Bersempena dengan bulan Maulidur rasul atau kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul awal, sama-sama kita renung dan dalami dengan lebih dalam makna SELAWAT.
SELAWAT dari segi bahasa adalah: Doa, rahmat daripada Allah, memberi berkat dan ibadah.
manakala dari segi syarak pula adalah : Mengakui kerasulan Baginda SAW lalu berdoa agar Allah SWT mengurnbiakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.
Apa kelebihan SELAWAT?
- Ia merupakan salah satu amalan paling utama
- boleh menghapuskan kesalahan dan dosa
- jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW
- menjadi benteng sifat munafik dan kafir
- selamat daripada huru hara hari kiamat
- menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah SWT
- Tiket untuk memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit
- menggantikan sedeqah bagi mereka yang tidak mampu bersedeqah
- Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda SAW di syurga kelak
- kehidupan didunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di kahirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
Hadis tentang kelebihan SELAWAT Nabi SAW.
- Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud; "Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah mereka yang paling banyak berselawat untukku" .
- Rasulullah SAW juga pernah bersabda; "sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkatnya sepuluh darjat".(riwayat Ahmad, Annasai dan al hakim daripada Al Anas)
- Sesiapa membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200 selawat, diampunkan Allah segala dosanya 200 tahun", (riwayat AL Dailami daripada Abu Zar r.a)
Itu diantara kelebihan berselawat dan juga dalil-dalil tentang kelebihan berselawat. Bukan susah untuk menyebutnya, tetapi amat sukar untuk diamalkan secara konsisten.
Selagi kita ini bernama manusia, selalunya kita akan mencari Allah dan rasulnya apabila kita susah atau ditimpa musibah. Dan apabila masa lapang dan senang kita mudah leka dan lupa.
Ayuh marilah kita beramal dan berselawat semasa waktu lapang dan senang dan kita lipat gandakan lagi masa susah dan sulit. Insyallah selawat mampu menjadi penawar yang mujarab kepada kesusahan dan kesulitan kita.
(di petik dan di susun dari Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab Hamid, 2009, Telaga Biru Sdn Bhd)