nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label jimat petrol. Show all posts
Showing posts with label jimat petrol. Show all posts

Friday, February 6, 2015

Kereta paling jimat petrol di MALAYSIA..10 terbaik


Senarai 9 Kereta PALING JIMAT Di Malaysia Yang Ramai TAK TAHU !!! | Penjimatan minyak kini dianggap sebagai salah satu faktor utama oleh pengguna untuk membeli kereta. Bagi memenuhi kehendak pengguna, syarikat-syarikat pengeluar kereta telah mengeluarkan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak.


Disini, kami kompilkan beberapa kereta yang mempunyai kadar pembakaran minyak yang efisyen supaya dapat menjadi rujukan bagi mereka yang ingin membeli kereta baharu pada harga dibawah RM100,000.
1. Perodua Axia

21.6 Km/L
100KM = RM 8.80

Selain dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta ini bergerak sejauh 20.6 km.
2. Mitsubishi Mirage

21 Km/L
100KM = RM 9.10

Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2 DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk keselesaan.
3. Mitsubishi Attrage

21 Km/L
100KM = RM 9.10
Attrage adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk penjimatan minyak. Attrage turut menggunakan enjin berkapasiti 1.2cc, menyerupai adik beradiknya, Mirage. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut menawarkan ciri-ciri lain seperti keyless operation system.
4. Hyundai i10

18.9 Km/L
100KM = RM 10.10

Kereta keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc yang boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter. 
5. Honda City 2014

17 Km/L
100KM = RM 11.20

Biarpun dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.
6. Myvi 1.3

17 Km/L
100KM = RM 11.20

Kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan penjimatan minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta ini mempunyai enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti Honda City, seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.
7. Peugeot 208

16 Km/L
100KM = RM 11.90

Didatangkan dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480. Dengan kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km bagi setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah tangki minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.
8. Volkswagen Polo Sedan

15.4 Km/L
100KM = RM 12.30

Kereta keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini menggunakan 6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan menghabiskan RM 12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.
9. Proton Iriz

14.5 Km/L
100KM = RM 13.20

Tergolong dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.6cc ini menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh 14.5km.

**Kesemua data diambil dari laman rasmi kereta ataupun di website reviu kereta. SUMBER SIAPKAPKELI.

@http://om-fabulous.blogspot.com/

Friday, August 29, 2014

Perodua AXIA terus mendapat sambutan hangat... kereta yang menjimatkan petrol


Perodua Axia terus mendapat sambutan hangat, dan menurut Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Aminar Rashid,  Axia kini telah menerima tempahan sebanyak 7,000 unit sebelum pelancaran pada pertengahan September 2014 nanti.

Apa yang menarik ia dikatakan model yang menjimatkan penggunaan petrol dengan kadar 21.6km/liter.
Dengan penjimatan pemanduan ini tentunya ia menarik dengan kos bahan api yang agak tinggi sekarang ini.

Dengan harga serendah RM24,900 tentunya ia menjadi satu pilihan terutama bagi kereta bandar dan kereta kedua.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...