nuffnang adv

lazada adv

Saturday, May 12, 2012

Yahudi Masa Kini betapa Hebat Mereka



Kini terdapat hanya lebih kurang 14 juta Yahudi di muka bumi ini, iaitu 7 juta di Amerika, 5 juta di Asia, 2 juta di Eropah dan 100,000 di Afrika.

Bagi setiap seorang Yahudi ada 100 orang umat Islam (nisbah 1:100). Namun bilangan mereka ini jika dijumlahkan dan dinisbahkan dengan pengaruh mereka, orang Yahudi 100 kali lebih berkuasa berbanding umat Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa Mereka ini?

Nabi Isa as adalah daripada bangsa Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Times sebagai 'manusia paling bijak di abad ini' ialah seorang Yahudi. Sigmund Freud melalui teori id, ego dan super ego yang merupakan pakar psiko analisis dalam psikologi, juga seorang Yahudi. Begitu juga dengan tokoh lain seperti Karl Marx, Paul Samuelson,Milton Friedman, Steven Spielberg.

Kita kena akui kaum Yahudi ini sememangnya bijak dan hasil kebijaksanaan mereka telah berupaya menghasilkan keperl;uan untuk kita semua.

  • Benjamin Rubin- menghasilkan jarum suntikan pelalian
  • Johas Salk- menghasilkan vaksin polio pertama
  • George Wald- menang hadial nobel bagi kajian mata manusia
  • Willem kolf- mencipta mesin dialisis untuk mencuci buah pinggang
  • Stanley Mizor- mencipta mikrocip pertama
  • Leo Szilards- membangunkan reaktor nuklear pertama
  • Peter Schultz- mencipta kabel gentian optik
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi inilah yang telah memenagio 15 dozen Hadial Nobel sementara hanya tiga (3) dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam

Berikut adalah antara nama-nama tersohor di dunia dan berketurunan Yahudi. Mereka adalah saudagar yang telah menakluk perniagaan hebat di dunia masa kini.

  • Ralph Lauren-  pengasas jenama (Polo)(Ralph Lauren)
  • Larry Ellison- pengasas Oracle
  • Irv Robbins- pengasas Baskin N Robbins
  • Sergey Brin- Pengasas Google
  • Michael Dell- pengasas syarikat komputer DELL
  • Donna Karan- pelik jenama pakaian dan fesyen DKNY
  • Howard Schultz- pemilik Starbuck's
  • Bill Rossenberg- pemilik Dunkin Donuts
  • Levis Strauss- Pengasas jenama pakain jeans terkenal LEVI'S

Di antara tokoh-tokoh lain Yahudi yang terkenal adalah:
  • Henry Kissinger, Madeleine Albright- bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat
  • David Marshal- bekas Ketua Menteri Pertama Singapura
  • Michael Howard- bekas setiausaha Negara Britain
  • Goerge Soros- penyangak matawang. Telah menderma USD4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia
Begitu juga dengan pelakon Hollywood terkenal seperti Harrison Ford, Charles Bronson Sandra Bullock, Woody Allenn Paul Newman Dustin Hoffman,  Michael Douglas, Kirk Douglas, Jerry Lewis, mereka semuanya Yahudi. Tambahan pula Hollywood sendiri diwujudkan oleh Yahudi sebagai saluran propaganda untuk mempromosikan berbagai bentuk hiburan dan budaya hidup yang melampau dan bermewah-mewah serta membawa manusia jauh menyimpang dari landasan agama agar lalai dan hanyut tanpa disedari.

William James Sidis dengan IQ 250-300 dikatakan manusia tercerdik dari kaum Yahudi.

Sebenanrnya ramai lagi tokoh-tokoh Yahudi yang terkenal dan begitu hebat sumbangan kepada dunia. Jelas sekali mereka begitu berpengaruh bukan sahaja kepada dunia malah kepada kehidupan kita, teknologi, media dan segala-galanya.

Di Washington, terdapat satu pertubuhan iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berkuasa mempengaruhi kongres meluluskan resolusi yang memihak kepada Israel, sekaligus mempertahankan kepentingan dan kelangsungan kaum Yahudi.

sumber: Palestin Tak Pernah Gentar- Zulkifli Mohamad Al Bakri

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...