nuffnang adv
lazada adv
Showing posts with label Kerusi Panas: DUN Permaisuri. Show all posts
Showing posts with label Kerusi Panas: DUN Permaisuri. Show all posts
Tuesday, April 30, 2013
PRU 13: Gambar Calon BN DUN Permaisuri, Setiu, ditampal di tong sampah....
Jika tak suka sekalipun, tak perlulah tampal poster calon di tong sampah. Ia boleh dimengertikan dengan pelbagai maksud, samada tak suka, mungkin penghinaan atau sekadar suka-suka. Tetapi tong sampah bukanlah tempat yang sesuai dan sepatutnya bagi tempat menampal poster kecuali kempen kebersihan dan seumpama dengannya.
Kejadian ini dirakamkan di hadapan CIMB Setiu pagi tadi, di mana poster calon DUN Permaisuri Dato Mohd Jidin Bin Shafee di tampal di tong sampah.
Sememangnya DUN Permaisuri, Setiu, Terengganu menjadi perebutan kerusi panas di antara calon BN dan calon Bebas Bunga Raya, Mohd Yusop Majid, manakala calon PKR, Wan Mokhtar, agak sedikit ketinggalan dalam persaingan meraih undi.
Kempen sudah menghampiri kemuncaknya, kita tunggu pada 5 Mei 2013 untuk hari penentuan sebenar bagi calon-calon yang bertanding.
Monday, April 22, 2013
Di antara luahan pengundi DUN Permaisuri
Di antara luahan pengundi di DUN Permaisuri terhadap calon Bebas dan Calon BN:
Neilkie69April 22, 2013 at 12:22 AM
Syabas En Yusuf Majid, kami sentiasa menyokong dan berada dibalakang EnYusof. Kami rakyat di DUN Permaisuri sudah jemu danmuak dengan Dato Mat Jidin walaupun sudah 4 penggal mejadi YB termasuk Exco dan MP setiu tetapi jurang dan darjat antara Kami rakyat dengan YB Jidin amat jauh sekali. YB Jidin hanyalah YB di kalangan golongan atsan dan menengah sahaja. Langsung kami rakyat bawahan terpinggir.YB Jidin hanyalah berkhidmat unuk golongan kontraktor dan ahli perniangaan saja. Rakyat bawahan tidak diperduli apalagi dengan kaum nelayan dan petani.
sumber: Teganuku Blogspot
Wednesday, April 17, 2013
Kerusi Panas: DUN Permaisuri, Setiu, Terengganu terus bergolak
Keadaan di DUN Permaisuri, Setiu, Terengganu terus bergolak dan panas ekoran timbul protes terhadap calon Dato Mohd Jidin Shafee yang juga Ketua Bahagian. Tinjauan pagi tadi , telah naik beberapa kain rentang yang mahukan Abd Halim Bin Jusoh, penyandang DUN dikekalkan dan mereka meluahkan tidak mahu kepada calon Dato Mohd Jidin Shafee.
Ada juga kedengaran cakap-cakap kedai kopi yang mengatakan beberapa bendera BN disesetengah kawasan di DUN Permaisuri telah di turunkan tetapi tidak di alihkan.
Suara protes kedengaran yang mengatakan 'BN akan kecundang (di DUN Permaisuri) jika DMJ (Dato Mohd Jidin) dikekalkan. Dan juga "ABd Halim adalah Calon BN DUN Permaisuri'.
Insiden ekoran dikatakan pada mulanya calon Dato Mohd Jidin Shafee tiada dalam senarai calon tetapi muncul pada saat-saat akhir dan senarai rasmi yang diumumkan oleh MB Dato Seri Ahmad Bin Said baru-baru ini.
Keadaan ini juga telah menyebabkan timbul rasa tidak puashati dikalangan para penyokong Abd Halim Bin Jusoh dengan pengguguran calon kegemaran mereka.
Apakah suasana ini akan memebri kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menguasai semula kerusi DUN Permaisuri? Kita tunggu sehingga hari penamaan calon 20 April 2013 ini kerana dalam masa 48 jam ini, macam-macam keputusan dan spekulasi boleh berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)





