nuffnang adv
lazada adv
Tuesday, December 8, 2015
G25 Apa yang Datuk Noor Farida Arifin perjuangkan?
Ucapan Noor Farida Arifin, seorang pengasas SIS dan mantan duta di Belanda yang mengetuai G25, di London School of Economics menarik perhatian saya.
Dalam ucapan tersebut Noor Farida mengecam tindakan pemimpin-pemimpin Malaysia yang senantiasa memberi ruang bagi perkembangan Islam dalam kehidupan masyarakat. Fenomena Islamisasi yang berkembang ini jelas telah menyesakkan dada kelompok liberal dan sekular, dan kerana tidak tahan dengan perkembangan ini maka mereka telah menubuhkan G25 yang dianggotai oleh sekitar 50 mantan penjawat awam dan profesional. Bagi mereka jumlah ini sudah begitu banyak dan melambangkan majoriti sedangkan pada hakikatnya mereka hanyalah minoriti.
Strategi yang dilakukan oleh Noor Farida adalah memburuk-burukkan golongan yang menentang idea-idea liberal dan sekular yang dibawa olehnya dan rakan-rakannya. Strategi demonizing yang dilakukannya di hadapan masyarakat antarabangsa ini melampau. Beliau menggelar mereka sebagai “religious extremists” dan menggelar usaha yang mereka lakukan sebagai “creeping talibanization of Malaysia” dan meracuni pemikiran bangsa. Beliau tidak sedar dalam menentang kelompok yang ekstrimis itu ia telah terperangkap dalam satu lagi ekstrimisme iaitu ekstrimisme liberal. Kelompok ekstrimis liberal adalah kelompok yang memperjuangkan antara lain agar kerajaan membenarkan perkahwinan sesama jenis (gay dan lesbian) sebagaimana yang banyak berlaku di negara-negara Barat. Inilah yang dituntut oleh Irshad Manji dalam bukunya Allah, Liberty and Love yang menimbulkan kontroversi di Malaysia. Kelompok ekstrimis liberal juga memperjuangkan kebebasan bersuara (freedom of expression) yang mutlak termasuk kebebasan untuk memburuk-burukkan agama, memburuk-burukkan nabi Muhammad saw sebagaimana yang berlaku di Perancis, memburuk-burukkan institusi-institusi Islam seperti yang dilakukan oleh Eric Paulsen baru-baru ini. Semua ini boleh menimbulkan ketegangan dan kekacauan dalam masyarakat. Oleh yang demikian, kelompok inilah yang selayaknya disebut sebagai pelampau, kerana mahu memaksakan idea-idea liberal dan sekular mereka ke atas masyarakat, mereka lah yang sebenarnya telah melakukan “creeping liberalization of Malaysia” dan meracuni pemikiran bangsa.
Apa yang Kerajaan lakukan sebenarnya hanyalah melaksanakan tuntutan majoriti rakyat Malaysia yang mahukan Malaysia melaksanakan Islam dengan sempurna. Atas tuntutan inilah Tun Mahathir pada tahun 2001 mengishtiharkan bahawa Malaysia adalah Negara Islam mengikut definisinya sendiri. Untuk menguatkan perkara ini Tun Abdullah Badawi menggagaskan idea Islam Hadhari, meskipun ianya adalah idea yang keliru tetapi niatnya adalah mengemukakan citra Islam yang progresif dan berdaya maju. Di zaman kepimpinan DS Najib Razak pula kerajaan tetap bertegas mahu mempertahankan kesucian Islam dan melawan arus liberalisme dan pluralisme agama. Semua perkembangan ini bagi saya adalah amat baik dan kita menantikan perkara-perkara yang baik akan menyusul agar lebih bersesuaian dengan kehendak Islam dan sebagaimana disuarakan oleh ramai ulama’ di Malaysia.
Namun demikian Noor Farida beranggapan bahawa kefahaman para ulama’ di Malaysia ini tentang Islam adalah keliru, justeru kefahaman dialah yang betul. Hal ini sangat tidak masuk akal. Tidak dapat dibayangkan jika perkara seumpama ini berlaku dalam masyarakat Hindu, Budha atau Kristian, tidak mungkin ada orang awam dalam agama mereka mengkritik kefahaman agamawan mereka sendiri. Sekurang-kurangnya hormatilah disiplin ilmu, tuntutlah ilmu dengan tekun sebelum berani mengkritik sesuatu ilmu itu. Noor Farida bertindak lebih berani daripada itu apabila beliau menyerlahkan kejahilannya tentang agama Islam, khususnya tentang hukum hudud. Beliau mengatakan bahawa “sangatlah tidak adil apabila seorang pengusaha yang mencuri harta awam dibebaskan sedangkan seorang penganggur yang mencuri untuk memberi makan keluarganya dipotong tangan”. Beliau jelas tidak mengerti bahawa hudud dilaksanakan untuk semua kalangan tanpa mengira miskin atau kaya, bangsawan atau rakyat biasa. Justeru di antara syarat pelaksanaan hudud adalah tiadanya shubhat, kerana itu Sayyidina Umar pernah menangguhkan pelaksanaan hudud pada musim kemarau ketika seseorang itu mencuri kerana survival. Kerana itu persoalannya bukanlah sama ada hudud itu adil ataupun tidak tetapi sejauh manakah Negara kita bersedia melaksanakan hudud agar pelaksanaannya benar-benar menjamin keadilan bagi semua pihak.
Tindakan Noor Farida yang mengkritik institusi-institusi Islam di Malaysia semestinya disukai oleh institusi-institusi Barat yang mahukan nilai-nilai liberal diterima oleh masyarakat dunia. Oleh kerana itu orang-orang seperti ini sentiasa mendapat tempat di sana dan mendapat pujian yang tinggi, di sebalik pujian dan sokongan itu tanpa disedari sebenarnya mereka telah menjadi bidak-bidak di papan catur tangan-tangan asing yang ingin menguasai negara umat Islam secara halus.
ruj: FB Dr Khalid Muammar
Wednesday, October 7, 2015
Terserempak dengan anaconda ketika menyelam di Brazil...
![]() |
| Karina Oliani (kiri) dan jurugambar, Alexandre Socci merakamkan aksi anakonda berukuran lapan meter panjang dan dianggarkan seberat 400 kilogram di dasar Sungai Bonito, Brazil, baru-baru ini. AGENSI - |
Keghairahan seorang penyelam wanita profesional Brazil meneroka gua di dasar sungai, hampir mengundang maut apabila dia terserempak dengan seekor ular anakonda yang disebut sebagai ular paling besar pernah ditemukan di dalam air.
Penyelam terbabit, Karina Oliani menemukan anakonda sepanjang lapan meter dan dianggarkan seberat 400 kilogram itu selepas empat hari melakukan aktiviti menyelam di Sungai Bonito, barat laut Brazil, baru-baru ini.
Bagaimanapun, penyelam itu bernasib baik kerana ular berkenaan sedang membaham mangsanya, sekali gus tidak mengancam Oliani.
Jurugambar yang menemani Oliani, Alexandre Socci sempat mengambil gambar dan merakamkan aksi ular gergasi itu untuk siri rancangan televisyen, Wild Ocean With Karina Oliani.
“Saya terkejut apabila melihat saiz anakonda itu yang sangat besar terutamanya di bahagian kepala, dan saya tidak dapat melihat keseluruhan badannya.
“Walaupun kami berdua tidak menjadi hidangan ular itu, tetapi reptilia berkenaan merupakan pemangsa yang liar dan tidak boleh dihampiri dengan mudah,” kata Oliani seperti dilaporkan portal Mail Online.
Oliani menceburi dunia menyelam sejak kecil dan mendapat pengiktirafan sebagai penyelam di lautan terbuka ketika berusia 12 tahun sebelum menjadi penyelam profesional sejak 2002.
@utusan.com.my
Monday, September 28, 2015
Apa yang bagusnya Minyak Kelapa ini ?- sudut kajian barat
Coconut oil is one of the few foods that can truly be described as a superfood. Much excitement recently appeared around coconut that makes you ask what’s so special about this plant.
Coconut oil contains a unique combination of fatty acids with strong medicinal properties and what is known as medium chain fatty triglycerides. Most of triglyceride fatty acids are considered a long chain, or coconut oil is metabolized differently. These triglycerides are going from the liver into the digestive tract where they are used for quick energy. Places where coconut oil is consumed are considered the healthiest in the world.
In the Western society, coconut oil is still considered exotic food, which is primarily consumed by people aware of the importance of healthy eating. In some parts of the world coconut oil falls under the dietary products. On the South Pacific, people receive 60% of their calories from coconut, and they are the largest consumers of saturated fats in the world. These people have excellent health, and among them heart disease is far less often than in the rest of the world.
Why is coconut oil so good?
It helps with weight control
One study from 2009 shows a connection between loss of extra weight in the abdomen area and eating coconuts. Coconut is easily digestible and also protects the body from resistance to insulin.
Good source of lauric acid
Lauric acid in coconut oil can kill bacteria, viruses, fungi and help combat infection. When the oil is digested, monoglyceride is created in the body, known by the name of monolaurin. Lauric acid and monolaurin help killing harmful pathogens such as bacteria, viruses and fungi.
Can reduce seizures
The ketogenic diet is low in carbohydrates, and has plenty of fat. This leads to an increase of ketones in the blood. For some reason, this kind of diet can reduce the rate of seizures in epileptic children.
Easy digestion
Many people suffer from digestive problems. These people should consider adding coconut oil to the diet. Coconut oil helps with digestive disturbances including microbiological bacteria stomach and intestinal problems. The Fatty acids contain antimicrobial properties which soothe bacteria, candida, and even parasites that cause indigestion.
Helps to control type 2 diabetes
Recent research carried out by the Garvin Institute for Medical Research have shown that coconut oil helps protect against insulin resistance, thereby reducing the risk of diabetes type 2 diabetes.
Cooking at high temperatures
Due to the medium chain fatty acids, coconut oil has a higher temperature limit than most oils. You might find that you like more than the usual olive oil, especially if you cook according to recipes that require high temperatures. Olive oil is oxidized as soon as it reaches a point of opacity, creating free radicals.
Aging and wrinkle formation
Coconut oil is used not only as a food, because it offers many advantages in the beauty of the skin. It helps maintain connective tissue strong and prevents wrinkles and other skin problems. Apply the oil directly to the face in order to mitigate the appearance of wrinkles or using it on a daily basis to make your skin glow!
Decreases hunger and kills the appetite
One of the best things about coconut oil is that it can reduce feelings of hunger. This is probably related to the way in which the fatty acids are metabolized. The ketone which is formed acts in reducing the appetite.
@http://3dfirstaid.tv/
PS: Bagi anda penggemar cendol santan, amalan dietnya anda sememangnya baik, pastikan ia menggunakan santan segar. Apapun yang terbaik adalah minyak Kelapa Dara sebagaimana artikel di atas.
Subscribe to:
Posts (Atom)


