
AMARAN: artikel dibawah adalah untuk bahan bacaan tambahan sahaja. Bagi mereka yang baru mendekati kajian mistik file atau dunia konspirasi dinasihatkan membaca sebagai bacaan ringan sahaja. Mungkin ada maklumat yang perlu ditapis dan diperhalusi untuk digunakan secara fakta.
Nota Pembuka: Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seorang pembaca saya iaitu saudari 'BLACK DRAGON' kerana menterjemahkan artikel saya ini yang sebelumnya saya tulis dalam bahasa inggeris pada 22 Januari 2011 (klik sini jika ingin membaca versi asal dalam bahasa inggeris).
Saya ada juga menerima beberapa emel dari anda yang mencadangkan agar lebih banyak artikel ditulis dalam bahasa melayu. Saya cadangkan agar anda mencadangkan terus perkara ini kepada saudari 'Black Dragon'. Malangnya saya tidak boleh menyiarkan alamat emel beliau namun anda bolehlah copy+paste di ruangan komen ayat berikut "U/P: Black Dragon yang cantek rupawan. Mohon translate artikel .......... (nyatakan artikel yang anda mahukan) dengan segera. Maaf sebab you kerja takde gaji but tenkew tenkew anyway. Sekian".
Dan kepada mana-mana pembaca yang nak hentam saya lepas ni, saya ucapkan "Selamat Hari Raya dan Lantak Kaulah. Dah terlambat pun sebab artikel di dah ada dalam blog saya 2011 haha.."
TERJEMAHAN: MALAYSIA DI MATA DAJJAL
Tulisan: Afterdark
Terjemahan: Black Dragon
Artikel berikutnya ini akan membincangkan tentang beberapa ramalan. Kecuali beberapa ramalan yang telah dinyatakan dalam hadis, yang selebihnya adalah tidak diketahui asal usulnya. Oleh itu, perlulah diingatkan supaya anda berasa ragu terhadap ramalan-ramalan ini. Artikel ini ditulis bukanlah untuk meyakinkan anda tentang kebenaran ramalan-ramalan berikut. Saya hanya ingin anda melihat ramalan-ramalan ini dari sudut pandangan Illuminati. Ia mungkin berguna dalam pertempuran di masa depan jika kita tahu apa yang difikirkan oleh pihak-pihak musuh.
* * * * * * *
Antara soalan yang paling kerap ditanya mengenai kehadiran Illuminati di Malaysia adalah "Mengapa mereka berada di sini?". Soalan ini sering bermain-main di fikiran saya, malahan sejak saya menyatakan dalam artikel yang terdahulu bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Freemason; dan bahawa kita sedang bergerak ke arah Negara yang dikawal oleh Illuminati. Dalam artikel 2013 ILLUMINATI BLUEPRINT yang saya terbitkan sebelum ini, saya menyatakan bahawa kejatuhan domino telah berlaku, dan saya bimbang ia masih lagi berlaku.
Baiklah, sebelum anda meneruskan lagi pembacaan anda, biar saya jelaskan terlebih dahulu bahawa artikel ini bukanlah sepenuhnya berkaitan politik. Malah, setiap perkataan yang terkandung selepas ini adalah sepenuhnya bersifat spekulatif. Hanya masa akan menentukan sama ada ia akan menjadi satu kenyataan atau tidak. Oleh itu dengan seikhlas hati, saya menasihati anda supaya menganggap artikel ini hanyalah sebagai bahan bacaan ringan semata-mata.
Baiklah, mengapa Illuminati begitu tertarik kepada negara kita yang jumlah penduduknya hanya setakat 27 juta orang? Berbeza dengan negara Teluk yang kaya dengan sumber minyak, negara kita tidak dikurniakan dengan minyak atau emas atau apa-apa jenis sumber alam yang melimpah ruah cukup untuk menarik minat mereka Daru sudut politik pula, Tun Mahathir adalah satu-satunya tokoh yang berjaya meletakkan Malaysia pada sasaran Illuminati dan ia hanyalah semata-mata kerana beliau banyak menimbulkan kemarahan mereka dan Tun Mahathir dianggap satu-satunya lawan yang setanding dari rantau ini.
Terdapat juga teori kedua yang datangnya dari golongan sekular di dalam kumpulan kami dan bagi saya ia bagaikan mimpi yang teramat ngeri...
