nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label gempar. Show all posts
Showing posts with label gempar. Show all posts

Thursday, November 15, 2018

Catatan Dari D9 ke Tahanan Tanp Bicara... Ali Batshah

Foto Mohd Ali Ameer Batsyah.

TELUNJUK LURUS,KELINGKING BERKAIT

Wahai Pak Rahim lebam mantan KPN, yang menumbuk mata mantan timb PM Malaysia
Bukan kan kamu yang menumbuk DSAI dalam keadaan beliau mata tertutup,tangan bergari, 

Dan kamu juga yang menipu sekelian rakyat di kaca tv " nauzubillah kita polis profesional,tidak akan membuat kerja macam tu, DSAI dalam keadaan sihat"....betapa lurus nya penunjuk kamu ,memukau PM percaya kamu seorang yang lurus,hingga terlupa 3 lagi jari kamu begitu bengkuk menunjukkan kearah tubuh kamu



Kalau lah DSAI mantan Timb PM yang punya pengaruh dan penyokong jutaan orang ,kamu boleh perlakukan sebegitu, maka apa lah yang ada pada aku seorang insan kerdil yang menjalankan tugas seberapa jujur yang dapat, maka dengahn mudah kau bole perdayakan seorang timbalan menteri dalam negeri ,yang begitu takut untuk bertanggung jawab dan tegas dalam mendaulatkan undang undang negara...


Undang-undang drakonian menjadi senjata kamu untuk cerita fitnah konon nya aku terlibat samun 34 kes bersama anggota bawahan aku, dan kau gunakan tahanan di PRC 2 bulan untuk proses turn over merosakkan kekuatan minda aku,agar tunduk pada versi fitnah kamu,supaya aku mengaku pada tuduhan fitnah tersebut...


Bila gagal untuk dapat kan pengakuan palsu aku,maka kau masih gunakan pengaruh telunjuk lurus kelingkit berkait kau utk pastikan pak menteri keluar kan perintah supaya aku di sumbat ke Simpang Renggam dgn dua (2) pertuduhan palsu yg aku tiada kaitan langsung...


Wahai mantan KP Johor Dato AhmRag...kau juga seorang ketua yang telunjuk lurus kelingking berkait....berperanan utama dalam merencanakan aku di sumbat ke Spg Renggam dan kau berlepas tangan....


Masih ingat kah kau,bila memanggil aku mengadap kau di bukit Aman sejurus aku bersabung nyawa dgn team UTC kendalian aku bertempur dgn kumpulan penjenayah dari dragon 9 ,yang telah membeli beberapa anggota polis ,menyeludup senjata api dan melaku kan rompakan dan bunuh tetapi di lindungi kegiatan nya oleh anggota dan pegawai pegawai yang kau tidak pernah ambil tindakan pada mereka,walaupun telah beberapa kali aku maklumkan pada kau,aku tangkap rakan sejenayah mereka,tetapi selaku pengerusi mesyuarat operasi mingguan,kau telah buatkan aku kena dedahkan siapa target target suspek penjenayah,juga aku dedahkan siapa sumber sumber A1 aku ,supaya di handle oleh pegawai yg lain...


Kerana cara kau lah ,sumber sumber A1 aku telah terancam nyawa nya oleh penjenayah dan oleh angguta polis dan pegawai yang bersongkol dengan kegiatan Insp RamMokh CPJ ,yang kau anugerah kan dia bersama team bengkuk nya surat kepujian ,setelah kau terajang aku keluar dari D9 Johor


Kau yang begitu bangga bagi tahu kami semua dalam suatu mesyuarat,menyindir aku konon nya buat kerja nak dapat nama,dan kau kata kau ni kerana seorang yang tegas,maka taukeh kedai kereta di JB telah jual kereta mewah dgn harga separuh...

.
Itu bukan kerana kau tegas,sebenar nya kau ia lah "telunjuk lurus kelingking berkait" itu rasuah lah....taukeh tu punya rangkaian dgn dragon 9...org kanan taukeh tu dulu ,sebelum kau sampai,nama Tony Abdullah ,wanted Bkt Aman tetapi punyai kwn kwn ramai dari pegawai tinggi Bkt Aman...


Tony Abdullah ni lah yg berjaya dgn licik nya ,melarikan 8 banduan yg telah di hukum mati,dari penjara air molek JB....aku terpaksa bersengkang mata berkorban ,buat operasi buruan dan dapat tangkap seorang daripada nya di Kuala Selangor....yang lain lepas ke Siam...dan Tony Abdullah ni lah yang bawa sekumpulan gengster Dragon 9 turun JB dlm misi utk bunuh aku( chincia Ali)....masa aku dan team operasi khas aku serbu mereka ketika mesyuarat geng mereka di Sri Tebrau(ops kuda tari) dia melawan dan kami berbalas tembak....salah seorang dari geng nya berjaya lari,wong chee kong,tetapi adik wong chee kong tumpas



Foto Mohd Ali Ameer Batsyah.
Wong chee kong ni lah yang dapat maklumat peranan aku dan sumber aku ,setelah bocor dari mesyuarat ops api skudai yg kau jadi pengerusi, kau yang suruh aku dedahkan siapa target, dan sumber aku,anggota dan pegawai yg di payung oleh wong chee kong ,bocorkan maklumat ini,wong chee kong telefon aku dan terus jumpa aku di pejabat D9 ....kau tahu kah betapa berani nya gengster ini datang warning aku,hanya di masa kau jadi KP Johor...
Kemudian bila aku dan Tuan Param jumpa kau,aku brief kan ancaman WCK,kau herdik aku dgn tuduhan kenapa aku call WCK dtg pejabat aku dan nak jadikan WCK source???? Teruk betul kau ni yg sentiasa cari salah aku



Di bawah KP Johor kau,maka Insp RamMokh berani buat surat hantar ke KPN Rahim mata lebam dan ke MKN menfitnah aku konon nya pernah merompak 34 kes dgn UTC Johor


Bila aku di Selangor mendedahkan jenayah Insp RamMokh dan Ku Izam, kau telah sedia dengan cerita fitnah utk EO aku,walau pun EO berlaku masa tu kau dah bersara,tetapi di sambungkan oleh D7 bkt aman dan D7 johor mengikut telunjuk KPN pula,tetapi Kpl Salleh telah mengikut telunjuk kau utk fitnah aku kes BPR yg report awal tahun 1995 ketika aku masih di JB ,kau KP Johor telah di NFA ole I.O kes ASP Ishak,dan fitnah baru ni repot kes lain ,tetapi bicara kes yg telah di NFA....pelik pelik pelik tektik kotor kau,hanya nak susahkan aku supaya di tahan kerja sebelum di EO penjara buang kerja


Telunjuk lurus kelingking berkait kau...kau kata pada kami ,kau KP yg lurus tidak tunduk pada gengster dan taukeh judi pelacuran yg rapat dengan KP KP Johor terdahulu,melalui golf sbb kau tidak minat golf,minat kau ia lah memburu bersama KCK Johor yg baru masa tu ACP Peace Shah yg selalu beri laporan buruk aku melalui repot SB....


Tapi aku nak bagi tahu kau ,suatu hari geng berburu kau ni ia lah taukeh taukeh nite club dan judi pelacuran yg sama ,yang selalu berjudi di rumah KCK peace shah, mereka ni lah yang selalu telefon aku ,ugut aku dan saja tunjukkan hubungan baik mereka dgn kau dan KCK dan sudah tentu Keh Pi En mata lebam juga.. suatu hari dia masuk pintu pengawal IPK Johor...aku kebetulan ada kat situ...


Dia panggil aku ...tunjuk aku sepucuk pistol kepunyaan kau,tertinggal dalam kereta penjangak ni masa berburu sama kau semalam nya...itu lah betapa lurus nya kau yg begitu memandang serong dan usaha bencanakan aku,sebenar nya di belakang kamu semua ia lah dalang dalang Dragon 9 yg sumber aku dah bagi tahu aku dari awal" boss dia orang sangat kuat boss,kita boleh mati kena bunuh boss,bukit aman pun orang dia boss...tapi saya boleh kerja dengan boss sahaja,sebab boss orang kuat sembahyang,boss tidak minum,tidak minta wang tidak minta ahmoy,lain polis semua teruk boss,wang mahu,ahmoy mau semua mahu".....


Suatu hari aku balik dari bicara kes BPR dari mahkamah sesyen,masa tu aku dah dalam penjara Spg Renggam kes EO .....hari tu mahkamah bebaskan aku dari fitnah kes BPR,detail cerita dlm siri " dari D9 ke tahanan tanpa bicara"...

.
Ibu aku yang gembira bila aku bebas,terkedu semula lihat aku di gari dan naik kereta penjara...sambil ibu menunggu kepulangan aku,sampai akhir hayat nya selang 2 bulan lepas....


Sampai di penjara Spg Renggam ,selepas di check di bilik pengawal...di bogelkan check punggung semua,aku pun di 
letakkan di suatu cell sementara di bawa ke dome oleh UKP

Seorang tahanan cina tegur aku dgn senyum" boss arr,chinca Ali, sy kenal boss ,boss tak kenal saya".....
Ooo aku balas dgn sedikit senyum


" Dulu boss ada buat projek tembak perompak kedai emas dekat keluang,itu semua kawan saya boss,tapi saya dua (2) ada kereta lagi satu lari.....arrr itu cerita lama boss....tapi boss apa pasal masuk sini ???)


" Polis bukit aman cakap saya pacio lah(samun)....
" Ooo tak patut polis buat macam ini boss,kita orang pun tak marah boss macam ini,boss buat kerja bukan pacio"
"Awak apa kes?"....aku tanya balik
" Saya 3 beradik bunuh orang boss,ini orang dia bagi adik perempuan saya kerja lotoyau(di lacurkan)....tapi saya mau kasi 2 adik saya selamat,saya mengaku sy buat satu orang...."
" Saya salute awak,abang yang bagus"
"Tapi boss ,saya lagi salute,betul cakap boss kaki pacio memang takut sama boss,tapi tak benci boss,boss tak pernah pau orang"....


Begitu lah penjenayah pun ada integriti dan sifat kemanusian dan naluri insan, berbalik pada mereka mereka pegawai "telunjuk lurus kelingking berkait " .....di mana harga diri kamu dengan uniform dan pangkat yang kamu pakai


Dua gambar ,menterjemahkan keadaan aku dalam menanggung risiko ketika menjalankan tugas


Gambar 1....ketika menerima surat kepujian KPN dari KP Johor Tuan Onn Muda yg sangat baik ,jujur tetapi telah di fitnah oleh sekumpulan taukeh cina di dalang kump dragon 9,membuatkan Tuan Onn Muda di arah bertukar frozen post ke bukit Aman, membawa pada beliau saman Akhbar tabloid yang viralkan fitnah tersebut,dan beliau menang ratusan ribu daalm saman tersebut,di ganti oleh KP Dato AhmRag membawa pada episod hitam aku sehingga di penjara tanpa bicara....


Gambar 2....sejurus menziarahi kubur arwah ibu yang di pisahkan dengan oleh maknusia maknusia durjana "telunjuk lurus kelingking berkait".....
Insya Allah ada banyak lagi cerita yg akan aku muatkan dalam page "dari D9 ke tahanan tanpa bicara"
Akan aku dedahkan bersama Tuan Mohd Asri Bakar untuk kangkahan susulan...

.
Doa kan kami wahai rakan taulan


Foto Mohd Asri Bakar.

sumber: FB Ali Batshah

Catatan yang menggemparkan, Dari D9 ke Tahanan Tanpa Bicara Ali Batshah...


Foto Mohd Ali Ameer Batsyah.

kATA ORANG KALAU NAK CARI BURUK SESEORANG....TANYA LAH PADA MUSUH NYA
Buat lah seribu kebaikan,tetapi kalau orang yang berhati dengki dan busuk hati,semua nya itu di terjemahkan pada keburukan sahaja
Tetapi jika hati itu bersih maka tidak akan di usha untuk mencari cari sedikit kesalahan dalam seribu kebaikkan ,untuk di hebahkan dan di musnahkan kehidupan pada orang yang di dengkikan......


AKU DAN DAKWAH TABLIGH BERPISAH TIADA


Setelah aku di tukarkan dari D9 Johor (UTC) ke IPK Selangor Pegawai Gerakan yang tidak ada kena mengena lagi dengan " crime buster".....selang (4) bulan sahaja atas usaha KP Selangor dan OCCI Selangor masa itu ,aku telah di kembalikan semula dalam cawangan D9 IPK Selangor dan UTC Selangor pun di tubuhkan bawah penyeliaan aku sebagai " field officer"...


Ini merupakan suatu tamparan pada KP Johor Dato AhmRag yang tidak mengkehendaki aku dalam D9 dengan cerita fitnah yang tidak betul,tidak di selidiki dan tidak di panggil aku untuk memberi penjelasan ,terus bubar UTC Johor dan aku di tukar keluar


Dalam masa (5) bulan setengah sahaja aku mengendali UTC Selangor,telah berjaya dalam (5) operasi khas memerangi dan menumpaskan penjenayah bersenjata api dalam pertempuran dengan kumpulan mereka,membawa pada sejumlah (23) orang penjenayah mati tertembak semasa bertempur dan sejumlah ebih kurang (14) pucuk senjata api di rampas ( kisah lebih detail insya Allah ada dalam buku " dari D9 ke tahanan tanpa bicara " yang akan di terbitkan tidak lama lagi insya Allah


Nota: pada siapa yang bertanya tentang buku tersebut,insya Allah admin sedang giat menulis untuk melengkapkan dalam bentuk sebuah buku,terpaksa kerja keras edit tatabahasa aku yang mungkin tidak tersusun,sebab aku bukan seorang penulis yang baik.....


Operasi terakhir aku bersama UTC D9 IPK Selangor, ia lah Ops Api Amang Tuba menumpaskan sekumpulan penhenayah bangsa india yang juga tersangat ganas....


Macam biasa selepas aku menyempurnakan tugas operasi aku ,aku akan mohon cuti panjang dan cuti tanpa gaji untuk keluar berdakwah tabligh....


Aku mula cuti pada 26.3.1996 -3.7.1996
Sebelum aku bercuti,OCCI minta aku buatkan suatu surat pendedahan perbuatan Insp RamMokh dan bekas angguta surveillance team B UTC Johor yang kini bawah penyeliaan Insp RamMokh kerana mengugut keselamatan termasuk ugut bunuh Sumber A1 aku ,hanya kerana takut rahsia kegiatan jenayah mereka di Johor terbongkar ....( Cerita detail dlm buku dari D9 ke Tahanan Tanpa bicara)


Kali ini aku akan keluar dakwah dan tabligh ke Korea,Taiwan,Hong Kong dan Macau....sebelum aku terbang,OC aku call minta kalau bole aku tangguh kan cuti aku,kerana dalam tarikh tarikh cuti itu,aku terlibat dengan (2) acara penting


I.Untuk menerima anugerah Pingat Pahlawan Pasukan dari Yang di Pertuan Agong
ii....aku kena hadir untuk temuduga kenaikkan pangkat dari ASP ke DSP


Aku telah enggan menangguhkan cuti aku ,kerana jemaah telah di bentuk semasa Itimaq tabligh di Spore dan jemaah aku (5) orang termasuk (2) dari Brunai dan aku jadi amir (ketua) jemaah tersebut



Semasa aku di Johor Bahru,selepas menumpaskan kumpulan penjenayah Ops kumpulan Sumbawa,aku juga telah ambil cuti (4) bulan untuk belajar dakwah tabligh ke India,Pakistan dan Bangladesh,masa tarikh cuti tersebut bertembung dengan tarikh temuduga aku dari Chief Inspektor ke ASP,tetapi aku tetap terus kan cuti aku.....


Aku masih ingat semasa intake ke (2) temuduga Insp - ASP pengerusi nya Tan Sri Jaafar Abdul dengan wajah serius merenung aku dan bertanya,kenapa aku tidak hadir temuduga last intake?
Aku jawap aku tiada ,sbb bercuti panjang (4) bulan...
" Kamu pergi mana cuti panjang macam tu (4) bulan sehingga tidak hadir temuduga kenaikkan pangkat?"....Tan Sri tanya soalan mcm tu
Aku jawab" saya pergi India ,Pakistan dan Bangladesh,ziarah saudara saudara Islam saya yang mana dapat di sana Tan Sri"
Tan Sri senyum sedikit dan beri isyarat aku bole keluar....


Di luar peserta yang lain begitu hairan begitu sengkat aku dah keluar,minta tip soalan, aku cakap apa yang berlaku.....dalam hati aku ermm memang tak dapat lah,tapi aku relax saja,tak kesah pun....tetapi kawan kawan yang lain cakap itu tanda aku dapat lah.....
Rupa nya benar aku di naikkan pangkat ke ASP dari temu duga tersebut
Semasa di Taiwan,jemaah aku telah di bawa berdakwah dalam penjara Taiwan oleh NGO dakwah yang berpusat di masjid jame' Taipie....satu surat kebenaran di keluarkan oleh pemerintah Taiwan dengan alasan "orang dakwah in
i memang orang yang baik"

Penjara terletak di kawasan pergunugan macam kawasan peranginan pula....sampai di sana jemaah aku telah di bawa masuk dalam dome banduan....keadaan dalam penjara begitu kemas,ada double decker,tilam tebal,kipas angin,lantai marmar,bilik mandi pun bersih macam bilik mandi rumah juga, 

Macam biasa orang tabligh akan dakwah "iman dan amal,bercakap sekitar (6) perinsip sifat sifat yang ada pada Para Sahabat yang perlu kita ushakan untuk berjaya dunia akhirat....
Dakwah pada orang orang islam dari Morocco , Mesir dll, orang Malaysia yang ada seorang bangsa Cina Budha...kami dirikan sembahyang jemaah di dalam ....kemudian bacakan hadith fadhilat amal


Masa nak balik ,banduan yang islam sangat sebak dengan kehadiran kami,tetapi banduan Cina rakyat Malaysia pun turut sama,orang asal Kelang,janji nak masuk agama Islam.....
Berlawanan dengan apa yang aku alami dalam penjara tahanan di Sempang Renggam ...terlalu menyedihkan ...semua nya akan aku kesahkan dalam buku " dari D9 ke tahanan tanpa bicara"....di dalam kurungan yang keadaan nya pada mula nya seumpama aku di campakkan dalam kandang kumpulan serigala lapar,kemudian terasing seorang diri dengan saban malam menjadi santapan nyamuk terlalu banyak seumpama drakula menghisap darah....


Jangan lupa pada yang ingin mengikuti siri selanjut nya ....semua akan terdedah dalam siri " dari D9 ke tahanan tanpa bicara"


sumber: FB penuis sendiri..

Sunday, July 9, 2017

Pengalaman di Alam Maut dan Alam Barzakh....untuk renungan



Masih Ingatkah KISAH NYATA Azlina...
Kejadian silam yg menggetarkan hati banyak Orang...
Gadis Yatim berhijab dari keluarga sederhana asal Bengkalis.
Yang Mati selama 2 jam...& selama itu pula ia diperlihatkn banyak kejadian di Alam Barzah yg tak pernah ia lupa hingga detik ini.
Detik menjelang Sakaratul Maut,dia melihat 2 orang malaikat datang dan mencabut nyawanya dari sebelah kanan kakinya..."Rasanya seperti Kulit hewan yg disayat..dri dagingnya sakit sungguh sakit" tuturnya.
Setelah rohnya dicabut dari jasad ia pun melihat Paman & Dokternya yg kala itu sedang menangani perawatan untuknya dirumah sakit, setelah itu Dia pun mengaku ditanya soalan oleh malaikat...dan kala itu Diapun mampu menjawab soalan tanpa tersendat.
Setelah itu dia pun dibawa oleh Malaikat bertemu dengan Ayahnya...yg sudah lama meninggal yg kala itu ayahnya nampak lebih muda. Ayahnyapun menangis & menyuruhnya kembali" kembalilah kasian adik-adikmu "tutur si Ayah. Namun Azlina berkata "tidak Ayah janji Allah sudah tiba.
Setelah itu..Diapun kembali dibawa Malaikat bertemu dengan seorang wanita cantik bercahaya...dan didudukan dikursi yg begitu Empuk lalu roh Azlinapun bertanya "siapa Anda?? "wanita itupun menjawab" sayalah Amalmu".
Lalu Azlinapun dibawa lagi diperlihatkan didepan hadapannya
👉Seorang yang memikul besi Amat berat dan rantai ditangannya, bajunya robek-robek dan bau busuk menjijikan...lalu Roh Azlinapun bertanya "Siapa orang itu pada amalnya, amalnyapun menjawab "Orang tersebut orng yang membunuh tapi tidak pernah dipertanggung jawabkan...didunia.
Lalu Azlina pun melihat
👉Seorang yang kulit dan dagingnya terburai,Ia pun bertanya kenapa dengan orang itu??
Amalnyapun menjawab "Dia tidak pernah SHALAT".
Lalu Diapun melihat..
👉Seorang yang dihantamkan besi ketubuhnya dia didunia orang yg gemar berzina.
Lalu
👉Diapun melihat orang yg saling bunuh...
Manusia golongan itu ialah manusia yg gemar bertengkar dan membenci orang lain hingga menerornya.
👉Diapun melihat 80 mata tusukan tiap-tiap tusukan terdapat 80 mata pisau yang tembus kedada orng yg senang membunuh.
👉Dan orang yang dihempaskan ketanah lalu dibunuh bangun lagi dan begitu seterusnya adalah anak Durhaka yang tidak memelihara orng tuanya waktu didunia.
Demikianlah Azlina ditampakkan berbagai macam siksa...di Alam Barzah.
Lalu Azlina dibawa Malaikat kesuatu tempat yang gelap tiba-tiba ia pun mendengar suara mengucap "Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu Akbar...dan saat itu pula ada seorang yg mengalungkan sebuah Tasbih yg mempunyai 99 biji dan disana ia pun shalat layaknya orng yg shalat didunia.
Setelah itu Ia pun mendengar azan yang mirip sekali dengan azan di Masjid Nabawi.
Dan setelah itupun ia diperlihatkan dihadapannya makam Nabi Muhammad. SAW dan dimakam tersebut banyak sekali Batang-batang Emas yg didalamnya ada tepak Khusnul Khotimah lalu mengeluarkn cahaya...dan terdengar Suara "TOLONG SAMPAIKANLAH KEPADA UMMATKU UNTUK SUJUD PADA ALLAH"
Setelah itupun roh Azlina melihat miliaran Manusia dari beraneka ragam abad berkumpul disuatu tempat seperti tanah lapang yang sangat Luas. Roh Azlinapun cuma berjarak 5 meter saja dari kumpulan manusia itu.
Dan ia mendengar kumpulan manusia itu berbicara "Cepatlah kiamat saya sudah tidak tahan lagi disini Ya Allah..."
Manusia-manusia itupun memohon "Tolong kembalikan saya kedunia saya ingin beramal "Begitulah tutur Azlina dengan apa yg dilihatnya..."
Setelah itu tiba-tiba Azlina merasa jantungnya berdetak begitu kuat dan saat Ia membuka mata ia sudah ada di dunia kembali.
Itulah kejadian NYATA Azlina saat Dia telah Meninggal Dunia. Kisah ini cukup menjelaskan bahwa Alam Barzah, Neraka & Syurga itu memang betul ada...dan perbuatan dosa sekecil apapun kelak harus dipertanggung jawabkan.
Allah Hu Alam bisawab...


FB Nia A Nurningsih Aswin

Wednesday, May 31, 2017

Kisah anak genius: Adi Putra.. genius matematik

Image may contain: 1 person, text

Adi Putra: Sampai sekarang tak ada apa-apa sijil walaupun SPM

Kira-kira sedekad yang lalu negara sekali lagi terkejut dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, statistic dan trigonometri yang biasanya Dekan dekat universiti je dapat selesaikan.

Yang lebih mengejutkan, budak ini baru berumur 6 tahun tetapi kepintaranya telah berjaya menarik minat setiap golongan masyarakat dekat Malaysia pada masa tersebut. Sampaikan dia dinobatkan sebagai Ahli Matematik Islam abad ke-21 oleh Universiti Riau di Indonesia pada tahun 2009.

Adi juga telah menghasilkan 235 formula matematik dan 12 daripadanya telahpun diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk Seni Matematik Islam. Bukan setakat itu sahaja, bukunya juga telah digunakan sebagai rujukan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di negara Brunei , tetapi malangnya ia masih tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia.

Tak pasti sama ada pihak kerajaan atau budak ini yang bermasalah, pembelajaranya tidak pernah sempurna apabila sehingga kini beliau masih gagal mendapatkan apa-apa sijil akreditasi dari mana-mana intistusi pengajian tinggi negara .

Dalam temuramahnya bersama The Malaysian Insider, Adi berkata di atas faktor umurnya yang terlalu muda iaitu 6 tahun ketika mengikuti pengajian, beliau telah dinafikan hak untuk mendapatkan sijil A-level dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) walaupun telah melengkapkan semua silibus yang dikehendaki oleh universiti tersebut.

Tanpa sebarang sijil ini jugaklah beliau gagal untuk memasuki mana-mana universiti terbaik luar negara. Namun begitu, Adi Putra masih lagi seorang genius dan sering memberikan ceramah di sekolah dan universiti tempatan malahan turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di University of Brunei Darussalam untuk berkongsi kepakaranya dalam Matematik.


@SEPAT Paranormal Team

Kisah anak genius: Sufiah Yusof...

Image may contain: 1 person, text

Sufiah Yusof: Masuk Oxford ketika usia 13 tahun tapi terjebak dalam kancah pelacuran

Kisah Sufiah yusuf memang popular bukan dekat Malaysia je, tapi sampai satu dunia heboh dengan kepintaran budak ini. Mana tidaknya, dia telah berjaya diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia yang sangat muda, iaitu 13 tahun.

Kisah genius Sufiah mula popular apabila ibunya yang berasal dari Muar, Johor dan Bapanya dari Pakistan berusaha mendapatkan biasiswa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti yang terbaik dekat bumi.

Masa tu surat khabar dan berita pulak penuh dengan cerita kehebatannya, sampaikan semua orang nak tahu apa yang budak ini makan sampai jadi pandai, cara dia belajar, berapa jam dia tidur dan semua ini telah dijadikan contoh kepada para pelajar sekolah pada masa itu.

Namun kisah pelajar genius ini tidaklah seindah seperti yang kita semua sangkakan. Pada usia 15 tahun, Sufiah telah melarikan diri dari kampus kerana mendakwa mendapat tekanan yang hebat daripada ahli keluarga sehinggakan pelajarannya tergendala. Dia akhirnya dijumpai di Bournemouth, United Kingdom dan kemudiannya diletakkan di bawah jagaan sebuah badan kebajikan di sana.

Walaupun gagal pada kali pertama, Sufiah telah diberikan peluang kedua untuk kembali menyambung pengajian sarjananya di Oxford. Namun begitu, peluang ini sekali lagi disia-siakan apabila dia berhenti pada tahun ketiga apabila penceraian berlaku di antara dia dengan suami yang dikahwini ketika usianya 19 tahun.

Semenjak daripada peristiwa ini, kehidupan Sufiah mula terumbang ambing sehinggakan dia mula terlibat dengan aktiviti pelacuran akibat daripada kesempitan hidupnya.
Melalui temuramahnya dengan program NONA pada tahun 2015, Sufiah menceritakan bahawa kehidupanya kini agak bercelaru apabila dia sering melarikan diri dan berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain di Britain bagi mengelak dari dijejaki oleh keluarga dan pihak media.


@SEPAT Paranormal Team

Friday, July 25, 2014

Cadangan membina 'statue tertinggi di dunia di DUBAI... akhirnya dibatalkan pihak berkuasa dubai



Cadangan Berhala tertinggi di dunia yang dicadangkan  di Dubai. Walaupun ia bukan sembahan manusia tetapi binaan seperti berhala ini kini jelas daningin  dijadikan daya tarikan di negara arab moden ini. Namun begitu cadangan ini akhirnya dibatalkan oleh pihak berkuasa Dubai.

Di sini disertakan gambar-gambar yang boleh anda lihat sendiri betapa 'megahnya' patung yang dicipta oleh manusia untuk manusia.















@http://journalofthenights.blogspot.com/2009/05/dubais-giant-storyteller-statue.html

Monday, July 21, 2014

Isu MH17: Kenapa MAS menggunakan ruang udara Ukraine?



Tragedi Malaysia Airlines MH17 telah menarik perhatian dan simpati pelbagai pihak dari serata dunia, menyebabkan ramai tertanya mengapa kemalangan yang begitu dahsyat boleh berlaku. 

Saat jari menuding dan pemimpin dunia mencari pihak untuk disalahkan, ramai jua yang tertanya-tanya mengapa penerbangan dari Amsterdam ke Malaysia melalui ruang udara Ukraine.


Untuk memulakan penerangan ini, mungkin anda perlu memahami konsep geografikal, iaitu di mana tiga titik penting berada. Terdapat tiga titik dalam peta ini iaitu lokasi Amsterdam, tapak kapal terbang terhempas iaitu Ukraine, dan destinasi akhir pesawat iaitu di Kuala Lumpur. 

Seperti yang boleh anda lihat, tiga titik ini membentuk garisan yang hampir sempurna lurus.



Seperti yang diberitahu oleh stesen televisyen Jepun, NHK, ini bukannya satu kebetulan. Jika anda menghabiskan banyak masa berjalan atas tanah, anda mungkin tidak akan fikir tentang jalan terus secara langsung untuk ke destinasi anda, kerana anda dihalang oleh pagar, bangunan dan sebagainya. Bagaimanapun, apabila merancang laluan pesawat, syarikat penerbangan biasanya memilih laluan dengan jarak paling singkat, kerana jet tidak ada masalah untuk terbang menembusi awan kumulus nimbus.

an ini jelas apa yang sememangnya dilakukan oleh penerbangan MH17: mengambil jalan paling terus ke Malaysia. Sudah tentu, bukan semua penerbangan mengambil jalan paling singkat, dan pengalihan arah penerbangan disebabkan cuaca buruk dan situasi kecemasan, bukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Oleh itu, ramai tertanya mengapa MH17 terbang menerusi ruang udara sebuah kawasan yang dikatakan zon perang yang aktif.

Untuk menjawab persoalan tersebut, NHK atau Parbadanan Penyiaran Jepun menemubual Hiroyuki Kobayashi, seorang juruterbang terkenal di Jepun yang pernah terbang di semua laluan antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Japan Airlines (JAL) dan hampir kesemua laluan domestik Jepun. Beliau telah bersara pada tahun 2003.

Seperti yang diterangkan oleh pesara penerbangan itu, pesawat penumpang sering melalui ruang udara zon perang apabila ia disahkan selamat untuk penerbangan altitud tinggi. Kobayashi memberitahu yang dia sendiri berpengalaman terbang melalui ruang udara Vietnam, Iran dan Iraq semasa perang berlaku di negara tersebut. Selagi pesawat terbang lebih tinggi dari altitud 10, 000 meter di kasawan perang, ia sepatutnya berada dalam keadaan selamat, terutamanya jika telah diputuskan bahawa senjata yang mampu menembak pesawat tidak digunakan oleh pihak yang berperang.

Walaupun helikopter dan kapal terbang lain telah diserang dalam konflik Ukraine yang terbaru, tidak ada sebarang petunjuk bahawa terdapat peluru berpandu yang mampu mengenai pesawat penumpang dari permukaan kawasan itu, sedang digunakan di situ. Kobayashi juga menekankan bahawa laluan itu ialah laluan yang sangat biasa digunakan untuk penerbangan antara Asia Tenggara dan Eropah.

Anda boleh tonton video NHK yang menerangkan tentang laluan penerbangan tersebut di bawah. Ia berteknologi rendah, namun menggunakan benang atas glob menyebabkan penerangan itu mudah difahami.

Kobayashi turut menambah bahawa, melalui gambaran video kawasan pesawat itu terhempas yang telah ditonton olehnya, penerangan yang paling sesuai tentang serpihan yang melayang dan jatuh bertebaran dalam jarak yang luas ialah disebabkan letupan di udara. 

Dia bersetuju bahawa pesawat itu telah ditembak dan kejadian itu akan membawa impak yang besar kepada banyak syarikat penerbangan yang menggunakan laluan di kawasan tersebut.

------------



@www.viraliyat.com

Friday, July 18, 2014

MH17: Kita sasaran teori konspirasi?


SAYA sedang menelaah buku Deadly Mist lewat malam semalam ketika telefon berkicau memberitahu Malaysia dilanda musibah terbaharu.

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN!

Pesawat MAS Boeing 777 yang bawa 298 nyawa, ditembak jatuh di Ukraine.

Mungkin kerana terlalu dipengaruhi Jerry D Gray bahawa ada manusia tamak kuasa yang sanggup lakukan apa sahaja termasuk membunuh berjuta-juta nyawa tidak berdosa untuk kuasa dan wang, saya teringat kenyataan PM Najib siangnya bahawa beliau baharu sahaja menerima panggilan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Kata Najib, beliau telah memberi jaminan kepada Abbas bahawa Malaysia akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang rejim Zionis yang kini sedang kemaruk darah di Gaza.

Lalu tanpa diminta oleh sesiapa, fikiran saya langsung merangkumkan kedua-duanya - tulisan Jerry D Gray yang saya baca dengan kenyataan Najib mengenai Palestin/ Gaza.
Apakah tragedi di sempadan Ukraine - Rusia itu episod paling baharu dalam teori konspirasi?

Saya yakin Israel dan juga kuasa-kuasa besar yang menjadi pelobi Zionis tidak suka dengan sokongan Malaysia terhadap Palestin. Bukan sahaja kerajaannya, pasukan sukarelawan kita juga cukup aktif di Gaza.

Apakah kerana itu, kita jadi sasaran mereka? 

Saya curiga kalau yang merancang tragedi ini adalah ejen asing yang dihantar masuk ke dalam kumpulan pemisah Ukraine dengan tujuan mahu mengalih perhatian dunia terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza.

Ya, ini hanya andaian saya tetapi andaian bukan sesuatu yang mustahil. Dan saya juga tidak menafikan saya mungkin telah dibawa ke alam mimpi oleh Jerry D Gray, seorang bekas tentera Amerika Syarikat (AS) yang berpaling tadah dan kini aktif membongkar rahsia New World Order (NWO) daripada persekongkolan pemimpin negaranya dengan Zionis.

Akan tetapi, kalau kita perhalusi, talian untuk mengaitkan tragedi MH17 dengan teori konspirasi, tidaklah terlalu halus.

Israel sememangnya pun tidak mahu dunia memberi perhatian terhadap Gaza untuk memudahkan lagi kerja pembantaian yang sedang mereka lakukan. Zionis tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak mendapat keseluruhan tanah Palestin yang tinggal sekangkang kera itu dengan menghapuskan kesemua orang Arab di Gaza.

Minggu lalu, Zionis menyerang ketika dunia memberi tumpuan pada kemuncak World Cup di Brazil.

Mereka boleh melakukannya dengan lebih mudah jika dunia diheret ke dalam satu isu besar dan Gaza ditinggalkan sendirian seperti biri-biri yang terpisah dari kawanan untuk mereka ratah!

Selain itu, saya juga terfikir, Rusia punya hubungan baik dengan Malaysia walaupun tidak seakrab China. Dan seperti China, Rusia juga sedang berusaha untuk kembali bangkit menjadi kuasa pesaing AS. Seakan komplot yang bersiri, selepas China, Rusia pula diatur untuk bermasam muka dengan Malaysia.

Kita tahu dalam konflik dengan Rusia, Ukraine dilindungi oleh AS dan Ukraine juga awal-awal lagi sudah pukul canang bahawa yang menembak jatuh MH17 adalah kumpulan pemisah pro Rusia.

Rusia pula mengatakan MH17 menggunakan laluan yang sama dengan pesawat IL96 yang membawa Vladimir Putin dengan selang masa tidak sampai sejam. Mesej Rusia seakan mahu memberitahu tembakan itu disasarkan kepada pesawat yang membawa Putin.

Kekeliruan dikatakan berpunca daripada warna biru merah dan corak pesawat IL96 yang seakan sama kedua-duanya. Maka Ukraine pun dituduh!

Dalam sidang akhbar terawal jam 4 pagi semalam, PM Najib memberitahu beliau telah dihubungi oleh Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan Obama juga telah menelefonnya dari Washington.

Saya lalu tertanya-tanya, mengapa Putin tidak hubungi Najib sedangkan kejadian itu berlaku di sempadan negaranya, dan ada pula pihak yang menuduh tentera atau kumpulan yang ditaja Rusia terlibat?

Mungkin Putin masih trauma...

Dalam pada itu, timbul pula nama CIA di media sosial. CIA dituduh terlibat untuk membuka laluan AS masuk secara langsung dalam konflik Ukraine - Rusia. Ini bukan perkara baharu dalam percaturan politik berprofil tinggi di peringkat dunia. CIA watak utama NWO.

Menelusuri salasilah NWO yang bermula daripada pengasas dinasti Rothschild, Mayer Amschel pada 1770an, melempar batu sembunyi tangan hingga orang lain berperang untuk mengaut keuntungan, sudah lama mereka jadikan 'perniagaan'.

Walau apa pun, kita harap ini andaian yang hanya sekadar andaian. Minta dijauhkan daripada Malaysia, tanah air kita ini dilibatkan sebagai bidak di papan catur kuasa besar yang tamak dan pura-pura bercakaran.

Sama ada MH370 atau MH17, biarlah kemalangan hanya sekadar kemalangan walaupun misteri yang menyelubungi agak sukar untuk dirungkaikan. Ironinya, petunjuk sedang membawa kita ke satu arah yang seakan menjadikan kita sasaran. Kepada ALLAH kita minta perlindungan!

@mohamad matyakim@sinarharian

Kronologi Tragedi MH17 MAS di Ukraine..apakah ia petanda perang akhir zaman



Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video dan Situasi - LIVE UPDATES

Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video dan Situasi | Pada jam 12.14 pagi waktu Malaysia, sebuah pesawat Boeing 777 9M-MRD milik MAS Airlines penerbangan MH17 telah dilaporkan terhempas akibat tembakan "surface-to-air" missile yang ditembak daripada Buk missile launcher di ruang udara Ukraine.

Ikuti LIVE Updates secara descending order dalam artikel berikut. Artikel disusun mengikut angka. Nombor paling besar adalah mewakili berita paling terkini.... 

Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video dan Situasi

Share this article to social media...
 


1. Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya. Penerbangan MH17 merupakan pesawat Boeing 777 9M-MRD yang mana tahun ini adalah tahun ke 17 ulang tahunnya terbang diudara. Pesawat tersebut juga telah disahkan terhempas pada 17 Julai 2014 pada jam 12.14 pagi waktu Malaysia, genap 17 tahun setelah kali pertama ia terbang diudara iaitu pada 17 Julai 1997.

Rujuk artikel ini untuk berita penuh MH17 terhempas: MH17 Terhempas Setelah Ditembak di Ukraine

2. Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. 

3. MAS mengesahkan menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine. 

4. Angkatan Tentera Ukraine menafikan tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di timur Ukraine. Dalam satu udpate di Twitter milik rasmi kerajaan Ukraine, mereka menyatakan bahawa pejuang pemisah pro-Russia yang menembak jatuh MH17. Rujuk video berikut...



 
5. Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow. Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara. 

6. Sergei, seorang anggota pemisah menafikan pihak pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak jatuh sebuah pesawat dari ketinggian itu. 

7. Komander pemberontak Ukraine “Donetsk People’s Republic” mengaku tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine. 

8. Pihak media tempatan telah melakukan sidang media bersama Dato Seri Najib Razak pada sekitar jam 4.20 pagi tadi (18 Julai 2014). Dato Seri Najib Razak mengumumkan akan menghantar satu pasukan ke Ukraine bagi menyiasat perkara yang terjadi. Rujuk artikel ini.


 

9. Obama juga telah menyuarakan kesudiannya menghantar satu pasukan ke Ukraine bagi mencampuri urusan MH17. Obama menyatakan bahawa pihaknya akan mengutamakan jalan penyelesaian kes tersebut dan meminta agar pihak Ukraine tidak mengalihkan apa-apa kesan nahas sehingga pasukan mereka tiba. Obama juga menyatakan pihaknya akan memastikan apakah benar seramai 23 orang rakyat US terlibat dalam nahas tersebut.

10. Petanda buruk apabila Obama dilihat bersuara lebih lantang daripada pihak yang terlibat dalam nahas, iaitu Malaysia. Obama dilihat seperti mempunya kepentingan khas untuk negaranya dalam kempen mereka menentang keganasan.

11. Pihak Russia pula telah menafikan bahawa BUKAN mereka yang menembak 

Monday, March 24, 2014

MH370: Adakah ini titik noktahnya?

MH370 might have crashed into Indian Ocean in suicide mission, says daily

Semalam jam 10.00 malam bertempat di PWTC, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah membuat sidang media khas berhubung kehilangan pesawat Mh370 yang telah diberi titik noktah di lautan Hindi.

Keputusan dibuat berdasarkan rumusan data oleh AAIB UK dan data satelit Immarsat. Ia menunjukkan bahawa lokasi terakhir MH370 dikesan adalah di koridor selatan berdekatan Australia.
Keputusan ini telah melegakan banyak pihak yang selama ini menunggu bagaimana keusdahan misi SAR atau pencarian pesawat ini.

Dari aspek tragedi ia merupakan berita yang melegakan buat setakat ini. Dan selagi sisa pesawat mahupun kotak hitam hitam pesawat tidak dijumpai, tentunya masih banyak lagi persoalan yang tidang terungkai.

Bagi pihak yang ingin kepastian apa sebenarnya yang berlaku, ia sebenarnya baru bermula. APa sebenarnya yang terjadi? bagaimana ia terjadi? apa motifnya kejadian ini? Malah tragedi ini telah menarik penglibatan lebih 22 negara dalam misi SAR. Tentunya ada yang istimewa dengan MH370 ini.

Pelbagai teori dan andaian telah dikemuka sebelum ini dengan pelbagai persepsi dan hujah sokongan. Di antara yang terakhir kita dengar adalah:


  • APa kargo yang dibawa oleh MH370 sehingga ia menjadi perhatian lebih 22 negara yang turut sama membawa peralatan canggih untuk mengesannya.
  • Juga dikatakan terdapat ejen rahsia dalam pesawat samada dari China, USA serta Israel yang tentunya mempunyai misi yang tersendiri.
  • Kenapa pesawat berpatah balik dan bagaiman sistem komunikasi pesawat tercanggih lumpuh sama sekali. Dan ada yang mengatakan tenologi AWACS Amerika Syarikat mampu melakukan perkara ini, apatah lagi teknologi Boeing juga dari negara yang sama.
  • Ada yang mengatakan ada bersama emas di bawa dalam pesawat memandang China pada 2014 telah mula meningkatkan rizab emas negaranya dan ini juga dikatakan antara yang menjadi persoalan, banyak mana ia dibawa dan samada ianya hanya sekadar spekulasi
Apapun MH370 akan menjadi satu misteri kehilangan pesawat terhebat dan ajaib dalam abad kecanggihan teknologi ini. Ia mungkin melibatkan perancangan negara yang mempunyai kuasa yang lebih besar dan hebat dalam misi negara masing-masing atau ia sememangnya tragedi yang tidak diundang.

Sama-sama kita tunggu hasil siasatan dan pembongkarannya selepas peristiwa ini. Jika ianya konspirasi tentunya akan menjadi seperti peristiwa 11/9 yang kini mula dilupakan walaupun cerita sebenanya telah dirungkaikan dengan bukti-bukti yang kukuh.

Sama-sama kita sedeqahkan ALFATIHAH untuk mangsa MH370 dan kita doakan keluarga mereka kuat dan sabar menghadapi dugaan yang hebat ini.

Sunday, March 23, 2014

Pulau Aneh Socotra Yaman – Pulau Di Mana Dajjal Pernah Dirantai?



1Pulau Aneh Socotra Yaman – Pulau Di Mana Dajjal Pernah Dirantai? (15 Gambar) | Dunia menyebutnya sebagai pulau Alien, makhluk yang hidup di pulau ini serba aneh dan tidak ditemukan di tempat lainnya.Pulau ini dikatakan begitu indah, namun sama sekali tak tersentuh oleh dunia luar, hingga UNESCO menganugerahkannya sebagai salah satu Lokasi Warisan Dunia.
Sejumlah teori dan khabar angin mengatakan, pulau ini diduga sebagai tempat dimana Dajjal pernah di penjara pada masa lampau, sebelum akhirnya bebas dan mengharungi samudera menuju Segitiga Bermuda.
Pulau Socotra adalah kepulauan kecil yang terletak di Lautan Hindi, sekitar 80 km sebelah timur tanduk Afrika dan 380 km selatan benua Arab. Kawasannya masuk dalam wilayah Republik Yaman.
2
Berada disini seperti berada di planet lain, indah namun terkesan sangat aneh. Teori sekaligus mitos pulau ini sebagai penjara Dajjal makin kuat jika disandingkan dengan beberapa teori dan sejarah lainnya bahawa Dajjal pernah dikurung di Laut Yaman.
Menurut penelitian sejumlah pakar, Pulau Socotra merupakan pulau yang terbentuk sejak jutaan tahun silam dengan bentuk asli seperti itu, tak terusik oleh gerakan geologi dari wilayah bumi lainnya. Kerana kewujudannya yang terasing dari dunia luar, maka makhluk hidup yang ada di pulau ini bersifat endemik iaitu tidak ditemui ditempat lain di dunia ini.
Seperti dikutip dari Socotraislandadventure.com, dalam dunia pelancongan pulau Socotra dijuluki sebagaiDunia Yang Hilang. Flora dan fauna di pulau yang mulai menjadi destinasi baru di Timur Tengah ini nampak aneh. Setidaknya ada 900 jenis tanaman aneh disini.
3
Lihat saja pohon Darah Naga (Dracanea Cinnabari) yang menjadi ikon khas pulau ini. Disebut darah naga kerana getah pohon yang berbentuk payung raksasa ini berwarna merah. Konon getah pohon ini diburu orang sebagai ubat dari segala penyakit. Flora unik lainnya adalah tanaman raksasa Dorstenia, Dendrosicyos, pohon Delima Socotra yang pelik (punica protopunica).
4
5
6
7
8
9
10
11
Tak hanya flora, pulau ini juga memiliki fauna-fauna yang cantik namun aneh, ada spesies burung endemik seperti Socotra Starling Onychognathus Frater, Socotra Sunbird Nectarinia Balfouri, Socotra Sparrow Passer Insularis, dan Grosbeak Socotra Rhynchostruthus Socotranus. Ada juga Burung Penyanyi Socotra, incana-incana. Kelawar adalah satu-satunya mamalia asli pulau Socotra. Pulau ini bahkan memiliki spesies endemik terumbu karang.
12
13
14
Apa kaitan Pulau Socotra ini dengan Dajjal?
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.
Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.
Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:
“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya kisah Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam
@http://kisahbest.my/

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...