nuffnang adv

lazada adv

Thursday, March 24, 2011

Ucaplah AMIN... untuk keampunan

Ingin sekali blogger berkongsi dengan pembaca tentang artikel ringkas dalam majalah AL Islam- April 2011,

' Tahukah anda, mengucapkan kalimah "AMIN......" sesudah membaca Al Fatihah di dalam solat samada solat sendirian atau berjemaah hukumnya sunat. Bukan itu sahaja, mereka yang mengucapkannya akan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Bagi yang berjemaah, disunatkan bagi mereka untuk mengucapkan bacaan AMIN  bersamaan dengan imam, tidak terdahulu dan tidak terkebelakang. 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, " Bila imam mengatakan Ghairil maghdubi alaihim waladh dhaaliin, maka bacalah Amin....., kerana sesiapa yang bersamaan bacaannya dengan bacaan malaikat, diampuni dosanya yang lalu"- hadis riwayat Al Bukhari.

Begitulah besarnya fadhilat perkara yang nampaknya kecil sahaja tapi besar keberkatannya.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...