nuffnang adv

lazada adv

Friday, January 27, 2012

Advertorial: Talktalkbiz.com


Bila anda perkenalkan (sponsor) orang, orang itu akan membeli KAD SIM Tone Excel - WOW. Apabila anda mendaftar mereka secara terus atas tajaan anda, maka anda dapat Insentif RM20.00. Seterusnya, setiap kali beliau Top Up KAD SIM tersebut anda akan dapat komisyen tak kiralah di mana mereka beli Top UP itu.
Inilah yang best, kerja sekali tetapi pendapatan berulang kali selagi mereka Top Up. Berikut adalah jumlah komisyen yang akan anda terima:
1. Pendapatan Insentif BONUS RUJUKAN
Jika anda sponsor seramai 10 orang dibawah tajaan anda di L1 (level pertama) dalam sebulan, maka anda layak menerima insentif ini pada kadar RM20.00 seorang iaitu sebanyak:
RM20.00 x 10 orang = RM200.00
RM200.00 sebulan!!

2. Pendapatan Insentif KOMISYEN TOP UP

    A. Tahap I : Jumlah Top Up peribadi bulanan anda RM20.00-RM79.99
Setiap level adalah infiniti, ini bermakna anda boleh sponsor seberapa ramai yang anda mahu pada mana-mana level.
Contohnya:
Jika anda sponsor seramai 10 orang di L1 (level pertama), maka setiap bulan sekiranya mereka Top UP minimum iaitu RM30.00, maka anda akan dapat:
RM30.00 x 6% x 10 orang = RM18.00
Sekiranya 10 orang sahabat anda tadi sponsor 10 sahaja, maka di L2 (level kedua) anda sudah ada 100 orang, sekiranya mereka Top UP sebanyak RM30.00 setiap bulan, maka anda akan mendapat komisyen sebanyak:
RM30.00 x 3% x 100 orang = RM90.00
Sekiranya 100 orang tadi sponsor 10 sahaja setiap seorang, maka di L3 (level tiga) anda sudah ada 1000 orang, maka komisyen anda setiap bulan jika mereka Top UP sebanyak RM30 adalah:
RM30.00 x 11% x 1000 orang = RM3,300.00
Maka jumlah keseluruhan komisyen yang akan anda perolehi adalah:
RM18.00 + RM90.00 + RM3,300.00 = RM3,408.00
RM 3,408.00 sebulan!!

SILA KLIK DI SINI


Tuesday, January 24, 2012

Keajaiban- Janin 15 Minggu masih hidup..

Janin 15 minggu masih hidup

Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat dibawah ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.
Selepas 6 bulan dijaga dengan rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya.


Blogger: Itulah yang dikatakan satu keajaiban, tiada yang mustahil jika Allah swt mengizinkan.

Sunday, January 15, 2012

Advertorial: Menjana Pendapatan Melalui Penggunaan Prepaid.. senangkan!!

CARA MUDAH MENJANA

 

PENDAPATAN TAMBAHAN


MUSTAHIL. Tapi Ada Cara Untuk Gunakan Benda Yang Anda Selalu Guna Untuk Buat Duit Tanpa Henti Walaupun Anda Dah Berhenti

Dari : AHMAD SANUSI IBRAHIM
Re : Cara Mudah Menjana Pendapatan


Salam sejahtera saya ucapkan kepada anda.

Terima kasih kerana melayari laman web saya. Jika anda ingin menambah pendapatan melalui perniagaan dan mencari peluang perniagaan yang sesuai, anda mempunyai beberapa pilihan iaitu pertama membina perniagaan anda sendiri, kedua membeli perniagaan atau francais yang sedia ada atau cara ketiga, sertai program pemasaran rangkaian.

Bagi mereka yang tiada pengalaman dan tiada wang yang banyak maka pilihan ketiga adalah yang paling logik! Ini kerana perniagaan pemasaran rangkaian boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, tanpa sebarang pengalaman perniagaan dan modal permulaannya pula adalah rendah.

Ramai yang takut dan skeptikal terhadap perniagaan pemasaran rangkaian ini tetapi jangan lupa, model perniagaan ini telah lama digunakan oleh pelbagai syarikat multinasional seperti AT&T, Colgate, Microsoft, AOL, Citibank, IBM, Xerox dan banyak lagi. Ramai peniaga bertaraf jutawan besar seperti Warren Buffet, Donald Trump, Robert Kiyosaki, Richard Branson dan ramai lagi amat meyakini konsep perniagaan ini. Jika mereka yang telah berjaya yakin dengan model perniagaan ini, kenapa tidak ANDA?

Kenapa ikon-ikon peniagaan besar yakin dengan perniagaan pemasaran dan terdapat juga pelbagai syarikat berlumba-lumba menggunakan sistem ini? Ini adalah kerana mereka tahu bahawa strategi pemasaran sebegini adalah cara yang paling berkesan untuk memasarkan produk tanpa menggunakan pekerja, tanpa sesiapa berhutang, tanpa perlu meminjam dan tanpa stok inventori yang nyata.

Oleh kerana terlalu banyak syarikat yang menggunakan sistem ini maka anda perlu bijak memilih syarikat. Jangan terjebak dengan skim cepat kaya! Bagi saya, terdapat lima perkara utama sebelum anda memilih peluang perniagaan yang perlu anda sertai iaitu pertamanya syarikat, keduanya pengurusan, ketiganya produk, keempatnya sistem imbuhan dan kelima adalah pembelajaran.

Hari ini saya ingin bercerita tentang satu perniagaan pemasaran rangkaian yang telah menarik minta saya untuk menyertainya dan merebut peluang kewangan yang disediakan.

Program ini ialah perniagaan KAD SIM prepaid Tone Excel - WOW. Tapi sebelum anda kata, "Ah, jual Top Up lagi", anda silap. Ini bukan program jual prepaid atau Top Up. Ia mengajak anda untuk menjadi pengguna bijak dengan mengubah sesuatu tanggungan (liability) kepada asset menjana pendapatan.

Ini adalah program baru daripada syarikat Tone Excel Sdn Bhd dengan kerjasama Tune Talk yang dipelopori oleh En. Jason Lo dan disokong oleh syarikat gergasi Tune Group yang juga memiliki AirAsia (Tune Air). Hebat! Datuk Tony Fernandez berjaya mengubah persepsi bahawa semua orang berduit sahaja mampu menaiki kapalterbang tetapi dengan AirAsia semua orang boleh terbang pada harga luar biasa murah. Kini, melalui Tune Talk beliau sekali lagi cuba mengubah persepsi bahawa bercakap di handphone adalah satu ‘tanggungan’ yang mahal dengan mengajak kita mengubahkannya kepada satu ‘aset’ menjana pendapatan dan anda boleh bercakap secara PERCUMA! Woww..
 
Talian handphone program Tone Excel - WOW di bekalkan oleh Tune Talk melalui rangkaian CELCOM yang sangat meluas dan syarikat CELCOM juga mempunyai pegangan saham sebanyak 38% dalam Tune Talk Sdn. Bhd
klik di sini.


Perniagaan pemasaran rangkaian ini, yang juga dikenali sebagai program rujukan (referral) Tone Excel - WOW dimana tiada penjualan dilakukan sebaliknya anda hanya perlu merujuk kepada sesiapa sahaja agar menyertai program ini. Program ini menawarkan perlindungan insurans sebanyak  RM100,000.00 dan tiket penerbangan percuma dari AirAsia

Thursday, January 12, 2012

Sains dan teknologi satelit telah membenarkan hadis Rasulullah saw

Google Earth Membuktikan kebenaran Nabi Muhammad S.A.W.



>> Tuesday, October 20, 2009





Sungguh Kami ( sering ) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang diberi Al Kitab ( taurat dan injil ) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang mereka kerjakan. 
(Al-Baqarah : 144)

Pada tahun kedua hijrah, ketika semua arah kiblat mengarah ke Baitul Maqdis, Rasulullah Muhammad SAW yang ketika itu berada di Madinah Al-Munawarah diperintah oleh Allah SWT supaya kiblat harus diubah kepada menghadap Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah. Sejak waktu itu, Masjidil Haram menjadi kiblat untuk semua umat Islam dan sejak saat itu Islam terus tersebar. Dan dengan pertolongan Allah SWT Islam meraih kemenangan, dan ramai yang memeluk Islam ketika itu termasuk orang orang Yaman

Setelah itu, Rasulullah saw mengirimkan mereka (orang2 Yaman) guru untuk mengajar mereka tentang agama. Maka Rasulullah saw mengirim Ali bin Abi Thalib ke Hamdan dan mengirim Muath ibn Jabel ke Janad dan ia mengirim utusan utusan ke Sana'a. Dan diantara utusan utusan itu, adalah Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee yang diutus sebagai pelindung (Sana'a) kemudian memerintahnya untuk membangunkan sebuah masjid dengan ketentuan yang Rasulullah saw telah tentukan sendiri.

At-Tabrani di dalam Al-Mu'jamAl-Awsat berkata : "Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee berkata : "Rasulullahsaw berkata padaku : " jika kamu membangun masjid Sana'a, bangunlah dikanan sebuah gunung bernama Deyn." Al-Hafez Al-Rahzey dalam bukunya "History of Sana'a" mengatakan, Rasulullah saw yang memerintahkan Wabribn Yuhanas Al-Ansarey ketika ia mengutusnya ke Sana'a untuk menjadi pelindung berkata " Panggillah mereka kepada Iman (kepercayaan / untuk membuktikan kebenaran). Jika mereka mentaatimu tentang hal itu maka aturlah mengenai Solat. Jika mereka mentaatimu mengenai hal itu, bangunlah masjid di taman Bathan, di mana disitu ditemukan sebuah batudi Gamdan dan arahkan ke sebuah gunung bernama Deyn." dan Al-Rahzey berkata: " Rasulullah saw menulis kepada Wabr untuk membangun dinding Bathan masjid dan membuatnya dari posisi dasar batu, dan mengarah ke Deyn."

Dan 14 abad selepas kejadian itu. Roket-roket dicipta dan mereka dapat melintasi jarak yang jauh (ke angkasa) membawa satelit-satelit.

Demi bintang ketika terbenam.


Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm (Bintang) : 1-4

Satelit-satelit membuktikan kebenaran Rasulullah saw.

Sebuah research yang dilakukan syeikh Abdul Majid Al-Zandaney

Melalui Google earth, kita boleh melihat bumi dari satelit. Dan kita boleh melihat wilayah Sana'a dan kemudian di zoom in sehingga nampak sebuah Masjid besar (mesjid agung) yang dibelakangnya terdapat masjid Sana'a yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw yang sekarang dibatasi oleh batu Mulallamah seperti yang digambarkan Rasulullah saw.

Dalam video itu kita dapat melihat pilar Masmoorah, yang dipelihara penduduk Yaman dan tepat diseberangnya adalah pilar lain yang disebut Manq'urah. Kemudian ditampilkan kiblat dari arah luar masjid. Setelah itu kita dapat lihat masjid yang berada di antara menara menara tersebut. Kemudian skrin di zoom out sehingga nampaknya wilayah Sana'a dengan masjid agung di pusatnya.

Kemudian kita dibawa untuk melihat foto satelit Gunung Deyn, sehingga bergeserlah foto satelit bumi itu ke arah barat laut ke arah gunung yang dimaksud oleh Rasulullah saw, di mana ia memerintahkan kepada Wabribn Yuhanas untuk mengarahkan kiblat masjid ke arah Gunung Deyn dan untuk membangun masjid di kanan dari Gunung Deyn.

Kemudian video di zoom in sehingga nampak jelaslah puncak gunung Deyn, sekarang diatasnya terdapat kem tentera dengan sebuah stesen pemancar televisyen.

Kemudian video di pusing kedudukannya sehingga kita dapat melihat puncak Gunung Deyn secara horizontal. Nampaklah puncak gunung Deyn beserta jalan yang menghubungkannya dengan Sana'a dan wilayah Amran.

Kemudian kita diajak kembali ke gambar satelit wilayah Sana'a, sehingga kita dapat memulai dari masjid yang dibangun atas perintah Rasulullah saw. Dibuatkan garis halus (digambarkan sebuah garis kuning) yang dimulai dari kiblat masjid Sana'a yang mengarah ke gunung Deyn, garis dari kiblat masjid Sana'a ditarik ke arah PUNCAK gunung Deyn dan nampak garis itu melalui kem tentera. Maka terbentuklah sebuah garis lurus melintang dari kiblat Masjid Sana'a ke PUNCAK gunung Deyn.

Dan kita diajak untuk memanjangkan arah garis kuning itu lurus ( benar-benar garis lurus ) terus ke arah barat laut ke luar dari batas negara Yaman. Ternyata Garis itu menuju ke Mekah. tidak hanya itu, tidak ke tempat lain, garis itu tepat menuju Masjidil haram lebih dari itu, ketika di zoom in, tidak ke bahagian masjid yang lain, garis itu tepat menuju Kabah tanpa menjauhi arah pusat Kabah.

Kalau diteliti secara terbalik ( bermula dari arah tenggara ), nampaklah sebuah garis lurus dari pusat Kabah ke puncak gunung Deyn, ke masjid agung, dan ke mesjid Sana'a, iaitu tepat ke kiblat yang arahnya ditentukan oleh Rasulullah saw. Jadi tempat ibadah di masjid yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw di Sana'a itu yang mengarah kepuncak gunung Deyn, ternyata terus merentasi menuju pusat Kabah, melalui sebuah garis lurus.

Jarak antara Sana'a ke Mekah sekitar 815 km dan jarak dari Sana'a ke Gunung Deyn adalah 30 km.

Tidak ada seorang pun manusia di bumi ini dapat menggambarkan sebuah garis lurus dipermukaan bumi antara dua wilayah yang begitu jauh, kecuali dengan bantuan peta yang sangat terperinci, yang sekarang dapat dikaji dengan adanya pesawat terbang dan satelit, dan ilmu pengetahuan tentang garis bujur / garis lintang / ketinggian tanah dan lain lain. Dan Rasulullah saw, 14 abad lalu, tidak menggunakan semua itu.

Subhanallah.


Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm :3-4

Blogger: Apa yang ada dan jelas dalam Al Quran pun kita masih ingin berdalih. Inikan pula Hadis Nabi SAW. Bagaimana nabi tahu dengan sebegitu tepat sekali arah kiblah kalau bukan dari Allah Rabbul Jalil. Dekatilah AL Quran dan AL Hadis sesungguhnya ia amat benar dan membenarkan.
sumber: http://zharifalimin.blogspot.com

Iklan Coke yang menghina solat dan Islam

Hina Islam, Melalui Iklan Coke Di Eropah

>> Monday, November 2, 2009

Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.

Mula mula tengok dekat email, saya tak berapa perasan sebenarnye gambar ni adalah 'orang' sebab yang 'saf' kat belakang tu sama macam botol air yang disusun. Cantik jer. Tapi saya mula perasan bila tengok 'imam' yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku.

Perhatikan perkataan 'coca-cola'. Cuba beli satu botol coke dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH. 

Sedarlah wahai sahabat sahabat, bila kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam. 

Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.
 
sumber: http://zharifalimin.blogspot.com

Sunday, January 8, 2012

hari ini 9 Januari.. Hari sibuk di Kuala Lumpur

Hari ini masing-masing sibuk membicarakan dan mendiskusikan hasil keputusan Mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari, dan mahkamah telas memutuskan DSAI tidak bersalah.

Apapun keputusan, kita serahkan pada badan kehakiman. Hidup manusia ini seumpama cerita Luqman AL Hakim dan anaknya serta kaldai. Naik dan tunggang kaldai pun salah, mengheret kaldai pun salah apatah lagi memikul kaldai pun salah. Tiada yang betul dan sempurna di mata manusia. Manusia tidak akan berpuashati dengan apa ang mereka ada, nampak serta percaya.

Oleh sebab itu, maka kita kena kembali kepada Allah swt yang serba sempurna dan kita kena akur dan akui kita ini serba kekurangan. Manusia selalu berfikir dan bertindak mengikut kehendak dan rasa hati serta akal mereka sahaja. Jarang sekali mereka yang membuat keputusan bertindak hasil dari memohon petunjuk dari Allah swt.

Takdir dan keputusan yang dibuat oleh badan kehakiman adalah yang terbaik untuk dan semasa didunia. Keputusan sebenar adalah dibawah kuasa badan kehakiman Allah di padang mahsyar. Neraca Allah lebih tepat, detail dan terperinci, malah gerak dihatipun boleh ditafsir dengan begitu jelas. Seandainya keputusan ini tidak memihak kepada satu-satu pihak, kita belajar menerima ia adalah keputusan didunia. Manakala keputusan yang memihak kepada pihak yang satu lagi, janganlah kita bersenang hati kerana ia hanya berasaskan hujah dan bukti yang ada didunia. Hakikat yang sebenar, betul dan salah yang sebenar-benarnya Allah swt maha mengetahui.

Tapi percayalah, orang yang benar Allah swt akan lindungi dan jaga maruahnya jika ia benar kerana Allah. Tetapi jika kita berbohong dan tidak berlaku benar, kelak nanti akan terbongkar jua samada melalui kesilapan kita atau Allah swt akan tunjuk jalan yang sebenarnya.

Pesanan dan peringatan untuk kita, sentiasalah berwuduk supaya kita terbenteng dari anasir-anasir jin, iblis dan syaitan yang sentiasa cuba menghasut serta memporak perandakan hati kita. Sentiasa kita berdoa supaya terjauh dan terhindar dari fitnah-fitnah manusia terutama mereka yang memasuki dunia politik. Bagi mereka dunia fitnah itu biasa. Dalam pandangan Islam, fitnah itu amat besar dosanya dan amat keji. Bagi mereka yang biasa, tiada rasa apa-apa dalam melakukan fitnah, mendekati fitnah atau membuat gosip-gosip yang boleh mencalarkan maruah dan aib seseorang.

Ambillah iktibar, dari peristiwa ini supaya kita tidak dijauhkan Allah swt dari rahmat dan hidayahnya.

Saturday, January 7, 2012

Majalah Biar Betul: Gempar Ubi Berjantina Ditemui

Majalah Biar Betul: Gempar Ubi Berjantina Ditemui: Ubi ini dijumpai dalam keadaan 'berpasangan'. Ubi ini terdiri daripada dua bentuk tubuh manusia. Satu diantaranya  menyerupai perempuan dengan bentuk 'dada' di bahagian atasnya, manakala satu lagi boleh dikelaskan sebagai lelaki kerana kelihatan "kelakian" dengan anggota tubuh yang menonjol dan tergantung di bahagian bawah.

Penemuan pelik ini, telah menarik minat salah seorang penduduk dan membelinya dengan 600 yuan. Berikutan itu beliau telah mendirikan sebuah tempat khusus di rumahnya untuk menarik minat pengunjung yang datang.

Pada tahun berikutnya, ubi pelik yang hampir serupa berupa seorang budak telah dijumpai oleh Zheng, 63,  di Datianba Village, China.

Tuesday, January 3, 2012

Nak kena minta tolong Yb ke?

Hari ini dengar luahan peneroka Felda Chalok, Setiu, Terengganu yang mengadu tak terima bonus sebagaimana yang diisytiharkan oleh PM tempohari. Setelah diselidik dan ditanya lebih lanjut katanya buah kelapa sawit yang dihantar melalui Pejabat Felda tidak mencukupi kuota.

Maknanya jika ramai peneroka yang menghantar buah kelapa sawit melalui pejabat Felda yang tidak cukup kuota akan menerima nasib yang sama. Kata mereka tiada makna bonus itu diwawarkan dengan gah sekali di akhbar dan TV. Kalau begitu caranya, baik tak payah hantar terus buah kelapa sawit melalui pejabat felda, baik jual terus kepada pembeli luar. Hati pun tidak sakit kalau begini keadaannya, luah mereka.

Sepatutnya kalau FELDA nak isytihar bonus perlu dibahagi tanpa mengira kuota, kalau sedikit dapat sedikit, kalau banyak dapat banyak, sedikit sama di rasa, banyak sama dikecap.

kata mereka keadaan ini amat mengecewakan mereka sama sekali, lebih-lebih lagi purata usia peneroka adalah mereka yang terdiri daripada warga emas.

Mereka juga berkata, jika isu pemberian bonus ini tiada kesudahan, Karam Singh Walia (TV3) pun mereka akan panggil selain akhbar Sinar Harian mahupun harian Metro. Mereka beranggapan generasi awal peneroka kini sudah tidak dihargai oleh FELDA dengan perubahan arus zaman dan teknologi. Tetapi jangan kita lupa, generasi emas inilah yang bersusah payah menebas tanah hutan membangunkan tanah yang dulunya hutan rimba yang kini kawasan yang dihuni dengan selesa, selamat dan mempunyai kemudahan.

Mereka amat berharap YB DUN akan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah dan isu ini.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...