Adi Putra: Sampai sekarang tak ada apa-apa sijil walaupun SPM
Kira-kira sedekad yang lalu negara sekali lagi terkejut dengan
kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai
masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, statistic dan
trigonometri yang biasanya Dekan dekat universiti je dapat selesaikan.
Yang lebih mengejutkan, budak ini baru berumur 6 tahun tetapi
kepintaranya telah berjaya menarik minat setiap golongan masyarakat
dekat Malaysia pada masa tersebut. Sampaikan dia dinobatkan sebagai Ahli
Matematik Islam abad ke-21 oleh Universiti Riau di Indonesia pada tahun
2009.
Adi juga telah menghasilkan 235 formula matematik dan 12
daripadanya telahpun diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk Seni
Matematik Islam. Bukan setakat itu sahaja, bukunya juga telah digunakan
sebagai rujukan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di negara
Brunei , tetapi malangnya ia masih tidak mendapat pengiktirafan di
Malaysia.
Tak pasti sama ada pihak kerajaan atau budak ini yang
bermasalah, pembelajaranya tidak pernah sempurna apabila sehingga kini
beliau masih gagal mendapatkan apa-apa sijil akreditasi dari mana-mana
intistusi pengajian tinggi negara .
Dalam temuramahnya bersama
The Malaysian Insider, Adi berkata di atas faktor umurnya yang terlalu
muda iaitu 6 tahun ketika mengikuti pengajian, beliau telah dinafikan
hak untuk mendapatkan sijil A-level dari Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) walaupun telah melengkapkan semua silibus yang dikehendaki oleh
universiti tersebut.
Tanpa sebarang sijil ini jugaklah beliau
gagal untuk memasuki mana-mana universiti terbaik luar negara. Namun
begitu, Adi Putra masih lagi seorang genius dan sering memberikan
ceramah di sekolah dan universiti tempatan malahan turut menerima
jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di University of Brunei
Darussalam untuk berkongsi kepakaranya dalam Matematik.
@SEPAT Paranormal Team
Sufiah Yusof: Masuk Oxford ketika usia 13 tahun tapi terjebak dalam kancah pelacuran
Kisah Sufiah yusuf memang popular bukan dekat Malaysia je, tapi sampai
satu dunia heboh dengan kepintaran budak ini. Mana tidaknya, dia telah
berjaya diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia yang sangat muda,
iaitu 13 tahun.
Kisah genius Sufiah mula popular apabila ibunya yang berasal dari Muar, Johor dan Bapanya
dari Pakistan berusaha mendapatkan biasiswa untuk anaknya melanjutkan
pelajaran ke salah satu universiti yang terbaik dekat bumi.
Masa tu surat khabar dan berita pulak penuh dengan cerita kehebatannya,
sampaikan semua orang nak tahu apa yang budak ini makan sampai jadi
pandai, cara dia belajar, berapa jam dia tidur dan semua ini telah
dijadikan contoh kepada para pelajar sekolah pada masa itu.
Namun kisah pelajar genius ini tidaklah seindah seperti yang kita semua
sangkakan. Pada usia 15 tahun, Sufiah telah melarikan diri dari kampus
kerana mendakwa mendapat tekanan yang hebat daripada ahli keluarga
sehinggakan pelajarannya tergendala. Dia akhirnya dijumpai di
Bournemouth, United Kingdom dan kemudiannya diletakkan di bawah jagaan
sebuah badan kebajikan di sana.
Walaupun gagal pada kali
pertama, Sufiah telah diberikan peluang kedua untuk kembali menyambung
pengajian sarjananya di Oxford. Namun begitu, peluang ini sekali lagi
disia-siakan apabila dia berhenti pada tahun ketiga apabila penceraian
berlaku di antara dia dengan suami yang dikahwini ketika usianya 19
tahun.
Semenjak daripada peristiwa ini, kehidupan Sufiah mula
terumbang ambing sehinggakan dia mula terlibat dengan aktiviti pelacuran
akibat daripada kesempitan hidupnya.
Melalui temuramahnya dengan
program NONA pada tahun 2015, Sufiah menceritakan bahawa kehidupanya
kini agak bercelaru apabila dia sering melarikan diri dan berpindah dari
satu bandar ke bandar yang lain di Britain bagi mengelak dari dijejaki
oleh keluarga dan pihak media.
@SEPAT Paranormal Team