nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label nahas pesawat. Show all posts
Showing posts with label nahas pesawat. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Tragedi MH17: Kenapa Pesawat MAS MH17 MALAYSIA yang ditembak?


Berdasarkan beberapa laporan akhbar berkaitan isu nahas MH17 pada 17 Julai 2014 di Ukraine yang melibatkan pesawat penumpang MAS, beberapa persoalan dapat dibangkitkan dengan kata kunci KENAPA MALAYSIA?


  • Kenapa pesawat MAS MH17 MALAYSIA yang di tembak, sedangkan banyak lagi pesawat yang melalui ruang udara tersebut 24 jam termasuk India Airlines, SIngapore Airlines dan bermacam-macam lagi syarikat penerbangan dunia?

  • Adakah tembakan dilakukan secara rambang? adalah mustahil dengan ketinggian melebihi 30,000 kaki ia ditembak secara rambang. Yang pasti ia telah dituju secara jelas dengan GPS penerbangan dan ditembak secara tepat dengan peluru berpandu. Tiada peluru berpandu ditembak secara rambang dan membabi buta.

  • Setiap pesawat penumpang komersil mempunyai pengenalan diri. Anda boleh semak melalui aplikasi Plane finder di Google Play yang boleh didapati secara percuma. Dimana terdapat 5000 hingga 6000 pesawat di udara setiap masa diseluruh dunia. Semuanya mempunyai kod pengenalan diri kecuali pesawat persendirian ataupun jet pejuang tentera yang mungkin tiada dalam sistem komunikasi udara komersil. Malah anda boleh semak jenis pesawat, ketinggian,kelajuan semasa dan destinasi pesawat tersebut jika di akses melalui komputer riba atau dekstop. Ini bermakna pesawat yang ditembak sememangnya telah dikenal pasti dan diketahui. Persoalannya kenapa MALAYSIA?
  • Apakah setelah tercetusnya kontroversi MH370 yang hilang ghaib dengan penumpang begitu sahaja dan tidak mencetuskan kontroversi seperti Malaysia-China, mungkin diharap selepas ini wujud kontroversi lebih panas di antara MALAYSIA-UKRAINE-RUSSIA serta BELANDA?

  • Jika dilihat dengan kesukaran dalam mendapatkan kerjasama bagi mendapatkan kebenaran dan akses masuk ke tempat kejadian serta isu tuduh menuduh di antara Ukraine- Pemisah Pro Russia serta Kerajaan Russia sendiri, menjadikan keadaan sedikit tegang, dan yang pasti negara yang paling banyak cakap adalah Amerika Syarikat.

  • Satu lagi isu yang mungkin agak sukar dipercayai, apakah ada negara KETIGA yang mengambil kesempatan mencetuskan kekeruhan dan ketegangan di rantau itu dengan menembak pesata MAS MH17, boleh jadi ia ditembak daripada Kapal Selam darat ke bumi, daripada Satelit tentera atau daripada mana-mana lokasi rahsia, dan ianya akan dipastikan jatuh di wilayah bergolak di Ukraine yang sememangnya tegang sejak kehilangan MH370 lagi.
Untuk mencari jawapan, anda kena banyak menganalisa berita, negara mana yang memberikan kenyataan yang bagaimana, negara mana yang dituduh dan negara mana yang menuduh dan sebagainya. ISU MH370 perlu dikaji bersama, kerana ia masih belum menemui titik noktah dan masih rahsia.

Isu MH17: Kenapa MAS menggunakan ruang udara Ukraine?



Tragedi Malaysia Airlines MH17 telah menarik perhatian dan simpati pelbagai pihak dari serata dunia, menyebabkan ramai tertanya mengapa kemalangan yang begitu dahsyat boleh berlaku. 

Saat jari menuding dan pemimpin dunia mencari pihak untuk disalahkan, ramai jua yang tertanya-tanya mengapa penerbangan dari Amsterdam ke Malaysia melalui ruang udara Ukraine.


Untuk memulakan penerangan ini, mungkin anda perlu memahami konsep geografikal, iaitu di mana tiga titik penting berada. Terdapat tiga titik dalam peta ini iaitu lokasi Amsterdam, tapak kapal terbang terhempas iaitu Ukraine, dan destinasi akhir pesawat iaitu di Kuala Lumpur. 

Seperti yang boleh anda lihat, tiga titik ini membentuk garisan yang hampir sempurna lurus.



Seperti yang diberitahu oleh stesen televisyen Jepun, NHK, ini bukannya satu kebetulan. Jika anda menghabiskan banyak masa berjalan atas tanah, anda mungkin tidak akan fikir tentang jalan terus secara langsung untuk ke destinasi anda, kerana anda dihalang oleh pagar, bangunan dan sebagainya. Bagaimanapun, apabila merancang laluan pesawat, syarikat penerbangan biasanya memilih laluan dengan jarak paling singkat, kerana jet tidak ada masalah untuk terbang menembusi awan kumulus nimbus.

an ini jelas apa yang sememangnya dilakukan oleh penerbangan MH17: mengambil jalan paling terus ke Malaysia. Sudah tentu, bukan semua penerbangan mengambil jalan paling singkat, dan pengalihan arah penerbangan disebabkan cuaca buruk dan situasi kecemasan, bukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Oleh itu, ramai tertanya mengapa MH17 terbang menerusi ruang udara sebuah kawasan yang dikatakan zon perang yang aktif.

Untuk menjawab persoalan tersebut, NHK atau Parbadanan Penyiaran Jepun menemubual Hiroyuki Kobayashi, seorang juruterbang terkenal di Jepun yang pernah terbang di semua laluan antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Japan Airlines (JAL) dan hampir kesemua laluan domestik Jepun. Beliau telah bersara pada tahun 2003.

Seperti yang diterangkan oleh pesara penerbangan itu, pesawat penumpang sering melalui ruang udara zon perang apabila ia disahkan selamat untuk penerbangan altitud tinggi. Kobayashi memberitahu yang dia sendiri berpengalaman terbang melalui ruang udara Vietnam, Iran dan Iraq semasa perang berlaku di negara tersebut. Selagi pesawat terbang lebih tinggi dari altitud 10, 000 meter di kasawan perang, ia sepatutnya berada dalam keadaan selamat, terutamanya jika telah diputuskan bahawa senjata yang mampu menembak pesawat tidak digunakan oleh pihak yang berperang.

Walaupun helikopter dan kapal terbang lain telah diserang dalam konflik Ukraine yang terbaru, tidak ada sebarang petunjuk bahawa terdapat peluru berpandu yang mampu mengenai pesawat penumpang dari permukaan kawasan itu, sedang digunakan di situ. Kobayashi juga menekankan bahawa laluan itu ialah laluan yang sangat biasa digunakan untuk penerbangan antara Asia Tenggara dan Eropah.

Anda boleh tonton video NHK yang menerangkan tentang laluan penerbangan tersebut di bawah. Ia berteknologi rendah, namun menggunakan benang atas glob menyebabkan penerangan itu mudah difahami.

Kobayashi turut menambah bahawa, melalui gambaran video kawasan pesawat itu terhempas yang telah ditonton olehnya, penerangan yang paling sesuai tentang serpihan yang melayang dan jatuh bertebaran dalam jarak yang luas ialah disebabkan letupan di udara. 

Dia bersetuju bahawa pesawat itu telah ditembak dan kejadian itu akan membawa impak yang besar kepada banyak syarikat penerbangan yang menggunakan laluan di kawasan tersebut.

------------



@www.viraliyat.com

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...