Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berlepas pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di perairan Belitung.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.
Penerbangan berkenaan membawa 155 penumpang serta tujuh anak kapal.
Seorang daripada penumpang adalah rakyat Malaysia, seorang rakyat Singapura, tiga rakyat Korea Selatan dan selebihnya rakyat Indonesia.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia.
Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment