nuffnang adv

lazada adv

Monday, October 31, 2011

Sekolah Imtiyaz Terengganu.. melahirkan generasi Al Quran dan unggul

Kampus Sekolah Imtiyaz yang terletak di Besut akan beroperasi sepenuhnya sedikit masa lagi


Sekolah Imtiyaz bakal menjadi sekolah atau institusi ulung dalam melahirkan generasi hafaz quran, berilmu, serta berakhlak dunia.

Inilah sekolah atau institusi yang kini menjadi rebutan dan pilihan di negeri Terengganu oleh ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka belajar di sekolah yang mengutamakan AL Quran dan ilmunya.

Dulu ia adalah satu impian dan pembelajaran hafazan AL Quran hanya dipelopori oleh sekolah-sekolah pondok atau persendirian. Kini Kerajaan Terengganu telah memproaktifkan impian ini kepada realiti dalam melahirkan generasi ulul albab.
Di sini akan lahir generasi unggul Al Quran dan akademik Islam

Buat masa ini tiga sekolah Imtiyaz telah didirikan di Besut, Kuala Terengganu dan Dungun. Sambutan terhadap kemasukan ke sekolah ini amat menggalakkan dan turut menjadi perhatian bagi mereka yang tinggal di luar Terengganu.

Kita amat berharap dengan wujud dan adanya sekolah berteraskan hafiz dan Al Quran ini akan terus bercambah di setiap daerah di Terengganu dan program hafazan Al Quran juga diperkasakan lagi di peringkat pra sekolah lagi dengan lebih baik.

Makan-makan di Makkah... ala arab

Nasi mandi yang enak yang dihidangkan kepada tetamu allah di sana

ini nasi mandi di Restoran Assafah Mekkah yang popular dan ini hidangan untuk dua orang makan yang boleh dimakan untuk tiga orang. Hidangan nasi mandi dengan kambing dan ayam


sup yang sedap dan unik dan enak dimakan dengan tuqatiq @ potongan hati dan perut unta dan dicecah bersama roti
Mencuba selera di Tanah Suci Makkah sesuatu yang dinanti dan menyeronokkan. Perut dan selera Melayu yang meronta-ronta ingin mencuba masakan dan juadah arab.
makan hati unta bersama roti @ khubzun

Apa yang paling diidamkan adalah untuk mencuba Nasi Mandi serta makanan tempatan yang lain.
memang berselera menghadap nasi mandi

Alhamdulillah tuhan makbulkan untuk mencuba selera masakan timur tengah ini.
nampak sedap pakcik arab ni makan

Dan antara yang paling sedap adalah sup bersama hati unta dan dimakan bersama roti macam roti tempayan.

Sunday, October 30, 2011

Pengalaman di Tanah Suci Makkah

Pemandangan Masjidil Haram dari Bukit Jiyat yang sungguh indah

Pengalaman beribadat di hadapan Kaabah suatu yang sukar dilupakan dan akan dirindui selalu
Setiap kali melihat rancangan Khabar Haji di Astro dan laporan dari Tanah Suci jelas terbayang pengalaman semasa mengerjakan umrah di sana baru-baru ini.
Tarikan Kaabah bagaikan magnet untuk kita beribadat dan sentiasa bersamanya, sedih apabila meninggalkannya

Setiap laporan yang dipaparkan jelas mengembalikan pengalaman dan kenangan di sana. Sekurang-kurang ia menjadi bekalan dalam persediaan mengerjakan haji di suatu hari nanti.

Begitu banyak sekali pengajaran dan iktibar hasil kunjungan di sana. Antaranya dalam menghayati pengertian hadis, fadhilat dan ganjaran sebagaimana hadis-hadis yang telah diriwayatkan. Bila di sana kita merasa bahawa setiap hadis yang disabda oleh baginda Rasulullah saw begitu jelas dan begitu dicari serta difahami dengan sejelasnya. Sebagaimana contoh maksud hadis nabi berkenaan Raudhah, fadhilat solat sunat, fadhilat melihat kaabah dan sebagainya.

Wednesday, October 26, 2011

Tercalon untuk Anugerah Blog Asia Paficic 2011

Tengok pagi ni dah tersenarai sebagai calon untuk anugerah blog , mungkin kerana menjadi penyiar iklan nuffnang di blog melayakkan ia tercalon secara automatik.

Pemilihan pencalonan bermula pada 7 hingga 20 November ini. 

Sebagai orang baru dalam berblogging banyak lagi pengalaman perlu ditimba dan diraih untuk menjadi blogger yang mantap, baik dan berkaliber

Welcome to
The Asia-Pacific Blog Awards 2011
Two years ago, the best of the best in the blogosphere were celebrated with the inaugural Asia-Pacific Blog Awards, and now, Nuffnang is honoured to be bringing the regional awards ceremony back, this time to Malaysian shores!
Come December 2011, 500 bloggers and guests from all over the Asia-Pacific region will once again take to the red carpet, and be treated to a night of fine dining and brilliant entertainment in Kuala Lumpur, the bustling metropolitan capital of Malaysia. Aside from being honoured for their hard work and contribution to the blogosphere, they will also get the opportunity to tour the city and experience the unique Malaysian culture for themselves.

Friday, October 14, 2011

Makan Asam Pedas Di Batu Pahat

Hari tu semasa berkunjung ke Batu Pahat menghadiri seminar di sebuah hotel di sana, sempat menyinggah di sebuah restoran asam pedas Mr Pa untuk makan malam.

Asam pedas ikan pari itu yang di pilih sebagai menu makan malam. Rasanya mengancam juga dengan rasa ikan yang masih segar.




Lokasi restoran ini tidak jauh dari Crystal Inn dan Katerina Hotel. Masakan panas juga disediakan di sini.

Apa yang dapat dirumuskan di sini, kedai-kedai makan ataupun restoran di Terengganu patut mempopularkan masakan asam pedas Terengganu sehingga ke waktu malam dan tidak membiarkan masakan ala Thai bermaharajalela menguasai masakan di malam hari.

Perlu ada menu masakan tradisional Terengganu di popularkan sampai ke malam tidak untuk siang hari sahaja.

Monday, October 10, 2011

catatan umrah- di Amman Jordan- Roman Teater

Begitu teruja sekali apabila berada di sini, melihat binaan yang hebat dan bersejarah
Pengalaman mengunjungi Roman Teater dan bandar sejarah di Amman amat mengujakan. Kesan tinggalan sejarah yang berabad masih jelas.
Maklumat menunjukkan ia dibina pada zaman Antonius Pius seratus tahun selepas masihi

Struktur binaannya masih utuh dan teguh, bagaimana teknologi buatan pada masa itu?

keadaan Roman Teater yang begitu gah sejak awal Masihi masih utuh binaannya dan jika di teliti secara teliti, ia suatu teknologi binaan yang hebat dan canggih untuk kita buat renungan.
Dulu ia adalah umpama stadium yang penuh dengan lautan manusia

Dengan tiang yang begitu besar, binaan yang kemas dan teratut serta apa yang paling menabjukkan adalah sistem bunyi secara simetri yang memberi gema kepada seluruh kawasan.
Bagaikan kembali ke zaman sejarah awal masihi

Kita bagaikan dibawa kembali merasai suasana zaman lama berabad bila berada di tengah-tengah teater. Tidak dapat dibayangkan bagaimana rasanya apabila berdiri ditengah-tengah binaan dengan sorakan manusia yang begitu ghairah untuk menyaksikan pertarungan manusia dengan manusia mahupun pertarungan manusia dengan haiwan dan bermacam-macam lagi hiburan yang wujud pada zaman tersebut.

Sejarah adalah pengalaman yang perlu kita ambil pengajaran dan renungan untuk membentuk peradaban pada masa depan.

Thursday, October 6, 2011

Lensa semasa di Lampung Indonesia

Kali ini blogger cuma ingin berkongsi gambar-gambar yang telah dirakam di Provinsi Lampung, Indonesia.

Wilayah Lampung ini terkenal sebagai antara pengeluar utama industri akuakultur di Indonesia seperti kerapu, dan lain-lain spesis laut.



Ia juga merupakan wilayah yang indah dan kaya dengan budaya serta warisan. Walaupun sistem jalanrayanya amat daif berbanding dengan negara kita Malaysia, namun perjalanan di sini amat menyeronokkan.

Ia juga memberi pengalaman yang berharga kepada kita bahawa mencari sesuap nasi di sini amat sukar dan mencabar. Dan begitu terasa sekali mudahnya mencari rezeki dan menikmati hidup yang lebih baik di Malaysia.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...