nuffnang adv

lazada adv

Saturday, June 21, 2014

Mengejutkan: Remaja OKU Ditemui Dikurung Di Nilai





NILAI, 21 Jun (Bernama) -- Seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak di sini pagi Sabtu.

Penemuan dilakukan dalam Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dari pukul 2 hingga 6 pagi.

Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.

Beliau berkata remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan manakala ibunya yang dikatakan berasal dari Sabah ditahan untuk siasatan lanjut.


admin:

 Ianya satu penemuan yang mengejutkan dan amat menyedihkan di mana anak OKU ditemui dalam keadaan terbiar. Walau macamana alasan yang diberi oleh si ibu yang bekerja siang dan malam, akan tetapi menjaga anak ini adalah tanggungjawab yang lebih besar. Membiarkan anak sehingga kurus dan kering bagaikan 'menghina anugerah Allah' iaitu anak kepada kita. Keadaan anak lebih teruk daripada 'binatang'. Sesuatu yang amat malang berlaku di negara yang aman dan makmur seperti Malaysia.

Keadaan terbiar ini bukanlah berlaku sehari dua, tetapi telah bertahun dengan keadaan remaja berumur 15 tahun ini sudah tidak mampu bergerak. 

Kalau di Sweden anak yang dipukuyl untuk didisiplinkan pun boleh dpenjara, penderaan anak sebegini bukanlah perkara ringan dan boleh membawa kematian dan wajar ia dipandang berat dan serius.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...