Baru-baru ini semasa blogger menerima satu jemputan kenduri saudara di Tumpat, terus mengambil peluang untuk mengunjungi pusat beli belah yang memang terkenal di Pantai Timur iaitu Pengkalan Kubur.
Walaupun tidak sehebat Mid Valley atau Times Square, tetapi ia sentiasa penuh dengan pengunjung dan masing-masing kelabu dan rambang mata untuk memilih barangan di sini.
Daripada kelengkapan dapur seperti periuk belanga, set pinggan mangkuk, pakaian, kain baju, mainan kanak, beras siam, buah-buahan, pendek kata kompleks bebas cukai ini sentiasa menjadi tumpuan kunjungan apatah lagi menjelang hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum.
Kompleks yang telah banyak mengalami pembaharuan dan naik taraf ini, kini lebih selesa untuk dikunjungi dengan tahap kebersihan telah jauh lebih baik dari keadaan suatu ketika dahulu.
Para pengunjung dilihat terdiri dari bukan sahaja warga tempatan, malah dari seluruh pelusuk negara. Bandar atau pekan Pengkalan Kubur ini yang bersempadan dengan negara Thailand tidak akan sunyi dari pengunjung dan barangan terutama daripada Thailand yang lebih murah berbanding barangan tempatan tetap akan menjadi pilihan pengunjung yang berkunjung ke sini.
Anda boleh berkunjung ke sini samada melalui bandar Tumpat ataupun melalui Wakaf Baru ke Cabang Emapat, Tumpat dari Bandar Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment