nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label aneh. Show all posts
Showing posts with label aneh. Show all posts

Monday, August 21, 2017

Jom Kenali Bangsa Inuit.. apa yang anehnya

Image may contain: 1 person, smiling

Ada satu kaum Tuhan ciptakan tinggal di Greenland yang sejuk di kawasan tundra. Jika di padang pasir di diami arab badwi, hutan hujan khatulistiwa di diami orang asli. Kawasan sejuk artik pula di diami oleh bangsa Inuit. Mudah kata orang eskimo.

Apa yang menariknya tentang bangsa ini, diet pemakanan mereka. Sebelum pengaruh gaya hidup moden sampai pada mereka. Percaya atau tidak golongan ini makan lemak haiwan macam makan nasi. Sumber makanan yang ada cuma ikan, caribou, anjing laut dan ikan paus. Caranya makan mentah, rebus atau salai. No kari, no masak lemak, no masak kicap. 

Image may contain: 13 people

Kawasan suhu di bawa paras beku mana ada tempat untuk bercucuk tanam, jika hendak menikmati hasil hutan pun kena tunggu musim panas melanda. Itupun hanya buah beri, rerumput dan stem akar kayu yang di perolehi. Tiada gandum, beras, jagung mahupun barli.

Bagi orang biasa macam kita ini. Tanpa nasi atau sumber karbo kita tak boleh hidup. Apa akibatnya menelan daging tanpa sumber karbohidrat? Badan akan menukar lemak kepada ketones sebagai bekalan tenaga. Proses ini di panggil Ketosis. Ketosis untuk jangka masa sederhana adalah baik. Efeknya seperti kita berpuasa. Itu yang menyebabkan badan boleh jadi kurus. Tapi jika terlalu ekstrem badan manusia akan mengalami Ketoacidosis.

Image may contain: one or more people

Nak explain pun panjang. Senang cerita darah boleh menjadi terlalu berasid dan boleh menyebabkan kematian. Ditambah lagi risiko gout akibat mendakan asid urik akibat pengambilan makanan laut dan risiko kerosakkan buah pinggang disebabkan pengambilan protein yang tinggi.

Image may contain: 1 person, ocean and water 
 

Sebab itu diet rendah carbohidrat seperti diet Atkins tidak digalakkan untuk tempoh yang berterusan.
Yang menariknya nisbah bangsa inuit kurang mengalami sakit jantung, darah tinggi, stroke atau masalah yang di atas walaupun mengamalkan cara pemakanan yang ekstrem ini. Hayat usia pun boleh tahan dari 67 hingga 72 tahun. Itu belum lagi di campur lagi dengan misteri dari mana mereka mendapatkan vitamin C.

Ini kau makan daging kambing sepinggan dah duduk panas mengipas pening-pening. Tak lama pastu kena darah tinggi.

Muhamad Khair
FB SEPAT Paranormal Team

Tuesday, March 7, 2017

Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'

Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'

SEORANG lelaki sanggup berhabis AS$50,000 (RM223,000) demi merealisasikan cita-citanya untuk menjadi makhluk asing.

Vinny Ohh, seorang jurusolek dari Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjalani lebih 100 pembedahan untuk memastikan hasratnya itu tercapai.

Ohh kini merancang untuk menjalani pembedahan untuk membuang alat sulit dan pusat, selepas menjalani pelbagai prosedur pembedahan wajah.

Dia juga selesa mengenakan kanta lekap berwarna hitam, yang didakwa menonjolkan lagi identiti 'makhluk asing' seperti yang diingininya.



Portal Toronto Sun melaporkan, Ohh yang berusia 22 tahun mula menjalani pembedahan ketika berusia 17 tahun.

"Saya mahu jadi makhluk asing yang tidak berjantina," kata Ohh kepada portal berkenaan.

Ditanya apa yang membuatkan dia tekad berbuat demikian, Ohh memberitahu, ia bermula kerana kegagalannya untuk menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling, selain enggan menjadi mangsa jangkaan luar biasa yang biasa ditetapkan dalam masyarakat.

Ohh bakal menjadi sebahagian daripada rancangan The Plastics of Hollywood, yang akan mengetengahkan bakat-bakat mereka yang obses dengan pembedahan plastik.

 Berita lanjut boleh ke Istagram Vinny Ohh

Saturday, June 14, 2014

Risalah dibalut kulit manusia- mengejutkan

Risalah   dibalut kulit manusia
Kulit depan buku Des Destinees abad ke-19 dibuat menggunakan kulit manusia.

Cambridge: Saintis Universiti Harvard membuat penemuan menggemparkan apabila mendapati risalah Perancis dari abad ke-19 di perpustakaan institusi itu dibalut dengan kulit manusia. Penemuan itu disahkan Universiti Harvard minggu ini, selepas beberapa ujian saintifik dijalankan. 

Naskhah oleh Arsene Houssaye berjudul “On the destiny of the soul” adalah sebahagian daripada koleksi buku antik dari Perpustakaan Houghton, yang mengkhusus dalam naskhah unik dan jarang ditemui. 

Saintis dan pakar membaik pulih menggunakan beberapa kaedah untuk menguji asal usul bahan kulit buku menggunakan sampel mikroskopik. Menerusi ujian ini, mereka menolak kemungkinan bahawa kulit buku itu dibuat daripada kulit kambing, biri-biri atau haiwan lain. 

“Mereka 99 peratus yakin bahawa kulit buku itu berasal dari manusia,” kata satu pos dalam blog perpustakaan itu, memetik kata-kata pakar kanan membaik pulih buku, Alan Puglia.

Naskhah oleh Arsene Houssaye berjudul “On the destiny of the soul” adalah sebahagian daripada koleksi buku antik dari Perpustakaan Houghton, yang mengkhusus dalam naskhah unik dan jarang ditemui. 

membaik pulih buku, Alan Puglia.

Kesimpulan itu mengesahkan kebenaran nota tulisan tangan dalam bahasa Perancis yang dijumpai di dalam buku itu, yang mengatakan ia dibalut “menggunakan kertas kulit manusia.” 

“Jika dilihat dengan diteliti, anda dengan mudah dapat mengesan pori-pori kulit,” tambah nota yang ditulis seorang doktor juga sahabat kepada Houssaye yang hidup sekitar 1815 hingga 1896. - AGENSI


@ Berita Harian



Sunday, March 23, 2014

Pulau Aneh Socotra Yaman – Pulau Di Mana Dajjal Pernah Dirantai?



1Pulau Aneh Socotra Yaman – Pulau Di Mana Dajjal Pernah Dirantai? (15 Gambar) | Dunia menyebutnya sebagai pulau Alien, makhluk yang hidup di pulau ini serba aneh dan tidak ditemukan di tempat lainnya.Pulau ini dikatakan begitu indah, namun sama sekali tak tersentuh oleh dunia luar, hingga UNESCO menganugerahkannya sebagai salah satu Lokasi Warisan Dunia.
Sejumlah teori dan khabar angin mengatakan, pulau ini diduga sebagai tempat dimana Dajjal pernah di penjara pada masa lampau, sebelum akhirnya bebas dan mengharungi samudera menuju Segitiga Bermuda.
Pulau Socotra adalah kepulauan kecil yang terletak di Lautan Hindi, sekitar 80 km sebelah timur tanduk Afrika dan 380 km selatan benua Arab. Kawasannya masuk dalam wilayah Republik Yaman.
2
Berada disini seperti berada di planet lain, indah namun terkesan sangat aneh. Teori sekaligus mitos pulau ini sebagai penjara Dajjal makin kuat jika disandingkan dengan beberapa teori dan sejarah lainnya bahawa Dajjal pernah dikurung di Laut Yaman.
Menurut penelitian sejumlah pakar, Pulau Socotra merupakan pulau yang terbentuk sejak jutaan tahun silam dengan bentuk asli seperti itu, tak terusik oleh gerakan geologi dari wilayah bumi lainnya. Kerana kewujudannya yang terasing dari dunia luar, maka makhluk hidup yang ada di pulau ini bersifat endemik iaitu tidak ditemui ditempat lain di dunia ini.
Seperti dikutip dari Socotraislandadventure.com, dalam dunia pelancongan pulau Socotra dijuluki sebagaiDunia Yang Hilang. Flora dan fauna di pulau yang mulai menjadi destinasi baru di Timur Tengah ini nampak aneh. Setidaknya ada 900 jenis tanaman aneh disini.
3
Lihat saja pohon Darah Naga (Dracanea Cinnabari) yang menjadi ikon khas pulau ini. Disebut darah naga kerana getah pohon yang berbentuk payung raksasa ini berwarna merah. Konon getah pohon ini diburu orang sebagai ubat dari segala penyakit. Flora unik lainnya adalah tanaman raksasa Dorstenia, Dendrosicyos, pohon Delima Socotra yang pelik (punica protopunica).
4
5
6
7
8
9
10
11
Tak hanya flora, pulau ini juga memiliki fauna-fauna yang cantik namun aneh, ada spesies burung endemik seperti Socotra Starling Onychognathus Frater, Socotra Sunbird Nectarinia Balfouri, Socotra Sparrow Passer Insularis, dan Grosbeak Socotra Rhynchostruthus Socotranus. Ada juga Burung Penyanyi Socotra, incana-incana. Kelawar adalah satu-satunya mamalia asli pulau Socotra. Pulau ini bahkan memiliki spesies endemik terumbu karang.
12
13
14
Apa kaitan Pulau Socotra ini dengan Dajjal?
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.
Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.
Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:
“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya kisah Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam
@http://kisahbest.my/

Friday, January 3, 2014

Rumah Unik KaumKorowai di Papua New Guinea



Jauh di pendalaman Papua New Guinea, terdapat sekumpulan puak orang asli yang memiliki kediaman paling mengayatkan di dunia. Puak yang dikenalpasti sebagai Puak Korowai ini masih lagi mengamalkan corak hidup terpencil dan daif. Untuk ketemukan puak ini, akses utama adalah hutan belantara dan sungai-sungai yang jarang diteroka.


Manusia moden pertama yang merekodkan pertemuan dengan puak ini adalah sekumpulan mubaligh berbangsa Belanda sekitar tahun 1974.
Kediaman Puak Korowai yang tinggi sehingga ada yang mencapai ketinggian 35 meter daripada tanah ini cukup menggagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Alasan utama mereka sanggup mendirikan rumah yang tinggi adalah untuk mengelakkan puak mereka daripada ancaman binatang buas dan nyamuk.
sumber: http://takusahrisau.wordpress.com

Misteri Timbunan Rangka Manusia di Tasik Roopkund di Banjaran Himalaya..

527684_275598885850397_1401361694_n


Tasik Roopkund di Chamoli District, Uttarakhand, India adalah tasik glasier yang terkenal dengan timbunan lima ratus rangka manusia di sekelilingnya. Tasik ini sering dilaputi salji dan glasier namun apabila tiba musim panas, salji dan glasier yang mencair menampakkan timbunan tengkorak di gigi tasik dan sekelilingnya.
Lokasi di mana tasik ini berada langsung tidak berpenghuni kerana pelbagai faktor terutama ketinggian altitudnya yang mencecah 5,029 meter atau 16,499 kaki. Di kaki gunungnya, terdapat beberapa kampung kecil.
Keberadaan rangka dan tulang manusia yang sebegitu banyak membingungkan ramai saintis. Pertama kali ia ditemui adalah pada tahun 1942 oleh tentera British. Mereka terkejut dengan keadaan yang menyeramkan dan serta-merta menyangka ia adalah tulang dan rangka tentera Jepun. Telahan itu ternyata tidak tepat kerana selepas siasatan dan kajian, tulang tersebut bukan milik tentera Jepun kerana kesemua tulang telah dimakan usia.
Kebanyakan kulit, tulang dan tengkorak tidak mereput kerana faktor cuaca namun berdekad lamanya, saintis masih gagal memecahkan tembok persoalan. Pelbagai teori dikemukakan antaranya adalah kematian mereka disebabkan upacara bunuh diri. Terdapat juga teori yang menghujah bahawa kematian mereka disebabkan pembersihan etnik. Walaubagaimanapun, teori paling masuk akal adalah akibat tertimbus oleh tanah runtuh.
Akhirnya terungkai
Ekspedisi para saintis pada tahun 2004 telah berjaya merungkai misteri kematian mereka di tasik Roopkund. Saintis menganalisi hampir kesemua mayat dan rangka yang terdapat di situ.
Hasilnya, mereka berjaya mencipta kesimpulan yang agak sukar diterima akal. Para saintis tersebut mendakwa bahawa mereka yang maut di tasik Roopkund terbahagi kepada dua puak yang berbeza melalui ciri-ciri fizikal dan DNA mereka.
Puak pertama adalah mereka yang berfizikal seakan-akan sama iaitu kemungkinan mereka sanak-saudara atau daripada puak yang sama.
Manakala puak yang satu lagi terdiri daripada mereka yang berbadan kecil seperti masyarakat tempatan. Kemungkinan mereka diambil bekerja untuk mengangkut barang dan penunjuk jalan kepada puak yang satu lagi.
543270_275596352517317_180304489_n
Walaubagaimanapun, mereka maut dengan cara yang sama selepas hasil analisa menunjukkan tengkorak dan bahu mereka retak teruk. Keretakan tengkorak mereka bukan disebabkan hentam benda tajam namun akibat hentam sesuatu yang berbentuk bulat.
Selepas membuat kajian yang cukup teliti, saintis menyatakan kematian mereka disebabkan oleh hentaman salji yang masing-masing berukuran sebiji bola besbol. Salji tersebut memiliki kekerasan yang cukup untuk memecahkan cermin kereta. Mereka terperangkap di lembah sunyi tersebut dan tidak mempunyai pokok mahupun bangunan untuk berlindung.
Pentarikhan karbon turut dibuat. Apa yang mengejutkan adalah usia mereka adalah dalam lingkungan 850 selepas masihi. Ini bermakna mereka bersemadi tanpa diketahui oleh mana-mana manusia mahupun haiwan selama lebih 10 abad.!
800px-Roopkundroopkund4Weird-History-of-Roopkund-Lake-UttarakhandSK538354_275596289183990_1384604523_n
sumber: http://takusahrisau.wordpress.com

Misteri: Alat Sulit Grigori Rasputin Yang Terpanjang di Dunia Sepanjang Zaman..


2e16b8339a02f431a2174b2a16a2d11a

Mistik kehidupan ‘ahli sihir’ Czar Russia, Czar Nicholas II iaitu Grigori Rasputin bukan sahaja berkisar tentang kehidupan dan saat kematiannya yang liat, namun ia turut mengaitkannya dengan organ kemaluannya. Menurut beberapa pendapat, anggota kemaluan Rasputin dikatakan adalah paling panjang pada zamannya. Dianggarkan bahawa ia berukuran lebih daripada 13 inci panjang.
Terdapat dua versi bagaimana anggota sulit Rasputin ini berjaya ‘diselamatkan’. Kisah pertama menceritakan bagaimana seorang wanita berjaya menyimpan anggota sulit Rasputin selepas pembunuh-pembunuh beliau bertindak memotong anggota sulitnya. Pada mulanya, wanita tersebut hanya datang untuk mencuci kawasan yang menjadi lokasi pembunuhan Rasputin.
Kisah kedua pula mempunyai versi yang lebih dipercayai. Selepas Rasputin dibunuh, seorang kawan kepada isterinya menyimpan anggota sulit Rasputin sebagai tanda kenang-kenangan. Namun, entah bagaimana, pada 1920-an anggota sulitnya sampai di Paris dan menjadi alat sembahan kepada mereka yang ingin ‘kesuburan batin’. Anak perempuan Rasputin, Marie Rasputin merayu untuk mengembalikan anggota sulit bapanya kepada keluarganya. Ia kekal berada di tangan Marie Rasputin sehingga kematiannya pada 1977 di California.
Rasputin_pt
Pada 1994, anggota kemaluan Rasputin kembali timbul. Seorang lelaki daripada California, Amerika Syarikat telah berjaya membeli daripada seorang doktor yang bernama Dr. Ripple. Selepas itu, kisah tersebut kelihatan kabur.
10 tahun kemudian,Igor Knyazkin iaitu pengarah Russian Museum of Erotica di St. Petersburg telah mendakwa memiliki alat sulit Grigori Rasputin yang berukuran 11 inci panjang. Walaubagaimanapun, ia adalah bertentangan dengan apa yang didakwa oleh Marie Rasputin yang mana beliau mendakwa memiliki alat sulit Rasputin yang berukuran 13 inci panjang.
Terdapat beberapa pihak mendakwa, alat sulit Rasputin yang dipamerkan di muzium tersebut adalah milik seekor kuda atau spesies bovine.
Dead_Rasputin
Rasputin ditemui mati selepas dibunuh dengan kejam. Cuba lihat kesan tikaman di dahi beliau.

sumber: http://takusahrisau.wordpress.com

Thursday, August 23, 2012

Fenomena Ganjil Lautan Buih Melanda Cape Town (9 Foto)

Satu fenomena luar biasa telah berlaku di kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan. Ia dianggap sebagai fenomena unik apabila kawasan tersebut dibanjiri dengan air buih yang sangat banyak.
Kejadian alam seperti banjir besar,hujan lebat merupakan fenomena biasa yang terjadi di atas muka bumi ini. Terdapat satu lagi yang boleh dianggap unik. Satu fenomena alam luar biasa yang jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih ‘Cuppuccino’. Buih-buih itu jelas kelihatan melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam. Boleh lihat gambar di bawah.
 
 
Info Ringkas:
Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.
Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air secara berkadaran lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan yang air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama.
Justeru air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.
 

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...