Pada 14 dan 15 Februari ini akan bertembung dua perayaan kebesaran bagi dua agama di dunia iaitu Maulidur Rasul SAW dan juga Hari Peringatan St Valentine bagi penganut Kristian.
Sebelum itu mari kita jengok sedikit sejarah Valentine Day yang blogger dapat dari artikel Berita Harian 12 Feb 2011 sebagaimana berikut:
"Sejarah Hari Kekasih atau Valentines Day adalah budaya Kristian untuk mengingati kematian tragis Paderi St Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi atau Rom yang bernama Raja Cladius II pada 268-270M.
Menurut Rizki ridyasmara dalam bukunya, 'Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So what?', sejarawan masih tiada kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diingati.
Bagaimanapun berdasarkan sejarah, ada empat pendapat popular berkaitan Hari Valentine;
Pendapat pertama, mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom Kuno sebelum kedatanganagama Kristian yang di namakan Lupercalia iaitu upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen Of Feverish Love) bernama Juno Februata. Pada hari itu pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak terbabit secara rawak.
Nama gadis yang tertera akan menjadi pasangan dan objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelioh anjing dan kambing. Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya dengan susu. Selepas itu diadakan perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda tadi yang memukul orang ramai dilaluan dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk menerima pukulan kera beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
Pendapat kedua pula adalah mengaitkannya dengan kematian paderi st Valentine ketika pemerintahan Raja Cladius II. Peristiwa ini yang sering dikaitkan dengan kisah pengorbanan besar demi keangungan cintanya terhadap agama sementara versi lain, cinta kepada seorang gadis.
Pendapat ketiga, ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di sepanyol. st Valentine adalah individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu, St Valentine dianggap kekasih rakyat dan 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol yang dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat keempat pula adalah berdasarkan apa yang dinukilkan Geoffrey Chaucer, penyair Inggeris dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.
Berdasarkan versi itu, jelaslah ia tiada hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama Islam. malah sudah terang lagi bersuluh yang boleh menyebabkan penyelewengan akidah yang sesat lagi menyesatkan.
Panel kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan menyembut Hari Valentine adalah haram dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa majlis fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71, yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan, "Amalan merayakan Valentine Day tidak pernah dianjurkan Islam. roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya bercampur dengan amalan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan Islam'.
Nabi Muhammad SAW dengan tegas melarang umat Islam meniru budaya yahudi dan Nasrani yang dijelaskan dalam hadis bermaksud: "Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejenghkal, sehasta demi sehasta hingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: adakah mereka itu yahudi dan Nasrani?, baginda menjawab:, Siapa lagi kalau bukan mereka."
Oleh kita kena sedar bahawa perbuatan meraikan Hari Valentine boleh membawa kepada kekufuran.
Sempena dengan Maulidur Rasul SAW ini sama-sama kita menghayati perjalanan hidup baginda, ,mengamalkan sunnah-sunnah baginda yang tersirat seribu fadhilat kejayaan didunia samada cara hidup, kesihatan, muamalat sesama manusia dan juga tarbiah diri.
Perbuatan kita merestui sambutan Valentine Day boleh membawa kita kepada subahat dan boleh menjerumuskan kita ke lembah kekufuran dan syirik kepada Allah SWT.
Adakah patut kita meraikan kematian Paderi Kristian yang telah menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol.. fikirkan dan sebarkan kepada sahabat-sahabat kita agar kita sentasa di bawah payung rahmat Allah SWT dan naungan syafaat Rasulullah SAW. amin
Perbuatan kita merestui sambutan Valentine Day boleh membawa kita kepada subahat dan boleh menjerumuskan kita ke lembah kekufuran dan syirik kepada Allah SWT.
Adakah patut kita meraikan kematian Paderi Kristian yang telah menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol.. fikirkan dan sebarkan kepada sahabat-sahabat kita agar kita sentasa di bawah payung rahmat Allah SWT dan naungan syafaat Rasulullah SAW. amin
No comments:
Post a Comment