nuffnang adv

lazada adv

Sunday, August 21, 2011

Kelebihan Dan Keistimewaan Madinah Al Munawwarah

Di antara keistimewaan Madinah adalah ia memiliki Masjid Nabawi yang menjadi tempat wafat dan persemadian jasad Rasulullah saw. Ia juga menjadi destinasi hijrah Rasulullah saw yang menbjadi titik penting berkembangnya Islam serta permulaan kalendar Hijrah Islam.
Di antara kelebihan Kota Madinah adalah;
  • Rasulullah saw turut mendoakan keberkatan Madinah seperti Nabi ibrahim mendoakan keberkatan Makkah.
  • Amalan mereka yang melakukan maksiat di Madinah tidak akan diterima Allah swt pada hari kiamat.
  • Rasulullah saw memberi syafaat kepada sesiapa yang bersabar menanggung ujian di Madinah atau meninggal dunia di sana.
  • Dajjal tidal boleh memasuki Madinah
  • Terpelihara daripada wabak taun
  • Mendapat 1000 kali ganda pahala  jika melakukan solat di Masjid Nabawi
Kota Madinah ini terletak ditengah-tengah lembah yang subur. Cuacanya adalah ekstrem di mana kalau panas ia amat panas dan kalau sejuk ia amat sejuk. 
Jarak di antara Kota Madinah dan Makkah adalah430 kilometer dan dari Jeddah sejauh 400 kilometer.

Masjid nabawi pula telah dibina oleh Rasulullah pada tahun pertama Hijrah. Tapak asal masjid ini adalah kepunyaan anak yatim dan kemudiannya telah dibeli oleh Rasulullah saw. Dan ianya telah berkembang dengan pesat dan besar sebagaimana sekarang yang begitu indah.

* disusun dari- Travelog Misteri Israel Kuasai dunia- Mohd nadzri Kamsin 

Sunday, August 14, 2011

Kelebihan Makkah Al Mukaramah...



Setiapkali memandang Kaabah, hati merasa syahdu dan begitu tenang sekali
Di antara kelebihan Makkah AL Mukaramah yang Allah kurniakan kepada umat manusia adalah:

Masjidil Haram di waktu senja memang indah
Beginilah ramainya umat Islam bertawaf dan gambar ini dirakam blogger  pada Jun 2011
  • memiliki Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam
  • Tempat kelahiran dan kediaman Rasulullah saw, nabi akhir zaman dan di utus untuk semua umat
  • sebaik-baik tanah dimuka bumi di mana Allah swt akan menyegerakan pembalasan kemungkaran yang dilakukan di tanah suci ini.
  • Tempat Makam Nabi Ibrahim as
  • Tempat yang aman dan terpelihara daripada kekacauan dan serangan luar.
  • memiliki banyak nama seperti Mekah, Bakkah, Ummul Qura, Al Balad, Al Baladul Amin, Haramain Amina dan AL Qaryah.
  • Dajjal tidak boleh memasuki Makkah
  • Diberikan pahala yang besar kepada sesiapa yang bertawaf atau sekadar memandang dan merenungi Kaabah.
Maqam Nabi Ibrahim as, di antara tempat yang m ustajab untuk berdoa
  • Diberikan 100,000 kali ganda pahala kepada sesiapa yang mendirika solat di Masjidil Haram.
  • Tiada waktu larangan solat di Masjidil Haram.
  • Banyak tempat yang mustajab doa untuk dipohon di sini seperti di belakang Maqam Ibrahim as, di antara Rukun HajarulAswad dan Rukun Yamani, dalam Hijir Ismail, Arafah, Mina serta Mudzalifah.
  • Memiliki air zamzam yang tidak pernah kering dan mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan.
* disusun dari- Travelog Misteri Israel Kuasai dunia- Mohd nadzri Kamsin 

Saturday, August 13, 2011

Sekadar renungan muhasabah diri... peristiwa 2012...apakah mungkin berlaku?

Pagi ini masa buka Facebook terpandang artikel yang dimuat naik oleh rakan Facebook. Sekadar  mengambil iktibar dan pengajaran. Sekurang-kurang kita bersedia daripada sekarang menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Ia pasti akan berlaku cuma tarikh sebenar sahaja tidak diketahui. Kita hanya mampu membuat ramalan untuk dijadikan pengiktibaran...

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah ma...lam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman.. Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......Lihat seterusnya..
 
Hadis di atas telah menjelaskan segalanya. Semoga kita dapat bermuhasabah diri terutama mengambil kesempatan Ramadhan untuk merebut ganjaran dan bonus. 

Wednesday, August 10, 2011

Harap SKMM dapat ambil tindakan terhadap MAKCIK HAJJAH SITT AL WUZARA

Pihak berkuasa perlu siasat dan ambil tindakan terhadap MAKCIK HAJJAH SITT AL WUZARA. Kata-kata dan komen beliau tidak boleh diterima sama sekali. Bahasa begitu dan penggunaan perkataan yang amat tidak wajar amat tidak patut dengan begitu banyak sekali penghinaan.

Blogger tidak ingin mengulas panjang cuma di petik sedikit di antara komen yang dilontarkan oleh Makcik ini yang entah datang dari dunia mana, : 

"Korang memang dapat orang yang salah!! FAIL!! SUNGGUH FAIL!! Betina Arlene ini bukan murtad, bahalol!! Dia sendiri mengaku dia bukan murtad dan bangga sebagai seorang Muslimah yang sejati. Walaubagaimanapun, mengikut pandangan ulamak warak2, makcik boleh kategorikan pandangan Arlene terhadap kepercayaannya sebagai umat Islam ialah pandangan yang munafik sebab konsep liberal Islam telah dibangkang oleh ulamak2 di fakulti2 pengajian Islam di univerisiti2 di Malaysia (nanti makcik kongsikan satu penulisan tesis pasal konsep lahanat munafik liberal Islam yang ditinggi-tinggikan oleh para2 munafik yang sekepala dengan Arlene seperti Marina Mahathir dari Sisters in Islam). Babi-babi JAKIM, PAS, PUKIDA memang bengang dengan golongan umat Islam yang berfikiran cam nie kerana mereka berpegang kepada idologi Islam sebenar mengikut alsunnah dan pemerintahan politik Islam zaman babi Muhammad dan konco khalifah-khalifahnya."
 Untuk membaca komen Makcik ini lebih lanjut sila klik di sini. Blogger bukan menggalakkan anda baca, tapi perlu tahu apa jenis bahasa yang digunakan. Memang amat tidak wajar. 
Blogger amat berharap pihak berwajib terutama SKMM perlu siasat lanjut.

Friday, August 5, 2011

Di antara Bani Israel dan Yahudi

Kali ini blogger ingin berkongsi info dan maklumat berkenaan Bani Israel dan Yahudi agar kita lebih mengenali perbezaan di antara keduanya.

Bangsa Israel dan Yahudi adalah berbeza. Israel adalah nama lain bagi Nabi Yaacob. Jadi keseluruhan keturunan Nabi Yaacob digelar Bani Israel. Makna 'Israel' dalam bahasa Ibrani bermaksud ' Hamba Allah' atau 'Tentera Allah'.

Yahudi pula adalah gelaran yang diberikan Allah swt kepada orang-orang kafi Bani Israel yang memusuhi Rasulullah saw. Bangsa Yahudi sememangnya mahu dikenali sebagai bani Israel bagi membersihkan imej dan sejarah kekufuran mereka. Hakikatnya, mereka hanya sekumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan mengamalkan peradaban dan budaya Bani Israel.

Dari keturunan Nabi Ishak as inilah lahirnya keturunan Bani Israel. Di mana ia bermula dari keturunan Nabi Yaacob dan anak-anaknya seramai 12 orang iaitu: Rawbin, Syanum, Levi, Yahuda, Yasakir, Zabulon, Nabi Yusof as, Bunyamin, Daan, Naftali, Jad dan Asin.

Manakala dari keturunan Nabi Ismail as lahir keturunan arab sehingga kepada Nabi Muhammad saw.

Dari keturunan Nabi Yaacob as jugalah lahirnya nabi-nabi dan rasul antaranya Nabi Yusuf as, Nabi Musa as, Nabi Harun as, Nabi Ilyas as, Nabi Ilyasa' as, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Yunus as dan Nabi Isa as.

Kelahiran rasul yang ramai dari keturunan bani Israel menyebabkan bangsa ini merasakan mereka adalah bangsa yang istimewa di sisi Tuhan. Oleh yang demikian mereka tidak dapat menerima kerasulan Nabi Muhammad saw sebagai nabi terakhir dan penutup segala nabi dan rasul kerana mengharapkan nabi yang terakhir juga dari kalangan mereka.

Apabila mereka merasakan bangsa mereka istimewa mula timbul rasa bongkak dan angkuh menyebabkan mereka merasakan bangsa lain adalah hina dan 'goyim' yang bermaksud lembu. Apa yang mereka percaya adalah akan muncul seorang yang digambarkan 'messiah' dari keturunan Nabi Daud as yang dikatakan akan menjadi Raja Bangsa Yahudi dan akan muncul di Baitul Maqdis, Palestin.

(di susun dari:Travelog Misteri Israek Kuasai dunia oleh Mohd Nadzri Kamsin terbitan Hijjaz Records publising- www.lamanpenerbithrp.blogspot.com)

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...