nuffnang adv

lazada adv

Thursday, November 25, 2010

iklan bijak


 Di sini blogger ingin berkongsi lagi iklan-iklan bijak yang mencuit hati kita sebagai public atau consumer. Mesej yang disampaikan dalm iklan jelas sampai kepada kita sebagai khalayak atau public.

Sebagai contoh iklan cat di atas dibuat dengan begitu kreatif sekali supaya kita rasa ia bukan sebagai iklan tapi promosi sebenar.

Berikut dibawah ini iklan-ikaln bijak dan kreatif untuk tatapan anda semua.



Wednesday, November 24, 2010

Iklan kreatif yang memberi kesan


Ini adalah iklan-iklan yang berjaya dan dapat memberi kesan awareness kepada khalayak.
Sama-sama kita renung...

 Iklan ini menunjukkan mesej yang begitu jelas sekali dengan pegang paperbag pun sudah menggambarkan bahawa kita bawa anak kita berjalan sekali atau shopping bersama anak. Jelas menunjukkan kemesraan anak dan ibu. Mesej yang jelas jagalah anak-anak kita....

 Iklan ini menunjukkan betapa bahayanya penggunaan telefon bimbit semasa memandu. Hancurnya telefon dan kereta menunjukkan inilah akibatnya penggunaan telefon semasa memandu yang boleh membawa kecelakaan. Berhati-hati di jalanraya. Gunalah 'hands free kit'.

Ini iklan yang memaparkan bahawa kita perlu sentiasa membersihkan tangan kita kita apabila menyentuh bayi. Ini kerana tangan kita mempunyai bermacam-macam bakteria umpama tangan kita penuh diselimuti dengan lipas dan serangga lain yang boleh membawa kepada jangkitan. Bijak... bijak 

 Ini iklan yang amat baik sekali bagi mereka yang kaki night club, parking khas telah disediakan untuk mereka dengan sebatang pokok terus untuk dilanggar.

Friday, November 19, 2010

China Water World satu binaan yang menabjukkan akan muncul


Sebuah binaan taman tema yang unik dan menabjukkan akan dibina di sebuah resort di Songjian, China iaitu China Water World

Ia dibina disebuah kuari yang diubah suai untuyk menjadi taman tema antara yang unik didunia dengan gabungan binaan kontemporari dan alam semulajadi.

Ular Terbesar pernah di rakam... memang BESAR


Ini adalah gambar yang benar-benar mengejutkan iaitu seekor ular sawa dikatakan jenis boa telah ditemui di Wilayah Jiangxi bagi membesarkan jalan ke Guping City.

Ular ini dikatakan telah terkena hujung jentolak semasa membuat penggalian dalam kerja-kerja tersebut.

Wednesday, November 10, 2010

ARWAH IBU MELAWAT JENAZAH ANAK

ARWAH IBU MELAWAT JENAZAH ANAK

oleh LayarMinda pada pada 09hb November 2010 pukul 1.31 pagi
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.
Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.
Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.
Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.
Allah Maha Berkuasa.

Tuesday, November 9, 2010

Jikalau anda.................

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  •  
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  •  

Saturday, November 6, 2010

Mencari Ulama... Syeikh Abdul Malik... Tokku Pulau Manis

SYEIKH ABDUL MALIK (TOK PULAU MANIS)

makampm
Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060an/1650an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri.
Syeikh Abdul Malik kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun.

Rahsia Solat Tahajjud

Solat Tahhajjud tentunya ada rahsia dan keistimewaannya yang unik dan luar biasa dan sukar digapai akal manusia.

Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkugan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara ‘sedar dengan lena’. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.

Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi

Koleksi doa-doa untuk amalan harian

Berikut adalah koleksi doa-doa untuk sama-sama kita amalkan. Semoga kita semua mendapat manfaatnya.



Monday, November 1, 2010

Taman Tamadun Islam.. Pergi banyak kali pun.. tetap menarik


Ini adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa singgah untuk solat Zohor di Masjid Kristal. Memang selesa solat di sini dengan kemudahan masjid yang berhawa dingin.

Ruang dalaman yang cantik dan menarik membuatkan kita rasa selesa dan tenang di sini. Di luarnya angin bayu Sungai Terengganu bertiup lembut mengurangkan kepanasan walapun mentari terik memancar.




Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...