nuffnang adv

lazada adv

Friday, March 15, 2013

Mustafa Kamal Ataturk.. orang yang membenarkan penempatan Yahudi di Palestin


Buat masa sekarang blogger sedang menghabiskan buku kisah diktator Turki, Mustafa Kamal Ataturk. Nama sebenarnya adalah Mustafa. Kamal Ataturk adalah gelaran kepada beliau. Beliau juga diberi gelaran AL Ghazi iaitu gelaran tertinggi untuk bangsa Turki (Macam gelaran TUN).

Mustafa Kamal Ataturk lah orang yang membenarkan penempatan Yahudi di Palestin setelah menghapuskan Empayar Khalifah Uthmaniah dengan menggantikan Turki dengan Negara Republik.

Di antara kenyataan popular Kamal Ataturk adalah:
seorang yang licik dalam berpolitik

"Mustafa Kamal Ataturk sebagai Presiden Turki akan mengambil tindakan penting. Pertama, negara ini akan menjadi sebuah negara republik. Kedua, beliau akan mengambil tindakan ke atas sultan dan juga keluarganya. Ketiga, wanita Turki dibolehkan menanggalkan hijab dan keempat, dihapuskan pemakaian serban dan kita akan memakai topi koboi seperti bangsa yang maju"

Buku ini sarat dengan pengajaran bagaimana sebuah negara Islam boleh runtuh bila pemimpinnya korup dan membelakangkan Islam serta bertuhankan nafsu.

 Beliau juga sanggup membunuh musuh politiknya untuk survival dalam politik. Dan apa yang pasti beginilah keperibadian mereka yang lahir hasil hubungan luar nikah (iaitu di malam pesta kambing- perayaan kaum Yahudi Dunamah di Salonika, Greece), walaupun bijak tetapi jauh dari rahmat Allah SWT. Nauzubillah.
Beginilah mayat seorang penakluk yang tidak diterima oleh bumi

Nanti blogger akan menghurai lebih panjang tentang Kamal Ataturk ini untuk sama-sama kita kongsi pengajarannya.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...