Itulah kemelut menjelang perlawanan kedua Suku Akhir Piala Malaysia di antara pasukan 'Penyu' Terengganu dan Johor Darul Takzim (JDT) atau 'Harimau Selatan.
Bermula dengan kekecohan tarikh perlawanan yang ditunda ke 17 Oktober 2014 yang kemudiannya di bantah oleh Persatuan Bolesepak Negeri Terengganu yang berkeras tidak akan turun bermain pada tarikh tersebut. Kemudian FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) mengadakan perjumpaan khas kedua-dua pasukan bagi meleraikan kekusutan di mana satu persetujuan di terima iaitu perlawanan akan di adakan pada 16 Oktober 2014 iaitu pada hari Khamis sehari lebih awal daripada perlawanan asal.
Kemudian timbul pula isu penjualan tiket perlawanan di mana Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) hanya memberi 30 tiket sahaja kepada PBSNT. Dan yang mutakhir hanya 100 tiket diberi kepada PBSNT.
Inilah' LIGA MALAYSIA YANG PROFESIONAL'. Dalam kita mahu melahirkan liga dan pengurusan yang profesional di Malaysia, entah sampai bila akan tercapai jika sikap dan pemikiran masih ditahap kampung. Jika hanya 100 tiket hanya dibenarkan untuk pasukan lawan, ini bukan perlawanan bola sepak, nak tengok main 'bola cetong' atau 'Guli Pangkah' bolehlah. Malah nak tengok perlawanan laga lembu di Songkhla pun tidak sepayah nak tengok bola di Johor.
Jika amalan yang dikatakan profesional sebegini menjadi amalan, lebih baik perlawanan di adakan secara tertutup dan sama-sama kita tengok di saluran ASTRO ARENA 801 secara beramai di mana-mana padang terbuka.
Bolasepak adalah perlawanan yang yang boleh dinikmati oleh semua bukan sekadar peminat pasukan itu sahaja. Jauh panggang dari api jika bolasepak Malaysia mahu mencapai impian menjadi pasukan sebagaimana di Liga Premier English (EPL) dimana bolasepak adalah untuk seluruh peminat di dunia, malah Asia adalah merupakan penonton terbesar EPL mencapai 80% peminat dan penonton.
Ayuh berubahlah pengurusan bolasepak di Malaysia, jangan jadi 'CAP AYAM', ..hanya Sardin Cap AYam je yang ada class!!!