nuffnang adv

lazada adv

Saturday, April 5, 2014

Ambil alih lebuh raya beri kesan kewangan lebih RM400 bilion, kata menteri



Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof hari ini berkata Putrajaya  tidak dapat melaksanakan cadangan mengambil alih semua lebuh raya yang beroperasi pada ketika ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan tinggi iaitu melebihi RM400 bilion.
Beliau berkata, cadangan pengambilalihan itu juga akan dianggap sebagai nasionalisasi di mana akan memberi kesan negatif kepada pasaran modal dan imej kerajaan di kalangan pelabur terutamanya pelabur asing.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.
Hanipa dalam soalannya turut meminta kementerian menyatakan jumlah pampasan yang dibayar oleh kerajaan bagi setiap pemegang konsesi tol di semua lebuh raya kerana keengganan menaikkan kadar tol pada masa ditetapkan.
Dalam jawapan itu bertulis itu menyatakan imlikasi kewangan itu adalah berdasarkan kajian dilaksanakan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).
Sementara itu Hanipa dalam sidang medianya berkata kerajaan dilihat selalu memberi jawapan tidak konsisten berhubung isu konsesi dan kenaikan tol apabila menyatakan pengambilahan tersebut tidak menghormati perjanjian.
Katanya sebagai pemegang majoriti saham tertinggi melalui Khazanah Nasional, kerajaan mempunyai kuasa untuk membeli saham tersebut daripada membayar ganti rugi apabila meminta syarikat konsesi menangguhkan kenaikan harga tol.
"Tidak ada kerugian yang berlakunya sekiranya kerajaan membeli kesemua saham itu daripada syarikat konsesi.
"Kerajaan sepatutnya melihat perjanjian yang melibatkan kepentingan rakyat apabila umum ditangguh tidak bermakna duit rakyat tidak gunakan kerana ia akan disalurkan sebagai ganti rugi kepada syarikat konsesi," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga mendakwa dengan angka yang diberikan menteri kerja raya itu menunjukkan bahawa rakyat ditipu oleh Umno.
"Perjanjian amat berat sebelah ini bukan soal langgar perjanjian ini mengenai mencari harga pasaran saya rasa sekiranya kerajaan melanggar perjanjian tidak adil itu saya kira imej negara tidak akan terjejas malah ia akan menyebabkan Malaysia di pandang tinggi," katanya. – 2 April, 2014.
@Malaysia Insider
admin:
Apakah tujuan sebenar lebuhraya diwujudkan? tentunya ia bagi kemudahan rakyat bukan sekadar masa lalau, tetapi masa kini dan masa depan. Akan tetapi apabila kerajaan sendiri yang terikat dengan kontrak bersama pemegang konsesi lebubhraya, padahal kerajaan lah yang menawarkan pembinaan lebuhraya kepada pihak konsesi.
Pihak kerajaan jugalah yang patut memikirkan nasib lebuhraya pada masa kini dan masa depan bagi kemudahan rakyat. Ia bukan bermakna rakyat mahu kerajaan memberi percuma penggunaan lebuhraya, tetapi biarlah ia munasabah dan berpatutan serta berbaloi bagi rakyat untuk jangka masa yang panjang.
Bukan bermakna kita tidak bersetuju dengan apa yang ada sekarang, sememangnya lebuhraya kita diselenggara dengan baik dan pihak konsesi juga mendapat pendapatan tambahan melalui ruang sewa premis perniagaan, dan juga ruang pengiklanan disepanjang lebuhraya.
Kadar sekarang boleh dikatakan agak mahal iaitu RM20.00 bagi 2 jam atau 2 jam setengah perjalanan bagi Lebuhraya Pantai Timur- Jabor -Lancang atau dengan kata lain RM10.00 sejam sejauh 140 km.
Jika dilihat perolehan kewangan setiap syarikat konsesi lebuhraya, semuanya memberi keuntungan lumayan dan yang mendapat pulangan adalah pemegang saham bukan rakyat.

Mungkin untuk dimasa depan, syarat atau terma bagi lebihraya baru perlu diubah agar ianya seimbang terutama kepada pengguna dan rakyat serta tidak juga membebankan syarikat konsesi

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...