nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, May 29, 2018

Projek HSR Dan Kewangan Negara- Untuk bacaan dan asah minda

Image may contain: outdoor

HSR DAN KEWANGAN NEGARA
Dari 2007 lagi syarikat YTL dengan teknologi Siemens sudah mencadangkan kepada kerajaan untuk dibina projek kereta api berkelajuan tinggi di antara KL- Singapura.
Trek sepanjang 350km dengan tren kelajuan 300km/j.
Berapa kosnya? RM 8 billion.
Tetapi EPU menolak projek ini atas sebab komitmen kewangan yang tinggi.
10 tahun kemudian, projek yang sama diperkenalkan kembali dan kita dimaklumkan kosnya adalah RM70-80 billion.
Sama ada kos telah naik berpuluh kali ganda atau kerajaan dahulu suka 'inflate' kos projek kereta api untuk tujuan tertentu hanyalah membawa satu persoalan iaitu: bagaimanakah mereka menguruskan kewangan dan ekonomi negara?
Projek HSR KL-Singapura sememangnya ada kebaikan. Malahan, setiap projek boleh diberikan justifikasi untuk kelulusan.....atas kertas.
Misalnya projek ECRL. Guna sahaja 'basis' bahawa muatan kargo dari Pantai Timur sebanyak 60 juta tan metrik setahun menjelang 2025, boom, projek lulus. (Walaupun kadar muatan kargo sekarang hanyalah 6 juta tan metrik di seluruh Malaysia.)
Begitu jugalah projek HSR.
HSR akan memajukan kawasan luar bandar seperti Ayer Keroh, Muar dan Batu Pahat. Pelancong makin ramai, industri tempatan (perabot dsbg) mempunyai pasaran lebih luas, projek 'spill over' di kawasan ini akan dibina dan nilai hartanah meningkat.
HSR akan memendekkan masa perjalanan. Kalau dengan pengangkutan udara, masa diambil dari 'door to door' adalah 4 jam. Kini ia bakal mengambil masa 2 jam.
HSR akan merancakkan aktiviti ekonomi dan perkongsian sumber serta bakat di antara dua kota raya. Pekerja dan bisnesman KL mudah bekerja di Singapura dan sebaliknya. Lebih banyak syarikat Singapura akan beroperasi di KL atas faktor kos.
Ini semua benar dan ada meritnya.
Namun, setiap yang baik pasti ada yang buruknya. Kesan negatif kepada projek HSR juga perlu diambil kira.
Pertama, HSR akan memberi kesan langsung kepada industri penerbangan.
Laluan KL-Singapura adalah laluan paling sibuk si dunia dengan 30,500 penerbangan setahun.
Apabila dikatakan paling sibuk, ia bermaksud 'lucrative'. Secara kasarnya nilai ekonomi yang dijana bagi laluan ini adalah sekitar RM2 billion ke RM3 billion. (Tambang, caj parking, penyelenggaraan, cukai lapangan terbang dll)
Ianya melibatkan hampir 10 syarikat penerbangan yang mempunyai slot KL-Singapura. Antaranya adalah MAS (milik kerajaan) dan AirAsia (milik Malaysia).
Sebarang kehilangan 'revenue' di laluan paling sibuk ini kepada HSR sudah pastilah memberi kesan kepada syarikat, pekerja, vendor dan kerajaan.
Adakah kita bersedia 'mengacau' (disrupt) aktiviti ekonomi di laluan tersebut?
Kedua, kos HSR adalah terlalu mahal.
Bagaimana sesebuah projek yang 10 tahun dahulu bernilai RM8 billion tetapi kini menjadi RM100 billion (termasuk kadar faedah)?
Purata kos membina HSR adalah sekitar RM60 juta- RM100 juta per kilometer.
Dengan 'price tag' RM100 billion dan sepanjang 350 km, projek HSR KL-Singapura menjadikan kos per km sebanyak RM285 juta.
Ianya kos yang amat tinggi. Sedangkan keadaan topografi tanah di sepanjang laluan KL-Singapura tidak memerlukan pembinaan merentasi gunung ganang mahupun banjaran sebagaimana di Eropah mahupun China.
Kos buruh dan bahan mentah juga tidaklah semahal seperti di Amerika dan negara maju yang lain.
Ini membawa kita kepada perkara ketiga iaitu- adakah kita mampu membiayai projek HSR?
Dengan berbelanja (baca: berhutang) RM100 billion, secara kasarnya kita bakal membayar RM250 juta sebulan selama 30 tahun.
Sebuah jumlah yang amat tinggi lebih-lebih lai mengambil kira kedudukan hutang negara sekarang.
Sesetengah penganalisis, pakar, pengkritik mahupun bekas Menteri Kewangan boleh mengendahkan kadar hutang kerajaan sebanyak RM 1 trillion.
Mereka boleh berselindung di sebalik definisi dan terma hutang yang diguna pakai.
Namun definisi ataupun tidak, hakikatnya kerajaan telah membayar hampir RM7 billion hutang 1MDB sejak 2017. (Nilai yang sama dengan pembayaran BR1M setahun kepada 7 juta isi rumah.)
Dan... jumlah pembayaran hutang ini akan terus meningkat dan dibayar oleh kerajaan kerana ini adalah contoh di mana entiti yang dijamin hutangnya tidak mampu membayar sendiri hutang mereka sehingga kerajaan terpaksa campur tangan.
Selain daripada hutang sedia ada, terdapat projek mega yang lain seperti MRT 2 (RM32 bn), LRT 3 (RM9 bn), Pan Borneo (RM29 bn) dan West Coast Highway (RM4.6 bn) yang sedang berjalan.
Ini tidak dicampur lagi dengan projek super mega akan datang seperti ECRL (RM66 bn), MRT 3 (RM50 bn), Melaka Gateway (RM15 bn) dan Kuantan Industrial Park (RM8 bn).
Kesemua komitmen ini sahaja berjumlah RM213 billion iaitu sama nilai dengan bajet setahun kerajaan.
Adakah kita punyai wang sebanyak itu untuk membiayai kesemuanya?
Atau kita terus berhutang dalam mendapatkan dana?
Atau kita mengenakan cukai baru kepada rakyat untuk membayar hutang tersebut?
Sedangkan kita tahu lebih separuh pekerja Malaysia berpendapatan bawah RM2,000 sebulan. Mereka yang ada kerja, gaji tak banyak.
Itu yang ada kerja. Walhal, nak cari kerja juga payah. Kadar pengangguran di kalangan graduan adalah 11%- paling buruk berbanding Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Dan banyak lagi angka / statisik yang memerlukan kerajaan berbelanja ke arah peningkatan kesejahteraan rakyat.
Jadi, adakah wajar kita membelanjakan RM100 billion untuk projek HSR?
Tepuk dada tanyalah selera.
Ia bukanlah kerana memiliki laluan kereta api laju tidak membawa apa-apa manfaat.
Jepun mempunyainya.
UK-Perancis mempunyainya.
China juga mempunyainya.
Namun ingatlah pesanan orang-orang tua kita: Ukurlah baju di badan sendiri.
Radzi Tajuddin
sumber: Fb Radzi Tajuddin

Sunday, May 13, 2018

Keputusan Pilihanraya Umum ke 14 Malaysia 2018...masa untuk bekerja..


 Keputusan Pilihanraya Umum Ke 14 2018 atau PRU14 telah menyaksikan kejutan yang amat besar dalam senario politik di Malaysia. Telah berlaku peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan di peringkat pusat dan juga negeri.

Di antara negeri yang dikuasai oleh Pakatan Harapan adalah :

1. Selangor
2. Pulau Pinang
3. Kedah
4. Negeri Sembilan
5. Melaka
6. Johor
7. Perak
8. Sabah

Manakala negeri yang dikuasai oleh PAS adalah:
1. Kelantan
2. Terengganu

Manakala negeri yang masih dikekalkan Barisan Nasional adalah

1. Perlis
2. Pahang
3. Sarawak (yang DUN telah mengundi awal)

Bagi pembentukan kerajaan Malaysia iaitu Parlimen, Pakatan Harapan telah menguasai sebahagian besar kerusi dan mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan sebagaimana berikut:

Pakatan Harapan: 122 kerusi

Barisan Nasional 79 kerusi

PAS:  18 kerusi

Dah pada 10 Mei 2018 jam 9.30 malam rasmilah sudah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad meminpin Pakatan Harapan menerajui Malaysia untuk penggal ini.

#setiupost

Thursday, May 10, 2018

Salam Hormat... Tahniah PH di atas kemenangan PRU 14 dan berakhirnya Dinasti Najib...

Hasil carian imej untuk pakatan harapan
sumber: Berita Daily

Assalamualaikum wbt

Lama admin tidak bersiaran di sini. Kesibukan dan keterbatasan waktu membuatkan masa begitu berharga dan bagaikan tidak cukup waktu.

Banyak sekali perkara yang berlaku dan terkini adalah keputusan PRU 14 yang telah dimuktamadkan dengan berakhirnya pemerintahan Barisan Nasional kempipinan Datuk Seri  Mohd Najib Bin Abd Razak dan kemenangan 'Orang Tua' Tun Dr mahathir yang memimpin Pakatan Harapan (PH) dengan gerombolan PKR, DAP, AMANAH dan partinya PPBM walaupun belum disahkan status penubuhan partinya.

Banyak sekali kesimpulan yang boleh dibuat dengan senario ini yang akan bermulanya satu era baru pemerintahan di Malaysia dan bagaimana perlaksanaannya.

Suara dari bawah atau suara keramat rakyat amat jelas dizahirkan dalam PRU 14 ini dengan BN hanya menguasai Perlis dan Pahang, manakala Sabah masih dalam perbincangan penubuhan kerajaan. manakala Kelantan masih di kuasai PAS dan Terengganu, PAS kembali menguasai dengan jayanya.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya pemerintahan baru PH di Malaysia dan Dinasti Najib tewas dengan teruknya walaupun pelbagai kempen dan slogan yang hebat dijalankan sejak dari bertahun tahun termasuk TN50.

Banyak kajian dan analisi perlu dilakukan dengan keadaan senario terbaru ini.

Admin pun perlu 'study' lebih sikit untuk berkongsi maklumat dengan anda.

Salam hormat

Admin
Budakkg Setiu

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...