nuffnang adv

lazada adv

Saturday, October 30, 2010

Lepak-lepak kat Jerteh Kopitiam

Destinasi makan-makan kali ini, blogger akan membawa anda ke Jerteh Kopitiam di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu.






Terletak di tengah-tengah bandar Jerteh, ia menjanjikan satu kelainan berbanding dengan lain-lain kedai atau restoran disekelilingnya.

Menurut tuan punya Jerteh Kopitiam ini, Encik Jeff Ibrahim, sejak dibuka ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk di kawasan ini malah turut dikunjungi pengunjung dari luar seperti Pasir Puteh, Kuala Besut, Setiu malah Kota Bharu.

Di antara menu yang paling mendapat sambutan adalah 'set lunch' Nasi Bungkus Ayam Berempah bersama Gulai Kawah. Dengan hanya RM4.50 para pengunjung boleh menikmati hidangan nasi yang enak bersama Ayam Goreng Berempah dengan Gulai Kawah yang cukup sedap dan menyelerakan. Juga menu yang menjadi pilihan adalah Nasi Lemak Kopitiam, serta Asam Laksa. Menu-menu lain juga turut mendapat sambutan seperti roti bakar dengan pelbagai jenis, menu nasi dan mee, serta masakan barat seperti Chicken chop serta pencuci mulut yang istimewa iaitu Banana Split bersama aiskrim dan hidangan aiskrim. Apa yang pasti semua menu di sini dijual harga yang amat berpatutan.

Hiasan premis juga amat menarik yang melambangkan suasana era 70 an dengan berlatar belakang gambar Jerteh lama serta Masjid Hadhari. Ia juga turut dilengkapi dengan kemudahan wi fi percuma bagi memudahkan pelanggan melayari internet.

Layanan kakitangan Jerteh Kopitiam yang mesra dan peramah membuatkan blogger dan kawan-kawan  rasa selesa untuk berkunjung ke sini lagi.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...