nuffnang adv

lazada adv

Sunday, July 9, 2017

Kisah Sedih Dari Hospital......


Malam ni rasa nak kongsi kisah dari Hospital...
bila dok ulang alik hospital sementara isteri masih di wad, macam-macam cerita dan kisah kehidupan hasil luahan insan-insan yang masuk ke hospital.

Banyak duka dari suka. Antaranya satu kisah isteri kedua atau isteri muda yang sedang mengandung kena masuk wad akibat masalah kesihatan. Malangnya hanya sekali dijengok suami dan langsung tidak tinggal duit satu sen pun. Ibu ini terpaksa pinjam duit anak RM10 dan duit di poket RM10.
Bayangkan kesusahan dengan tiada sedikit makanan pun untuk dimakan selain makan minum yang disediakan oleh pihak hospital. Ibu mengandung sememangnya sentiasa lapar dan perlukan makanan untuk dikunyah.

Itu belum difikir lagi kos untuk bayar keluar hospital nanti. Apalah malangnya dapat suami yang semata-mata untuk kepuasan nafsu sahaja dan mengabaikan tanggungjawab wajib yang lain.
Sikap buruk suami sebegini yang memburukkan lagi situasi berpoligami. Pandai nikah tapi tidak bertanggungjawab dan ini akan memeritkan lagi hidup wanita lain yang memerlukan perlindungan yang wajib dan asas. Itu belum kira kasih sayang dan belaian.

Malah ibu itu juga sampai runsing untuk persiapan bersalin nanti kerana tidak mampu menoreh getah dan menyampaikan hasrat untuk menyerahkan anaknya nanti untuk dipeliharakan kerana tidak mampu.

Tak sanggup melihat dan mendengar rintihannya
Kisah kehidupan perit yang BENAR...
#setiupost

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...