nuffnang adv

lazada adv

Saturday, June 15, 2013

Syarikat Illuminati Sudah Tiba Di Johor - Al-Hayat



(Gambar) Menteri Besar Johor bersama Pengarah Halliburton,David King merasmikan pembukaan kilang pada 29 Mac 2008.

Dalam sidang perbahasan di parlimen pada 21 Mei (Rabu), Dato’ Seri Tuan Guru Hadi Awang telah mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan yang memberi kelulusan syarikat Yahudi Zionis untuk membuka kilang seluas 20,000 kaki persegi di Taman Teknologi Johordi Johor.

Syarikat tersebut dikenali sebagai Halliburton Manufacturing & Technology (M) Sdn. Bhd. Tuan Guru mempersoalkannya kerana syarikat tersebut terlibat secara langsung dengan penjajahan Amerika di Iraq, Mesir dan Palestin.

Amat mengecewakan apabila Timbalan Menteri iaitu Dato’ Jacob Dunggau Sagan gagal menjawab soalan Tuan Guru. Beliau hanya sekadar berhelah kosong dan memberitahu kerajaan memberi kebenaran kerana syarikat tersebut mampu membawa pulangan faedah terkumpul yang banyak kepada kerajaan.

Berkenaan Halliburton Manufacturing
Halliburton merupakan syarikat pembekal senjata utama untuk peperangan di Iraq. Syarikat ini juga merupakan syarikat warisan keturunan Yahudi yang bernama Halliburton. Di bawah syarikat ini terdapat banyak lagi syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam teknologi senjata dan minyak.

Asalnya Halliburton Manufacturing diasaskan oleh dua orang tokoh perniagaan Yahudi iaitu Vida dan Erle P. Halliburton dan beribu pejabat di Burkburnett, Texas pada 1919. Core business untuk syarikat ini ialahOil Well Cementing.

Sejak dari 1919 hingga 1982, jumlah pekerja tetap syarikat Halliburton ialah seramai 115,000 orang. Namun jumlah pekerja menurun kepada 73,000 orang pada 1991.

Untuk memantapkan peranan Halliburton Manufacturing, syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat yang berperanan khusus dalam pembekalan alatan perang berteknologi. Anak syarikat tersebut bernamaBrown & Root Service.

Peranan Brown & Root Service Dalam Polisi Perang Amerika
BRS adalah sekutu terbesar dalam membekalkan alatan perang sejak 1990-an. BRS secara langsung telah terlibat dalam konflik-konflik seperti…
  • Desert Storm Operation, Kuwait pada 1991,
  • Konflik Balkan, 1990 dan Bosnia-Herzegovina. Dalam konflik ini, Halliburton telah menuubuhkan sebuah lagi anak syarikat baru iaitu Kellog Brown-Root (KBR),
  • Perang Teluk, Perang Afghanistan dan Perang Iraq.
Kekuasaan Halliburton dan Syarikat-Syarikat Yahudi Lain
Pada era Bush, Halliburton adalah penguasa sebenar loji-loji minyak di seluruh tanah Arab atau negara Islam kecuali Iran. Kekuasaan Halliburton bolehlah disamakan dengan kekuasaan Exxon Mobil yang dimiliki oleh David Rockefeller.
Menurut Dr. P.s.Babcock,
“…bagi sesiapa yang bukan dalam bidang industri minyak, Halliburton adalah sebuah syarikat yang misteri. Bagi yang terlibat dengan industri minyak pula, Halliburton adalah syarikat jenayah kolar putih.”
  (Logo jenama)
Halliburton boleh disamakan dengan syarikat Yahudi lainnya sepertiBaskin Robin (pembekal aiskrim untuk kem tentera Amerika di Iraq) dan pakaian jenama Bill Khakis iaitu pembuat pakaian tentera Amerika dan Zionis sejak 1880-an.

Halliburton sama sahaja dengan kedua-dua syarikat ini, “tidak popular, tetapi amat berkuasa” dan terlibat secara langsung dengan setiap peperangan dunia dengan memainkan peranan masing-masing.

Tidak diketahui adakah pemilihan syarikat Halliburton oleh kerajaan Malaysia dibuat secara paksa atau pilihan terbuka. Adalah amat tidak logik pihak kerajaan Malaysia tidak mengetahui latar belakang syarikat ini.

Tindakan Kementerian Perdagangan itu bukan sahaja dipersoalkan olehPakatan Rakyat tetapi juga dari ahli perlimen BN sendiri iaitu Dato’ Mukhriz Tun Mahathir dalam perbahasan parlimen pada hari yang sama.




Syarikat Illuminati Sudah Tiba Di Johor - Al-Hayat

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat