nuffnang adv

lazada adv

Thursday, March 10, 2011

Ais krim termahal di dunia

tentunya anda ingin tahu bagaimana agaknya aiskrim termahal di dunia... bersama ini disertakan maklumat tentang aiskrim yang dikatakan termahal didunia...

"
The most expensive ice cream sundae in the world is called the “Grand Opulence” Sundae and was created to celebrate the 50th anniversary of Manhattan restaurant Serendipity 3. Serendipity 3 celebrated their 50th anniversary in 2004 and decided to create the world’s most expensive ice cream sundae as a publicity stunt. They were later recognized by the Guinness Book of World Records as having accomplished their goal – at $1,000 (RM3,000)  the most expensive item on their menu became the official recorder holder as the most expensive ice cream sundae in the world!
Serendipity describes the Golden Opulence Sundae as follows: “5 scoops of the richest Tahitian vanilla bean ice cream infused with Madagascar vanilla and covered in 23K edible gold leaf, the sundae is drizzled with the world’s most expensive chocolate, Amedei Porceleana, and covered with chunks of rare Chuao chocolate, which is from cocoa beans harvested by the Caribbean Sea on Venezuela’s coast. The masterpiece is suffused with exotic candied fruits from Paris, gold dragets, truffles and Marzipan Cherries. It is topped with a tiny glass bowl of Grand Passion Caviar, an exclusive dessert caviar, made of salt-free American Golden caviar, known for its sparkling golden color. It’s sweetened and infused with fresh passion fruit, orange and Armagnac.
not your typical ice cream sundae
inilah aiskrim yang dikatakan termahal didunia dengan harga RM3,000 satu hidangan!!
The sundae is served in a baccarat Harcourt crystal goblet with an 18K gold spoon to partake in the indulgence, served with a petite mother of pearl spoon and topped with a gilded sugar flower by Ron Ben-Israel. How many customers have been willing to spend the $1,000 that this sundae costs? The founders admit it’s an outrageous price tag, but they say it has “snob appeal”. It has been popular enough since its introduction that they still serve it today, and recently the 15th Golden Opulence Sundae sold was ordered in advance for someone’s Sweet 16 birthday party. If you want to try it yourself, be sure to call ahead, as it takes a few days to prepare!"
(sumber: http://most-expensive.net/ice-cream-sundae)

Saturday, February 19, 2011

kelebihan berselawat ke atas Muhammad SAW

Bersempena dengan bulan Maulidur rasul atau kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul awal, sama-sama kita renung dan dalami dengan lebih dalam makna SELAWAT.

SELAWAT dari segi bahasa adalah: Doa, rahmat daripada Allah, memberi berkat dan ibadah. 

manakala dari segi syarak pula adalah : Mengakui kerasulan Baginda SAW lalu berdoa agar Allah SWT mengurnbiakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.

Apa kelebihan SELAWAT?
  • Ia merupakan salah satu amalan paling utama
  • boleh menghapuskan kesalahan dan dosa
  • jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW
  • menjadi benteng sifat munafik dan kafir
  • selamat daripada huru hara hari kiamat
  • menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah SWT
  • Tiket untuk memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit
  • menggantikan sedeqah bagi mereka yang tidak mampu bersedeqah
  • Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda SAW di syurga kelak
  • kehidupan didunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di kahirat kelak terlepas  daripada segala yang mendukacitakan.

Hadis tentang kelebihan SELAWAT Nabi SAW.
  • Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud; "Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah mereka yang paling banyak berselawat untukku" .
  • Rasulullah SAW juga pernah bersabda; "sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkatnya sepuluh darjat".(riwayat Ahmad, Annasai dan al hakim daripada Al Anas)
  • Sesiapa membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200 selawat, diampunkan Allah segala dosanya 200 tahun", (riwayat AL Dailami daripada Abu Zar r.a)
 Itu diantara kelebihan berselawat dan juga dalil-dalil tentang kelebihan berselawat. Bukan susah untuk menyebutnya, tetapi amat sukar untuk diamalkan secara konsisten.
Selagi kita ini bernama manusia, selalunya kita akan mencari Allah dan rasulnya apabila kita susah atau ditimpa musibah. Dan apabila masa lapang dan senang kita mudah leka dan lupa.

Ayuh marilah kita beramal dan berselawat semasa waktu lapang dan senang dan kita lipat gandakan lagi masa susah dan sulit. Insyallah selawat mampu menjadi penawar yang mujarab kepada kesusahan dan kesulitan kita.

(di petik dan di susun dari Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab Hamid, 2009, Telaga Biru Sdn Bhd)

Saturday, February 12, 2011

Patutkah kita menyambut Valentine Day?

Pada 14 dan 15 Februari ini akan bertembung dua perayaan kebesaran bagi dua agama di dunia iaitu Maulidur Rasul SAW dan juga Hari Peringatan St Valentine bagi penganut Kristian.

Sebelum itu mari kita jengok sedikit sejarah Valentine Day yang blogger dapat dari artikel Berita Harian 12 Feb 2011 sebagaimana berikut:
"Sejarah Hari Kekasih atau Valentines Day adalah budaya Kristian untuk mengingati kematian tragis Paderi St Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi atau Rom yang bernama Raja Cladius II pada 268-270M.

Menurut Rizki ridyasmara dalam bukunya, 'Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So what?', sejarawan masih tiada kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diingati.

Bagaimanapun berdasarkan sejarah, ada empat pendapat popular berkaitan Hari Valentine;

Pendapat pertama, mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom Kuno sebelum kedatanganagama Kristian yang di namakan Lupercalia iaitu upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen Of Feverish Love) bernama Juno Februata. Pada hari itu pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak terbabit secara rawak.
Nama gadis yang tertera akan menjadi pasangan dan objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelioh anjing dan kambing. Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya dengan susu. Selepas itu diadakan perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda tadi yang memukul orang ramai dilaluan dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk menerima pukulan kera beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua pula adalah mengaitkannya dengan kematian paderi st Valentine ketika pemerintahan Raja Cladius II. Peristiwa ini yang sering dikaitkan dengan kisah pengorbanan besar demi keangungan cintanya terhadap agama sementara versi lain, cinta kepada seorang gadis.

Pendapat ketiga, ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di sepanyol. st Valentine adalah individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu, St Valentine dianggap kekasih rakyat dan 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol yang dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat pula adalah berdasarkan apa yang dinukilkan Geoffrey Chaucer, penyair Inggeris dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.

Berdasarkan versi itu, jelaslah ia tiada hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama Islam. malah sudah terang lagi bersuluh yang boleh menyebabkan penyelewengan akidah yang sesat lagi menyesatkan.

Panel kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan menyembut Hari Valentine adalah haram dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa majlis fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71, yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan, "Amalan merayakan Valentine Day tidak pernah dianjurkan Islam. roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya bercampur dengan amalan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan Islam'.

Nabi Muhammad SAW dengan tegas melarang umat Islam meniru budaya yahudi dan Nasrani yang dijelaskan dalam hadis bermaksud: "Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejenghkal, sehasta demi sehasta hingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: adakah mereka itu yahudi dan Nasrani?, baginda menjawab:, Siapa lagi kalau bukan mereka."

Oleh kita kena sedar bahawa perbuatan meraikan Hari Valentine boleh membawa kepada kekufuran.

Sempena dengan Maulidur Rasul SAW ini sama-sama kita menghayati perjalanan hidup baginda, ,mengamalkan sunnah-sunnah baginda yang tersirat seribu fadhilat kejayaan didunia samada cara hidup, kesihatan, muamalat sesama manusia dan juga tarbiah diri.

Perbuatan kita merestui sambutan Valentine Day boleh membawa kita kepada subahat dan boleh menjerumuskan kita ke lembah kekufuran dan syirik kepada Allah SWT.

Adakah patut kita meraikan kematian Paderi Kristian yang telah menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol.. fikirkan dan sebarkan kepada sahabat-sahabat kita agar kita sentasa di bawah payung rahmat Allah SWT dan naungan syafaat Rasulullah SAW. amin





Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...