nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label bangkok trip. Show all posts
Showing posts with label bangkok trip. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Travelog: Trip ke Bangkok 2012 part 2

Perut dah lapar memang selera lauk sebegini .. memang masakan asli Thai

2 Mac 2012

Pesawat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabumi, Bangkok jam 2.25 petang. Sungguh besar airport ini dan saiz terminalnya adalah dua kali ganda lebih besar dari KLIA.

Sebaik tiba di terminal, rombongan sekali lagi diuji dengan kesabaran di mana urusan imigresen iaitu memeriksa passport dan dokumen masuk mengambl masa lebih 2 jam beratur dengan begitu ramai sekali pengunjung asing di sini. Apakah mungkin ia satu tanda bahawa sememangnya Thailand adalah antara destinasi pilihan pelancong asing di Asia Tenggara?. Keadaan ini tidak sama sekali berlaku di KLIA. Kalau di perhatikan, sudah begitu anyak sekali kaunter di sini di sediakan bagi ursan passport ini.

Sebaik selesai, rombongan dipertemukan dengan Pemandu Pelancong dan selaku agen di sini iaitu Encik Syukree atau lebih mesra di panggil Abe Syukree. Dari lapangan terbang rombongan kami di bawa ke sebuah restoran Muslim tidak jauh daripada sini untuk makan tengahari. Dengan waktu yang mencecah jam 4 petang, sememangnya mencabar gelombang perut kami. Semuanya nampak sedap. Restoran AL Hilal ini menyajikan masakan halal ala Thai dan antara menu hari ini adalah Tomyam Puteh Thai, Ikan 3 rasa dan bermacam-macam lagi..

Harga petrol dan diesel di Thailand, tapi apa yang menarik NGV dalam 95 sen /liter dan mudah didapati dimana-mana stesen minyak.
Selesai memenuhi permintaan perut, rombongan menyempurnakan tuntutan rohani dengan bersolat di surau yang disdiakan di sini.

remang senja dalam perjalanan yang sungguh indah
Dari sini, perjalanan di teruskan ke Nakhon Rachasima iaitu kira-kira 3 jam perjalanan dari Bangkok sejauh 280 hingga 300km. Pemandangan sepanjang perjalanan ini dapat melihat kesan-kesan banjir besar yang melanda kota Bangkok 2 bulan sebelum itu yang cukup besar dan lama kawasan tersebut di tenggelami air. Turut trelibat adalah Kilang Pengeluaran Honda yang mengakibatkan hampir 2000 buah kereta musnah ditenggelami air.
gerai jualan dalam perjalanan. Idea bisnes yang boleh dipraktikkan di kampung halaman
 Oleh kerana sukar bagi mendapatkan makanan halal dalam perjalanan ke Nakhorn Rchasima iaitu di Bandar Patchong memandangkan waktu sudah malam, pemandu pelancong kami Abe Syukree mencadangkan agar makanan di tapau atau bungkus dan boleh dimakan di hotel nanti. Jadi bolehlah kami berehat lebih awal setelah seharian perjalanan yang memenatkan dan penuh cabaran.

Lebih kurang jam 9.00 malam atau 8.00 malam waktu Thai, kami tiba di Patchong Landmark Hotel di Bandar Patchong. Ia adalah hotel yang terbesar dibandar ini dan pemandangan diwaktu malam sungguh indah dengan hiasan dan dekorasi lampu.

boleh menjadi platform untuk mengenengahkan produk tempatan
Tiba masa untuk kami berehat...




kedai ringkas tai susunan kemas dan menarik


bersambung

Saturday, April 21, 2012

Travelog: Trip ke Bangkok Mac 2012 siri 1

Airport KLIA yang menarik dan ceria

2 Mac 2012


Memulakan perjalanan dari rumah dalam jam 8.00 pagi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Hati sedikit lapang kerana urusan check in tiket telah dilakukan secara online di web MAS sehari sebelumnya. Jadi tidaklah terlalu terkejar-kejar untuk check in di lapangan terbang sebagaimana biasa. Telah banyak inovasi dalam industri penerbangan yang memberi kemudahan dan keselesaan kepada penumpang dan pelanggan.


Jam 9.00 pagi, tiba di airportuntuk urusan bagasi. Kejutan pertama semasa menguruskan bagasi, nama salah seorang rombongan kami iaitu "Amrul Amri" telah tertera 'Azrul Amri'  di boarding pass. Perbezaan huruf 'z' dan 'm'.Pihak kaunter MAS telah betulkan untuk penerbangan domestik dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.Dan pihak kaunter meminta sebaik sahaja tiba ke KLIA segera kekaunter MAS aras 3 untuk betulkan semula tiket atau boarding pass.


Sebaik sampai di KLIA, blogger dan Amrul telah ke kaunter MAS untuk urusan pertukaran boarding pass. Pada mulanya ingatkan masalah tertukar huruf ini adalah masalah kecil sahaja, tetapi petugas kaunter juga tidak boleh berbuat apa-apa. Blogger mula naik risau, jam sudah 11.20pg, flight ke Bangkok jam 12.15tgh, bagasi telah masuk untuk ke Bangkok. Apabila ditanya, penyelesaiannya ejen atau Agensi Pelancongan yang menguruskan tiket kena 'issued' semula tiket. Sedangkan hari ini Jumaat di Terengganu adalah hari minggu. Mana pejabat buka. Waktu semakin bergerak pantas. Hati sudah mula resah dan berdebar-debar.


Blogger terus membuat panggilan menghubungi terus pegawai agensi pelancongan semasa berurusan tiket tempohari. ALhamdulillah beliau ada disekitar Kuala Terengganu dan bersedia ke pejabat bagimenyelesaikan masalah ini.


Dengan hambatan waktu yang semakin hampir,jam telah menunjukkan 11.30 pagi, ada 45 minit lagi sebelum penerbangan ke Bangkok. Selalunya apabila penerbangan antarabangsa, 2 jam sebelum kita sudah bersedia untuk mask ke balai berlepas bagi urusan bagasi, passport, pertukaran duit dan sebagainya. Hati amat risau bimbang jika masalah ini tersangkut dan bermasalah dan sebagainya.


Setelah perbincangan En Amer pegawai agensi pelancongan bersama pegawai MAS.. (Fazlini) kalai tak silap, tiket atau boarding pass telah dapat diselesaikan dan blogger bersama AMrul segera ke balai berlepas untu urusan seterusnya iaitu ke Money Changer bagi pertukaran Ringgit Malaysia ke Baht Thai.


Amat besar pengajaran dan elajaran hari ini, hanya sebutir huruf 'M' menjadi huruf 'Z', hampir merubah program trip ke Bangkok. Lain kali kena lebih berhati-hati dalam menguruskan dokumen perjalanan dan berkaitan. Syukur alhamdulillah, tuhan maha kuasa memberi ketenangan dan jalan penyelesaian dan dipermudahkan.


Semalam semasa berurusan dengan agen di Thailand, beliau menyarankan agar membuat tukaran wang di Malaysia kerana  nilainya lebih baik berbanding di Bnagkok, Thailand.
Pandangan Putrajaya dari udara

Sebaik selesai terus masuk ke balai berlepas antarabangsa bagi urusan Imigresen. Dan ahli rombongan semuanya telah bersedia untuk ke gate penerbangan.


Oh ya ahli rombongan ini dihadiri oleh Dato' M Jidin  selaku Pengerusi , ahli lembaga pengarah yang lain Tn Hj Shamsuddin, Tn Hj Halias, En Din, My Bos, Hj Nik serta Amrul.


Sebelum tiba di gate G2, tiba-tiba borading pass che  Din telah tercicir. Banyak sekali duaan hari ini. Nasib baik di situ ada kaunter Exchange Flight dan boarding pass gantian boleh di mohon di situ.


Sebaik menaiki pesawat MH 0788 MAS, barulah hati merasa lega dan lapang. Bolehlah blogger merehatkan diri sebentar sambil membuat catatan perjalanan. Setiap pengalaman dan peristiwa yang berlaku ini amat berharga bukan sahaja kepada blogger juga kepada mereka yang selalu atau pertama kali membuat perjalanan antarabangsa yang tidak sama persediaannya dengan perjalanan domestik.


Walaupun telah berkali-kali menaiki pesawat dan mebuat perjalanan antarabangsa, sentiasa kelemahan diri kita yang tidak kita sedari walaupun telah dibuat persediaan lebih awal. Namun pengalaman yang dikutip ini amat berharga supaya perjalanan yang akan datang kan lebih bersedia dan lancar.


Lawatan kali ini iaitu 2 hingga 5 mac 2012 adalah ke Kotaraya Bangkok selama 4H3M, di mana fokus utama adalah ke Nakhornrachasima iaitu ke Ladang Agrotourism Farm Chockchail, kira-kira 250km ke utara Bangkok.


Perut sudah mula terasa lapar, kekalutan semasa berlepas tadi tidak disedari. Tak sabar menunggu hidangan di dalam pesawat. Dah tiba pun hari ini di MH Hospitality MAS. Di beri pilihan AYam kari atau Ikan Asam Pedas. Blogger memilih Ikan Asam Pedas. Dengan perut yang sudah lapar, memang berselera lagipun rasanya ok jugak.
Menu santapan di udara...MH Hospitality

Sepanjang perjalanan, pemandangan awan agak menarik dengan langit yang cerah dan awan yang memintal bagai buih dan permaidani di awangan, amat mengasyikkan.
Ikan asam pedas.. antara signature Malaysia ke mata dunia


Apa yang menarik hati blogger semasa menjamu selera adalah konsep hidangan dalam pesawat di mana ia amat menarik dan praktikal kalau dipraktikkan untuk perjalanan bas persiaran, bas ekspress mahupun van persiaran. Teringat blogger akan konsep 'Tea Break Kotak' atau 'Nasi Kotak' semasa ke Lampung, Indonesia tempohari. Konsep lebih menarik dan cantik berbanding dengan nasi bungkus kita di Malaysia di dalam polisterin @ polifoam. Lebih-lebih lagi ia bersifat mesra alam.






bersambung......

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...