Blogger adalah antara pengikut dan pembaca tetap kepada serikandi iaitu sejarahwan Melayu yang hebat dan dalam ilmunya tentang susur galur Melayu. Mendalam kajiannya dengan fakta yang kukuh dan teguh serta kajian sejarah silang yang cukup teliti.
Ini kerana sebelum ini kita sering dimomokkan sejarah hebat Melayu hanya bermula dengan Sejarah Kesultanan Melaka. Mari sama-sama kita renung dan faham petikan-petikan ini...
"Sejarah Melayu akan dijumpai dalam riwayat raja-raja Angkor,Champa dan
Siam.Misalnya pengasas Empayar Angkor iaitu Jayavarman II pernah tinggal
di negeri-negeri Melayu sebelum dibantu oleh pihak dari Malay
city-states itu untuk menentang overlords seluruh Kemboja
bagi persaingan menyatukan Kemboja dan menjadi raja empayar Khmer.Para
pendekar Melayu juga dijadikan bodyguard istana oleh raja Angkor
dan ini disebutkan dalam manuskrip Khmer abad ke-16.Bagaimana orang
Melayu boleh dipercayai oleh kerabat diraja Khmer sehingga dilantik
menjadi pengawal istana jika tidak bermastautin di Kemboja dan dikenal
begitu lama oleh raja-raja Angkor.
Saya menceritakan dan menekankan tentang sejarah bangsa sebab saya sayangkan bangsa saya atas satu sifat ini;memeluk Islam secara beramai-ramai tanpa bertangguh dan tanpa menumpahkan darah.Dalam sebanyak mana keburukan dan perspektif negatif yang dilemparkan kepada orang Melayu,mereka menjadi mulia sebab masih sayangkan agama.Bangsa Monggol dan Tartar sebelum memeluk Islam banyak menjarah kota-kota Islam dan membunuh berjuta umat Islam sebelum menjadi pengikut Islam yang taat dan membentuk wilayah-wilayah Kazakhstan,Kygyztan dan sebagainya.Bangsa Arab sekalipun pernah menjadi musuh Islam,maksud saya kalau kita membaca kisah-kisah para Sahabat nabi s.a.w,kita akan membaca pelbagai kisah kaum kafir Quraisy menyeksa orang Islam di kalangan mereka.Tetapi dalam sejarah Melayu dan Nusantara,perkara-perkara begini tidak kita dengar dan terbaca.Apabila raja Melayu masuk Islam,maka secara automatik rakyatnya beramai-ramai membuang sembahan-sembahan patung dan animisme kepada mentauhidkan Allah s.w.t.Tanpa peperangan,tanpa sengketa.Islam masuk ke Nusantara melalui cara perdagangan dan hubungan muamalah,bukan paksarela atas nama peperangan.Bangsa Cina masih banyak yang kafir dari Islam begitu juga dengan India.Negara paling banyak penduduk Islam ialah Indonesia yang merupakan campuran kaum-kaum Nusantara/Austronesia termasuk Melayu.
Nikmat yang paling bernilai ialah nikmat Islam dan iman.Allah s.w.t telah letakkan bangsa Melayu di tengah-tengah transit perdagangan.Cukuplah Allah s.w.t anugerahkan kita Selat Melaka,darinya banyak rezeki melimpah ruah atas keizinan-Nya.Dunia Allah Taala sudah bagi,Allah s.w.t pilih lagi kita orang-orang Melayu dalam agama Islam,apalagi nikmat Allah yang mahu kita dustakan lagi?Bumi subur,laluan perdagangan,ada minyak pula.Sebab itu orang luar sanggup bermati-matian berebutkan homeland kita ini sehingga sanggup menipu mengatakan kita pendatang.Saya namakan ini sindrom 'pendatangness' sebab hanya mereka berjiwa pendatang sahaja tiba-tiba melatah tak tentu pasal menuduh orang lain pendatang.
Kalau tidak mengapa I-Ching (Yi Jing) seorang sami dan pengembara China dari era dinasti Tang singgah di negeri-negeri Melayu dan menceritakan di hadapan Maharani Wu bahawa dia bertemu dengan 'the nation of Mo-lo-yu' serta belajar bahasa Melayu untuk menimba ilmu kependetaan Buddha dari mahaguru-mahaguru terkenal di sana?Ketika era keemasan Srivijaya,orang Melayu adalah rujukan kedua kependetaan agama Buddha selepas India dan jika tidak mampu ke India untuk belajar agama Buddha,para pelajar seluruh dunia ketika itu akan singgah di negarakota-negarakota Melayu purba untuk belajar agama Buddha.Terdapat universiti di kota Srivijaya,sama seperti Universiti Islam Antarabangsa atau Pesantren Temboro,di mana seluruh dunia bertumpu untuk belajar agama.I Ching menyebutkan bahawa beliau telah melihat kitab-kitab asli Buddha seperti Tripitaka yang sebanyak 500 gatha ditulis dalam 'bahasa Sriwijaya' (bahasa Melayu Kuno) dan jika diterjemahkan dalam bahasa Cina akan memakan ribuan jilid.

Ketika darjat kerohanian Buddha orang-orang Melayu mencapai tahap 'dewa'
sehingga sami Cina selesa belajar dengan orang Melayu (I Ching pernah
dirompak dan ditinggalkan berbogel oleh perompak jalanan ketika di
India,manakala ketika di wilayah Srivijaya,beliau diberi perlindungan
oleh Maharaja Srivijaya),ketika salah seorang maharaja Melayu
Srivijaya,Indravarman mengutus surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz
yang terkenal warak untuk belajar tentang Islam,ketika itu pintu hidayat
tidak boleh ditahan-tahan lagi.Satu persatu raja-raja di Alam Melayu
memeluk Islam termasuk raja Champa dan Patani.Mereka rela mencampak
segala ilmu kerohanian Buddha aliran Tantra (orang Melayu purbakala
antara pengasas aliran 'sufism' Buddha ini) yang dibangunkan
mereka,meninggalkan kemasyhuran mereka ketika era Hindu-Buddha,memeluk
Islam dan menghadapi kemaraan Imperialis Eropah. "
Itulah beberapa petikan yang perlu kita renung, nak kaji ini panjang ceritanya, banyak kena baca, tiada jalan pintas untuk memahami dan mendalami sejarah, apatah lagi sejarah kemanusiaan dan juga sejarah Melayu.
Kena buka minda, berlapang dada dan sentiasa kena fokus, insyallah bila kita faham, akan mula timbul rasa seronok untuk terus menggali dan memahami sejarah ini
Rujukan: http://mistisfiles.blogspot.com/2012/05/catatan-srikandi-xii.html
sejarah ini amat menarik wajib di bentangkan supaya anak2 kita akan datang tak buta tentang sejarah keagongan bangsa melayu...........
ReplyDelete