(Gambar) Kaabah, Mekah Yang Lama & Dulu-dulu. Nostalgianya…
Gambar Lama Kaabah, Mekah - Sekitar Tahun 50an

Melihatkan koleksi gambar Kaabah Mekah lama seperti di atas ini, terasa syahdu pula. Tiba-tiba hati kami meronta-ronta hati untuk pergi ke sana. Masih menunggu peluang dan ketikanya bagi memenuhi jemputan Allah ini…..Kami rasa teerpanggil untuk berkongsi gambar-gambar lama Kaabah, Mekah seterusnya bersama dengan anda semua….
Kota Suci Umat Islam iaitu Kaabah yang terletak di Mekah. Kalau dilihat dan dibandingkan Kaabah Mekah di zaman lampau iaitu lebih kurang seawal tahun 1902 sehinggalah sekarang ini, memang terdapat banyak sangat perbezaanya. Kaabah, Mekah yang berdiri sekarang ini atau versi dewasa sudah semakin moden dengan tanggungjawab sepenuhnya diambil oleh pihak Kerajaan Arab Saudi bagi menjaga kesucian Rumah Allah ini.

Kalau semasa musim haji dikatakan mereka akan mengangkat kain yang menutup Kaabah Mekah bagi mengelakkan ada kalangan jemaah yang gunting kain, kononnya nak ambil berkat.
Memang nampak bezanya antara Kaabah Mekah dulu-dulu dengan yang ada sekarang iniGambar Banjir Sekitar Kaabah, Mekah - Tahun 1941
Kira-kira 70 tahun yang lalu….



Gambar Kaabah Mekah - Tahun 1880
Lagi Gambar Lama Kaabah, Mekah
Gambar Lama kaabah, Mekah sekitar tahun 1937





Gambar Telaga Air Zam-zamMemang betul-betul “telaga” kalau ikut sejarahnya


Sekarang ini dah canggih. Siap ada basement dan sistem paip lagi. Semasa ahli keluarga terdekat kami pergi ke tanah suci Mekah, turut disediakan juga air zam-zam dalam tong macam water dispenser dis etiap antara 2 tiang memang akan ada dan disediakan. Kalau yang terkini, mesti lagi canggih betul tak?
Gambar Safa & Marwah dulu-dulu

Sekarang ini dah berlantai marble, berbumbung dan berhawa dingin. Sekarang ini, siap ada lorong khas untuk golongan yang berkerusi roda lagi. Semua ini untuk keselesaan jemaah juga nanti. Betul tak?

Melihatkan gambar sekitar Kaabah Mekah lama dan dulu-dulu, tak dapat nak dibayangkan umat Islam terdahulu mengerjakan haji. Mesti banyak cabaran dan dugaannya bukan? Sekarang ini banyak kemudahan dan prasarana tambahan telah disediakan. Memang ketara sangat Kaabah Mekah dahulu dengan yang ada sekarang
Contohnya salah satunya, dahulu jemaah pergi ke kota cusi Mekah naik kapal. 2 bulan lamanya daripada Singapura tak silap kami
Kredit : Ohduniaku (Gambar) Kaabah, Mekah Lama | Ohduniaku http://ohduniaku.com/kaabah-mekah-lama#ixzz1fSoaV0pd
No comments:
Post a Comment