon Bebas dan Calon BN:
Neilkie69April 22, 2013 at 12:22 AM
Syabas En Yusuf Majid, kami sentiasa menyokong dan berada dibalakang EnYusof. Kami rakyat di DUN Permaisuri sudah jemu danmuak dengan Dato Mat Jidin walaupun sudah 4 penggal mejadi YB termasuk Exco dan MP setiu tetapi jurang dan darjat antara Kami rakyat dengan YB Jidin amat jauh sekali. YB Jidin hanyalah YB di kalangan golongan atsan dan menengah sahaja. Langsung kami rakyat bawahan terpinggir.YB Jidin hanyalah berkhidmat unuk golongan kontraktor dan ahli perniangaan saja. Rakyat bawahan tidak diperduli apalagi dengan kaum nelayan dan petani.
sumber: Teganuku Blogspot
PRU 13: Yusuf Majid Berpatah Arang, Berkerat Rotan Bakal Dipecat Daripada UMNO
Berpatah Arang Berkerat Rotan! Kehadiran bekas Ahli Parlimen Setiu Barisan Nasional (BN)(2004-2008), Mohd Yusop Majid sebagai calon Bebas mengundang tindakan keras UMNO dan BN.
Bagaimanapun, beliau bersedia berdepan tindakan yang bakal diterima dengan perlucutan keahlian Umno secara automatik kerana bertanding atas tiket Bebas bagi Dun Permaisuri. Menurutnya, beliau sedia maklum berhubung perkara itu (dilucutkan keahlian) sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Umno.
“Saya faham siapa yang bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) secara automatiknya akan terkeluar daripada Umno.
Saya juga faham dan saya telah baca perkara itu (perlembagaan). “Bagaimanapun saya ambil pendirian ini berdasarkan suara rakyat yang mahukan perubahan, sekaligus menyuburkan semangat demokrasi di negara ini. Apa pun saya harap masyarakat faham tujuan saya supaya hasrat mereka tercapai,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Yusop yang juga pengamal undang-undang mengakui sebelum ini beliau menanti-nantikan sekiranya ada wakil yang tampil ke hadapan untuk memperjuangkan suara rakyat, namun tiada siapa yang berani menyuarakan kemahuan rakyat.
“Jadi saya mengambil keputusan, biarlah saya bersama bantu rakyat untuk memperjuangkan nasib mereka dan ini hanyalah permulaan kerana bagi saya perjalanan ini masih jauh.
“Saya harap rakyat faham maksud perjuangan saya ini, pencalonan saya bukan berniat untuk membalas dendam ataupun rasa ketidakpuasan hati saya tidak dicalonkan pada PRU lalu,” katanya.
Sementara itu, Mohd Yusop mengakui beliau sendiri tidak pernah merancang untuk bertanding termasuk semasa diminta oleh BN untuk menjadi calon pada 2004.
“Bagaimanapun saya amat berterima kasih kepada pucuk pimpinan BN kerana memberi peluang kepada berkhidmat sebagai wakil rakyat.
“Misi saya dalam PRU13 ini adalah membela suara rakyat dan berharap dapat melaksanakan tugas tanpa sebarang tekanan,” katanya.
sumber: Teganuku blogspot
PRU 13- Setiu: 'Kelab' Bekas Ahli Umno Semakin Membesar
SETIU - Keadaan yang 'suram' di kem Umno Bahagian Setiu disifatkan sebagai satu petanda perpecahan parti tersebut ekoran satu demi satu, termasuk para pemimpinnya meninggalkan 'parti purba' itu.
"Kesuraman di pihak kem Umno Setiu semasa proses penamaan calon kelmarin barangkali petanda dari suatu sengketa dalaman ekoran krisis semasa pemilihan calon-calon yang tak dapat disembunyikan lagi,
"Hadirnya bekas MP Setiu sebagai calon bebas dengan misi khusus untuk menjatuhkan ketua bahagiannya sendiri menambahkan lagi garam kepada luka yang berkudis,"ujar Naib Yang DiPertua PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen pertama beliau di Kampung Kerandang, Jabi, di sini [Gambar kiri Atas], selepas disahkan mewakili PAS untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd Iskandar Jaafar, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi.
".......Permainan baru saja bermula....... itulah ungkapan penuh makna calon bebas Dun Permaisuri saat disapa ketika proses penamaan calon kelmarin,"katanya yang mengulas, bukan sahaja PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak suka kepada Umno, bahkan ahli-ahli Umno sendiri.
Bekas Ahli Parlimen Setiu (2004-2008), Mohd Yusop Majid bersedia berdepan tindakan yang bakal diterima dengan perlucutan keahlian Umno secara automatik kerana bertanding atas tiket Bebas bagi Dun Permaisuri.
Menurutnya, beliau sedia maklum berhubung perkara itu (dilucutkan keahlian) sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Umno.
“Bagaimanapun saya ambil pendirian ini berdasarkan suara rakyat yang mahukan perubahan, sekaligus menyuburkan semangat demokrasi di negara ini. Apa pun saya harap masyarakat faham tujuan saya supaya hasrat mereka tercapai,” katanya dilaporkan sebuah akhbar tempatan
Di Besut, malam sebelum hari penamaan calon, bekas ahli Umno dan JKKK Hulu Besut Abang Mat Bidi, merupakan 'audien' paling depan dalam ceramah di Kampung Pasir Akar oleh calon PAS Dun Hulu Besut, Salahhuddin Jaafar.
Abang Mat Bidi, 62 tahun, atau nama sebenarnya Ramli bin Bidi bersama 31 orang rakannya keluar Umno danmenyertai PAS pada 23 Mac lalu. [Gambar kanan paling kiri, sudah berbaju hijau]
Menurutnya, seluruh ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan Umno Hulu Besut telah pun meletakkan jawatan sebaik menerima khabar bahawa Nawi dipilih semula menjadi calon BN bagi Dun Hulu Besut.
Di Hulu Terengganu, Mohd Nuhairi bin Muhammad, 42, [Gambar kanan bawah] yang muncul secara mengejut di pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi semalam, disahkan bertanding sebagai calon bebas bagi Dun Ajil.
Beliau seorang 'kapten kapal' merupakan ahli Umno seumur hidup, mengambil keputusan untuk bertanding bagi menyelamatkan 'ahli-ahli Umno' dan rakyat keseluruhannya.
Menurutnya, zaman sudah berubah dan dan berbeza dengan masa lampau, politik masakini adalah politik 'dinamik' kerana pemikiran rakyat kini juga telah berubah.
sumber: Buletin Online
Tuesday, April 16, 2013
Calon Kerusi Panas di Parlimen Setiu, DUN Permasuri serta DUN Langkap...
![]() |
| Dato Mohd Jidin Shafee |
P034 - SETIU - MOHD ZULKIFLI JUSOH
N05- JABI - ISKANDAR
N06- PERMAISURI - DATUK MOHD JIDIN BIN SHAFIE
N07- LANGKAP - SABRI MOHD NOR
N08- BATU RAKIT- BAZLAN ABDUL RAHMAN
Pelbagai persoalan dan teka teki selama ini telah pun terjawab.
Suasana yang agak panas adalah di Parlimen Setiu dengan calonnya adalah seorang hakim iaitu Mohd Zulkifli Bin Jusoh atau lebih dikenali sebagai ' Jali Lawyer' bagi penduduk tempatan, tiba-tiba muncul menggantikan Dato Mohd Jidin Shafee yang beralih ke DUN Permaisuri dan ianya menjadi tandatanya peringkat akar umbi. Ia bagaikan satu kejutan dengan tidak tercalonnya penyandang iaitu Abdul Halim Jusoh- DUN Permaisuri, Khazan Che Mat DUN Batu Rakit dan Ashaari Bin Idris- DUN Langkap. Sebelum ini ramai yang menjangkakan Abdul Halim bin Jusoh ke Parlimen ataupun Setiausaha Bahagian, Ismail Bin Saamah.
Bagi DUN Permaisuri, calonnya adalah Dato Mohd Jidin Bin Shafee yang beralih dari Parlimen ke DUN di mana sebelum ini beliau diura-urakan tidak akan dicalonkan dan keputusan ini juga agak mengejutkan beberapa pihak.
Bagi DUN Batu Rakit oelh Saudara Bazlan ABd Rahman bagi menggantikan Khazan Che Mat serta calon muda, bekas Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar menggantikan Cikgu Ramlan Bin Ali.
Bagi Dun Langkap pula, calonnya adalah Dato Sabri Bin Mohd Nor iaitu Bendahari Bahagian yang katakan tidak begitu berminat untuk dicalonkan dan ada ura-ura mungkin akan membuat tawaran penarikan diri. Apapun kita tunggu sehingga hari penamaan calon.
Pencalonan di Setiu ini agak luar biasa sedikit kerana ianya jauh daripada jangkaan ramai dan sedikit mengejutkan apatah lagi, 4 penyandang asal DUN Permaisuri, DUN Jabi, DUN Batu Rakit dan DUN Langkap digugurkan.
Apapun tempoh 4 hari sebelum penamaan calon pada 20 April 2013, akan menentukan calon sebenar mereka yang akan bertanding dan tempoh berkempen 15 hari adalah penentu kepada perjuangan sebenar dalam pilihanraya kali ini.
DUN dan Parlimen Setiu sebelum ini telah menempuhi zaman yang panas ekoran pergeseran Ketua Bahagian merangkap Ahli Parlimen dengan 4 lagi DUN. Ianya turut memberi kesan terhadap calon-calon dan bakal-bakal calon sebelum ini.
Adakah dengan pencalonan ini akan menamatkan isu dan krisis, atau memanaskan lagi keadaan? sama-sama kita tunggu dan lihat.
Labels:
ashaari idris,
bazlan,
Bn,
dun batu rakit,
dun jabi,
dun langkap,
dun permaisuri,
kerusi panas,
mohd iskandar,
mohd jidin shafee,
parlimen setiu,
pru 13,
sabri mohd nor,
setiu,
terengganu,
umno setiu
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)
