nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label Hamas. Show all posts
Showing posts with label Hamas. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Briged Al Qassam- Wajib Jemaah Subuh 6 Bulan sebelum masuk briged


Briged Al Qassam adalah briged sayap kanan HAMAS yang digeruni oleh askar dan regim Israel. Kenapa mereka jadi begitu hebat. Mari kita kenali lebih dekat briged ini;


  • Nama Briged AL Qassam ini adalah bersempena ulama Sheikh Izzuddin Al Qassam yang telah mati bunuh oleh tentera British pada 1935.
  • Ditubuhkan di Gaza sebagai briged sayap bersenjata tentera Hamas pada 1987.
  • Ia mempunyai peraturan yang ketat iaitu perlu berpuasa sunat pada Isnin dan khamis, perlu menghafaz Quran dan Hadis, perl;u Solat Tahajjud setiap malam.
  • Syarat untuk menjadi Komando AL Qassam ialah perlu Solat Subuh berjemaah selama 6 bulan tanpa gagal walau sekali pun.
  • Jumlah anggota briged melebihi 30,000 orang yang terdiri di kalangan profesional, guru, pelajar universiti dimana pada waktu siang mereka bekerja atau belajar dan pada waktu malam mereka menjaga sempadan Gaza-Israel.
  • Mereka sering menggunakan teknik gerila dalam melakukan serangan terutama dengan menggunakan lubang bawah tanah.
  • Juga turut dianggotai wanita dimana mereka ini boleh mngendalikan Rifel AK47 dan juga pelancar roket.
Melihat kepada keperibadian ini, tidak hairanlan muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa malah dengan pertolongan Allah apabila briged ini penuh dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah swt. Malah mereka sentiasa bersedia setiap masa untuk syahid kerana Allah swt.

(sumber: Harian Metro- Jamilul anbia)

Berikut adalah maklumat yang dikongsi dari blog: erapasca.com


Sheikh Izzuddin al Qassam

Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al- Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis. 

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984. 

Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam. 

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar. 

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. 

"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya. 

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang. 

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH 

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam. 

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. 

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. 

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana! 

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir! 

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin



sumber: blog erapasca.com

Thursday, November 15, 2012

Imbas kembali Genocide: Kem Sabra dan Shatilla, pelarian Palestine disembelih dan dibunuh.



Peristiwa penyembelihan di Kem Sabra dan Shatilla telah berlaku pada bulan September 1982, di Beirut, Lubnan.

Pada awalnya, Palestine Liberation Organization (PLO) telah terlibat dalam satu pertikaian dengan Israel dan Kumpulan Nasrani Lubnan, Phalangist. Ketika itu, Phalangist diketuai oleh Bachir Gemayel yang terkenal dengan kekejaman.

Pada 14 September 1982, Bachir Gemayel telah di bunuh dan PLO dituduh terlibat dalam pembunuhan itu lalu menimbulkan kemarahan Phalangist. Mereka berpakat dengan regim Israel bagi menceroboh Kem Sabra dan Shatilla yang menempatkan pelarian Palestin.

Dalam tempoh 36 jam, Phalangist telah menyembelih beratus-ratus orang pelarian di kem itu. Dalam masa yang sama Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pula mengawal setiap pintu masuk ke kem tersebut. Pembunuhan ini berterusan selama 3 hari dan laporan perkembangannyatelah dihantar ke Tel Aviv dari semasa ke semasa.

Jumlah sebenar mangsa yang terkorban tidak diketahui namun International Committee of The Red Cross (ICRC) melaporkan seramai 2,750 orang mangsa terkorban manakala Amon Kapeliuk, seorang wartawan Israel yang terkenal melaporkan seramai lebih 3,000 orang telah terkorban. Manakalapihak tentera Israel hanya melaporkan seramai 700 hingga 800 orang sahaja yang terkorban.


Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel ketika itu yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel dilaporkan telah mengarah tentera Zionis Israel untuk bekerjasama dengan Phalagist bagi menjalankan misi pembunuhan kejam terhadap pelarian kem berkenaan.

Akibat peristiwa itu juga, Ariel Sharon telah didapati bersalahdan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan Israel dilucutkan dan kini beliau masih koma terdampar di hospital sejak beberapa tahun lepas. Mungkin inilah balasan tuhan di dunia di atas kekejaman yang telah dilakukan untuk peringatan.

(sumber: Travelog misteri: Israel Kuasai Dunia, Mohd Nadzri Kamsin)

Blogger: Imbasan berita ini adalah untuk mengingatkan kita bahawa kekejaman Israel adalah lebih daripada ini. Ini mungkin sebahagian kecil kekejaman yang dapat dilaporkan. Malah mungkin banyak lagi kekejaman dan rancangan lain yang hebat dan dahsyat dalam menyiksa rakyat Palestin dan juga yang menyokong rakyat Palestin. Serangan Israel ke atas Gaza pada 15 Nov 2012 bersamaan awal Muharram 1434 adalah tindakan dan kekejaman regim Zionis secara berterusan untuk melemahkan rakyat Palestin. Ia juga menguji sensitiviti umat Islam dunia terhadap penindasan yang berlaku di Palestin.

Mari kita renung apa perjuangan kita dalam membantu saudara kita di Palestin? Adakah kita sudah menderma membantu meringankan beban? Bilakah kali terakhir? Adakah kita masih meberi ruang kepada produk-produk yang jelas menyokong Israel? Adakah kita memberi kesedaran dan kefahaman kepada sahabat, anak-anak kita tentang apa yang berlaku di Palestin? JIka usaha jihad ini dibuat dengan bersungguh, ia mampu membangkitkan kesedaran serta semangat jihad, paling tidak pun kita boleh menolong menghulurkan bantuan kewangan dan sebagainya supaya saudara kita di sana terbela. Ayuh gandakan semangat jihad... Allahuakbar

Friday, May 18, 2012

Amerika Syarikat peruntukan AS$70 juta (RM210 juta) tambahan bagi bantu Israel dengan sistem pertahanan 'Iron Dome'

Sistem pertahanan 'iron dome' yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat untuk membantu 'adiknya' Israel

AS bantu Yahudi perkuat perisai sekat peluru berpandu Hamas, Hizbullah

WASHINGTON: Kumpulan lobi utama pro-Israel di Amerika Syarikat, AIPAC, menyambut baik keputusan Pentagon untuk memperuntukkan dana tambahan bernilai AS$70 juta (RM210 juta) bagi membantu memperkukuh sistem pertahanan anti roket Israel dipanggil 'Iron Dome'. 


Penambahan dana terbabit diumumkan Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta (gambar kecil), kelmarin selepas berunding dengan rakan sejawatannya dari Israel, Ehud Barak. 

AIPAC menyambut baik keputusan Panetta dan percaya pengukuhan sistem ‘Iron Dome’ akan membantu Israel lebih berkesan melindungi penduduk daripada ancaman 60,000 peluru berpandu dan roket pejuang Hamas serta Hizbullah.

Sehingga April lalu, Israel menempatkan tiga unit sistem berkenaan yang dikatakan berjaya menyekat serangan roket pejuang Palestin ketika ketegangan meletus di Gaza.

Negara Yahudi itu sebelum ini sudah menyatakan bahawa ia memerlukan 13 hingga 14 unit lagi perisai itu untuk melindungi beberapa kawasan lagi.

Pada Mac lalu, sistem berkenaan memintas 80 peratus sasaran apabila hampir 300 roket dan mortar dilancarkan ke selatan Israel, membolehkan banyak nyawa dilindungi, kata jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika.
Sehingga ini, Amerika memberi bantuan AS$205 juta (RM615 juta) untuk membantu memperkuat sistem ‘Iron Dome’ yang dihasilkan firma kerajaan Israel, Raphael Advanced Defense Systems Ltd.

Sistem itu menggunakan peluru berpandu dilengkapi sistem radar bagi meletupkan roket Katyusha di udara, yang mempunyai jarak sasaran 5 hingga 70 kilometer, selain bom mortar.

Panetta berkata, penambahan dana itu adalah peruntukan bagi tempoh tiga tahun lagi berdasarkan penilaian tahunan terhadap keperluan keselamatan Israel.

“Matlamat saya ialah memastikan Israel memiliki dana diperlukan setiap tahun untuk menghasilkan sistem pertahanan itu bagi melindungi penduduknya,” katanya.

Panetta berkata, bantuan yang bernilai AS$70 juta itu akan diberi pada tahun kewangan terkini yang tamat pada September ini.

“Bantuan ini jika diluluskan Kongres bertujuan memastikan sistem berkenaan berfungsi dengan lancar,” katanya lagi. – Reuters

Pendirian ini jelas sekali menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya hubungan, jalinan dan sokongan Amerika Syarikat dalam melindungi Israel daripada ancaman 'kuasa besar' Palestin iaitu daripada armada HAMAS dan Hizbullah.
Jika dinilai daripada status perhubungan Amerika Syarikat dan Israel adalah satu negara, satu entiti cuma dibezakan dengan kedudukan geografi sahaja. Bermusuh dengan Israel sama dengan bermusuh dengan Amerika Syarikat.
Peranan AIPAC adalah begitu kuat bagaikan satu jabatan utama dalam pentadbiran Washington. Padahal jumlah penduduk Yahudi hanyalah lebih kurang 10 juta orang sahaja di Amerika Syarikat, tetapi pengaruh dan kuasa mereka terhadap Washington begitu kuat dan utuh sekali.
Bagaimana peranan kita dalam membantu saudara kita di Palestin, adakah sehebat Washington membantu Tel Aviv sehingga setiap keputusan penting dalam Kongres di AMerika sentiasa menyebelahi Tel Aviv.
Adakah perbincangan serupa kita di Dewan Rakyat atau Parlimen dapat memutuskan untuk menghantar sejumlah bantuan kewangan, ketenteraan dan sebagainya dalam membantu rakyat Palestin yang negara mereka kian terhimpit dan terus dihimpit.
Sekali gempar Palestin diserang dengan kejam, baru kita mula sibuk membuat kecaman dan memohon sumbangan kemudian senyap seketika. Palestin di bom lagi, baru kita mula bising dan sekadar bersuara.Dan berjanji akan memberi bantuan kemanusiaan.
Itulah keadaan situasi kita dalam membantu Palestin berbanding dengan AMerika Syarikat menjadikan Israel sebahagian wilayah penting bagi Washington. ... Blogger

Sumber: Berita Harian

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...