nuffnang adv

lazada adv

Sunday, May 22, 2011

Kejadian Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim, Hulu Langat Sungguh Menyayat Hati




Tragedi yang berlaku jam 2.30 petang 21 Mei 2011 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1432 cukup menyentuh perasaan sesiapa sahaja.

Kejadian telah membabitkan penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At Taqwa di Kg Sungai Gahal, Hulu Langat seramai 25 orang penghuni. Dan Jam 12 malam semalam 12 orang telah di sahkan meninggal dan beberapa orang lagi disyaki masih hilang tertimbus.

Seramai 500 orang anggota penyelamat dari pelbagai agensi  telah terlibat dan bertungkus lumus dalam operasi menyelamat yang mengalami sedikit kesukaran akibat hujan.
Ketika kejadian, hampir 30 penghuni berada di dewan serbaguna bersama guru mereka bagi menjalani latihan penuh persembahan nasyid sempena satu majlis bantuan penyerahan oleh Perbadanan Filem Nasional (FINAS) yang dijadualkan akan berlangsung jam 5.00 petang hari yang sama.

Akibat kejadian tersebut, sebahagian bangunan pertama blok hadapan musnbah teruk dan runtuh bahagian kanan. Punca kejadian dikatakna berpunca daripada pergerakan tanah yang terletak di antara Sungai Gahal dan Sungai Congkak.

* sumber : Berita Minggu 22 Mei 2011
#Blogger: sama kita menghadiahkan AL Fatihah dan menghulurkan sumbangan yang sewajarnya bagi meringankan beban anak-anak yatim ini.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...