nuffnang adv

lazada adv

Friday, August 29, 2014

Universiti Malaya, universiti terbaik Malaysia dan Sekolah Tun Fatimah Johor Bharu adalah sekolah terbaik Malaysia 2014


Universiti Malaya (UM) terus menjadi universiti berkedudukan tertinggi dan terbaik di Malaysia dalam senarai universiti, manakala Sekolah Tun Fatimah menjadi sekolah terbaik berdasarkan senarai oleh melvister.com.
Ia diikuti oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat kedua, manakala Universiti Sains Malaysia (USM) di tempat ketiga untuk tahun 2014.
USM berjaya ke tempat ketiga tahun ini selepas memotong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang jatuh ke tempat keempat.
Ia dibuat berdasarkan QS ASIA Top University Ranking. Melvister menyiarkan senarai ini sejak tahun 2011.
Di samping universiti, Melvister juga menyenaraikan sekolah berasrama penuh terbaik berdasarkan keputusan SPM 2013 dan senarai ranking Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terbaik berdasarkan keputusan SPM 2013.
Menurut senarai itu, sekolah berasrama penuh terbaik adalah Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru, diikuti Sekolah Menengah Sains Sabah dan ketiga adalah Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
MRSM terbaik adalah MRSM Tun Ghafar, tempat kedua MRSM Taiping dan tempat ketiga MRSM Pengkalan Chepa.
Berikut adalah senarai kedudukan universiti terbaik di Malaysia 2014:
1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. Universiti Sains Malaysia (USM)
4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
5. Universiti Putra Malaysia (UPM)
6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8. Universiti Multimedia (MMU)
9. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas)
11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
12. Universiti Utara Malaysia (UUM)
13. University Malaysia Perlis (UniMAP)
14. Universiti Limkokwing (Lim Kok Wing)
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
18. Universiti Tunku Abdul Rahman
@www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat