nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, April 29, 2014

Harta Karun Pulau Nangka dari admin Blog Dramaraja



Pendedahan ini berdasarkan interview dengan seorang pegawai Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang telah saya temui sendiri. Rujuk artikel ini sebagai RALAT daripada saya sendiri. Oh ya, jangan lupa sebarkan penulisan saya ini agar pendedahan ini sampai ke segenal lapisan masyarakat Malaysia.

Misteri Pulau Nangka: Bahagian Satu


*AMARAN! Jangan baca artikel ini sekiranya anda tidak ada rasa cinta terhadap sejarah ketamadunan negara anda sendiri. Jangan baca artikel ini sekiranya anda tidak boleh menerima perkara yang diluar akal ! Semua bukti bergambar untuk artikel ini ada dalam ruangan lampiran di bahagian paling bawah artikel.

1. Pulau Nangka merupakan sebuah pulau yang terletak dalam wilayah negeri Melaka, Bandar Raya Bersejarah. Pulau ini telah diwartakan sebagai pulau bersejarah dan ia terletak dalam gugusan Pulau Besar. Pulau ini pada asalnya adalah hak milik satu keluarga Baba Nyonya / Cina yang menjadi buruh ketika zaman awal kemerdekaan dahulu. Kerana kerajaan tak mampu membayar upah kepada keluarga Cina ini, mereka telah memberikan Pulau Nangka sebagai bayaran kepada keluarga Cina tesebut. Kemudian pihak muzium telah membeli pulau tersebut dengan dana daripada kerajaan negeri pada awal 90-an dan sehingga kini, pulau tersebut telah berada dibawah jagaan PERZIM. PERZIM pula merupakan sebuah badan kerajaan yang menjaga bidang sejarah dan muzium di Melaka.

2. Lokasi pulau ini tidak jauh daripada Pulau Besar, Pulau Serimbun dan juga Pulau Ular Garang. Kesemua pulau-pulau ini sebenarnya berhubung antara satu sama lain.

3. Di Pulau Nangka ini, terdapat banyak batuan pelbagai jenis termasuklah batuan granit, batuan sungai, batuan konkrit, batuan kaca, batuan besi dan pelbagai lagi jenis batuan yang berada dalam skala amat besar. Batuan tersebut terdapat disekeliling pulau dan didalam pulau penuh dengan batuan besar seakan-akan membentuk satu binaan. Boleh rujuk gambar-gambar dalam bahagian lampiran dibawah.

4. Batu paling besar terletak di arah Tenggara pulau dan ia memiliki saiz sebesar sebuah kapal laut. Berapa ukuran lilit sebenar batu ini, tidak dapat dipastikan kerana tiada orang yang pernah mengukurnya secara total.

5. Di tengah-tengah Pulau Nangka pula terdapat sebuah bukit dengan ketinggian sekitar lebih kurang 50 meter dari paras laut.

6. Di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok-pokok besar, makam lama dan pelbagai lagi tinggalan sejarah.

7. Dipercayai makam tersebut adalah makam para perjuang semasa era Melaka diserang Portugis dahulu kala.

8. Terdapat juga makam pahlawan disekitar lereng bukit tersebut yang menghadap ke arah laut. Namun tidak dapat dipastikan makam siapa sebenarnya.

9. Dipercayai kesemua batuan yang besar dan terdapat disekitar pinggir pulau itu sebenarnya berasal dari atas bukit dan telah jatuh ke pantai dan ada yang bergolek sehingga ke dalam lautan.

10. Menurut pegawai tersebut, pulau ini mempunyai keluasan sekitar 40 ekar bersamaan sekitar lebih kurang 20 hektar.

11. Jika kita ingin mengelilingi pulau ini dengan berjalan kaki, kita boleh mengelilinginya dengan hanya memakan masa sekitar sejam setengah bagi manusia yang cergas.

12. Agak lama kerana kita perlu memanjat batuan-batuan yang bersaiz amat besar.

13. Selain itu, kita juga akan menemui banyak batuan yang unik dengan pelbagai ukiran serta pelbagai corak.

14. Ada batu yang berbentuk seperti wajah orang. Ada juga batu seperti berbentuk ikan lumba-lumba a.k.a dolphin. Ada juga batu yang berbentuk pelantar kapal. Ada juga batu berukiran kalimah Muhammad. Ada juga batu bertanda kalimah ALLAH. Ada juga batu bertatahkan kalimah Al-Mahdi. Ada juga batu yang dicantumkan. Ada juga batu yang terlihat kesan potong seperti potongan pedang. Ada juga batu yang dicantumkan dengan simen dan besi.

15. Senang cerita, pulau ini dipenuhi dengan 1001 misteri yang amat sukar untuk dijawab. InsyaALLAH dalam artikel akan datang, saya akan mendedahkan kisah disebalik misteri ini.

16. Sekarang, mari kita telusuri perkara yang lebih penting lagi.

17. Sebenarnya, semenjak kes MH370 hilang, telah berlegar-legar banyak cerita berkenaan 'khazanah' dalam kalangan para pemimpin besar dalam negara kita.

18. Saya dedahkan kepada anda satu perkara yang mungkin anda tidak pernah tahu pun sebelum ini... Sebenarnya, pertubuhan "Freemason" bukanlah sebuah pertubuhan yang misteri atau terahsia seperti yang anda semua bayangkan. Kejahatan mereka tidaklah seperti yang anda bayangkan seperti ritual sembah matahari, seks bebas dan sebagainya. Kerana itu hanyalah ritual kepercayaan pagan yang dianuti oleh ahli Freemason itu sendiri.

19. Sebenarnya, pertubuhan "Freemason" ini adalah satu pertubuhan sosial orang kaya-kaya dan ternama. Fokus utama mereka adalah meluaskan jajahan mereka, menjadi lebih kaya raya, berlumba-lumba mengumpul emas, berlumba-lumba meluaskan jajahan masing-masing.

20. Setiap orang yang berjaya mencapai target kekayaan yang ditekankan di dalam Freemason, maka dia layak untuk naik satu anak tangga. Sekiranya seseorang itu telah sampai ke tahap 33rd Degree Freemasonry, maka dia layak menjadi ketua bagi mereka yang ada itu. Kiranya dia adalah yang paling berjaya, paling kaya, paling berpengaruh dan sebagainya.

21. Biasanya, kekayaan mereka tidak akan di declare di mana-mana bank kerana mereka akan 'membersihkan' wang mereka di bank-bank offshore seperti di Swiss, Labuan dan juga di negara Arab seperti Saudi, Qatar, UAE, Dubai dan sebagainya.

22. Di Malaysia, di Kuala Lumpur sendiri telah banyak bertapaknya bank-bank offshore bagi tujuan membersihkan harta-harta kekayaan bakal-bakal 33rd Degree Freemason ini.

23. Anda boleh ke Segi Tiga Emas di Kuala Lumpur. Lihat sendiri bagaimana koglomerat ini meraikan kekayaan mereka. Lihat sahaja di sepanjang Jalan Ampang hingga ke Jalan Sultan Ismail. Kesemua taukeh-taukeh bisnes disitu adalah orang kuat yang mempunyai banyak harta di bank-bank offshore sebelum dipindahkan ke akaun peribadi di luar negara.

24. Sebelum ini saya pernah mendedahkan Sultan J***r sebagai seorang ahli Fr****son peringkat tinggi di Malaysia. Sekarang anda semua boleh fikir sendiri jawapannya, kenapa Sultan sangat aktif mencari harta karun dan meluaskan empayar bisnesnya. Ini bukan cerita fitnah. Boleh rujukartikel ini atau tanya Peguam Kamal.

25. Okay, saya stop pendedahan itu disini sebab benda ni tak ada pun diceritakan oleh pegawai PERZIM. Kita berbalik kepada cerita Pulau Nangka.

26. Sejak hilangnya MH370, cerita berkenaan 'khazanah' telah mula berlegar dalam kalangan masyarakat setelah saya menulisnya dalam artikel ini.

27. Semenjak artikel itu dipublishkan, telah banyak cubaan orang meneka apakah sebenarnya 'khazanah' yang saya maksudkan itu.

28. Ada yang menekanya sebagai manggis, ion-lithium, drone controllercommand n control, minyak a.k.a emas hitam dan pelbagai lagi.

29. Kemudian, tidak lama setelah Dato Seri Najib mengeluarkan kenyataan bahawa pencarian MH370 berakhir di lautan Hindi, maka tiba-tiba sahaja harta di Flor De La Mar yang tenggelam di Selat Melaka hendak dinaikkan.

30. Tak lama selepas itu, tiba-tiba cerita berkenaan 'khazanah' di Pulau Nangka telah mula tersebar dalam kalangan masyarakat. Rujuk sini dan sini.

31. Semua ini seperti berkait rapat. Tiba-tiba sahaja semua cerita ini dinaikkan. Shah Paskal pun turut sama mengeluarkan artikel berkenaan 'khazanah' yang sama di blognya. Rujuk sini.

32. Sekarang, tanpa perlu saya declare apa-apa, saya yakin anda semua sudah faham apa sebenarnya 'khazanah' yang saya maksudkan sebelum ini.

33. Sekarang, berbalik kepada cerita mengenai Pulau Nangka. Menurut pegawai PERZIM itu lagi, di pulau tersebut sebenarnya ada baaaaanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkk sangat harta berbentuk jongkong emas, syiling emas, berpeti-peti dan banyak juga alat-alat kebesaran diraja serta perhiasan diraja. Baca perkataan banyak yang saya eja tu, jelas ia amat banyak sampai nak kena eja macam tu punya panjang.

34. Menurutnya, kesemua harta ini disimpan oleh Pahlawan Melaka terdahulu atas arahan Sultan bagi persiapan untuk orang Melau di akhir zaman.

35. Semua harta ini sudahpun diwariskan kepada beberapa orang dan kesemua waris itu menghilangkan diri.

36. Ada beberapa orang waris sahaja yang telah benar-benar muncul.

37. Namun, kesemua waris ini tidak membenarkan harta itu diambil kerana orang yang mahu mengambilnya tidak kena cara.

38. Harta ini telah diamanahkan untuk perjuangan akhir zaman. Ia boleh digunakan oleh orang-orang tertentu bagi membantu perjuangan Al-Mahdi kelak.

39. Yang menjadi masalah apabila ramai orang yang datang ingin cuba mengambil harta di Pulau Nangka tersebut.

40. Sebenarnya, cubaan mengambil harta tersebut telahpun berlaku puluhan tahun lalu sejak era 'khazanah' Indonesia kena jual sama International Moneytary Fund (IMF) di Amerika Syarikat (US).

41. Paling hebat sekitar tahun 1997. Beberapa bulan sebelum kes kewangan Malaysia diterjah oleh George Soros.

42. Ketika itu, Dato Haron Din telah masuk ke Pulau Nangka bersama seorang anak muridnya atau orang kanannya. Mereka berdua telah membangunkan sebuah pondok di dalam Pulau Nangka bagi tujuan membuat amalan rohaniah untuk menaikkan harta-harta tersebut.

43. Dato Haron Din telah berada di pulau tersebut selama 40 hari. Tun Dr Mahatir tahu kisah ini. Dato Haron Din membuat kenyataan bahawa tiada harta yang berjaya dinaikkan namun, menurut pekerja yang menghantar makanan untuk Dato dan orang kanannya itu yang berulang alik menaiki bot laju telah mendakwa banyak keris-keris kecil, dan beberapa barang berharga telah berjaya dinaikkan oleh Dato Haron Din. Namun, setelah itu, Dato Haron Din telah lari memihak kepada Anwar Ibrahim sebelum Anwar Ibrahim ditendang daripada UMNO oleh Tun setahun selepasnya. Ketika itu terjadinya Reformasi dan Anwar pernah berjanji kepada masyarakat untuk melakukan perubahan ekonomi dalam negara tanpa merujuk kepada IMF, World Bank dan dana barat. Sedangkan pada 97, ketika Soros menghijack ekonomi Malaysia, Anwar Ibrahim jugalah yang mencadangkan kepada Tun Dr Mahatir untuk mengambil dana IMF dan meletakkan negara kita sebagai penghutang kepada IMF dan sekutunya.

44. Kesemua harta yang ditemui Dato Haron Din itu apabila ditanya, ia diambil kerana hendak menjadi milik Dato Haron Din. Sehingga kini cerita ini disenyapkan begitu sahaja termasuklah cerita Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga Tun Dr Mahatir tersebut.

45. Terbaru, pada beberapa ketika lepas, pondok Harun Din tersebut telahpun dirobohkan oleh pihak PERZIM bagi mengelakkan lebih ramai orang yang datang ke pondok itu dan membuat amalan pemujaan dan khurafat.

46. Menurut pegawai PERZIM itu lagi, sekitar tahun 80-an dahulu, sebenarnya telah banyak berlaku cubaan mengambil harta-harta tersebut.

47. Antara yang mencuba nasib adalah Angkatan Tentera Malaysia, Komando (kerana pulau ini pun sebahagian daripada lokasi latihan mereka), JMF, Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik, orang-orang Mahatir, penyelam-penyelam dari barat, sailor daripada barat dan ramai lagi.

48. Ketika tahun 80-an, itulah waktu paling agresif berlakunya cubaan memasuki binaan di dalam pulau tersebut.

49. Ketika itu, banyak berlaku pelanggaran dan banyak anasir barat yang datang masuk untuk campur tangan.

50. Mereka menarik bongkah-bongkah batu besar itu dengan menggunakan tali sebesar genggaman tangan orang dewasa dengan kapal laut yang besar-besar.

51. Mereka cuba membuka jalan di sekeliling pulau tersebut dengan mengalihkan batu-batu besar dari puncak bukit jatuh ke pantai.

52. Namun, kesemua mereka gagal.

53. Hanya sebahagian kecil sahaja yang berjaya menaikkan beberapa khazanah kecil seperti coin tembaga, keris pusaka, tembikar, tempayan dan lain-lain barang vintage yang bukan bernilai tinggi. Antara yang berjaya adalah individu perseorangan seperti Dato Haron Din, beberapa orang dari askar yang join, beberapa orang dalam PERZIM sendiri, beberapa orang kampung dan juga beberapa individu lain yang tak diceritakan.

54. Pada satu masa dahulu, ada seorang hamba ALLAH ini bernama Pak Mat (bukan nama sebenar). Dia telah membawa sekitar lebih kurang 10 orang anak muridnya masuk ke dalam pulau tersebut bertujuan untuk membersihkan pulau tersebut.

55. Tidak disangka-sangka, seorang daripada anak muridnya telah terpijak satu lubang dan terjerumus jatuh ke dalamnya.

56. Telah banyak usaha dibuat untuk menaikkan anak murid yang seorang ini namun tidak berjaya.

57. Kemudian, Pak Mat datang membawa tali dan mengulurkan kepada anak muridnya itu dan Pak Mat pun turun untuk membantu anak muridnya naik ke atas.

58. Menurut anak muridnya itu, dia ternampak kilauan emas di dalam lubang tersebut.

59. Sejurus selepas itu, Pak Mat pun menyuruh mereka semua keluar daripada pulau tersebut. Ketika hendak keluar, Pak Mat berpesan, jangan sentuh apa-apa dan jangan datang semula ke pulau itu untuk ambil harta tersebut. Mereka semua telah disuruh keluar.

60. Tapi pada malamnya, ada seorang muridnya yang langgar pantang tersebut dan kembali ke pulau untuk cuba mengambil harta tersebut.

61. Keesokannya, murid tersebut ditemui mati. Di dadanya terdapat tanda pangkah berwarna hitam.

62. Manakala pada tahun 2004 pula, ada satu kumpulan tarekat telah masuk ke pulau ini dan membuat zikir beramai-ramai pada waktu malam.

63. Namun ketika itu telah terjadi huru-hara dan kesemua mereka disuruh keluar. Mereka berzikir habis pusing satu pulau dan banyak yang tidak baik telah terjadi.

64. Kini, pada zaman serba moden ini, ketua menteri telah mengarahkan eskavasi (cari gali harta karun) dilakukan di Pulau Nangka. Orang yang datang nak ambil harta tersebut tak boleh lagi hanya membuat upacara kerohanian sahaja tetapi harus membuat eskavasi bagi bertujuan membuktikan kewujudan harta tersebut kepada masyarakat.

65. Kesemua syarikat swasta yang masuk ke pulau tersebut haruslah mendapat kelulusan daripada PERZIM dan permit mereka harus diluluskan PERZIM.

66. Namun, sejak beberapa kebelakangan ini, kelulusan company yang masuk ke Pulau Nangka seakan-akan tidak lagi mendapat kelulusan daripada PERZIM secara mutlak sebaliknya ada campur tangan Tuan Yang Dipertua Melaka (Chief Minister). PERZIM dilihat seakan-akan telah hilang kuasa setelah berlakunya campur tangan ini.

67. Terkini, pada April 2012, sebuah company swasta daripada Gombak Batu 6 telah diberi kebenaran untuk menjalankan projek eskavasi di Pulau Nangka. Syarikat itu bernama Smart Partnership International Sdn Bhd diketuai oleh Md Fuad Khusairi.

68. Syarikat ini jugalah yang pernah cuba menaikkan harta Flor De La Mar yang tenggelam di Laut Selat Melaka beberapa tahun sebelum mereka masuk ke Pulau Nangka untuk projek eskavasi.

69. Menurut khabar angin, ketika itu mereka berjaya menaikkan satu peti harta dari Flor De La Mar namun setelah itu telah berlaku pergaduhan dan mereka telah mencampakkan kembali peti tersebut ke Selat Melaka.

70. Permit eskavasi syarikat tersebut akan tamat pada 30 April 2014 ini dan pada 1 atau 2 Mei 2014, sebuah syarikat lain akan diberi kebenaran masuk dan mereka daripada Sabah.

71. Apa yang sedang terjadi di Pulau Nangka ketika ini adalah mereka sedang berusaha menebuk lubang disebuah batu besar yang terdapat di Tenggara pulau tersebut dengan harapan mereka menemui laluan masuk ke dalam bukit tersebut.

72. Menurut pegawai PERZIM tadi, struktur pulau itu seakan-akan ada sebuah bilik di dalamnya dan di dalam bilik itulah terdapat banyaknya syiling emas, jongkong emas, harta kekayaan Sultan Melaka dahulu kala dan banyak lagi.

73. Siapa yang berjaya mengambilnya sudah pasti kaya raya. Namun, sekiranya niat salah dan cara serta selok belok pengambilannya salah dan melanggar perjanjian serta tidak mendapat kebenaran waris, maka sudah pasti usaha mengambil itu gagal. Dalam 99 pasukan yang berebutkannya, hanya satu sahaja yang berjaya.

74. Saya amat yakin, syarikat tersebut TIDAK akan berjaya membuka pintu masuk dan mereka akan gagal mengambil harta tersebut kerana mereka telah menyingkirkan seorang waris harta tersebut yang pada awalnya ada di dalam pasukan mereka.

75. Ada lebih kurang 7 lubang di tanah bukit tersebut yang telah mereka gali namun gagal menemui pintu masuk. Sehingga artikel ini ditulis, masih TIDAK ADA satupun pintu masuk ke bilik tersebut yang berjaya dibuka. Semua cerita yang dipaparkan di media hanyalah TIPU semata-mata tiada lain bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat kepada Pulau Nangka dan Melaka disamping menarik lebih ramai orang yang ada ilmu untuk mengambil harta tersebut.

76. Ia lebih kurang macam memancing ikan besar. Mereka sedang memancing waris sebenar memunculkan diri dan membukanya.

77. Setelah lebih 7 lubang mereka gali dan gagal menemui pintu masuk kerana lubang yang digali itu akhirnya ada batu besar yang menghalang, kini mereka sedang cuba menebuk lubang pada sebuah batu besar.

78. Tebukan pada batu itu pada asalnya hendak ditanam granit dan TNT atau dynamite untuk diletupkan. Namun setelah mendapat bantahan PERZIM dan Exco Melaka telahpun turun padang pada pagi 28 April 2014, mereka telah menghalang letupan daripada diteruskan kerana ia melanggar perjanjian semasa awal kontrak dan permit diluluskan.

79. Di dalam perjanjian terkandung beberapa perkara bahawa mereka tidak dibenarkan merosakkan struktur pulau.

80. Namun, saya tidak pasti adakah mereka tidak meletupkan batu itu atau tetap berkeras mahu meletupkannya kerana saya lihat mereka seperti terdesak mahu mendapatkan harta tersebut kerana telah berjuta ringgit wang dihabiskan untuk tujuan eskavasi tersebut.

81. Apa yang menjadi punca mereka gagal menemui pintu masuk sehingga kini tak banyak, hanya 3 perkara sahaja.

a. Mereka telah mengetepikan waris yang ada di dalam pasukan mereka dan menyingkirkan waris tersebut daripada terus berada di dalam pasukan sebagai penasihat pasukan eskavasi. Banyak pertengkaran antara ketua mereka dengan waris tersebut telah berlaku dan akhirnya waris itu disingkirkan.

b. Mereka telah membuat cara 'paksa' untuk harta itu keluar dengan cara menebuk batu, merosakkan struktur pulau, menggerudi batu besar sehingga suasana menyedihkan berlaku, menggali dengan paksa tanah-tanah yang ada dan banyak lagi.

c. Pemodal mereka bukanlah orang Islam tetapi adalah orang Cina daripada bandar Melaka iaitu taukeh sebuah kedai Honda. Berdasarkan perjanjian si waris, sesiapa yang hendak mengambil harta di pulau itu haruslah meminta izin daripada si waris dan ia hanya boleh diberikan kepada ORANG ISLAM SAHAJA !

82. Sehingga kini, TIADA satupun antara mereka yang berjaya masuk ke dalam bilik harta tersebut sejak April 2012 dan pada 30 April ini, permit mereka akan ditamatkan sekiranya mereka langsung tidak menemui laluan masuk.

83. Pada akhir 2012 dan awal 2013, ada satu pasukan daripada pihak Sultan Johor telah dihantar bagi membantu pasukan Smart Partnership ini dalam acara eskavasi tersebut.

84. Kesemua mereka datang dan cuba mengambil harta itu secara paksa namun telah dicabar oleh waris tadi, "kalau korang nak, jom beradu tenaga dengan aku... kita tengok siapa yang berjaya!"

85. Setelah digertak begitu, akhirnya pasukan tersebut mengundurkan diri dan tidak datang lagi ke Pulau Nangka.

86. Sekarang, kita hanya perlu menanti sehingga 1 Mei 2014 bagi mengetahui jawapan apakah pihak Smart Partnership itu berjaya atau tidak?

87. Saya amat yakin mereka gagal sepertimana gagalnya orang-orang yang cuba mengambil harta itu sebelum ini.

88. Kerana pemodal mereka adalah bukan Islam dan tujuan mereka mengambil harta itu bukanlah bertujuan baik sebaliknya hanya mahukan keuntungan.

89. Penglibatan ketua menteri dan juga exco dalam hal ini juga berhubung rapat.

90. Setiap kali ada harta yang berjaya dibawa keluar, ia akan diberikan kepada pihak PERZIM dan juga pihak kerajaan negeri kecuali harta yang tidak di declare.

91. Ketika itu, penjualan harta tersebut akan membabitkan keuntungan yang besar sama ada harta tersebut mahu dijual kepada pihak muzium, bank negara, atau pembeli-pembeli dari luar negara seperti China, Jepun, US dan sebagainya. Disitulah letaknya untung bagi Ketua Menteri, Exco-exco dan juga orang-orang yang terlibat dalam projek eskavasi dan juga pemodal.

92. Setiap daripada mereka akan mendapat persen tersendiri dan kerana itu jugalah mereka berlumba-lumba untuk cuba mengambilnya.

93. Pihak yang melakukan eskavasi juga telah diberi dana oleh individu pemodal yang mahukan keuntungan.

94. Bayangkan sekiranya mereka gagal kelak, setelah banyak yang dihabiskan... apakah yang akan terjadi?

95. Bayangkan kalau sudah terlalu terdesak, manusia sanggup melakukan apa sahaja diluar kawalan mereka.

96. Sekiranya batu besar yang mereka tebuk itu mahu diletupkan, saya amat yakin akan ada nyawa yang melayang. Saya tidak mengharapkan ianya berlaku. Kasihan terhadap pekerja yang tidak bersalah.

97. Alangkah baiknya kalau mereka bersemuka dengan pihak waris dan membincangkan dengan para waris tersebut tentang hajat mereka dan mengambil sekadar yang mereka perlu sahaja. Alangkah baiknya jika pemodalnya bukanlah orang kafir.

98. Kerana, kesemua harta itu telahpun diwasiatkan bagi tujuan digunakan membantu umat Islam di akhir zaman dan para warisnya sahaja yang berhak menaikkannya.

99. Apa sahaja usaha mengambil harta itu tanpa izin, mencurinya, memaksa ia keluar, merosakkan struktur pulau, akan mengakibatkan kegagalan dan mungkin membawa maut.

100. Kerana, pulau tersebut ada penjaganya dan harta-harta dibawah pulau itu dijaga oleh seekor naga yang amat besar sekali..... alangkah kepalangnya padah orang yang cuba melawan naga itu !

Sekian pendedahan awal daripada saya. Masa sudah tidak mengizinkan lagi. InsyaALLAH cerita lebih lengkap akan saya tulis dalam masa terdekat ini sekiranya ada kesempatan dan kelapangan waktu. Cerita tersebut akan ditulis dalam bahagian dua. Semua kisah diceritakan diatas adalah berdasarkan wawancara saya dengan pegawai PERZIM tersebut dan identitinya terpaksa dirahsiakan atas permintaannya. Saya juga telah menemui beberapa individu yang tahu kisah mengenai Pulau Nangka ini dan banyak lagi pendedahan yang insyaALLAH akan dituliskan sekiranya sesuai dan masa mengizinkan. Jangan lupa sebarkan penulisan saya ini agar pendedahan ini sampai ke segenal lapisan masyarakat Malaysia.

Saya juga telah bertemu dengan Ahmad Albab dan saya masih menanti siapa yang mahu berkenalan dengan Ahmad Albab ini. Namun, sekiranya anda ingin berkenalan dengannya, sila sediakan pengeras sebanyak RM 2.5 juta dan saya akan perkenalkan anda dengan orangnya.

WasallALLAHu ala Sayyidina Muhammad wa ala Aali Muhammad. Semoga kita semua beroleh manfaat daripada apa yang saya sampaikan ini, amiin.... Jagalah amanah itu dengan baik dan jangan cuba melanggarnya. Jangan sesekali kita cuba melawan dan ingkar dengan tuntutan agama.

Jutaan terima kasih kepada:

1. Pegawai PERZIM
2. Harry
3. Mat Nor
4. Ahmad Putra
5. Jemaah MiM Bersatu
6. Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung....

Sekian.
-bradokapak-

-------------------------
Lampiran....

Kerja menebuk batu tersebut sedang dijalankan.

Exco Melaka, Dato Abdul Ghaffar Atan berbaju hijau dan berbaju belang adalah Md Fuad, ketuateam Smart Partnership Int.

Serpihan isi batu yang telah digerudi.

Antara lubang yang telah digali untuk mencari pintu masuk. Lubang ini mula digali pada 26 April 2014 namun tiada pintu ditemui.

Mereka menebuk batu tersebut untuk membentuk segi empat dan cuba mengangkat bongkah batu bagi memberi laluan masuk ke dalam bilik. Namun saya percaya, selepas mereka menebuk batu yang ini, di dalamnya ada lagi batu yang perlu ditebuk.

Alatan eskavasi.

Alatan-latan penggerudian.

Kelongsong penggerudian.

Sebanyak lebih kurang 7 mesin berkuasa kuda tinggi dengan menggunakan diesel telah dibawa masuk bagi menjana tenaga elektrik untuk mesin pam, mesin gerudi, mesin eskavasi dan juga membekalkan elektrik kepada mereka di pulau tersebut. Ada beberapa lagi mesin kecil digunakan untuk mengepam air dan tujuan-tujuan lain.

Gambar lubang yang ditebuk di dalam batu besar tadi.

--------------

Gambar-gambar dibawah adalah gambar-gambar batu-batuan disekitar pulau...







No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat