nuffnang adv

lazada adv

Saturday, January 31, 2015

Pesakit Celebral Palsy (CP) perlukan pembelaan- luahan Ronasina seorang kartunis, aktivis serta penulis



Ini Ronasina. Seorang kenalan. Juga seorang kartunis, aktivis, penulis, pembikin filem dan seorang ayah. Yang didukungnya itu adalah An-Nur, anak perempuannya.
An-Nur adalah seorang pengidap penyakit Cerebral Palsy (lumpuh otak), Mitchondrial Disease dan Global Developmental Delay. Dengan kondisinya itu, Anur tidak dapat bergerak dan bermain seperti kanak-kanak normal yang lain, apatah lagi menjaga dirinya sendiri.
Keadaan ini memaksa Ronasina dan isteri (Puan Raja Rohaisham) berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh masa dan tenaga mereka menjaga An-Nur. Tidak seperti kebanyakan ibubapa anak istimewa lain (tak semuanya), mereka tetap ingin menjaga dan membesarkan anak istimewa ini dengan kudrat mereka selagi nyawa dikandung badan.
Bukan tidak mahu menghantar An-Nur ke pusat penjagaan khas, namun di Malaysia MEMANG TIADA sebarang pusat PENDIDIKAN khas untuk kanak-kanak Celebral Palsy yang terlantar seperti adik An-Nur. Malah ramai juga yang buta dan tidak tahu langsung tentang kewujudan penyakit ini.
Sistem di Malaysia juga seperti tidak mahu membela golongan OKU seperti ini. Yang sedihnya, tiada sebarang 'political will' daripada mereka yang berkuasa untuk mengubah keadaan ini.
Rasanya sudah haus tapak kasut Ronasina turun naik ke bangunan Parlimen, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jabatan-jabatan lain menghantar usul serta memorandum untuk menjadikan keadaan lebih baik untuk anak-anak OKU yang senasib dengan An-Nur. Namun hasilnya masih tetap tiada. Hanya tepukan di bahu menyatakan simpati dan janji-janji manis daripada mereka yang berada di tampuk kuasa.
Kesimpulannya, ahli-ahli politik (samada dari kiri dan kanan) hanya akan mula bertindak jika usaha tersebut dapat MEMPOPULARKAN dan MENAIKKAN UNDI mereka sahaja.
Kos penjagaan untuk anak istimewa seperti An-Nur ini puratanya mencecah sehingga RM5,000 sebulan. Itu belum termasuk jika mereka diserang sawan atau demam.
Ronasina dan isteri yang saya kenal bukanlah seorang yang suka meminta-minta. Mereka tetap berusaha sendiri untuk menampung perbelanjaan perubatan An-Nur. Dengan menulis buku dan hasil jualan hijab oleh isterinya, dapatlah juga beban mereka dikurangkan walaupun tidak cukup sebenarnya.
(Buku 'Surat Untuk Anak' hasil tulisan Ronasina boleh didapati di gedung-gedung buku. Pembelian anda walaupun jumlahnya kecil pastinya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka.)
Saya memang kagum dengan ketabahan beliau dan isteri mengharungi segala dugaan ini. Pernah saya berkata kepadanya bahawa beliau ini Superman. Jawapan beliau ringkas sahaja - "Tak. Just dad gotta do what dad gotta do...".
Hebat!
Ketika artikel ini ditulis, beliau kini berada di Lebak Bulus, Jakarta Selatan Indonesia. Di situ An-Nur dapat berSEKOLAH seperti kanak-kanak yang lain. Kitty Centre yang terletak di sana adalah SEKOLAH terbaik untuk anak Cerebral Palsy.
Mungkin banyak sekolah lain tetapi belum tentu menandingi kejujuran dan kesungguhan mereka. Ini diakui juga oleh ibu bapa anak-anak di situ yang telah merata mencari tempat tetapi akhirnya kembali semula ke Kitty Centre untuk anak kebutuhan khusus yang diasaskan ibu Sinto.
(Gambar ini diambil ketika Ronasina mengambil anaknya pulang dari sekolah dalam hujan lebat).
Itulah sebenarnya yang diperjuangkan oleh beliau. Bukan mahukan belas ehsan atau wang ringgit setiap bulan daripada kerajaan. Tapi sebuah sistem penjagaan dan PENDIDIKAN yang membolehkan kanak-kanak istimewa seperti An-Nur belajar berdikari dan membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.
Untuk membolehkan An-Nur bersekolah, Ronasina dan isteri terpaksa berhijrah dan memulakan kehidupan baru di Indonesia. Meninggalkan segalanya hanya untuk masa depan yang lebih cerah untuk An-Nur - sesuatu yang buat masa ini mustahil untuk diperoleh di Malaysia.
Bersempena dengan tulisan ini, saya ingin MERAYU tuan puan yang membaca untuk menyumbang sedikit wang ringgit bagi membantu meringankan beban mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sebarang sumbangan bolehlah terus dimasukkan ke akaun:
Maybank
Mohd Affandi Ramli (Ronasina)
Account number : 156114001424
Maybank
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (Ibu)
Account number : 162021363678
Standard Chartered
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (Ibu)
Account number : 39 919 49 92754
Bantuan tuan puan semua pastinya dapat membantu An-Nur untuk terus berSEKOLAH. Ya, berSEKOLAH seperti anak-anak normal yang lain. Ini HAK An-Nur. Bukan keistimewaan.
Untuk maklumat lanjut boleh LIKE page Hope 2 Walk atau layari http://hope2walk.blogspot.com/
"Berikan pada An-Nur satu kehidupan... Dia dicipta Allah untuk anda berbuat pahala..."

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...