nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label felda chalok. Show all posts
Showing posts with label felda chalok. Show all posts

Saturday, January 28, 2017

Generasi Peneroka Tuntut Janji ‘Town Ship’ Felda Chalok

SETIU – Janji untuk membangunkan perbandaran Felda (Town Ship) Chalok Kampung Rahmat sudah empat tahun berlalu, sejak diheboh-hebohkan sebelum pilihan raya umum kali ke-13 lalu.
Diantara perkara yang menjadi bahan kempen Barisan Nasional (BN) melalui Felda adalah, membina rumah bagi generasi baharu, yang termasuk dalam pembangunan Town Ship tersebut.
Generasi kedua Felda tersebut, Azmi Maarof, 56, kesal kerana tanah seluas 43 hektar itu kini, menjadi semak samun semula.
“Jadi maknanya sampai sekarang empat tahun lebih dah……. jadi dengar khabarnya rancangan untuk buat ‘Town Ship’ ni ditangguh atau dibatal tu……. tak taulah?
“Dan antara projek yang dibuat ni perumahan generasi (Felda), perkedaian dan pejabat an kawasan ini melibatkan 43 hektar,”ujarnya.
Beliau yang dtemui di kampung tersebut berkata, kawasan tersebut pada mulanya adalah tanah rezab milik Felda ang dutanam oleh syarikat Felda Technoplant Sdn Bhd dengan anak-anak kelapa sawit.
“Dia (projek ini) di sepanjang jalan (Kelantan) daripada tempat kita berada ni sehinggalah ke Kampung Chalok Kedai dekat stesyen minyak dan untuk rancangan ini juga Felda dalam perancangan awal nak ambil balik tanah peneroka lebih dalam empat lot rasanya,
“Enam ekar satu lot jadi enam kali empat sama dengan 24 ekar……….ada antara lot-lot tu yang telah ditanam terpaksa dibuang anak semula kerana projek ni semasa (hampir) pilihan raya (lalu),”jelas beliau.
Sepatutnya, kata Azmi, pembangunan dan pembinaan rumah generasi anak-anak peneroka lebih di situ diutamakan, kerana ia adalah tanah rancangan Felda yang paling awal di negeri Terengganu.
Namun, sebaliknya sudah ada empat generasi di kawasan Felda itu, tidak ada walaupun sebuah rumah yang dibina.
“Jadi apa yang kita harap sangat-sangat kita generasi kedua, ke tiga dan ke empat di Felda Chalok ini mengharap sungguhlah supaya tanah ini dibangun untuk perumahan generasi,
“sebab Felda Chalok ni antara Felda yang paling tua sekali dalam Negeri Terengganu…..yang mana peneroka asalnya mari sini pada (sejak) tahun1957 lagi,”kata beliau.
Mewakili golongan terbabit, beliau berharap projek tersebut tidak hanya menjadi ‘gula-gula’ politik, apabila hampir pilihan raya akan datag pula.
“Jadi kita pun tak maulah maknanya……. atas isu tanah generasi kedua ini di jadikan isu politik dekat pilihanraya baru mari………baru nak buat,
“kita harap supaya Felda mengambil tanggungjawab sosial untuk generasi- generasi Felda di kampung kita ni di Felda Chalok ini,”tegas beliau

@buletin online

Tuesday, January 3, 2012

Nak kena minta tolong Yb ke?

Hari ini dengar luahan peneroka Felda Chalok, Setiu, Terengganu yang mengadu tak terima bonus sebagaimana yang diisytiharkan oleh PM tempohari. Setelah diselidik dan ditanya lebih lanjut katanya buah kelapa sawit yang dihantar melalui Pejabat Felda tidak mencukupi kuota.

Maknanya jika ramai peneroka yang menghantar buah kelapa sawit melalui pejabat Felda yang tidak cukup kuota akan menerima nasib yang sama. Kata mereka tiada makna bonus itu diwawarkan dengan gah sekali di akhbar dan TV. Kalau begitu caranya, baik tak payah hantar terus buah kelapa sawit melalui pejabat felda, baik jual terus kepada pembeli luar. Hati pun tidak sakit kalau begini keadaannya, luah mereka.

Sepatutnya kalau FELDA nak isytihar bonus perlu dibahagi tanpa mengira kuota, kalau sedikit dapat sedikit, kalau banyak dapat banyak, sedikit sama di rasa, banyak sama dikecap.

kata mereka keadaan ini amat mengecewakan mereka sama sekali, lebih-lebih lagi purata usia peneroka adalah mereka yang terdiri daripada warga emas.

Mereka juga berkata, jika isu pemberian bonus ini tiada kesudahan, Karam Singh Walia (TV3) pun mereka akan panggil selain akhbar Sinar Harian mahupun harian Metro. Mereka beranggapan generasi awal peneroka kini sudah tidak dihargai oleh FELDA dengan perubahan arus zaman dan teknologi. Tetapi jangan kita lupa, generasi emas inilah yang bersusah payah menebas tanah hutan membangunkan tanah yang dulunya hutan rimba yang kini kawasan yang dihuni dengan selesa, selamat dan mempunyai kemudahan.

Mereka amat berharap YB DUN akan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah dan isu ini.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...