nuffnang adv

lazada adv

Friday, June 13, 2014

Piala Dunia 2014- Brasil pemangkin ibadat malam....macamana ye?



Entry kali ini mungkin sesuai dengan demam Piala Dunia 2014- Brasil yang sedang berlangsung sekarang sehingga 17 Julai nanti iaitu di pertengahan Ramadhan.




Ianya satu peluang yang besar bagi peminat bolasepak bagi memperbaiki ibadat diri atau 'top up' mana-mana ibadat yang kurang dengan bermujahadah untuk bangun malam. Macamana ye? Sebelum bangun memulakan untuk menonton perlawanan kegemaran anda, pastikan 'warm up' dengan solat sunat tahajjud dua rakaat dan sedikit doa. Ianya bukan mudah untuk mendapatkan dua-dua peluang yang besar iaitu menyaksikan temasya sukan terbesar dunia yang diadakan secara empat tahun sekali dan qiamullail walaupun sekadar dua rakaat

Sama dengan ibadat malam, mula-mula mungkin susah dan mengantuk, namun bila sudah biasa ia akan menjadi ringan dan teruskan sehingga akhir Ramadhan walaupun Piala Dunia sudah berakhir pada pertengahan Julai nanti.



Selalunya kalau kita 'set' kan masa untuk bangun tengok bola, ianya membuatkan mudah terjaga sebab kita selalu rasakan ia adalah peluang yang hebat yang jarang-jarang kita berpeluang untuk menontonnya secara langsung. Lagipun bukan selalu, empat tahun sekali. Begitu juga dengan ibadat malam, bukan selalu pun kita bangun, itupun untuk buang air kecil dan sebagainya. Pada kebiasaannya orang yang selalu bangun malam untuk beribadat, takminat bola. Manakala mereka yang selalu bangun malam untuk tengok bola, tidak minat dan tiada keinginan untuk beribadat walaupun sekadar dua rakaat.



Jadi dikesempatan ini sama-sama kita ambil peluang untuk mendapatkan kedua-duanya. Niat yang baik insyalah Allah swt akan beri ganjaran. Apatah lagi ia sebagai persediaan untuk menghadapi Ramadhan yang akan menjelma supaya kita membiasakan diri untuk bangun malam. Ianya terpulang pada untuk membuat dan merebutnya atau melepas ia berlalu begitu sahaja. Hanya orang yang mengambil peluang sahaja tahu akan nikmatnya ibadat.


No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat