nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

Doa dan Amalan Untuk Lembutkan Hati anak-anak

Mendidik dan mentarbiah anak-anak pada zaman ini amat mencabar. Perkembangan otak dan minda mereka cukup pantas. Cuma untuk mendidik disiplin dan akhlak memerlukan kesabaran yang tinggi.

Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik bersungguh. namun itu tidak mencukupi. Kita memerlukan amalan dan doa serta hidayah daripada Allah swt untuk membimbing dan mendinding perkembangan serta pembesaran anak-anak kita supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat (qurrata aa' yun).

Ulama dan orang-orang tua telah meninggalkan kita warisan dan doa supaya kita amalkan agar anak-anak kita terdidik dan lembut hati dalam menerima didikan kita.

Di antara amalan adalah seperti berikut:

1. Amalan Membaca surah TA HA ayat 1-6
khasiat:
-untuk melembutkan hati anak-anak yang degil dan payah mendengar cakap
-menambahkan keyakinan diri kita dan anak
-juga untuk melembutkan hati musuh

2. Juga mengamalkan surah AL Insyirah (alam nasyarah.....)

Baca dan hembus di kepala anak-anak terutama sebelum anak-anak tidur


Nak melembutkan hati Isteri dan suami pun boleh jugak... tapi bacalah selepas suami @ isteri telah tidur...

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...