nuffnang adv

lazada adv

Thursday, October 11, 2012

Pengurusan Tabung Haji....membanggakan..


Pengurusan Tabung Haji boleh dikatakan suatu yang membanggakan bukan sekadar sebuah syarikat korporat yang berdaya maju malah banyak memberi manfaat terutama dalam menguruskan jemaah haji dan sekaligus mengurangkan lagi kos pengurusan jemaah haji.

Menurut Berita Harian 11 Okt 2012, kos sebenar pengurusan jemaah haji adalah RM15,150 seorang tetapi dengan adanya Tabung Haji, ia dapat dikurangkan kepada RM9,980 seorang bagi setiap jemaah. Cuma blogger kurang bersetuju dengan penggunaan subsidi kerana wujudnya Tabung Haji dengan bisnes dan korporatnya adalah untuk menguruskan dengan terbaik jemaah haji negara dengan kos yang terbaik. APatah lagi Tabung Haji dibenarkan menjalankan perniagaan dengan kemudahan modal, tanah serta bermacam-macam lagi agar ia membawa keuntungan dan keuntungan itu dipulangkan dalam mengurangkan jemaah haji Malaysia. Ia sebenarnya satu perancangan yang bijak.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tabung Haji kini menguruskan dana RM34 bilion, 7.8 juta pendeposit untuk simpanan dan pelaburan, mempunyai enam anak syarikat yang menjalankan perniagaan selain daripada menguruskan jemaah haji dan umrah.

Keadaan ini juga membolehkan pihak Tabung Haji membayar gaji dan imbuhan yang tinggi kepada anggota pengurusan termasuk CEOnya iaitu Datuk Ismee Ismail yang dikatakan berpendapatan mencecah RM80,000 serta imbuhan lain termasuk bonus dan ganjaran.

Keadaan ini akan mengangkakan lagi keyakinan dan keutuhan ekonomi umat Islam yang mampu mengendali sebuah konglomerat yang besar dan dihormati.


Diharap dengan keutuhan perniagaan Tabung Haji akan mengekalkan kos pengurusan haji dibawah RM10,000 seorang dengan perkhidmatan yang terbaik kepada umat Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...