nuffnang adv

lazada adv

Friday, May 18, 2012

Amerika Syarikat peruntukan AS$70 juta (RM210 juta) tambahan bagi bantu Israel dengan sistem pertahanan 'Iron Dome'

Sistem pertahanan 'iron dome' yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat untuk membantu 'adiknya' Israel

AS bantu Yahudi perkuat perisai sekat peluru berpandu Hamas, Hizbullah

WASHINGTON: Kumpulan lobi utama pro-Israel di Amerika Syarikat, AIPAC, menyambut baik keputusan Pentagon untuk memperuntukkan dana tambahan bernilai AS$70 juta (RM210 juta) bagi membantu memperkukuh sistem pertahanan anti roket Israel dipanggil 'Iron Dome'. 


Penambahan dana terbabit diumumkan Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta (gambar kecil), kelmarin selepas berunding dengan rakan sejawatannya dari Israel, Ehud Barak. 

AIPAC menyambut baik keputusan Panetta dan percaya pengukuhan sistem ‘Iron Dome’ akan membantu Israel lebih berkesan melindungi penduduk daripada ancaman 60,000 peluru berpandu dan roket pejuang Hamas serta Hizbullah.

Sehingga April lalu, Israel menempatkan tiga unit sistem berkenaan yang dikatakan berjaya menyekat serangan roket pejuang Palestin ketika ketegangan meletus di Gaza.

Negara Yahudi itu sebelum ini sudah menyatakan bahawa ia memerlukan 13 hingga 14 unit lagi perisai itu untuk melindungi beberapa kawasan lagi.

Pada Mac lalu, sistem berkenaan memintas 80 peratus sasaran apabila hampir 300 roket dan mortar dilancarkan ke selatan Israel, membolehkan banyak nyawa dilindungi, kata jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika.
Sehingga ini, Amerika memberi bantuan AS$205 juta (RM615 juta) untuk membantu memperkuat sistem ‘Iron Dome’ yang dihasilkan firma kerajaan Israel, Raphael Advanced Defense Systems Ltd.

Sistem itu menggunakan peluru berpandu dilengkapi sistem radar bagi meletupkan roket Katyusha di udara, yang mempunyai jarak sasaran 5 hingga 70 kilometer, selain bom mortar.

Panetta berkata, penambahan dana itu adalah peruntukan bagi tempoh tiga tahun lagi berdasarkan penilaian tahunan terhadap keperluan keselamatan Israel.

“Matlamat saya ialah memastikan Israel memiliki dana diperlukan setiap tahun untuk menghasilkan sistem pertahanan itu bagi melindungi penduduknya,” katanya.

Panetta berkata, bantuan yang bernilai AS$70 juta itu akan diberi pada tahun kewangan terkini yang tamat pada September ini.

“Bantuan ini jika diluluskan Kongres bertujuan memastikan sistem berkenaan berfungsi dengan lancar,” katanya lagi. – Reuters

Pendirian ini jelas sekali menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya hubungan, jalinan dan sokongan Amerika Syarikat dalam melindungi Israel daripada ancaman 'kuasa besar' Palestin iaitu daripada armada HAMAS dan Hizbullah.
Jika dinilai daripada status perhubungan Amerika Syarikat dan Israel adalah satu negara, satu entiti cuma dibezakan dengan kedudukan geografi sahaja. Bermusuh dengan Israel sama dengan bermusuh dengan Amerika Syarikat.
Peranan AIPAC adalah begitu kuat bagaikan satu jabatan utama dalam pentadbiran Washington. Padahal jumlah penduduk Yahudi hanyalah lebih kurang 10 juta orang sahaja di Amerika Syarikat, tetapi pengaruh dan kuasa mereka terhadap Washington begitu kuat dan utuh sekali.
Bagaimana peranan kita dalam membantu saudara kita di Palestin, adakah sehebat Washington membantu Tel Aviv sehingga setiap keputusan penting dalam Kongres di AMerika sentiasa menyebelahi Tel Aviv.
Adakah perbincangan serupa kita di Dewan Rakyat atau Parlimen dapat memutuskan untuk menghantar sejumlah bantuan kewangan, ketenteraan dan sebagainya dalam membantu rakyat Palestin yang negara mereka kian terhimpit dan terus dihimpit.
Sekali gempar Palestin diserang dengan kejam, baru kita mula sibuk membuat kecaman dan memohon sumbangan kemudian senyap seketika. Palestin di bom lagi, baru kita mula bising dan sekadar bersuara.Dan berjanji akan memberi bantuan kemanusiaan.
Itulah keadaan situasi kita dalam membantu Palestin berbanding dengan AMerika Syarikat menjadikan Israel sebahagian wilayah penting bagi Washington. ... Blogger

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...